BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Friday 28 October 2011

>> Checklist...General Version


Basically, inilah checklist yang diperlukan untuk future groom dan future bride (yang menjadi rujukan Mr Blu3 and Miss PuRpL3..hehe) :-

8-6 bulan:-

1) Bincang hal-hal perkahwinan dengan ibu bapa kedua belah pihak bakal pengantin - Done
2) Tentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan untuk majlis perkahwinan - Done
3) Tentukan konsep majlis - Done
4) Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan - Done
5) Kenal pasti baju pengantin - Done
6) Tempah jurusolek / juruandam - Pending
7) Mencari rumah baru, sewa / beli - Done
8) Kenal pasti Jabt. Agama Islam untuk daftar kursus pra-perkahwinan - Done
9) Semak jumlah wang hantaran - Done

5 bulan:-

1) Hadiri kursus kahwin - Done
2) Tempah tok kadi untuk nikah - Pending
3) Tempah videografi / potographer - (In progress. Need further discussion)
4) Beli cincin kahwin - Pending
5) Masak / Katerer -(Parent's Task) - Almost Done
6) Senarai tetamu yang akan dijemput - Done
7) Tempah DJ / pemuzik - Done
8) Spa-ing - Almost Done
9) Honeymoon - Pending

3 bulan:-

1) Pilih & cetak kad kahwin - Pending
2) HIV test - Pending
3) Sahkan tempahan - Pending
4) Daftar nikah - Pending
5) Cari saksi - 2 orang - Pending
6) Tentukan pengapit - Pending
7) Tentukan doorgift- Pending
8) Maklumkan pada saudara-mara - Done
9) Kenal pasti saudara-mara yang akan sertai rombongan - Pending

2 bulan:-

1) Beli barang kemas - Pending
2) Hantar kad jemputan kahwin - Pending

Banyak lagi yang belum settle sebenanrnya. So, Mr Blu3 & Miss PuRpL3 must work hard. hehe.. We'll update later. To be continued...

peace with love, Miss PurRpL3

Thursday 27 October 2011

>> Strive for Excellence

 
Today, i'm going to sit for IELTS speaking test. Generally, the test were divided into 4 modules (Listening, Reading, Writing and Speaking). Apart from speaking test, listening, reading and writing test will be carried out on this coming Saturday. Actually, I feel a bit nervous but some peoples say it is good to feel nervous. It shows that you're a normal person and for that reason also you'll be more prepared towards the test. Otherwise, you will be too confident..am i right?  This kind of test is a compulsory test for me in order to pursue my study and apply for scholarship later on. Hopefully, the test will be ran as smoothly as possible. Thanks Mr Blu3 for your support :-)

InsyaAllah, semoga Allah permudahkan segala urusan. Doakan Miss PuRpL3 dapat jawab exam dengan mudah, tenang dan cemerlang...Usaha + doa + tawakal = Succes

Wish me luck! Miss PuRpL3

Tuesday 25 October 2011

>> 4 Months To Go


Hari ini 25hb Oktober 2011 tepat 4 bulan lagi untuk tarikh perkahwinan kami. Banyak perkara yang perlu diselesaikan. tak tahu la sempat atau tidak. Selain menguruskan hal-hal perkahwinan ni banyak perkara lain yang perlu diselesaikan. Hal kerja oleh Mr. Blu3 yang baru nak menapak ni dan hal belajar bg Miss Purpl3 yang tengah struggle menyiapkan thesis-nya. Semoga dipermudahkan oleh ALLAH segala urusan...Amin...

Coretan, Mr. Blu3

Sunday 23 October 2011

>> Hantaran Hunting part 1



Alhamdulillah, item RAHSIA untuk Mr Blu3 telah selamat sampai. Semuanya dalam keadaan yang baik. hehehe. Ambil masa lebih kurang seminggu juga la nak dapat. Harap-harap Mr Blu3 suka ye :-) Guess what?? Tak boleh reveal sekarang, nanti dah tak jadi rahsia la kan..hehehe. Yang pasti bukan cash, cash equivalance, jewellery, liquid, fluids (macam yang tertulis dekat plastik pos skynet tu..hehe) atau yang seangkatan dengannya. Dah settle satu benda, boleh proceed dengan items yang seterusnya lepas ni..to be continued

peace with love, Miss PuRpL3

Saturday 22 October 2011

>> Promosi & Diskaun. Jimat & Berbaloi-baloi!!!


Semakin dekat hari yang bersejarah ni semakin gemuruh pula. Bukan apa, semakin banyak perkara yang perlu diselesaikan. Kalau tidak, kelam-kabut pulak jika buat disaat-saat akhir. Kos pula kena ambil kira. Mesti la nak dapatkan perkhidmatan yang bagus dan murah. Jadi, kena la pandai cari. Satu kredit kalau dapat perkhidmatan yang top, kelas lagi murah. Kalau orang tengok mesti cakap barang atau perkhidmatan ni mahal walhal sebenarnya murah lagi berkualiti.

Nak cari bukan senang dan tidak susah juga. Kalau kena caranya dapatlah apa yang kita inginkan yang kelihatan gah dan mahal tapi murah sebenarnya. jadi Mr.Blu3 pun cari-carilah di internet ni. Sebenarnya banyak perkhidmatan di luar sana yang memberikan promosi dan diskaun. banyak Mr.Blu3 tengok web-web yang menyediakan perkhidmatan ni contohnya;
Satu perkhidmatan ni telah Miss pUrpl3 booking (TQ Sayang..). Photoshoot untuk Pre-Wedding. Memang berbaloi-baloi. Dapat diskaun sampai 67%. Harga asal RM450 dan selepas promosi dapat la harga RM150. Murah bukan? Selain tu gambar-gambar yang di shot oleh photographer ni pun cantik-cantik. boleh tengok di sini. Itu yang tak fikir dua tiga kali. Terus saja sambar.hehehe.... Biasanya untuk Pre-Wedding photoshoot ni jika harga pasaran dalam lingkungan RM300 ke RM500. Jadi disini kami dah jimat. Tinggal nak tebus sahaja Kupon ni. Ini pun satu hal, banyak benda nak kena fikir untuk Pre-wedding photoshoot ni antaranya;
  1. Apa tema nak guna.Mr.Blu3 kaji macam-macam tema orang pakai sampai tidak tahu nak guna tema apa. Jadi Mr.Blu3 serah kan sahaja pada Miss pUrpl3. Hehehe...
  2. Dimana nak buat photoshoot. Memandangkan Photographer ni di kawasan Seri Kembangan dan Miss pUrpl3 pun tinggal di kawasan Serdang, rasanya mungkin buat berdekatan situ. Mungkin dalam UPM ataupun di Putrajaya.
  3.  Apa prop nak guna. Ni satu lagi yang memeningkan. Apa-pun nanti bincang dengan Miss pUrpl3 la. Dah tentukan tema, boleh la tentukan prop apa nak guna. Betul tak?
  4. Bila nak buat. Entah la? Kupon ni ada due date untuk tebus. Harap-harap sempat la sebab sejak akhir-akhir ni sibuk dan banyak benda nak kena settlekan.
Selain tu web-web di atas tu banyak buat promosi lain. untuk melancong (kalau dapat murah pergi honeymoon pun boleh ;p) Spa & kecantikan ( Miss pUrpl3 boleh la manjakan diri sebelum hari bersejarah) hiburan dan servis-servis lain.



Jadi kalau pandai mencari, perkhidmatan yang tip top kita boleh dapat dengan harga yang jauh lebih murah dan berbaloi-baloi...

Yang sibuk bebenar, Mr.Blu3
p/s : kadang-kadang tu cemburu tengok blogger-blogger lain dapat percuma sebab masuk peraduan.

>> Jot Down





Here it is! Hehehe..It almost a week since the day I received from Mr Blue. It's small and not too thick. Just nice to bring anywhere. Apa yang paling penting warna BIRU. Macam tau2 je kan..This note book will be a diary for us to jot down anything that we're planning to do. For instance, idea, design, checklist, vendor's contact numbers and so forth. Before this, ada banyak maklumat tetapi merata-rata simpan. hehe. So, bila dah ada note book ni, hopefully akan lebih organise..InsyaAllah.


Peace with love, Miss PuRpL3

Monday 17 October 2011

>> Welcome Notes

Every time I read other people's blog, I wish that I could have one too but at the moment it didn't seems very crucial to me. I prefer read rather than write. I just thought of how could they manage to do all these things whereas there are other important stuffs need to done or meet the datelines. I kept on thinking of 5W1H - what, why, when, who, where and how it can be done.

Alhamdulillah. The time has come...finally, I've able to have my own blogged (more specifically OUR blog). Thanks a lot to my future husband, Mr Blue for making my dream comes true. Thanks again for putting myself as co-shareholder in ShArul & HAniSAH's JoUrneY. hehehe (one big smile). Hopefully 'the journey' will continue like river because river flows forever, InsyaAllah.

Nak tambah pantun dulu-dulu sekali:

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Masih perlu sifu tunjukkan


peace with love, Miss PuRpL3

Thursday 13 October 2011

>> New Born.........

Mr.Blu3 not good writer. But Mr.Blu3 try his best to write something here. sebelum ni pun ada buat blog tapi terhenti setengah jalan. Hope blog ni akan terus menjadi inspirasi kepada both of us. If  Mr.Blu3 tak sempat nak mencoret dalam blog ni, harap-harap my future wife Miss pUrpl3 will continue the legacy. Sorry if ayat bercampur-campur. maklumlah lama tak menaip.

Target untuk blog ni adalah :

a) Menjadi Diari bagi Kami sebelum ke alam perkahwinan.

2gether 4ever



b) Menjadi Wadah Ilmu bagi semua.

Beruntung orang yang berilmu

c) Mengeratkan hubungan dan silaturahim sesama kita.

Ukhuwah Fillah

d) Lain-lain (sila fikir sendiri)..hehe

Akal berakal

 Diharap kelahiran blog ini memberikan sinar....


from Blurple




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...