BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 31 January 2013

>> Review : Perkembangan Naufal Amsyar #2 bulan

Assalamualaikum dan apa khabar semua..
Hari ni, Blurpl3 nak update tentang perkembangan bulan ke-2 putera kesayangan, Naufal Amsyar.

Berikut merupakan hasil 2 bulan check-up di Klinik Kesihatan mendapati:


  • Berat: 5.4 kg
  • Panjang: 61 cm
  • BMI: 14.5
  • Lilitan kepala: 38 cm
  • Tindak balas: aktif
  • Warna bayi: normal
  • Jaundis: Nil
  • Penilaian penyusuan: breastfeeding sucking well
  • Imunisasi: Diap / HIB / IPV - Dos 1
Note:

- Naufal Amsyar dah pandai senyum dan juga ketawa apabila namanya dipanggil
- Posisi tidur asyik mengiring je..
- Apabila Ummi bacakan Alif Ba Ta, Naufal Amsyar pun turut buka-buka mulut seolah-olah turut membaca bersama Ummi
- Suara tangisan pun dah makin kuat berbanding sebelum ni.hehehe..

 sudah tembam muka saya sekarang kan.hehehe =p


Anak syurga Ummi dan Abi, Blurpl3

Monday 21 January 2013

>> Review : Perkembangan Naufal Amsyar #1 bulan

Assalamualaikum wbt semua.. Apa khabar?

Pejam celik - pejam celik, sudah 1 bulan usia putera kesayangan Blurpl3, Naufal Amsyar. Kebiasaannya, bagi bayi yang berusia 1 bulan ni perlu menjalani check-up di Klinik Kesihatan yang berhampiran untuk diberikan vaksin dan check-up perkembangannya.

Hasil daripada 1 bulan check-up mendapati:
  • Berat: 3.8 kg
  • Panjang: 54.5 cm
  • BMI: 12.7
  • Lilitan kepala: 36 cm
  • Tindak balas: aktif
  • Warna bayi: normal
  • Jaundis: Nil
  • Penilaian penyusuan: breastfeeding
  • Imunisasi: Hepatitis dos 2
 Saya sudah 1 bulan!


Semoga anak ummi dan abi membesar dengan slhat dan sempurna serta menjadi anak yang soleh. in shaa Allah.

 Permata Hati, Blurpl3

Monday 14 January 2013

>> Rewind : Rentetan Jaundis

Assalamualaikum wbt dan apa khabar  rakan-rakan blogger dan juga silent reader.


Kali Blurpl3 just nak share pengalaman jaundis / demam kuning yang terjadi pada our little caliph, Naufal Amsyar. Yang sering juga menyerang hampir kebanyakan baby sekarang ni. 

Hari ke-6 (Khamis) : Demam kuning mula dikesan pada Naufal Amsyar, selepas lawatan nurse dari Klinik Kesihatan datang ke rumah. Pada awalnya tanda-tanda demam kuning hanya kelihatan sedikit iaitu badan sedikit kuning dan ada warna kuning dalam mata putih. Nurse sarankan untuk bawa Naufal Amsyar ke klinik keesokan harinya untuk check darah. Nurse pesan beri susu ibu banyak-banyak.

Hari ke-7 (Jumaat) : Bawa Naufal Amsyar ke Klinik Kesihatan Bt.13 atas arahan nurse. Bacaan TSB = 15.0. Perlu datang semula keesokan harinya. Kesian tengok Naufal Amsyar menangis kena ambil darah,

Hari ke-8 (Sabtu) : Hasil daripada check up hari ni result bacaan TSB = 13.6. Result = Down trend. Ummi & Abi sedikit lega. Namun, Doktor suruh refer Hospital Serdang (Wad Kecemasan) kerana dikhuatiri bacaan akan naik semula memandangkan esok hari Ahad - cuti.

Hari ke-9 (Ahad) : Check up Naufal Amsyar di Wad Kecemasan, Hospital Serdang. Kali ni lebih banyak darah diambil berbanding di Klinik Kesihatan. Lebih sayu hati Ummi lihat Naufal Amsyar menangis. huhu.. Tak lama berada di Wad Kecemasan, kemudian Naufal Amsyar dikehendaki masuk ke wad NICU (Neonatal Intensive Care Unit) kerana bacaan ketika itu 294 (17.3). Kebetulan pada masa tu Ummi hanya sehelai sepingggang dan ada hanyalah 1-2 helai barang kelengkapan Naufal Amsyar. Ingatkan datang check up saja.. rupanya terus kena masuk wad. Naufal Amsyar dikehendaki berada dibawah single photo lamp, ditanggalkan segala baju kain dan hanya tinggal pampers dan juga matanya ditutup. Naufal Amsyar asyik menangis setiap kali duduk dalam baby cord tu. Lagi la sayu hati Ummi. Ditambah pula dengan suara tangisan baby-baby yang lain, masing-masing menangis teresak-esak. Air mata Ummi terus bergenang masa tu. Abi terpaksa pulang ke rumah seketika untuk mengambil barang keperluan disebabkan Ummi dan Naufal Amsyar kena tidur dalam wad malam ni.

Pada sebelah malam, langsung Naufal Amsyar tak mahu tidur, asyik menangis je. Apabila Ummi bagi susu terus diam, apabila diletakkan dibawah lampu tak sampai 5 minit terus menangis. huhuhu.. aduhai anakku, bila nak sembuh macam ni. Selang beberapa jam, doktor datang untuk ambil darah Naufal Amsyar. Kesian anak Ummi. Walau bagaimanapun, kata doktor demam kuningnya tidak terlalu tinggi. Jika baacan turun, esok dah boleh keluar wad.

Hari ke-10 (Isnin) : Selepas amik darah pukul 7 am, bacaan turun tapi tak banyak, dari 294 ke 293. Maksudnya Naufal Amsyar kena continue single photo lamp dalam wad yang sama. Nasib baik wad yang ada katil. Memang memerlukan ketahan fizikal dan mental sewaktu menjaga anak dalam wad ni. Sampai satu tahap rasa macam nak nangis sebab tak tahu nak buat apa apabila si kecil asyik nangis je huhu.. Dugaan dan ujian daripada Allah. Ummi terpaksa lebih tegas dengan Naufal Amsyar supaya berada dibawah single photo tu, bukan apa.. Ummi nak Naufal Amsyar cepat sembuh dan kita boleh balik rumah bersama Abi.

Hari ke-11 (Selasa) : Alhamdulillah, bacaan demam kuning Naufal Amsyar sudah semakin turun dari 293 ke 240 (14.1). Setelah diperiksa oleh doktor pakar Pediatrik, Naufal Amsyar boleh didiscaj keluar wad. Syukur Ya Allah, lega rasa dihati. Doktor berpesan, jika keadaan kuning masih berlanjutan boleh refer klinik kesihatan yang berhampiran dan beri banyak susu ibu. In shaa Allah Ummi akan cuba bagi susu ibu sebanyak mungkin supaya Naufal Amsyar cepat sembuh dan sihat. 

Hari ke-15 (Sabtu) : Setelah didiscaj keluar dari wad, kali ni sekali lagi Naufal Amsyar dibawa ke klinik kesihatan untuk check up demam kuning. Alhamdulillah, bacaan turun lagi iaitu 11.8. Selang 3 hari, doktor menyuruh Naufal Amsyar dicheck-up semula.

Hari ke-18 (Selasa) : Bacaan TSB = 10.5. Results = down trend. Namun, Doktor proceed ke Pakar pediatrik, Hospital Serdang untuk lakukan ujian darah dan air kencing Naufal Amsyar. Ini merupakan ujian saringan. Kata Doktor, sepatutnya bacaan TSB sudah mencapai 8.0 jika mengikut kadar umurnya sekarang. Untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang lain, ujian saringan perlu dilakukan. Abi dan Ummi redha je masa tu, walaupun risau teramat dalam hati. Harap-harap tiada apa-apa yang lain.. in shaa Allah. Pihak hospital akan hubungi semula jika bacaan TSB tinggi, ujar pegawai perubatan di situ. Akan ada appoinment pada 21 Dis 2012.

Hari ke-35 (Jumaat) : Setelah check up Hospital Serdang, Doktor bagi tau everything normal. Hasil ujian saringan kuning kesemuanya negatif. Bacaan kuning dah turun. Tiada apa-apa masalah lain. Naufal amsyar juga aktif. Alhamdulillah syukur.. Next appointment dengan Hospital Serdang ialah 6 Feb 2013.



Cepat sembuh anakku, Blurpl3






Wednesday 9 January 2013

>> FYI : HUTANG.. Jangan Ambil Mudah!

Assalamualaikum wbt semua.

Tazkirah petang, saling mengingatkan ke arah kebaikan :)

Dipetik daripada FB Ustaz Don Daniyal iaitu isu berkaitan hutang.Hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut...

Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :

Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhari, 1/214 )




 
Renungan bersama, Blurpl3

Tuesday 1 January 2013

>> In-out : Selamat Tahun Baru 2013


Assalamualaikum semua.. sedar tak sedar dah masuk tahun 2013 sekaranng ni. Kebiasaannya, pada awal-awal ni, ramai yang mempunyai azam baru. Jangan azam tinggal azam saja tau. Pastikan tercapai dan terlaksana ye. hehehe.. Blurpl3 pun turut mempunyai azam untuk dilaksanakan. In shaa Allah, semoga dipermudahkan segala urusan :)


Alhamdulillah,  tahun 2012 melabuhkan tirai dengan jayanya. Pada tahun 2012, Blurpl3 mendirikan rumah tangga, dikurniakan cahaya mata, memperoleh ijazah master & manuskrip telah 'accepted to published'. Syukur pada allah atas nikmat yang dikurniakan.


Inilah hasilnya setelah 3 tahun berhempas pulas


Selamat tahun baru untuk semua, moga tahun ni lebih diberkati + success + dirahmati + tercapai segala impian ... In shaa Allah.


Yang berharapan besar, Blurpl3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...