BlurpL3 FOLLOWERS

Friday, 26 October 2012

>> In-out : Salam Aidiladha 1433H



Assalamualaikum wbt kepada semua kawan-kawan blogger dan juga silent reader. Sihat hari ni? First and foremost, Blurpl3 nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban 1433H. Beraya dekat mana anda semua? InsyaAllah, kali ni Blurpl3 beraya di Selatan tanah air, kampung hubby. hehe.. Buat famili tersayang yang berada di Utara, insyaAllah kita jumpa nanti ya. Selamat Hari Raya Aidiladha buat kalian =)


Apa pengorbanan anda tahun ni? Ingat, apa saja yang dikorbankan mestilah Lillahi Taala. 


Apapun, bagi yang pulang ke kampung halaman tu berhati-hati ketika memandu di jalan raya. Ingatlah insan tersayang. Berpada-padalah makan lembu atau daging semasa perayaan tu ye. Makan kena selalu beringat tau. hehehe..




Salam Aidiladha, Blurpl3



Tuesday, 23 October 2012

>> FYI : Membentuk Anak Pintar dan Tinggi Akhlaknya...


Ya Allah kurniakan kami anak yang Soleh...

Setiap Suami dan isteri yang mepunyai zuriat menginginkan anak-anak yang cerdik dan pintar dan yang paling penting mempunyai akhlak yang terpuji. Jadi, Blurpl3 nak kongsi sedikit maklumat yang Blurpl3 dapat untuk rujukan kita bersama. Sorry to say, kebanyakkan ibu bapa sekarang hanya berharap anak-anaknya pandai dengan menghantar tuition dan nurseri agar anak mereka belajar sedari kecil. Tetapi ilmu agama tidak diajar. Post ini menjadi nota kaki dan reminder untuk Blurpl3 yang bakal menjadi new parent sedikit masa lagi. Blurpl3 juga dalam proses untuk berubah menjadi lebih baik demi keluarga dan menjadi contoh bagi anak-anak kami. Sedikit ulasan dari Blurpl3 yang tak seberapa ini untuk melahirkan anak yang pintar dan berakhlak mulia;

a) Ibu bapa itu sendiri perlu menjadi contoh. 
Anak-anak akan menjadikan ibu bapa mereka sebagai role model. Pemerhatian terhadap ibu-bapa akan diterima sebagai ikutan. Jangan jadi seperti ketam, mengajar anak berjalan lurus tetapi sendiri berjalan mengiring. Bak kata pepatah orang "lama bapa kencing berdiri, anak kencing berlari". Anak bukan saja mengikut perangai ibu bapa yang buruk, bahkan akan membuat perkara lebih teruk lagi.

b) Beri didikan agama sejak dari kecil. 
Jangan hanya Islam pada nama tetapi hendaklah seiring dengan didikan yang diberi. yang paling penting jangan meharapkan sepenuhnya nurseri atau sekolah yang mengajar anak kita. Seperti Blurpl3 katakan, kebanyakan masa anak-anak bersama ibu bapa. Jadi peranan ibu bapa lebih besar untuk memberikan didikan agama.

c) Memberikan makanan dari sumber yang halal.
Sumber makanan akan menjadi darah daging kita. So let's take Halal food. Jangan lupa makanan buakn saja perlu halal tetapi toyibba.

d) Mengamalkan cara hidup Islam sepenuhnya.
Selepas didikan agama diberi, jangan lupa mengamalkan sepenuhnya.

Jom kita tengok info-info tambahan untuk melengkapkan lagi misi kita melahirkan Anak-anak yang pintar dan berakhlak mulia.

Anak Soleh sentiasa mendoakan ibu bapanya
Sesungguhnya anak-anak merupakan anugerah dari Allah  S.W.T yang cukup berharga kepada Ibu bapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan dipelihara dengan  sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya.

Kita semua sebagai ibu bapa atau yang bakal menjadi bapa sudah pasti berharap supaya dikurniakan anak-anak yang baik dan soleh yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat.
Sabda Rasulullah s.a.w :
Maksudnya :  “  Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya”.
Membaca ayat-ayat Al-Quran

“Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran. Apabila hati tenang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Ibu juga digalakkan membaca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan dan menjadi amalan seharian.

Oleh itu, sekiranya kita berhasrat dan mengidamkan untuk mendapat zuriat yang terbaik dan soleh, maka kita mestilah memberikan pendidikan yang sempurna kepada mereka terutama fardhu ain dan fardhu kifayah.

Proses mendidik anak supaya menjadi anak yang soleh merupakan suatu tugas dan tanggungjawab yang besar serta mencabar kepada setiap  ibu bapa. Dunia hari ini yang serba canggih sedikit sebanyak telah mempengaruhi corak kehidupan masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak. Maka dalam perkara ini, beberapa faktor penting perlu diberi perhatian oleh ibu bapa bagi memastikan anak-anak menjadi insan yang soleh dan terbaik serta mampu memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Amalan- amalan semasa mengandung dan setelah melahirkan:


  • Sewaktu mengandung, kedua-dua ibu bapa mestilah sentiasa mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya.
  • Sewaktu bayi masih dalam kandungan ibu bapa hendaklah meningkatkan amal ibadah khususnya berpuasa sunat, membaca al-Quran terutama surah-surah Yusuf, Maryam, Toha, Luqman dan surah-surah pilihan yang lain.
  • Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah al-Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
  • Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
  • Setelah anak dilahirkan, bersegeralah diazankan serta iqamat tanpa bertangguh sebelum bayi itu mendengar perkataan perkataan lain.
  • Bukakanlah mulut bayi dengan air zam-zam yang sangat berkat itu.
  • Biarkan anak itu dipangku oleh orang-orang soleh dan terus didoakan. Itulah sebabnya ibu bapa mesti terlebih dahulu menjadi soleh sebelum mendapat anak yang soleh.
  • Hendaklah diperdengarkan ayat-ayat suci al-Quran sebanyak mungkin semasa bayi itu masih lagi baru dilahirkan. Cubalah ajar bayi itu menyebut “Haq” (salah satu nama Allah ialah al-Haq). Ramai yang mencuba, mendapati bayi yang tidak mengerti apa-apa itu dapat menyebut kalimah “Haq”. Sungguh ajaib (hendaklah dilakukan oleh orang yang soleh).
  • Ibu yang menyusu anak itu hendaklah mengelakkan makanan dari sumber yang haram dan syubahat.
  • Anak-anak hendaklah membesar dalam suasana yang diwarnai Islam, serta jangan membiarkan anak-anak berkawan dengan rakan-rakan yang tidak baik akhlaknya


Rahsia pemakanan ilmuwan Islam

  • Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘Shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan bekerja  seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
Kismis baik untuk minda

  • Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
  • Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
  • Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya kerana ia berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
  • Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
  • Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
Kesimpulan :

Anak yang pintar dan yang soleh mudah dibentuk dengan sering mengamalkan membaca ayat-ayat al-Quran bermula sejak dari dalam kandungan ibu. Pemakanan yang berkhasiat juga dapat mencerna dan membentuk kesihatan yang baik untuk bayi dalam kandungan. Maka akan lahirlah bayi yang cerdas mindanya, baik tingkah lakunya dan dapat membentuk anak yang soleh dan tinggi nilai akhlaknya.
Suntingan dari sumber :  Jabatan Agama Islam Selangor
Buku Anak Kita Memang Pintar dan Cerdas
( Hassan Mohd Alias)

Jom jadi baik, Blurpl3 

Friday, 19 October 2012

>> FYI : Jom Terjah " Pureen Stock Clearance Promotion"


Assalamualaikum Reader and Blogger sekalian...
Jom ramai-ramai kita shopping sakan barangan bayi Pureen. Mana-mana blogger yang nak pergi, jom kita set pergi sama-sama. Boleh buat Blogger gathering sekali.hehe...


"Pureen Stock Clearance Promotion" is back ....


Date: 24 - 25 November 2012 (Saturday & Sunday)
Time: 10.00am - 6.00pm
Venue: Summit Company (M) Sdn Bhd

Lot 6, Jalan 19/1, 46300 Petaling Jaya, Selangor.


Click here for the map



P/s ; Sempat ke Blurpl3 nak bershopping ni. Dah dekat tarikh due tu. Takut our little caliph terkeluar awal plak...hehehe =)


Yang tak habis shopping barang baby lagi, Blurpl3

Thursday, 18 October 2012

>> Review : Khasiat KURMA



kurma..buah kegemaranku

Assalamualaikum wbt untuk semua kawan-kawan blogger dan juga silent reader. Dah lunch ke? Harap semuanya sihat walafiat. Kali ni Blurpl3 nak share info berkenaan dengan buah kurma. Sejak mula preggy sehingga ke bulan puasa sehinggalah ke sekarang, Mrs Purpl3 amat suka makan buah kurma. Sewaktu preggy ni lah rasa nak mengunyah saja. Itu yang sediakan buah kurma siap-siap, dalam beg, dekat office, dekat rumah. So, apabila rasa nak mengunyah terus capai je buah kurma ni. hehehe... Disamping banyak khasiat yan boleh diperolehi daripadanya kan...


jenis-jenis buah kurma

Rupa-rupanya, buah kurma ni terdiri daripada pelbagai jenis, saiz dan bentuk. Rasa buah kurma juga agak berlainan antara satu dengan yang lain. Blurpl3 suka buah kurma yang rasanya tidak terlalu manis dan kering. Kebiasaannya, buah kurma yang jenis basah agak manis rasanya. Betul tak??


pokok kurma

Ini pula, pokok buah kurma.. dapat tengok dalam gambar je la. Kalau diberi kesempatan nak tengok secara realiti. Baru best kan? InsyaAllah, semoga dimakbulkan Allah niat dihati ni =)

kurma yang Blurp3 pernah jual sewaktu bulan Ramadhan yang lalu :)

Bersempena bulan Ramadhan, yang lepas Blurpl3 ada juga buat bisnes buah kurma ni.hehehehe.. Buah kurma Arab. Rasanya tidak manis dan tidak tawar. Just nice! Yang specialnya buah kurma ni tiada lemak trans, tiada pengawet, tiada pewarna, tiada kolesterol & tiada perisa tiruan. Alhamdulillah, rezeki di bulan Ramadhan .. laris juga la ;)

Khasiat Kurma:

1- Sabda Rasulullah SAW:

     "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya"

Mengamalkan makan buah kurma ketika mengandung adalah amat baik sekali kerana ini akan memudahkan ketika melahirkan nanti.  Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW. 

2- Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

3- Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

4- Hadis juga menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka. 

5- Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

6- Ruthab (kurma basah) mencegah terjadinya pendarahan bagi perempuan-perempuan ketika melahirkan dan mempercepat proses pengembalian posisi rahim seperti sedia kala sebelum waktu hamil yang berikutnya. Hal ini kerana dalam kurma segar terkandung hormon yang menyerupai hormon oxytocine yang dapat membantu proses kalahiran.

7- Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fruktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

8- Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang Maghrib atau terawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu.

9- Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi. Selain itu, ia mengandungi pelbagai zat galian dan yang paling banyak ialah potassium. potassium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf. Kurma adalah sumber terbaik potassium.


sumber: 
http://permai1.tripod.com/kurma2.html
http://myibrah.com/khasiat-kurma-pada-ibu-mengandun


Sharing is loving, Blurpl3


>> FYI : Kau Dan Aku Berbeza...Kau Dan Aku Istimewa...

Gambar hiasan. Credit to hasnulhadi
Setiap lelaki dan wanita itu Allah jadikan mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing. Sebab itu lelaki dan wanita itu saling memerlukan dan saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain untuk membina sebuah rumahtangga yang bahagia. 

Wanita ada kepayahan dan kesusahan yang dihadapi secara zahirnya seperti mengandungkan anak dan menutup aurat tetapi Allah itu maha Adil dengan memberi kepayahan dan kesusahan kepada orang lelaki itu secara batinnya yang tidak boleh kita nampak secara mata kasar dengan memikul tanggungjawab yang besar. 

Oleh itu Blurpl3 hendak mengajak semua pembaca sekalian termasuk diri Blurpl3 sendiri supaya sentiasa bersyukur dan menjalankan tanggungjawab masing-masing secara fitrah. Jom teruskan membaca untuk kita reset minda dan celik hati....


LELAKI :
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. 

BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.

BERATKAN??
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.
WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanitaWanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita ini:
a) isterinya,
b) ibunya,
c) anak perempuannya
d) dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
a) suaminya,
b) ayahnya,
c) anak lelakinya
d) dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:
a) sembahyang 5 waktu,
b) puasa di bulan Ramadhan,
c) taat suaminya
d) dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ….
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki. Kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin. Maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing-masing lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
“Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya. (Ali-Imran:103)
Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri “
Credit to : mkstresstphoto

Just remind myself, Blurpl3

Tuesday, 9 October 2012

>> Rewind : Baby Bag Is Arrived


Assalamualaikum wbt & apa khabar kawan-kawan blogger & juga silent reader. Dah agak lama Blurpl3 menyepi rasanya. Kesibukan melanda. huhu

Kali ni, Blurpl3 nak update tentang baby bag yang diorder telah pun selamat sampai. Alhamdulillah, sangat berpuas hati. Item sampai pun dalam jangka masa yang ditetapkan. Jika sebelum ni Blurpl3 penah buat entry tentang baby bag jugak (boleh klik sini).


masih dalam plastik lagi.hehe..


setelah dikeluarkan daripada plastik


bahagian dalam beg. cuma tunggu masa nak isi barang.hehe..

Baby bag dah ada, cuma barang-barang keperluan baby yang selebihnya belum lagi cukup. Kena shopping la jawabnya kan.. hehe =)


Doakan dipermudahkan semuanya ya, Blurpl3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...