BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 27 June 2012

>> Wordless : Cara Mendidik Anak Semasa Mengandung

Assalamualaikum wbt. Blurpl3 nak share good info kepada b2b atau m2b. Jom amalkan bersama-sama. Let's share a good information to each other :-))


Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan..BlurpL3

Friday 22 June 2012

Monday 18 June 2012

>> Wordless : Nombor cantik =P

3 bulan, 3 minggu dan 3 hari, baby in tummy is 15 weeks 1 days...
18hb Jun 2012
Alhamdulillah....
Semoga semuanya dipermudahkan..Amin...

Yang bahagia, Blurpl3

Thursday 14 June 2012

>> Review : Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak



Assalamualaikum & apa khabar semua..Semoga sihat walafiat hendaknya. Blurpl3 ada membaca satu artikel tentang pendidikan anak-anak dan tertarik untuk share bersama dengan kawan-kawan. Betapa bahagia rasanya bila dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah bagi kedua ibubapa. Tetapi kadangkala ada juga ibubapa yang diberi ujian oleh Allah dengan sikap/tingkah laku anak-anak yang tidak menyenangkan. Namun, jangan sesekali mengeluh bahkan menyesal dengan apa yang terjadi. Bahkan, ibubapa juga harus muhasabah diri, berdoa pada Allah dan renung kembali apa kesilapan yang pernah kita lakukan dalam mendidik anak samada secara sedar ataupun tidak. Inilah sebenarnya yang mempengaruhi cara didikan anak. Anak-anak merupakan amanah Allah yang paling besar, jangan lupa kita juga akan ditanya di Akhirat kelak atas apa yang kita lakukan pada anak-anak kita.  Lihatlah betapa besanya peranan dan tanggungjawab atas bahu ibubapa. Sesungguhnya, anak-anak yang lahir itu bagaikan kain putih bersih, ibubapalah yang mencorakkan mereka. Oleh itu, pilihlah jalan yang boleh memberikan pahala yang berpanjangan, iaitu amal ibadat pada Allah, doa anak yang soleh & sedekah jariah.  

Jom, sama-sama kita lihat antara kesilapan yang biasa dilakukan oleh para ibubapa yang kadang-kadang kita tak sedar. Jom, sama-sama kita bermuhasabah diri ;-

****


1. Kesilapan pertama: Kurang Berdoa, Kurang berdoa semasa mengandung. 
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. 

Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)


***

Moga kita dapat jadikan panduan yang berguna untuk diamalkan kepada keluarga kita. InsyaAllah =))


Keluargaku Syurgaku, Blurpl3

Wednesday 13 June 2012

>> In-out : Alhamdulillah syukur padaNya


Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua... macam mana dah lunch ke? Dah solat zohor? hehe.. Dah masuk waktu bagi Wilayah Persekutuan KL, Putrajaya, Shah Alam dan kawasan yang sewaktu dengannya. Just saling mengingatkan antara satu sama lain =)


Alhamdulillah, bersyukur sangat pada Allah..Thesis accepted dan passed VIVA. Hanya Allah yang tahu betapa rasa sangat lega... Jutaan terima kasih yang tak terhingga buat suami tersayang, Mr Blu3 + families + supervisor, co-supervisor + kawan-kawan atas doa + sokongan semuanya. Sayang kalian semua =)) Alhamdulillah, ini rezeki baby ummi juga (>_<) Inilah antara cabaran yang paling besar untuk dihadapi setelah 3 tahun berhempas-pulas. InsyaAllah, hopefully tahun ni sempatlah untuk berkonvo. 


So, planning Mrs Purpl3 lepas ni kenalah siapkan semua correction yang perlu dibuat dalam jangka masa 60 hari. InsyaAllah, semoga dipermudahkan semua urusan..


dan...


yang penting nak qada' balik masa tidur yang cukup (walaupun memang dah banyak tidur. hehehe...). Bila tengok gambar baby dekat atas ni rasa nyenyaknya la.. 


Thank You Allah, Mrs PurpL3




Friday 8 June 2012

>> Rewind : 3 Tier Crystal Wedding Cake

Assalamualaikum dan Salam Jumaat untuk semua... apa khabar? Semoga sihat dan ceria-ceria ye.. Erm, kali ni BlurpL3 nak share tentang our wedding cake. Biarpun dah cukup 3 bulan genap BlurpL3 berumah tangga. 


3 Tier Crystal Wedding Cake ni BlurpL3 order dengan Kak Rizaida, kiranya tak jauh dengan rumah Mrs PurpL3. Boleh refer dekat sini.  Sebelum ni pun untuk engangement, BlurpL3 dah order dengan Kak Rizaida. Klik sini. Sedap kek ni. Sampaikan pengantin pun tak sempat nak makan kek ni. huhuhu..




Tadaaaaa!




Inilah keknya :-)


wedding cake dekat ruang makan pengantin



our wedding cake



BlurpL3 sewaktu memotong kek. hehe..


Segala servis, design, harga yang diberikan oleh Kak Rizaida amatlah kami berpuas hati. Warnanya haruslah mengikut tema iaitu Biru + Purple. Siap dapat diskaun harga kek lagi beberapa hari sebelum majlis kenduri. hehehe.. Kepada b2b atau sesiapa dekat kawasan utara tu boleh la try order dengan Kak Rizaida.



p/s: Thanks Kak Rizaida, siap datang bawa hadiah lagi ke majlis BlurpL3.



Yang tak sempat merasa kek, BlurpL3





Thursday 7 June 2012

>> Rewind : Mom & Baby Expo 2012



Assalamualaikum wbt kepada kawan-kawan blogger sekalian..harap berada dalam keadaan yang sihat ye petang-petang ni. Tiba-tiba hari ni Mrs Purpl3 ada mood nak update blog petang-petang, biasanya pagi-pagi.. bukan apa, nak release tekanan study untuk viva. huhu... doakan semoga dipermudahkan segalanya ya. Apabila dah makin dekat dengan tarikh viva mula la nak demam itu ini..dugaan ni. moga terus tabah dan diberi kekuatan untuk menghadapinya.

Kali ni nak review sedikit tentang expo yang telah lepas iaitu MOM & BABY EXPO yang telah diadakan di Mid Valley. Kali pertama pergi sebagai wanita yang preggy..rasa lain sangat. Kunjungan kali ni ditemani beberapa orang officemates yang juga turut preggy. hehe.. Tak beli apapun waktu ke sana. Just nak dapat rough idea what's the expo is all about..Maklum lah kan, first time.. rambang mata pun ada, rasa macam semua benda memang perlu beli. huhu..

Tengok la daripada sekecil-kecil barang sampai ke sebesar-besar barang pun ada.. Cakap je nak apa, semua ada..cuma sediakan al-fulusnya je. hehehe..



 a) Promotion set  untuk breast pump



b) baju baby, kanak-kanak, cloth diapers etc


c) ramai sangat, berpusu-pusu orang yang datang



d) stroller



e) khidmat stem cell pun ada



e) koleksi barangan pureen


Kalau nak pusing semua ni memang la tak larat, ni pun Mrs Purpl3 just tengok-tengok sekali imbas..Dalam keadaan sekarang ni nak jalan kat tempat yang crowded sangat pun dah rasa tak sanggup. 

Ada juga mom & baby expo baru-baru ni dekat PWTC tetapi Mrs Purpl3 terlepas..insyaAllah bulan 7 nanti ada lagi =)


p/s: Dinasihatkan kepada mom-to-be atau preggy woman yang lain, bila ke tempat-tempat awam macam ni better makan & rehat secukupnya, pakai kasut yang selesa & berteman..jangan la pergi seorang diri. Bila keadaan dah crowded dan sesak, rasa macam nak pitam je kat situ. huhu


mom-to-be, Mrs Purpl3





Wednesday 6 June 2012

>> In-out : Cari suami dan Diari Seorang Isteri (Lelaki Mesti Baca!!)

Mr.Blu3 terbaca post ni dari sebuah blog. Memang menyentuh dan menyayat hati. Fikir-fikir balik macam mana lah si Suami boleh sampai hati buat macam tu dekat isteri. Mr.Blu3 walaupun marah Mrs Purpl3 (walhal x marah sangat pun. cuma tegur sikit je) dan tiba-tiba  Mrs Purpl3 nangis pun terus tak jadi marah dan  tak sampai hati nak marah.

Walaupun Mr.Blu3 kaum sejenis dengan LELAKI, Mr.Blu3 tetap sangat geram dengan kaum sejenis Mr.Blu3 ni lagi-lagi yang menggunakan tenaga yang Allah kurniakan untuk mencari rezeki menyara keluarga disalahgunakan untuk memukul dan menganiaya kaum wanita/isteri. Memang tak patut.

HINT PERTAMA MENCARI SUAMI : Jangan cari yang kaki pukul. If sebelum kawin pun dah pandai pukul-pukul. baik tinggalkan sahaja dan cari lain...

Lagi sadis banyak jugak kawan-kawan perempuan Mr.Blu3 yang mempunyai suami yang tak bertanggungjawab dengan  sesuka hati memukul isteri tanpa sebab dan kadang-kadang kerana minta duit daripada isteri tapi isteri tak bagi. Sebab apa tak bagi? sebab isteri pun tak bekerja. Ada duit sikit-sikit pun untuk memastikan dapur sentiasa berasap. Si suami minta duit pun bukan nak beli barang dapur tapi nak beli rokok nak mengasapkan tembolok dia. ada ke patut? x patut betul la...


aku benci smoker


Selingan sikit. Memang BODOH lelaki yang merokok lagi-lagi di depan orang ramai terutama depan isteri dan anak sendiri. Kalau nak mampus tu mampus la sorang-sorang. tak pasal-pasal orang lain terlibat sekali. Second smoker ni lagi bahaya dari first smoker. maksudnya yang menghidu ni peratusan nak mati lagi cepat dari smoker itu sendiri sebab asap yang dikeluarkan dari merokok ni sangat-sangat bahaya. Sangat geram dengan perokok-perokok terutama yang merokok dekat tempat awam seperti restoran. Kita buat hint x suka hidu asap rokok tapi dia buat-buat bodoh dan selamba je merokok. Mereka ini bukan buat-buat bodoh tapi bodoh bebal. Mrs Purpl3 memang elergi bau rokok ni. Kalau bau terus pening-pening. Kesian dia...dah lah preggy (kesian anak abi).

HINT KEDUA MENCARI SUAMI : Jangan cari yang kaki merokok lagi-lagi yang bodoh suka merokok depan orang ramai

Ada pulak tu, dah lah suka pukul isteri lepas tu tak bekerja. Mengharapkan isteri pula menyara keluarga. Kalau tolong isteri kemas rumah, basuh baju, basuh pinggan, memasak dan jaga anak boleh la jugak consider. Ini tak. Duduk rumah goyang kaki. Kalau tengok badan si suami lagi bertambah-tambah sihat naik berkilo-kilo. Isteri pula kurus kering macam tak cukup makan. Mananya tidak, dah lah isteri bekerja hal-hal rumah tangga pun isteri kena urus. Memang lelaki dayus!!!!


HINT KETIGA MENCARI SUAMI : Jangan cari yang pemalas 


Sebenarnya yang penting untuk menjadikan sebuah keluarga itu bahagia dan harmoni ialah dengan sentiasa mengamalkan ajaran islam dalam keluarga itu sendiri terutama sekali solat lima waktu. Sesungguhnya Suami itu adalah imam dan ketua bagi sebuah keluarga. Jika ketua itu pun dah teruk maka rosak dan runtuhlah institusi keluarga yang dibina.

HINT KEEMPAT MENCARI SUAMI : Cari suami yang melakukan solat lima waktu. Jika sebelum berkahwin tak melakukan solat, baik cari calon lain. Mungkin lelaki ini baik, tapi tidak melakukan perintah Allah. Suatu hari kelak rumah tangga pasti tak bahagia dan musnah (hasil dari pemerhatian dan kajian rawak dari saya)

Malas la nak ulas panjang-panjang ni. Cuma Mr.Blu3 berharap supaya Mr.Blu3 boleh Menjadi Suami yang berrtanggungjawab dalam menjalankan amanah sebagai seorang suami dan insyaAllah seorang bapa. Doakan semua ye...

Panjang pulak ulasan Mr.blu3 ni. Mari hayati Diari seorang isteri ini......



Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri

"Apelah awak ni....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung...Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri .

"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik pula" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau ni, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kayalah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakon yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut pula hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa ke dinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis. Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak...berdenyut2... "Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "siapa pula ni sibuk je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah cafe. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko ni? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri ni tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ada apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalah lah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom lah cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum ni pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa, Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.

Abang,

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula 
mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang 
bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi 
Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak
pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. 
Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG 
seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri 
dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa 
panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan
AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? 
Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat ni khas utk Abang. Bacalah 
semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari ni 
hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan 
Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana
tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. 
Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa 
pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan 
sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah 
hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging 
Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. 
Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan 
dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa 
hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini 
Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang 
menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan 
berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan 
Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana 
menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi 
Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari 
keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada 
kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar 
kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat 
mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan 
ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan 
halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya 
Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya
emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama 
emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang 
terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar
kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata
orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah 
Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah 
peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan 
mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.

Ikhlas dari

Nur Nisa



Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KE AKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang ditepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....

p/s: Sorry teremosi.
Mr.Blu3 cuma nak sharing. ....sedih Mr.Blu3 baca...huhu 

Yang benci rokok, Mr.Blu3

Monday 4 June 2012

>> Suka-suki : Lawak Suami Isteri

1. Cium Isteri 

Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suaminya. 

Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu. 

Suami : Kenapa?

Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu? 

Suami : Nak mampus... Takkan la abg nak buat camtu kat isteri dia! 

2. Bunuh Setan 


Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau, si isteri menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.

"Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan."

Kata si suami sambil ketawa, "Yerr kerr? Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan, betul tak sayanggg?." 

Isteri hanya tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata, "Banggg, jom kita bunuh syaitan... bang." 

Si suami tersenyum panjang. 

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata:, "Banggg, jom kita bunuh syaitan... bang."
 
"Takpe...tunggulah malam."
 

Esoknya si isteri berkata, "Banggg, jom kita bunuh syaitan...bang."

Si suami diam sambil mengangguk lemah. 

Esoknya si isteri berkata, "Banggg, jom kita bunuh syaitan... "

Si suami tiba-tiba marah dan berkata, "Ayang nie, nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang?!"

Sumber : Sini

>> In-Out : Stress sebab blog bersawang...

Assalamualaikum rakan-rakan Blogger & reader sekalian.


In cerita benar. bukan cobaan!!!

Mr.Blu3 stress sesangat sebab dah lama tak update blog ni. Ini short entry. Semoga langkah mengupdate blog yang ringkas ni merajinkan Mr.Blu3 untuk megupdate lagi.

Kalau ikutkan macam2 nak update. Apa-apapun Mr.Blu3 nak listkan apa yang banyak sangat nak update tu.

a) Perihal pertunangan

b) Perihal persiapan kenduri

c) Perihal Majlis perkahwinan

d) Perihal Mom-to-be. Bkn Mr.Blu3 tapi Mrs Purpl3 yg preggy ye (ni paling excited nak citer). Memang lawak betul la. babyastrology.com & lilypie dah letak dekat sebelah kanan blog ni dah berzaman-zaman , tapi post pasal berita gembira ni pun x sempat2 nak letak dalam blog ni. Nanti la Mrs Purpl3 dan Mr.Blu3 cerita A sampai Z...

Dah 13 weeks baru nak post

e) dan banyak lagi la....


(banyak ke? baru sampai e) je..huhuhu)
Banyak tau....dalam a) tu pecahan dia lebih 50. 5 X 50 = 250  banyak tu...Hahahaha..

Yang peting.......

MR.BLU3 DAN MRS PURPL3 nak annouce that we will be FATHER AND MOTHER soon!!!!

Doakan semuanya dipermudahkan.....



Yg stress, Mr.Blu3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...