BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Friday 26 April 2013

>> Review : Pengalaman Pertama Balik Kampung Menaiki Bas dengan Baby #4 bulan

 comel kan saya?hehehe ;p

Assalamualaikum wbt.

Bak kata pepatah, "Jauh perjalanan luas pemandangan". Betul kan?

Nak kata jauh tu, taklah jauh sangat. Cuma dari Shah Alam ke Alor Star je. hehehe...Perjalanan pulang ke hometown Mrs Purpl3 dengan menaiki bas bersama suami dan anak yang berusia 4 bulan lebih. Pengalaman menarik yang tidak dapat dilupakan. First time menaiki public transport dengan baby. Rasa macam tak percaya je. Pada mulanya, macam-macam terfikir dan risau tetapi Alhamdulillah.. segalanya berjalan lancar.

 wah..seronoknya naik bas.hehehe..

Mood si kecil yang comel juga amat bagus hari  berkenaan. Perjalanan dari Shah Alam ke Alor Star  mengambil masa hanpir 7 jam, bermula 11.45 malam dan tiba kira-kira pukul 6 lebih pagi. Sepanjang perjalanan, Naufal Amsyar sangat behave, minum susu, tidur, senyum-senyum dan rilex je. Apabila berbunyi suara sedikit, ummi terus bagi minum susu. hehehe.. Ummi tak nak biarkan Naufal Amsyar menangis lama-lama takut nanti mengganggu orang lain dalam bas.

Untuk perjalan kali ni juga segala barang keperluan yang dibawa Blurpl3 packing sepadat-padatnya. Yang mana boleh dikurangkan akan cuba dikurangkan. Bawa yang minimum saja. Macam mana nak bawa beg banyak-banyak dengan baby lagi kan? Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan kami.
time ni dah sampai stesen bas larkin. sejuknya, almaklumlah awal pagi.huhuhu..

Setelah sampai di Alor Star, Mama Mrs Purpl3 telah siap menanti ketibaan kami sekeluarga. Rindunya.. Baru sebulan tak balik kampung dah rasa macam lama sangat. Kalau duduk jauh-jauh mcam mana la agaknya kan? Tetapi tak risau sangat sebab sekarang ni teknologi dah canggih. Skype, Facebook, Blogspot, WeChat, Whatsapp, YM semuanya ada. Pilih lah mana satu yang berkenan dihati :)


sikit je beg Blurpl3 bawa kali ni. bawa sepadat-padatnya

Dipendekkan cerita, perjalanan pulang dari Alor Star ke Shah Alam pun begitu juga. Mudah, tak sesukar yang dijangka. Alhamdulillah syukur padaNya. 

Cuma yang berbeza ialah waktu Blurpl3 bertolak. Jika dari Shah Alam ke Alor Star, Blurpl3 bertolak 11.45malam tetapi dari Alor Star ke Shah Alam pula pada pukul 1 tengah hari. Si comel Naufal Amsyar juga behave seperti biasa. Bagus sungguh anak Ummi dan Abi ni. Lain kali boleh bawa pergi jalan-jalan ke tempat yang jauh pula ye :D
Haa.. seriousnya muka Naufal Amsyar. hihihi


 
 Kesian anak Ummi, sampai tertidur (-_-)


 
3 of us


Till Then, Blurpl3





Wednesday 24 April 2013

>> Review : Perkembangan Naufal Amsyar #5 Bulan


Assalamualaikum wbt.

Begitu cepat masa berlalu.
Dalam sedar tak sedar dah 5 bulan si comel Naufal Amsyar.
Dah macam-macam telatahnya sekarang ni. Terhibur rasa Ummi dan Abi.
Seperti biasa Ummi dan Abi perlu membawa Naufal Amsyar ke Klinik Kesihatan untuk check up 5 bulan. 


Hasilnya seperti berikut:
  • Berat: 6.9 kg
  • Panjang: 66 cm
  • BMI: 15.8
  • Lilitan kepala: 41 cm
  • Tindak balas: aktif
  • Warna bayi: normal
  • Jaundis: Nil
  • Penilaian penyusuan: breastfeeding on demand
  • Imunisasi: Diap / HIB / IPV - Dos 3

Notes:
  • Bayi boleh mengawal kepalanya ketika ditarik dari keadaan baring ke duduk (Naufal Amsyar sangat pandai mengawal kepalanya. Tegak je..hehe)
  • Bayi boleh meniarap dan menelentang (Sangat aktif meniarap, pantang letak berbaring, terus meniarap)
  • Bayi boleh menggenggam objek (Sekarang ni, Naufal Amsyar dah pandai menggenggam objek, antaranya teether, bantal kecil, tarik baju ummi, tarik rambut ummi)
  • Mata bayi mengikut pergerakan objek (Saja je Ummi alihkan flash card, Naufal Amsyar ikut je ke mana flash card tu pergi)
  • Bayi bertindakbalas dengan bunyi (Apabila dengar lagu video alif ba ta, terus Naufal Amsyar senyum-senyum. Dah tau lagu favourite dia la tu.hehehe..)

Bimbingan awal:
  • Kebersihan diri
  • Pemakanan
  • Pertumbuhan gigi
  • Keselamatan dan pencegahan kecederaan


Hasil Pemerhatian ke atas Naufal Amsyar:
  1. Amat cekap meniarap. Pantang diletak berbaring, terus meniarap.hehe..
  2. Tangan pun dah mula kuat. Boleh mengangkat badan sendiri sewaktu meniarap.
  3. Punggung dan kaki asyik bergerak-gerak sewaktu meniarap walaupun tidak beralih ke kiri atau ke kanan.
  4. Suka menghisap ibu jari.
  5. Tangan dan jari sudah mula boleh menggenggam objek.Kalau pegang jari sesiapa pun mesti nak bawa masuk mulut. hehe..
  6. Sudah mula belajar nak bercakap. Macam-macam bunyi ada. Pandai memberi respon ketika Ummi dan Abi bercakap dengannya.
  7. Lebih suka duduk atau berdiri berbanding berbaring atas tilam.
  8. Sentiasa tersenyum apabila nama dipanggil. Pandai sungguh Naufal Amsyar...
  9. Kuantiti susu yang diminum pun dah bertambah daripada 15 oz ke 24 oz sekarang (8am-6pm)
  10. Lebih suka breastfeeding berbanding botol, jika Ummi di rumah (walaupun Ummi mahukan anak Ummi ni belajar guna botol)
  11. Dah mula pandai guna taktik terbaru nak bagi tau Ummi yang dia lapar (tarik & selak baju Ummi.heheh..)
  12. Dah mulai kenal Ummi dan Abi sendiri (mula menangis apabila tahu bila dia nak kena tinggal. huhuhu..sad)

Inilah saya, sekarang dah 5 bulan :-) 

Jumpa lagi, Blurpl3

Tuesday 23 April 2013

>>Rewind : Sedap ke Meatball abang Burn?

New menu in the list. Presenting meatball Abang Burn
Chewah....
Tajuk suspen je kan. Sekarang ni ada fenomena baru dalam arena makan-makan di Malaysia ni. Semua sedia maklum Abang burn terkenal dengan burger bakarnya dan telah meluaskan jajahannya di seluruh Malaysia termasuk Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Johor serta Selangor dan KL sudah semestinya. Rujuk SINI untuk review yang Blurpl3 post mengenai burger bakar Abang Burn.

Tutup cerita sekejap mengenai burger bakar ni. Kita teruskan mengenai Meatball yang menjadi bualan ramai terutama di Mukabuku (facebook) dan post-post oleh blogger-blogger terkenal tak terkecuali blogger picisan macam Blurpl3 ni. Malas nak cerita panjang. Jom usha gambar-gambar yang menyelerakan ini....

Meatball with Wedges
Set Meat Burger with sausages
Zoom sikit. Apa macam?
Zoom lagi...hehehe

Banyak la pulak zoom untuk burger bakar ni. hehehe. Almaklumlah kalau dah pergi Kedai Abang Burn ni tak lengkap menu kalau tak ambil burger bakar. Kembali semula pada Meatball Abang Burn. Tidak dinafikan penangan meatball Abang Burn sangat-sangat menusuk anak tekak Blurpl3  Tak sia-sia Blurpl3 datang dari Subang Jaya ke Shah Alam semata-mata untuk menikmati meatball Abang Burn. Blurpl3 telah menerjah jajahan Abang Burn dikawasan Seksyen 13, Shah Alam. Peta kat bawah ni.

Jajahan Shah Alam
Dekat Shah Alam ada dua tempat. Satu dekat Seksyen 13 dan satu lagi di Seksyen 7. Plan awal nak pergi terjah Jajahan di seksyen 7 tapi memikirkan kepadatan kawasan tersebut yang susah nak dapat parking, terus tukar plan untuk terjah jajahan di seksyen 13. Blurpl3 bergerak dari rumah pukul 8.00 malam dan sampai area seksyen 13 ni dalam pukul 8.20 malam. Pusing punya pusing cari signboard tak jumpa. berhenti sekejap buka facebook Abang Burn then tengok balik peta. Rupa-rupanya dekat area Le Lac Restaurant. huhuhu. Jom tengok pic Blurpl3 menikmati Burger bakar dan meatball Abang Burn yang meletop itu.

Burger bakar - eating in progress
Done. Alhamdulillah kenyang...
Bungkus bawah balik
Hah!!! siap bungkus bawa balik lagi sebab dah kenyang sangat. Plan nak sambung makan dekat rumah. Baru masyuk makan meatball yang enak standard IKEA sambil menonton TV.=)

Isi borang?
Contest meatball Abang Burn
Apa lagi guys... Jom ramai-ramai serbu Jajahan Abang Burn lagi-lagi sekarang ni ada contest untuk sesiapa yang beli Meatball Abang Burn. Boleh menang 5 unit ipad mini. Harap-harap Blurpl3 ada rezekilah. Jangan ketinggalan sebab contest ni sampai 15 Mei 2013 sahaja.

Menunggu Meatball sampai
Buah hati Blurpl3 sikecil Naufal Amsyar pun excited nak makan walaupun tak boleh makan lagi. hehehe

Yang penting berbaloi Blurpl3 datang dari jauh untuk merasa resepi baru dari Abang Burn ni sebab dengan hanya RM9.90 kita boleh makan 10 biji meatball dengan wedges. Dekat IKEA pun tak dapat. kui...kui...Taip je Burger Bakar Abang Burn dekat facebook kalau nak tahu lokasi lain.

Yang kelaparan meatball semasa menaip,
Blurpl3

Friday 12 April 2013

>> FYI : Beratnya Dosa Lelaki


LELAKI:

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni….pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. 

BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa…jangan percaya sangat). Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA:

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:
 1. ibunya,
2. isterinya,
3.anak perempuannya, dan
4. saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
 1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya.
 
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ….

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki…kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin…maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya…supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

“Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri “….

Sumber: sini

Till then, Blurpl3

Thursday 4 April 2013

>> FYI : Kelebihan Bernikah

Assalamualaikum wbt.

Jom semak checklist kelebihan bernikah. 




DI ANTARANYA :-

Saat akad nikah~dapat PAHALA !
Suami peluk isteri~dapat PAHALA !
Cium isteri~dapat PAHALA !
Renung isteri~dapat PAHALA !
Suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA !
Suami bernafsu tengok isteri~PAHALA !
Suami pegang isteri ~PAHALA !
Suami marah isteri(untuk menegur)~PAHALA !
Suami imamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA ! (nak Khabar bnyaknya pahala)
Suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA !
Suami setubuh isteri~PAHALA !
Main kenyit2 mata dengan isteri~PAHALA !
Mandi bersama-sama dengan isteri~PAHALA !

So Sweet... ^_^

Sumber: Sjiehan

Till then, Blurpl3

Tuesday 2 April 2013

>> Rewind : Parents, Kid & Baby Expo 2013

Assalamualaikum wbt.

Baru-baru ni Blurpl3 telah pergi ke Parents, Kid & Baby Expo 2013 yang diadakan di Sunway Piramid. Pada mulanya, niat asal ke sana untuk membaiki handphone yang problem tetapi alang-alang dah sampai langsung terus ke expo itu. Blurpl3 dapat info ni daripada suria. Thanks ye for sharing..

 Si comel yang tertido setiap kali naik kereta

Macam biasa, mula-mula kena register, diberikan segala brosur produk dan ada free gift. Boleh redeem popcorn di salah satu booth yang terlibat. Apalagi, tanpa membuang masa Blurpl3 terus pergi redeem popcorn. Sedap! hehe.. Almaklumlah.. benda free, memang sedap kan. hehe...

Macam-macam barang ada dijual di expo baby ni. Sekali tengok memang rambang mata, semua nak beli. Tak boleh jadi macam ni. Duit pun bukanlah jenuh sangat. Kalau hari-hari kerja cop duit boleh la kan.hehe.. Setelah 2-3 kali pusing kat situ, barulah Blurpl3 decide nak beli barang apa. Sekarang ni berjinak-jinak nak pakaikan CLOTH DIAPER pada Naufal Amsyar. In shaa Allah, boleh jimatkan kos dan mesra alam. Doakan ye!

Ini saja, barang-barang yang sempat digrab ketika di expo baru-baru ni..


Hanya 3 keping CD QQ Baby, bamboo insert dan tambahan ice pack yang sempat di'grab' ketika di ekspo tu. Total kesemuanya pun dah nak dekat RM100. In shaa Allah, nanti boleh beli CD lagi ;)

Dekat expo ni juga turut disediakan LACTATION ROOM. Khas buat para ibu untuk breastfeeding bayi-bayi mereka. Alhamdulillah, kawasan bertutup dan selesa. Sejuk juga sebab memang diorang 'on' kan air-cond. THUMB UP! Blurpl3 sokong breastfeeding juga ya :D

Setelah selesai sesi membeli-belah di ekspo, Blurpl3 pusing-pusing mall dan terus pulang. Mood si comel Naufal Amsyar sangat bagus hari tu. Tak meragam langsung, senang dibawa berjalan-jalan. Lain kali kita pergi jalan-jalan lagi ye sayang! (Macam tu la, kalau dapat ummi & abi yang suka jalan-jalan.hehehe...)

Last but not least!

inilah K.A.M.I


Jumpa lagi, Blurpl3


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...