BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Saturday 17 May 2014

>> Resepi : Zainab's Finger (Arabic Snack)

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? Semua sihat-sihat belaka hendaknya.

Dah lama rasanya tak update tentang resepi atau masakan. Atas permintaan rakan baik, Wina Blurpl3 buatkan entry resepi ni. Gara-gara meng'upload' gambar makanan di instagram baru-baru ni. Seronok ambil gambar makanan ni sebenarnya. Berangan seolah-olah food photographer sekejap walaupun tiada kamera canggih bagai. Namun, kekangan masa membataskan penulisan blog Blurpl3, in shaa Allah akan cuba menghidupkan blog ni daripada semasa ke semasa. 

Blurpl3 dapat resepi Zainab's Finger ni daripada rakan baik juga di FB, Farah. Blurpl3 tergoda tengok gambar makanan. Terus terasa nak mencuba. hahahaha. Boleh refer link ni :-). Thanks sis, resepi menarik!

Al-maklum sajalah, apabila berada diperantauan teringin nak makan macam-macam. Nak beli takde dijual, kalau ada pun mahal dan tak sama rasanya, tekak Melayu la katakan..

OK. Berbalik kepada resepi kali ialah berkaitan dengan Arabic Snack (Usbu El-Zainab) atau lebih senang dipanggil ZAINAB'S FINGER, merupakan makanan orang Oman.

Sekali pandang tak ubah seperti popia goreng biasa TETAPI Zainab's Finger ni, intinya ialah cream cheese dan bersalut air gula diluarnya. Rasanya totally different dengan popia gorang yang selalu kita makan tu tau. hihihi... Kalau nak tahu bagaimana rasanya, haruslah cuba resepi yang telah diubahsuai ni. Mudah ya amat! :D

Blurpl3 tuliskan resepi ni untuk tujuan rekod dan rujukan diri sendiri ataupun berkongsi dengan sesiapa yang berminat :-)


Resepi: ZAINAB'S FINGER
Sumber: Shahirah Elaiza

Bahan-bahan:

Sebungkus kulit popia
1 ketul cream cheese (preferably philadelphia)
Sedikit tepung gandum + Air (bancuhan untuk dijadikan pelekat)
Gula +Air (untuk dijadikan air gula)
1/2 biji buah lemon


Cara-cara:

1. Asingkan kulit popia satu per satu.
2. Potong cream cheese ikut saiz masing-masing (PERHATIAN: elakkan cream cheese berada terlalu lama diluar kerana mudah cair. Setelah siap potong, masukkan kembali ke dalam peti sejuk).
3. Aturkan cream cheese ke atas kulit popia & lipat kemas-kemas (seperti buat kuih popia)
4. Lekatkan kulit popia tu dengan bancuhan tepung.
5. Setelah siap, bolehlah goreng.
6. Setelah siap menggoreng kesemuanya, bolehlah tuangkan air gula ke atas Zainab's finger ataupun celup satu per satu ke dalam air gula. (Ikut pilihan masing-masing)

Air gula

1. Panaskan gula sehingga mendidih
2. Perlahan-lahan masukkan sedikit air (amaran: sila BERHATI-HATI)
3. Masukkan perahan air lemon

*
*
*
*

Inilah hasilnya! (^_____^)

Zainab's Finger a.k.a Arabic Snack

p/s: Sebelum makan, jangan lupa baca Bismillahirrahmanirrahim dan doa makan sekali :)



*** Jemput-jemputlah singgah dan mencuba resepi lain. Mudah-mudah belaka :-)***


Dari dapur Copenhagenku,
Blurpl3


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...