BlurpL3 FOLLOWERS

Monday, 28 November 2011

>> Contest : Simple Giveaway by Rinastories

Assalamualaikum...Contest lagi la..jom join sama-sama! Contest ni berakhir pada 28 Disember 2011 pukul 10 malam.



  Terdapat 2 cara untuk masuk Giveaway by Rinastories ni:
Cara Pertama
1) Like Gambar INI
*Klik SINI untuk Like*
2) Share gambar tersebut dan post di Facebook anda dengan ayat ini
"Simply Like & Share this picture to win a contest by http://rinastories.blogspot.com"
(nak tambah pun boleh)

Cara Kedua
1) Like Gambar INI
*Klik SINI untuk Like*
2) Share tentang contest ini di blog anda dengan tajuk post "Simple GiveAway by Rinastories"
Jangan lupa ada backlink ke contest ini :) or just copy paste ni




rinastories
Copy This Code,Paste On Your Entry
3) Tinggalkan link post anda di komen.

Jom, bantu Rina ;-)
Wish us luck, Blurpl3

>> Salam Maal Hijrah 1433H

Assalamualaikum wbt semua, Salam Maal Hijrah 1433H atau selamat tahun baru ye..Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya, InsyaAllah. Macam mana, dah tercapai ke azam tahun lepas? Kalau dah tercapai tu, alhamdulillah..Kalau belum, sempurnakanlah azam tu tahun ni. hehe

'Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yang berpesan-pesan ke arah kebaikan' & kebenaran'. Masa akan berlalu dengan pantas sekali, oleh itu rebutlah ia selagi berupaya & terdaya serta isikanlah masa yang ada dengan sesuatu yang berfaedah. Kerana masa yang berlalu takkan datang semula (pesan untuk diri sendiri jugak ni..selalu je leka. huhuhu)


Perpaduan Asas Persefahaman, Blurpl3

Friday, 25 November 2011

>> Rewind : Gift Voucher Parkson RM20

baucer Parkson RM20

Alhamdulillah rezeki, baru-baru ni BlurpL3 dapat baucer RM20 untuk membeli-belah di Parkson, kawan Mr Blu3 yang berikan..TQ so much (next time boleh bagi lagi ye..hehehe). Pada mulanya, BlurpL3 bercadang nak habiskan baucer ni sama-sama tetapi disebabkan kesuntukan masa, hanya Miss PurpL3 je yang menghabiskan baucer ni..

Puas Miss PurpL3 pusing satu Parkson Alamanda untuk mencari barang yang bersesuaian untuk dibeli. Boleh je kalau nak tambah duit sendiri selebihnya cuma seboleh-bolehnya nak beli barang yang berguna dan harga yang berpatutan (nak guna nilai cukup-cukup...tak lebih tak kurang..hehehe).

Akhirnya, inilah dia...taa daa!

 barang-barang yang berjaya dibeli...hehehe

bukti pembelian. cuma terlebih RM1.50 je. kira ok la kan..

InsyaAllah, barang-barang ni akan digunakan sebagai salah satu elemen untuk guestbook corner. Wish us luck! Nantikan hasilnya ye =)


Bersyukur atas pemberian itu, BlurpL3

Thursday, 24 November 2011

>> Help us by being our follower...40 more..

Apa khabar semua..selamat hari khamis (ntah apa-apa..Blur kejap)


Mesti kamu semua tertanya-tanya entri ni mengenai apa. Sebenarnya Blurp3 nak mintak jasa baik kamu semua untuk menjadi follower bagi blog ini (dengan muka tak malunya) kerana Blurp3 kena cukupkan 50 orang (ramai tu. mana nak kaut) follower sebelum 5 December 2011 kerana Blurp3 nak join contest seperti di bawah ini dari hafizudinhamdan.com

Sumber dari sini (maaf en.Hafizudin rembat dari blog kamu tanpa kebenaran)

Kamu semua nampak tak dekat TnC dalam gambar tu yang bawah sekali syarat nak masuk pertandingan ni mestilah blogger yang mempunyai follower minimum 50 orang. Adoiya... T_T

Tolong ye kawan...

Kepada blogger yang dah terlebih follower tu dialu-alukan untuk join (sempat promote lg)Blurp3 tak boleh join lagi sampailah follower Blurp3 cukup 50 orang (harap-harap cukuplah sebelum habis tarikh contest tu..kalau tak berkecai la nak join contest ni)

Yang memerlukan pertolongan, Blurp3

>> Contest : My Top Referral by Amira Studio

Assalamualaikum wbt semua, jom sama-sama kita join contest ni nak? mudah je..semudah 1,2,3..hehe. InsyaAllah, mudah-mudahan ada rezeki boleh menang, siapa tau kan? =)


Cara-cara nak join:

1- Follow blog ni (klik sini)
2-Like fan page Amira Studio

3- Copy dan paste banner ni pada sidebar korang ataupun pada entry post korang,linkkan banner di bawah dengan link contest ni. (Penting untuk buat, kalau tak buat, referral tak naik bila pengunjung klik)



4- Kalau nak buat entry pon boleh, kalau tak nak buat pon tak pe, coz pemenang yang dipilih adalah melalui referral yang tertinggi atau traffic yang paling tinggi, so ikut creativity korang lah nak promote banner tu macam mana, setiap pengunjung yang datang meng'klik' banner tu akan menjadikan trafik dari blog korang tu  sebagai referral link untuk blog ni. Kalo nak buat entry, sila buat tajuk entry "Contest My Top Referral by Amira Studio"


5.Klik Button Share Please :)


6. Done...Amat Mudah kan?


P/s: Tips untuk menang
-Promote link atau banner contest pada pengunjung untuk klik dari blog anda.
-Letak banner atau link pada tempat yang strategik :) contoh sidebar>> Contoh macam blog Wan Hazel.
-Letak pada bloglist anda
-Letak link ke blog contest ni pada setiap entry post korang contoh nota kaki :)
-Buat sticky post
-Makin bertambah pengunjung yang klik makin bertambah la referral korang.



Tarikh Tutup:
31 Disember 2011


Hadiah Utama:
-RM100 Cash
-FootDetox(RM20 Each) tajaan dari FizzAsmara 


Hadiah Kedua:
-FootDetox(RM20 Each) tajaan dari FizzAsmara 




Let's try!


usaha+doa+tawakal=berjaya, Miss PurpL3

>> In-out : B2B or B&G2B???

Bride to be (B2B)

Yang mana satu ? sebelum kita pergi lebih lanjut mari kita fahamkan maksud ini;


B2B - Bride to be (bukan body to body ye..-_-')
G2B - Groom to be
B&G2B - Bride & Groom to be

Kebanyakan blog Blurpl3 tengok semua blog B2B. Takde ke blog G2B atau B&G2B. =P. Kalau ada sila maklumkan kepada kami.he...he..he..

Untuk makluman semua blog yang korang lawati ini adalah blog B&G2B. Yup, blog ini dikongsi bersama oleh Mr.Blu3 dan Miss Purpl3 pada asalnya adalah untuk persediaan dan diari bagi hari perkahwinan kami ( Baca sini) . Selain itu, excited membaca blog-blog B2b atau ex-B2B macam KINA dan Zila Ziman menaikan lagi semangat kami untuk buat blog ni.

Sebenar-benarnya Mr.Blu3 yang mencadangkan kepada Miss Purpl3 buat blog ni dan Miss Purpl3 setuju untuk buat bersama walaupun Miss Purpl3 tidak tahu menahu langsung pasal buat blog -_- . Miss Blu3 pula yang terlebih semangat. Tak pernah di buat oleh orang pulak blog G2B ni.

Jadi, terhasillah blog B&G2B

Groom to be -  G2B ( from here)
Jadi target Blurpl3 blog ini boleh la jadi Warisan kepada anak cucu kami perihal persediaan perkahwinan kami, hal-hal kehidupan dan lain-lain lagi.

Yang keliru, Blurpl3




Thursday, 17 November 2011

>> Review : Idea Hunting for Pre-Wed Photoshoot

 
Kali ni Miss PuRpL3 nak sharing tentang idea-idea untuk PRE-WED Photoshoot. Info ni Miss PuRpL3 dapat dari sini. Thanks for providing us useful tips! Most appreciate it :). BluRpL3 pun dah beli voucher photoshoot tapi belum decide lagi nak buat konsep macam mana dan bila. hehe. Haishh, deadline untuk redeem 23 Dis ni, harap-harap sempat la..Maklum la, jadual Mr Blu3 & Miss PuRpL3 agak padat sekarang ni.huhu....InsyaAllah, we'll try our best. Coming soon..

Sambil-sambil tu..jom review tips2 ni ye:-

english version la pulak.hehe..

A pre-wedding photo shoot is a great opportunity for couples to build rapport with their wedding photographer before the big day. It helps the photographer to get to know the bride and groom while learning to get the angles and shots that best flatters the couple.

The pre-wedding photo shoot teaches the couple not to be camera shy so they are able to show their affections towards each other naturally and without reservation when posing for the camera. This allows your individual personalities and essence as a couple to shine out in the photos your wedding day itself.

There are 5 key reminders which are works in creating the right environment for a fun and meaningful shoot.”

1.    GET GLOWING!
No amount of make-up compares to the natural glow of a healthy, wellrested, well-nourished healthy person. So don’t worry, drink lots of fluids, get plenty of rest and eat right. Let your photographer worry about the rest.

2.   A FEW OF YOUR FAVORITE THINGS.
Bring stuff that makes you happy, be it flowers, your favorite teddy bear, or love letters from your courtship days. These things give the shoot a personal touch, and the happy glow that you get from having these things nearby will translate into fun photographs.

3.  DO SOMETHING FUN!
Consider doing things that you and your partner like doing together, or perhaps something you both have dreamed about doing. The excitement of doing something new together, or the comfort of doing something you both enjoy will make an amazing subject for your photographer to capture.

4.  FOCUS ON YOUR PARTNER.
Flirt with your spouse-to-be – treat it like another date, and pay no heed to the photographer snapping away on the side. The chemistry between two people in love is a beautiful thing, and it will show in the photographs. After all, don’t you feel most beautiful when you feel your partner’s adoring eyes on you?

5.  BRING THE REAL YOU.
Don’t be tied down by the usual expectations of a pre-wedding shoot as they rarely does it ever convey the uniqueness of your personality or your relationship with your partner. So if late night movie by the couch in your pajamas is your  thing, don’t be afraid to talk to your photographer about making it shoot-worthy.

Haa..macam mana? Moga dapat dijadikan panduan berguna sebelum berphotoshoot =)


100 days to go, Miss PuRpL3

>> Rewind : Engagement attire for Miss Purpl3

Untuk majlis pertunangan, BlurpL3 decide untuk memilih tema purple. So, Miss PuRpL3 plan sebelum ni baju tunang haruslah sama ada warna light purple, cream or white. Tak nak warna yang terang-terang sangat kan dan simple2 je. Sebab Miss PuRpL3 brpegang pada misi & visi : 'simple is elegant' (hehehe..). Cari punya cari, pilih punya pilih, akhirnya Miss PuRpL3 view website Azzua Creations. Try view, sure berkenan kan =)

ni la baju pilihan hati Miss PuRpL3

Contoh2 lain: yang ni pun cantik

First time, Miss PuRpL3 tengok website k.azzua yang ada buat sewa baju ni terus Miss PuRpL3 berkenan walaupun tanpa melihat the real one..tanpa berfikir panjang terus je msg k.azzua tanya pasal baju ni untuk disewa pada hari pertunangan.. Alhamdulillah, waktu tu masih available lagi untuk tarikh yang dirancang.. Mula-mula decide nak tengok2 je dulu walaupun sebenarnya berkenan sangat dihati. hehe.

Ditambah pula dengan sikap friendly k.azzua, membuatkan semuanya berjalan lancar. (Enjoy dealing with you, akak =). Miss PuRpL3 sangatla recommend untuk semua blogger untuk try. 5***** Miss PuRpL3 bagi!

Selain itu, BluRpL3 juga nak ambil  kesempatan nak wish congratulations pada K.Azzua & Husband for their newborn son. Semoga bertambah ceria & bahagia hendaknya K.Azzua sekeluarga..Do keep in touch =)


simple is elegant, Miss PuRpL3

Wednesday, 16 November 2011

>> Contest : Scrapaperclip Giveaway : FOC worth RM180

Kepada Blogger-blogger dan reader-reader diluar sana. Jom join contest yang di buat oleh SCRAPAPERCLIP di sini.

Mudah dan senang semudah A B C....Jom tengok contoh2 scrap book dan guestbook for wedding daripada beliau. Semua cantik-cantik dan menawan hati.

Simple and Nice. Boleh terjah dekat sini

Inside the guestbook...
Cepat dan cepat sebelum 17 November 2011 12.00PM. Lambat melepas pula. Sekurang-kurangnya mencuba mana tahu ada rezeki......he...he...he..

Sekali lagi lawati blog ini untuk keterangan lanjut

Yang berharap, Blurpl3

>> FYI : Sifat-sifat Lelaki Yang Dibenci Wanita

Untuk berlaku adil, hari ini Mr.Blu3 akan revealkan pula sifat-sifat lelaki yang di benci wanita disamping menjadi panduan dan ikhtibar bagi Mr. Blu3.

Kebanyakan lelaki tidak sedar bahawa ada perbuatan mereka dibenci oleh kaum wanita.


KEBANYAKAN lelaki selalu menyalahkan wanita apabila wanita kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap wanita yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran.

Namun, lelaki tidak sedar ada perbuatan mereka yang dibenci oleh kaum wanita. Justeru, apa kata lelaki meneliti beberapa perbuatan-perbuatan yang sering dilakukan tanpa kesedaran mereka.

1. Panas baran

Pantang silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher kekasih bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa.

Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan wanita benci dan fobia. Bagi sesetengah wanita yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan 

(Mr.Blu3 adalah siket panas tapi tak berapa baran, ada Miss Purpl3 sejuk la siket. ;P)
.
2. Mengongkong

Segala gerak-geri kekasih dikawal. Hendak keluar berhibur dengan teman-teman pun tidak boleh. Sampaikan dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala yang diinginkan mereka. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka. Mulalah dituduh psiko dan queen control.

(So far tak lagi. mintak dijauhkan..)

3. Ego

Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri tidak menelefon kekasih semata-mata ingin dipujuk. Ada sesetengah lelaki pula, kerana terlalu ego sanggup menunggu wanita mengajak keluar dahulu daripada mereka sendiri mengajaknya. Tidak salah mempamerkan ego, tetapi biarlah kena pada tempatnya
.
(Ada ke? No komen. kena tanya Miss Pupl3..Hu..hu..hu..)

4. Suka 'cuci mata'

Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata keranjang). Walaupun sudah dikurniakan teman wanita yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Pandang sekali sudahlah. Ini tidak. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki mata keranjang ini memandang wanita lain.

(Mana ada sebab Miss Purpl3 dah cantik sangat-sangat =))

5. Main kayu tiga

Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai 'teman tapi mesra'. Ada juga yang sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai kekasih.

(Minta dijauhkan...Amin...)

6. Tidak sensitif perasaan wanita

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada kekasihnya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat.

Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Cukuplah sekadar teman lelaki menjaga hati mereka dahulu sebelum menjaga hati orang lain, lebih-lebih lagi jika wanita itu bakal menjadi isterinya kelak.

(No komen. Tanya Miss Purpl3)

7. Pentingkan kawan-kawan

Sanggup membatalkan temu janji semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal.

Kalau ada apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan kekasih. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.

(Mestilah pentingkan kawan-kawan. Dua-dua penting. Jangan jadi macam sesetengah orang. Dah kawin terus lupa kawan. Dah susah dan bergaduh dengan bini baru cari kawan. Jadi sama2 penting dan yang perlu di dahulukan adalah isteri).

8. Tidak tahu menghargai

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Seboleh-bolehnya, lelaki mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai teman wanita terhadap apa yang cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

(I'm always appreciate her ok. Kadang-kadang sahaja terlepas. Betul tak Miss Purpl3)

9. Meninggikan suara

Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tetapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

(Ada la kadang-kadang. Itu pun untuk kebaikan bersama)

10. Penipu

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Ada lelaki sanggup mungkir janji dan memberi pelbagai alasan seperti mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan, padahal sebenarnya mereka enggan mengotakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan akan membuatkan wanita menjauhi anda.

(Mintak dijauhkan. Tipu sunat ada ke?)

Diharapkan kepada lelaki-lelaki melayu terakhir diluar sana jadilah lelaki yang ingin berubah ke arah kebaikan dan sentiasa menjadikan Islam panduan hidup. Insya Allah bahagia dunia dan akhirat bersama insan tersayang.

Yang ingin berubah ke arah kebaikan, Mr. Blu3

Saturday, 12 November 2011

>> FYI : Sifat Wanita Yang Tidak Boleh Dijadikan Isteri

Sekadar renungan bersama. Info ni Mr.Blu3 dapat daripada sini. Credit to Bestoneafour blog. Di harapkan kepada "bride to be" untuk menjadikannya sebagai renungan dan tidak lupa untuk Miss Purpl3 juga. Jangan kenduri sahaja cantik tapi peragai tak berapa nak cantik.
*****************************************
Sepertimana sukarnya mencari permata di pelimbahan, begitu juga sukar mencari nilai seseorang untuk dijadikan suri dalam hidup.
Bagi sesetengah lelaki, mencari wanita untuk disayangi dan seterusnya menjadi teman sepanjang meniti kehidupan tidak semudah memilih atau menukar pakaian.
Menjalani hidup berdua, muafakat dalam segalanya, matlamat untuk hidup bahagia disusuli rasa kasih yang tiada taranya menjadi impian semua pasangan.
Jadi dibawah ini diperturunkan Enam Sifat Perempuan Yang Menjijikkan, dan Tak boleh di Jadikan Isteri:
1. Al-Anaanah:
Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi kenderaan tak cukup. Tak redha dengan pergorbanan dan peraturan yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia sahaja, tanpa mengira perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.
2. Al-Manaanah:
Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak memperlekehkan suami, tak kenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Padahal suami sudah memberi bermacam-macam keperluan kepadanya.
3. Al-Hunaanah:
Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami / lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada.
4. Al-Hudaaqah:
Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukan. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan pelbagai ancaman, ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti budak suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.
5. Al-Hulaaqah:
Sibuk bersolek atau tidur atau santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anakl.
6. As-Salaaqah:
Banyak bercakap. Siang malam, pagi petang asik menggosip. Apa saja yang suami lakukan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan sahaja bercakap di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet, BBM dan macam-macam cara yang lain. Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan
*****************************************
Kalau rasa-rasa ada sifat di atas tu sama-samalah berubah sebelum terlambat dan sebelum mendirikan rumahtangga. Takut terlambat nanti rebung dah keras jadi buluh.

Renung-renungkan dan selamat beramal, Mr.Blu3

Thursday, 10 November 2011

>> Rewind : Roses Are Forever Especially.. Blue Rose

Begitu lah alkisahnya BLuRpL3..berebut-rebut Miss PuRpL3 & Mr BLu3 nak guna warna biru, maklum la masing-masing minat warna biru extremely! hehe. ini pula alkisahnya sejambak bunga BLuRpL3. Mr BLu3 hadiahkan kepada Miss PuRpL3 semasa 1st anniversary first meeting kami. Dekat tempat yang sama pula tu pada mula-mula dulu, cuma berbeza posisi meja je. Macam tau2 je kan Miss PuRpL3 suka bunga ros, bertambah-tambah suka apabila dapat bunga ros warna biru. yeay2! tapi serious, totally surprise! ;p Rasa macam nak nangis tapi tak boleh..kena cover malu. hahaha... Anyway, ni pantun khas utk Mr Blu3 "terima kasih daun keladi, next time jangan lupa bagi lagi".

Actually, gabungan bunga warna blue + purple ni memang menarik, itu yang sekali tengok BLuRpL3 terus berkenan. Jarang-jarang nak dapat tengok bunga ros biru kan...Kebiasaannya, ros warna merah, pink, putih, kuning, peach etc senang nak dapat. Kebetulan, masa 1st anniversary tu ada Pesta FLORIA kat Putrajaya. So, dekat sana dapat tengok macam-macam jenis ros yang ada. Decoration pun semuanya cantik-cantik, rasa macam nak ambil bawa balik je. huhu

Jeng, Jeng inilah dia sejambak bunga BLuRpL3!


love with peace, Miss PuRpL3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...