BlurpL3 FOLLOWERS

Tuesday, 31 January 2012

>> FYI : Solat Dhuha



Assalamualaikum semua. hari ni Blurple nak share tentang Solat Sunat Dhuha. Banyak fadhilat yang boleh diperolehi  daripada Solat Dhuna ini. Antaranya ialah Allah SWT memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "2 rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan". 

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan" (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).

Anas bin Malik RA berkata "Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas" (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi).

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. Masuk waktu solat Dhuha selepas waktu Syuruk kira-kira 28 minit masuk waktu Syuruk.

Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih.  Maksimanya 12 rakaat.

Niat Solat Dhuha

أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala 


Selesai solat, hendaklah baca tasbih ini sebanyak 10 kali
سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ  وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ
 عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ


"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"

Doa :

اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ

"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya. Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
 
 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ
Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, "Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari   setiap bulan,  sembahyang dhuha 2 rakaat dan  sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani). 

 
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى الضُّحَى 
ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا مِنْ ذَهَبٍ فِي الْجَنَّةِ

Drp Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW ; "Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."
Rasulullah bersabda lagi,

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."


Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW , beliau bersabda : "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani


Sumber: sini dan sini dan sini


Selamat beramal, Blurple

Friday, 27 January 2012

>> Rewind : Anastasias Spa Giveaway 2012



Assalamualaikum, sihat ke semua? hehe. Jom kita join giveaway lagi, nak tak?

Anaztasias Spa Giveaway

Syarat-syaratnya:

1) Buat satu entry di blog dan letakkan gambar 'spa giveway'
diatas di dalam entry. LINK kan ke blog ini.

2) Sekiranya anda belum like facebook anaztasias tie the knot,
silalah like ye. 

3) Kemudian tag 2 kawan anda, ajak dorang joinn giveaway ni.

4) Okey, siap! 


Tarikh tutup penyertaan: 3 Februari 2012


Wish us luck! Blurple

Wednesday, 25 January 2012

>> Rewind : Engagement Cake from Miss PurpL3


our engagement cake

Assalamualaikum dan selamat pagi kawan-kawan semua :-). Macam mana mood bekerja hari ni? Al-maklumlah selepas cuti panjang, memang wordless wednesday la kan.. 

Ermm, hari ni Miss Purpl3 just nak rewind balik tentang engangement cake kami. Kek ni direka khas oleh schoolmate Miss Purpl3, beliau ni tersangatlah kreatif semenjak kami kenal di bangku persekolahan lagi. Sebelum ni Miss Purpl3 just tengok-tengok jer kat facebook hasil cupcake & kek beliau ni. Siap berangan lagi, nanti suatu hari nak tempah juga kek pada dia.  Comel-comel belaka, rasa tak sanggup nak makan. hehehe.. Hasil sentuhan engangement cake oleh Pn. Nani Idayu ni amatlah Miss Purpl3 berpuas hati. Ramai juga yang berkenan. (TQ so much ye nani (",))

Kalau kawan-kawan blogger or silent reader yang lain nak lihat lebih lanjut tentang hasil cupcake or cake buatan schoolmate Miss Purpl3 ni, boleh la view sini dan sini juga ye :-)



Hantaran kek Miss Purpl3 kpd Mr Blu3



p/s: Tq so much nani, enjoy dealing with you :-))


simple+nice, Miss PurpL3

Friday, 20 January 2012

>> Rewind : 2012 Special Giveaway




Assalamualaikum semua, dah makan? Suka makan cupcake tak? Jom la join contest ni..InsyaAllah dapat 16 red velvet cupcake percuma..yummy!hehe...

Syarat-syarat penyertaan (Copy & paste drp sini):

1) Buat 1 entry tentang giveaway ini yang bertajuk 2012 Special Giveaway.
2) Tepekkan banner giveaway ini dalam entry anda dan link kan sekali ke entry ini.
3) Bagi yang mempunyai akaun facebook sila add facebook Teha Dessert. WAJIB tau! =)
4) WAJIB share giveaway ini di laman sosial anda (facebook, twitter, tumbler, etc)
5) Nak follow? Silakan.. Tak nak follow? Takde masalah.. It is not compulsory =)
6) Tag minimum seorang kawan untuk join giveaway ini.
7) Tinggalkan link entry anda di ruangan komen. (notice me jika anda tiada akaun facebook)
8) Tarikh tamat giveaway adalah pada 31 January 2012

Blurple nak tag kawan-kawan blogger :


  1. Kaklong
  2. Cik Zimie


Good luck!

Doakan kejayaan kami, Blurple

>> Rewind : The Ladies Photographer Giveaway


 

Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua! hehe..
 Apa kata pagi-pagi Jumaat ni, kita join The Ladies Photographer Giveaway.

Untuk maklumat lanjut boleh refer link di atas :-)


Blurple nak tag 5 orang kawan :
  1. Alang
  2. Rina
  3. Kaklong
  4. Cik May
  5. Dhiera
Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 January 2012.
All the best! Blurple

Thursday, 19 January 2012

>> Rewind: Alhamdulillah...rezeki :D

Assalamualaikum semua, apa khabar? Semoga sentiasa sihat, ceria + happy selalu..Mood hari ni amatlah baik, ni pun tengah menaip sambil senyum sampai ke telinga. hahaha...

Alhamdulillah, rezeki...

Firstly,


Blurple nak share kegembiraan apabila mengetahui yang kami merupakan salah seorang pemenang untuk Rafhanah's Year End Giveaway yang telah diadakan pada bulan Disember 2011 yang lepas. Tidak dapat digambarkan perasaan gembira dan syukur apabila nama Blurple tertulis sebagai pemenang. Tidak kisah la apa jenis hadiah yang dimenangi, tetapi merasai perasaan gembira sebagai pemenang itu yang lebih penting..setuju tak?

Sekali lagi, Blurple nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Cik Meeja, Ahmad Nazem & Rafhanah Trading kerana mengadakan Rafhanah's Year End Giveaway ni.

Secondly,


Blurple juga turut ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Alang yang telah menganjurkan Alang Giveaway. Hadiahnya telah selamat diterima. Yang lebih membuatkan Blurple terharu ialah special note yang dikirimkan oleh Alang. We're so touched with it :-)

Hadiah daripada Alang


Semoga kalian juga sentiasa dimurahkan rezeki & dipermudahkan urusan oleh Allah..


Bersemangat untuk join contest lagi, Blurple



Wednesday, 18 January 2012

>> Review : Kad Jemputan



Alhamdulillah kad jemputan sudah siap..menepati citarasa Blurple.hehe..sekarang bermula lah sesi lipat-melipat kad dan proses penghantaran. Jalan-jalan sambil hantar kad (^___^)


Doakan semoga dipermudahkan semuanya ye :-)


Ikhlas, Blurple

Thursday, 12 January 2012

>> FYI : 50 Tips Terbaik Membina Keluarga Bahagia oleh Dr Fadzilah Kamsah



1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.


5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

12. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri.

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri.

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia,penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras,bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36. Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum,lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yan isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pendapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakuakan riadah,berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Kepada suami boleh print barangkali tip-tip ini untuk jadikan panduan. Tak pun isteri print kasi suami…

Untuk amalan bersama, Blurple

Tuesday, 10 January 2012

>> Review : Design for Stamping 2. Finalize yang mana?

merujuk kepada post di sini, kesemuanya suggest dan berminat memilih pilihan A. Jadi kami memilih pilihan ramai. Tetiba adik Mr.Blu3 mengedit pilihan A dan menjadikan Blurpl3 tak tahu mana nak pilih.

Sekali lagi Blurpl3 nak mintak tolong you'all (ampun...) pilihkan mana yang cantik dan sesuai dan ini adalah pilihan muktamad. Blurpl3 betul-betul buntu sebab kedua-dua pilihan terakhir ni cantik-cantik belaka.

Pilihan dari post sebelum ini
Pilihan C (setelah diedit oleh adik Mr.Blu3)
So, macam mana?


Yang nak finalize dan nak hantar pergi kedai, Blurpl3

Monday, 9 January 2012

>> Rewind : Scrapaperclip Anniversary Giveaway

Assalamualaikum wahai b2b, x-b2b & semua blogger..hehehe. Kali ni Blurple nak ajak semua untuk join 1st Anniversary Giveaway yang dianjurkan oleh Scrapaperclip.

Mudah jer..Follow this instruction tau :


1. Be their follower.
2. Copy button (on your right side button not the poster =)) and put it on your sidebar.
3. Spread this news in your blog post title Scrapaperclip Giveaway Anniversary. Simple one will do..No need to write so much. Quick and simple to link your post to mine so that others can participate too.
4. Leave comment with your link of the post and email address easier for me to notify the winner later.
Format : Giveaway Anniversary : Post Link : Email
** make sure u give me your email as without email I am not able to process =) 
5. DONE !



Sumber: Copy & Paste dari Scrapaperclip. hehehe =)



Wish us luck!, Blurple

Friday, 6 January 2012

>> Review : Design for Stamping. Tolong Pilihkan, Please?

Short entry. Boleh kawan-kawan B2b, Ex-B2B dan Silent Reader pilihkan corak stamping mana yang cantik untuk Blurpl3 guna untuk perkahwinan.

Pilihan A

Pilihan B

Jadi mana yang korang berkenan dan nak suggestkan kepada kami.  Blurpl3  suka sangat corak-corak pokok ni.(tanya sama pokok apa sebab goyang...cewah...)

Tak tahu mana nak pilih sebab dua-dua cantik ( Masuk bakul angkat sendiri =P)



Yang memerlukan pertolongan, Blurpl3

Wednesday, 4 January 2012

>> FYI : Keluarga Bahagia



*Kebahagiaan sesuatu keluarga bukanlah diukur dari segi mata-benda, tapi sejauh mana keta'atan keluarga kepada Allah.

* Kebahagiakanlah keluarga kita sebelum membahagiakan orang lain.
* Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera.
* Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.
* Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.
* Seorang yang bekerja keras untuk menunaikan tanggung jawab kepada keluarganya adalah bukti kasihnya kepada keluarganya.
* Tingginya darjat suami ditentukan oleh perjuangannya menjadi pemimpin rumah tangga, sehingga dituntut menjadi teladan yang baik bagi keluarga yang dipimpinnya.
* Sesungguhnya keluarga itu tempatnya yang aman dan selesa dalam berkongsi suka dan duka.
* Kasih sayang yang terjalin diantara anak dan ibubapa mampu melahirkan sikap jujur dan terbuka.
* Kekuatan cinta yang tulus mampu menggerakkan lisan untuk senantiasa berterima kasih kepada pasangan, anak ataupun ibubapanya.
* Mencintai keluarga adalah amanah bagi setiap manusia.
* Pecinta keluarga tidak akan membiarkan dalam rumahnya berlaku keburukan dan kemaksiatan.
* Anak-anak lebih memerlukan contoh dan keteladanan dari kedua ibu-bapa mereka daripada celaan dan kekerasan.
* Kehidupan kita akan berubah apabila dimulai dengan perubahan diri, keluarga dan persekitaran.
* Mahkota orang tua adalah anak cucunya dan kehormatan anak-anak adalah kerana nenek moyang mereka.
* Apabila setiap ahli keluarga saling mencintai, menyayangi, dan saling mengalah, nescaya seluruh masyarakat akan menjadi baik, aman dan damai.
* Keharmonian keluarga terletak pada sikap tanggungjawab dan terbangunnya komunikasi yang sihat diantara ahli keluarga.
* Komunikasi dalam keluarga akan senantiasa terpelihara selama komunikasi dengan Allah pun tetap terjaga.
* Keluarga yang dekat dengan Allah akan menjadi keluarga yang layak ditolong olehNya dalam setiap urusannya.
* Rasul saw bersabda, paling dekat dengan ku kedudukannya kelak pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya.
* Barangsiapa bersusah payah mencari nafkah untuk keluarganya, maka dia adalah seumpama seorang mujahid dijalan Allah.
* Warisan termahal dan terbaik dari diri kita untuk keluarga, keturunan, dan masyarakat adalah keindahan akhlak kita.
* Allah mencintai orang-orang yang selalu berjuang memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat.
* Cintailah suami atau isteri kita dengan memuliakan ibubapa dan keluarganya.
* Bagaimana kita bersikap kepada anak-anak kita, begitu pulalah mereka akan bersikap kepada kita. Maka berikan sikap yang terbaik kepada mereka
* Jika Allah cinta kepada sebuah keluarga, maka salah satu cirinya ialah keluarga itu dibukakan hati untuk ilmu agama.
* Kebahagiaan sesuatu keluarga bukanlah diukur dari segi mata-benda, tapi sejauh mana keta'atan keluarga kepada Allah.
* Ibadah seorang ibu adalah modal bagi lahirnya anak-anak yang soleh yang akan menjadi benteng bagi ibubapanya kelak di akhirat.


Sumber : SINI


Renungan bersama, Blurple

Monday, 2 January 2012

>> Rewind : Sudah 2012



Assalamualaikum semua..apa khabar? Dah tahun 2012 kan..cepatnya masa berlalu. Macam mana? Dah tercapai ke azam dan impian tahun 2011? hehehe..Kalau dah tercapai tu, alhamdulillah. Kalau belum tu, sama-sama la berusaha untuk merealisasikannya pada tahun ni.

Blurple nak ajak semua untuk menggapai segala impian yang ada pada tahun 2012, InsyaAllah teruskan usaha + jangan berputus asa  kerana Allah sentiasa bersama ;-) Selamat tahun baru 2012 untuk semua, jangan lupa jaga kesihatan + makan makanan berkhasiat !


Kegagalan ada sebab, kejayaan pasti ada cara_ Blurple
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...