BlurpL3 FOLLOWERS

Monday, 31 December 2012

>> In-out : Happy Birthday Mama

 Assalamualaikum semua dan salam ceria. 

Semalam merupakan hari lahir mama Mrs Purpl3 yang ke -53. Nothing much celebration had been done. Al-maklumlah, Mrs Purpl3 masih dalam tempoh berpantang. Nak makan yang bukan-bukan pun tak boleh lagi. huhuhu ..

So, ini saja la yang Mrs Purpl3 boleh sediakan. Order kek besday dgn kak Rizaida. ni link website nya.



" Selamat Hari Lahir Mama yang ke-53. Semoga panjang umur + sentiasa diberikan kesihatan yang baik + berbahagia dunia akhirat + sentiasa dalam rahmat & lindungan Allah SWT "

We all love you, Blurpl3

Wednesday, 26 December 2012

>> Wordless : Senyuman Permata Hati


Nothing much we can say. Just look at the picture. 1 picture is worth than 1000 words =)

 Permata Hati Ummi dan Abi, Blurpl3

Monday, 17 December 2012

>> Rewind : Kronologi Kelahiran Anakku


Assalamualaikum dan apa khabar rakan-rakan blogger serta silent reader. Semoga sentiasa ceria hendaknya. Jika sebelum ni, Blurpl3 hanya mendengar kisah bersalin daripada orang lain .. kini tibalah masanya untuk Blurpl3 mengenang kembali kisah "kronologi kelahiran" putera kesayangan, Naufal Amsyar.  Blurp3 yakin, setiap individu mempunyai pengalaman yang berbeza-beza.. ada yang mudah, ada juga yang sukar. Segalanya terletak ditangan Allah kerana Dia yang menentukan segalanya. Yang penting ibu dan anak selamat.. In shaa Allah.

Al-kisahnya begini, seminggu sebelum kelahiran Naufal Amsyar, Mrs Purpl3 dikehendaki berkursus di salah sebuah hotel di Shah Alam. Kursus yang mengambil masa seminggu ini tidak boleh berulang-alik dari rumah, kena stay di tempat yang disediakan. Mrs Purpl3 terima tawaran untuk berkursus ini memandangkan pada masa itu kandungan mencecah 36 weeks. Dengan harapan masih sempat lagi dan tarikh EDD pun agak jauh lagi iaitu 11.12.12. So, apa salahnya pergi je la kan kursus ni.hehe..

Sepanjang tempoh berkursus juga, tiada langsung tanda-tanda nak bersalin yang Mrs Purpl3 rasai. Kadang-kadang tu, Mrs Purpl3 sempat juga bercakap-cakap dengan baby ni, berpesan supaya sempat Mrs Purpl3 habiskan dahulu kursus ni sebelum dia keluar sambil mengusap-usap perut yang sedang membesar ni. Nama pun berkursus kan.. memang asyik kena ulang-alik ke sana-sini. Nasib baik nak ke bilik guna lif, kalau tak terberanak dah jawabnya. Mungkin juga ini salah satu faktor. Kata orang kalau banyak berjalan senang nak bersalin. Betul ke?

Pada hari Jumaat, 16 Nov 2012 kira-kira pukul 4 petang, tiba-tiba Mrs Purpl3 rasa sakit yang kerap diperut. Mungkinkah ini yang dinamakan contraction? Rasa sakit yang kerap dan dalam jangka masa yang teratur iaitu dalam sela masa kira-kira 10-15 minit rasa sakit itu kembali. Pada mulanya, Mrs Purpl3 cuba abaikan saja rasa sakit ini, mungkin lepas ni hilanglah.. Jangkaan Mrs purpl3 meleset sama sekali. Rasa sakit yang dirasakan tadi semakin kuat dirasai dan kadang kala disusuli dengan rasa ngilu dan terasa nak membuang air kecil. Disebabkan itu, Mrs Purpl3 terus ke bilik air. Namun, Mrs Purpl3 dapati ada 'spotting' atau darah yang berwarna coklat. Risau pun ada. huhuhu.. Tak pernah ada macam ni sepanjang tempoh Mrs Purpl3 mengandung. Setelah kembali semula di dewan kursus, Mrs Purpl3 bertanyakan pada kakak-kakak senior tentang hal tersebut. Masing-masing menyatakan yang itu sebenarnya tanda-tanda nak bersalin. Iyer ke? Seram sejuk tangan Mrs Purpl3 dibuatnya. Ingatkan lambat lagi? Pada masa yang sama ada yang berpendapat kebiasaannya, proses untuk bersalin bagi anak sulung agak lambat dalam 12 jam. So, sekarang Mrs Purpl3 rasa tenang sedikit sambil menyiapkan tugas yang diberikan. Selebihnya, Mrs Purpl3 minta tolong rakan sekumpulan untuk proses seterusnya.

Kira-kira pukul 5 petang, Mrs Purpl3 terus menghantar SMS kepada Mr Blu3 yang menyatakan malam ni juga Mrs Purpl3 nak pergi check up di Az-Zahrah, Bangi dan berpesan agar beliau membawa kelengkapan untuk ibu dan baby, incase kena tahan wad. Dalam masa yang sama juga, Mrs Purpl3 meminta perlepasan daripada penyelaras kursus untuk balik awal memandangkan keadaan diri yang sakit ni. Alhamdulillah, diizinkan untuk balik awal. Yeay2! =)

Setelah mendapat perlepasan, Mrs Purpl3 terus bergegas ke bilik hotel untuk kemaskan semua barang dan mempersiapkan diri apa yang patut. Kira-kira pukul 8 malam, Mr Blu3 sampai untuk membawa Mrs Purpl3 ke hospital. Tepat pukul 8.30 malam, Blurpl3 tiba di Az-Zahrah. Nurse terus melakukan pemeriksaan denyutan jantung baby dan tahap contraction. Hanya Allah yang tahu bagaimana rasa setiap kali contraction tu datang. Alhamdulillah, denhyutan jantung baby normal dan tahap contraction makin kerap serta terdapat bukaan 1 cm.  Disebabkan itu, Mrs Purpl3 perlu ditahan wad. Contraction datang 3 minit sekali. Aduhai..

Masa mula-mula kena check, still boleh senyum lagi walaupun sakit. hehe...


Alat untuk mengukur tahap contraction dan denyutan jantung baby

Angka yang berubah-ubah mengikut tahap kesakitan contraction yang datang

Setelah dimasukkan ke wad, nurse dan bidan datang sekali lagi untuk memeriksa. Contraction masih terasa seperti tadi dan kini bukaan telah 3 cm.  Contraction makin kuat. Tangan Mrs Purpl3 dah berpeluh-peluh menahan sakit. Alhamdulillah, ada Mr Blu3 disisi yang sering memberi semangat, sentiasa berpesan untuk beristigfar dan mengajar teknik pernafasan untuk mengurangkan rasa sakit. Dalam tempoh masa ini, Mrs Purpl3 sampai demam kerana menahan sakit dan nurse telah memberikan suntikan antibiotik.



Mrs Purpl3 yang tengah menahan sakit setelah dimasukkan ke wad Hajar 3.

Pukul 10 malam, air ketuban telah pecah. Air jernih yang keluar banyak dan tanpa rasa sakit. Kemudian, tak lama lepas itu, nurse datang check dan memberitahu bahawa bidan akan datang check semula pada pukul 12.30 tengah malam nanti. Namun, jika Mrs Purpl3 rasa terlalu sakit bolehlah memanggil mereka dengan menekan loceng di tepi katil. Dalam masa yang sama, Mrs Purpl3 juga telah diberikan suntikan ubat tahan sakit di punggung. Kata nurse, ubat tahan sakit ni sedikit sebanyak dapat membantu mempercepatkan lagi bukaan disamping memberikan kesan tenang kepada ibu-ibu yang sedang sakit contraction. Selain itu, Mrs Purpl3 juga diberi julap, untuk membuang najis.

Kira-kira pukul 12.20 tengah malam, Mrs Purpl3 terasa sakit yang amat sangat. Kali ni terasa seperti ingin membuang air besar. Mrs Purpl3 teringat pengalaman kawan-kawan yang telah bersalin, mereka memberitahu tanda-tanda yang telah tiba masanya untuk bersalin..terasa seperti nak membuang air besar. Tanpa berlengah lagi, Blurpl3 terus menekan loceng. Tidak lama kemudian, nurse datang bersama bidan untuk memeriksa. Kali ni bukaan telah 9 cm. Mrs Purpl3 dinasihatkan supaya tidak meneran lagi dan terus dibawa ke Labour Room. 

Suasana Labour Room tenang dan diperdengarkan dengan bacaan ayat suci al-quran. Hanya istigfar dan selawat saja yang mampu dikatakan ketika ini. Mr Blu3 juga turut menemani Mrs Purpl3 dalam Labour Room. Beliau banyak memberi kekuatan dan semangat dalam waktu sebegini. Team doktor, nurse dan bidan juga banyak membantu. Setiap kali contraction datang, Mrs Purpl3 disuruh meneran sekuat hati. Dianggarkan hampir 4-5 kali juga Mrs Purpl3 perlu meneran untuk mengeluarkan baby.

Alhamdulillah, tepat pukul 1.14 pagi pada 17 Nov 2012, putera kesayangan telah pun selamat dilahirkan secara normal. Setelah mendengar tangisan suara si kecil ini dan dapat melihatnya, terus hilang rasa sakit. Hinggakan waktu doktor menjahit bahagian yang terkoyak pun tidak terasa. Begitulah kuasa Allah. Seterusnya, selepas baby selamat keluar.. uri pula ditolak keluar. Alhamdulillah, layanan di Az-Zahrah sangat memuaskan.

Tidak lama selepas baby keluar dan siap dibersihkan, Mr Blu3 terus azan dan iqamah kepadanya. Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan pada waktu itu.. Gembira, sayu, terharu..


Alhamdulillah segalanya telah selamat :)

Klik, Saat bergelar Ummi dan Abi


Newly ummi and abi, Blurpl3


Thursday, 13 December 2012

>> Rewind : Sebelum dan Selepas Bercukur Hari ke-7

Assalamualaikum & apa khabar rakan-rakan blogger serta silent reader. Kali ni Blurpl3 nak update info tentang bercukur rambut our little caliph iaitu Naufal Amsyar. Rambut Naufal Amsyar ini dipotong dan dicukur sendiri oleh abinya, Mr Blu3 pada hari ke-7. Pada hari yang sama putera kesayangan kami diberi nama secara rasmi. Lebih kurang 3 jam juga la nak menyiapkan sesi bercukur ni. Sepanjang bercukur ni juga la Naufal Amsyar perlu dibreastfeed. Masa ni saja la yang boleh memudahkan sesi bercukur. Kalau tak, kepala Naufal Amsyar mesti bergerak-gerak. Seriously, first time nak mencukur kepala bayi ni risau sungguh, takut terkena kulit kepalanya yang halus dan lembut ni.

Tambahan pula, bercukur pada waktu malam, memang la kena buka mata luas-luas. Walaupun rasa mengantuk dan letih tetapi demi putera kesayangan ni, Blurpl3 gagahi juga hingga selesai.



Peralatan untuk bercukur



Gambar sebelum bercukur. Handsome tak saya?hehe ;p


Gambar selepas dicukur. Sampai tertidur saya tunggu abi habis cukur rambut saya. hehehe..

Alhamdulillah, hari ke-7 juga tali pusat Naufal Amsyar telah pun gugur. Sedar-sedar habis bercukur, tali pusatnya kering dan gugur. 

Sekian.



Ummi wa Abi, Blurpl3

Monday, 10 December 2012

>> Rewind : Saat Bergelar Ummi dan Abi

Asssalamualaikum dan apa khabar rakan-rakan blogger sekalian.. Blurpl3 'berpantang' daripada menulis blog untuk seketika sebelum ni. hehehe..

Alhamdulillah. Tiada apa yang mampu diucapkan atau digambarkan setelah Blurpl3 bergelar Ummi dan Abi. Hanya Allah yang tahu perasaan itu. Sukar diungkapkan dengan kata-kata..

Pada 17 November 2012 bersamaan 3 Muharam 1434H, hari Sabtu tepat pukul 01.14 pagi.. Putera kesayangan Blurpl3 telah selamat dilahirkan secara normal di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bangi.

Our little caliph ini dilahirkan sewaktu 36 weeks & 5 days. Lebih awal daripada tarikh EDD iaitu 11.12.12. Baby nak keluar awal ye. Beberapa hari selepas kalendar baru dalam Islam. Ummi & Abi pun terkejut tau. Buku-buku tentang penjagaan bayi pun belum sempat habis khatam lagi.

Our little caliph ini telah dilahirkan seberat 3.0kg, sepanjang 50cm dan mempunyai ukur lilit kepala sebanyak 33 cm. Untuk hari pertama lahir, putera kesayangan hanya dipanggil nama manjanya sahaja iaitu 'baby' walaupun nama penuh telah pun dipilih oleh ummi dan abi. Blurpl3 mengambil keputusan untuk mengumumkan nama penuh baby secara rasminya pada hari ke-7. (kerana disunatkan memberi nama pada hari ke-7). Harap bersabar ye wahai aunties & uncles sekalian.hehe =)

Betul kata orang, perasaan jadi Ummi dan Abi ni lain kan.. apa-apa mesti fikirkan tentang anak dahulu. hee..


Our little caliph. Hari pertama selepas dilahirkan

 Ummi berposing dengan baby. 1st day dekat wad Hajar 3, Az-zahrah.


Abi berposing dengan baby jugak. hehe..



In Shaa Allah, Blurpl3 akan update entry 'kronologi kelahiran' pula selepas ni. Nantikan ye!

Wassalam

Newly Ummi & Abi, Blurpl3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...