BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Wednesday, 6 November 2013

Thursday, 4 July 2013

>> Review : Lelaki Merajuk

Assalamulaikum wbt. 

TANDA-TANDA LELAKI MERAJUK



Masam Muka

Tanda merajuk ini memang biasa dan boleh nampak secara jelas dari lelaki tu sendiri.. Si dia akan terus mencuka walaupun korang dah buat lawak mengalahkan Maharaja Lawak Mega.. Walaupun orang sekeliling gelak pecah perut, si dia tetap masam muka..

Abaikan Korang
Bila ditanya, dia diam.. Bila disoal, dia buat tak tahu.. Kalau dah sampai tahap macam ni memang dah sah-sah lelaki tu merajuk.. Better biarkan lelaki tu sementara, bagi masa untuk dia cooldown balik..

Tolak Untuk Ada Bersama
Kalau korang ajak untuk makan bersama tapi dia tolak invitation korang tu tanpa sebab yang jelas.. Berjaga-jaga, mungkin waktu tu lelaki tu sedang merajuk dengan korang.. Bila dah jadi macam ni, jangan terlalu memaksa si dia untuk bersama dengan korang..

Mudah Terasa Dengan Korang
Korang cakap sikit je, dia terasa.. Bila ada benda tak kena je, mula nak naik angin.. Mungkin korang tak perasan kalau lelaki itu dah memang jenis yang panas baran.. So, kenali dia dengan lebih sebab marah bila merajuk lagi bahaya daripada marah biasa..

Buat Perkara Yang Perempuan Tak Suka
Beware! Ini tahap merajuk paling maksimum.. Sebab lelaki akan merajuk sampai sanggup buat apa yang perempuan tak suka. Contohnya, si lelaki akan protes dengan merokok, flirting dengan perempuan lain atau macam-macam lagi..

Tanda-tanda lelaki merajuk ni biasanya boleh dilihat bila dah teruk.. Sebab biasanya lelaki akan jarang merajuk melainkan perkara tu memang menusuk kalbu diorang.. Hehe.. Pesanan ikhlas, lelaki bila merajuk takkan sama dengan perempuan.. Cara untuk pujuk lelaki lain daripada cara untuk pujuk perempuan merajuk.. So, berhati-hatilah.. Ahaks..

Sumber: SINI


KALAU DAH MERAJUK, KENALAH PUJUK KAN..
SO, INI TIPS UNTUK MEMUJUK LELAKI YANG MERAJUK PULA...


Jeng, jeng, jeng...





Di sini terdapat 4 tips yang boleh kamu gunakan bagi memujuk lelaki yang merajuk. Mudah-mudahan apa yang dikongsikan di sini dapat membantu kamu dalam memulihkan keadaan dan dapat memujuk si dia yang sedang merajuk tu..hehe!..

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya...kalau diganggu seperti "merayu-rayu mau dimaafkan", itu bukan caranya ok..sabar dulu :)

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan
Kamu sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan kamu, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Kalau boleh layan saja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran kamu. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku...

3. Jangan bertanyakan tentang perasaan si dia
Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk? apakah perasaannya? dan sebagainya. Elakkan diri kamu daripada bertanyakan apa saja jenis soalan kepadanya. Ini kerana, kehadiran kamu akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada kamu kerana kamu telah mengganggunya...bagi dia relaks selama yang mungkin..

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati kamu
Ya, adalah lebih baik kamu mengembirakan hati kamu sendiri daripada memikirkan perasaan si dia. Mungkin pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri kamu. Mungkin dengan membaca novel kegemaran kamu, atau pun melakukan hobi kesukaan seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, kamu akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu...bila dah pulih, tak payah tegur pun si dia akan tegur kamu secara automatik..maksudnya, rajuknya sudah hilang..:)

Diharapkan dengan tips yang saya kongsikan kat atas ni, dapatlah kamu gunakan untuk memujuk pasangan lelaki ataupun sahabat lelaki kamu. Mudah-mudahan si dia akan kembali mesra dan hubungan kamu akan pulih seperti sedia kala...

Sekiranya kamu mempunyai tips memujuk lain yang kamu ingin kongsikan, sudi-sudilah memberikan komen di bawah ini. Agar kita sama-sama dapat membantu antara satu sama lain memujuk pasangan lelaki kamu yang sedang merajuk itu. Bagi yang tak pernah merajuk tu, tak apa..mungkin boleh kongsikan kenapa tak pernah merajuk?..

Sumber: SINI dan SINUN

 Wallahua'lam

Jangan merajuk nanti cepat tua, Blurpl3

Friday, 21 June 2013

>> Review : Nama-Nama Bayi Islam Yang Baik, Buruk Dan Melucukan

Assalamualaikum wbt.
Kebiasaannya, sebelum seseorang anak lahir ke dunia, ibu dan bapa sudah berkira-kira untuk mencari nama yang sesuai untuk anak yang tersayang.
Mencari nama yang baik bukan untuk mendapat pujian.
Atau untuk melambangkan status sosial dan seumpamanya.
Tetapi ia adalah satu ibadah yang dituntut oleh agama.
Abu Dawud telah meriwayatkan dari Abu Darda' RA. katanya, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya kamu semua akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu pada Hari Kiamat, maka perelokkanlah nama-nama kamu."
Memperelokkan nama bermaksud memilih nama yang selari dengan tuntutan Islam.
Memilih nama perlu ada tujuan.
Bukan sekadar untuk memudahkan panggil atau untuk menggabungkan nama ibu dan bapa serta datuk-datuk dan nenek-nenek, bahkan ia berkaitan dengan soal pembentukan peribadi anak itu.
Bukankah panggilan itu mengandungi doa?
Setiap orang yang memangilnya, dikira membuat doa untuknya.
Jika seorang anak itu namanya 'Mujahid' yang bermaksud seorang pejuang atau orang yang berjihad, setiap orang akan memanggilnya dengan gelaran pejuang.
Secara tidak langsung dia didoakan untuk menjadi pejuang pada jalan Allah SWT.
Sebaliknya jika seorang itu dinamakan dengan nama 'Hazan' yang bermaksud berdukacita, setiap orang akan memanggilnya sebagai seorang yang sedang sedih dan berdukacita.
Secara tidak langsung pangilan demi panggilan itu boleh memberikan kesan kepadanya.
Nama Yang Tidak Baik
Malangnya hari ini, terdapat segelintir masyarakat yang kurang mengambil berat soal nama. Ada yang memilih nama yang kelihatan indah tetapi hakikatnya tidak mempunyai apa-apa erti, atau lebih malang lagi ia membawa erti yang negatif.
Mereka suka nama-nama yang nampak moden seperti Natasya, Zana, Susan, Hyfa, Dayanty atau seumpamanya.
Lebih menyedihkan lagi, jika nama-nama itu ditiru atau diambil nama-nama orang kafir.
Ada juga yang menggabung jalin nama ibu dan bapa.
Mereka lakukan tanpa mengambil kira maksud gabungan perkataan itu .
Contohnya, ibu yang bernama Safrina dan bapa bernama Ihsan, anaknya diberi nama Safih Insan, yang bermakna 'Manusia yang Bodoh'.
Kadang-kadang nama yang digabungkan itu menjadi panjang tanpa sebarang erti seperti Nor Sajamifulah Niruszam atau seumpamanya.
Terdapat dikalangan ibu bapa yang cuba memberikan nama yang baik tetapi mereka tersilap langkah, contohnya meletakkan perkataan Abdul atau lebih tepatnya 'Abd yang membawa maksud Hamba dengan perkataan lain selain nama-nama Allah seperti Abdul Muhammad, dan Abdul Musa.
Ada juga yang silap dengan hanya meletakkan perkataan Abdul untuk anaknya.
Jika mahu ringkas mereka sebenarnya boleh menggunakan nama Abduh yang bermaksud Hamba-Nya.
Kadang-kadang terdapat ibu bapa yang mahu menggunakan kreativiti dengan menamakan anaknya sempena sesuatu peristiwa atau tempat sehingga menjadi janggal seperti Mohd Felda, Nor Malaysia, Saiful Johori, Mohd Toyota, Siti Sukom dan seumpamanya.
Mereka sebenarnya menjadikan anak-anak mereka mangsa ejekan sepanjang hayat.
Jika bapa tersilap memilih nama, maka sewajarnya dia berusaha agar nama itu ditukar kepada nama yang lain.
Rasulullah SAW pernah bertindak menukar nama seseorang dengan nama yang lebih baik.
Al-Termizi dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar RA bahawa Sayyidina Umar bin Al-Khattab RA mempunyai seorang anak perempuan namanya 'Aashiah (Penderhaka), maka Rasulullah SAW menukarkan namanya menjadi Jamilah (Yang Cantik).
Sebaik-baiknya para bapa merujuk kepada para ilmuan atau sekurang-kurangnya membelek buku-buku panduan sebelum memilih nama yang sesuai untuk anak.
Ingatlah bahawa nama itu adalah identiti terpenting bagi seseorang manusia.
Kesan pemberian nama itu bukan terhenti setakat di dunia sahaja bahkan melarat sehingga ke akhirat.
Oleh itu, menjadi kemestian kepada para bapa untuk memilih nama yang baik-baik.
Nama Yang Baik
Rasullullah SAW menganjurkan agar anak-anak dinamakan dengan nama-nama yang mempunyai maksud baik atau dinisbahkan kepada orang yang baik.
Bapa-bapa boleh memilih nama-nama Rasul seperti Hud, Nuh, Ilyasak dan lain-lain; atau nama para sahabat seperti Mus'ab, Mu'az, Talhah, Zubair, Handzalah dan lain-lain; atau nama para 'ulama' seperti As Syafie, Al Bukhari, As Subki, Al Andalusi, Al Tabari, Al Nakhai'i, Al Zamakhsyari, Ibnu Qayyim, Ibn Taimiyyah, Al 'Izz dan lain-lain.
Mudah-mudahan anak itu, dapat menghayati kehebatan tokoh-tokoh silam lantas menjadikannya sebagai ikutan.
Antara nama yang afdhal ialah nama yang dinisbahkan kepada nama Allah, tetapi dimulai dengan kalimah 'Abd.
Nama-nama Abdullah, Abdul Quddus, Abdul Jabbar, Abdul Qahhar, Abdul Fattah, Abdul Mu'izz dan lain-lain adalah contoh bagi kategori ini.
Di samping itu para bapa digalakkan memilih nama-nama yang mempunyai nama indah dan seboleh-bolehnya tepat dengan nahu Arab.
Contohnya nama Saif bermakna pedang, tetapi nama Saiful tidak mempunyai apa-apa makna kecuali jika disandarkan kepada perkataan lain seperti Saiful Islam yang bermaksud Pedang Islam.
Sebaik-baiknya juga nama yang dipilih itu menepati kesesuaian jantinanya.
Kesimpulannya, ibu bapa yang akan menyambut bayi perlu membuat persediaan awal sebelum tiba masa kelahiran.
Persediaan seperti, membanyakkan bacaan al-Quran, berzikir dan bertafakur serta mencari nama yang sesuai untuk anak perlu diutamakan.
Sebagai pendidik, ibu dan bapa tidak boleh mengambil lewa soal-soal ini.
Ingatlah, apa yang disemai hari ini, itulah yang akan dituai esok hari.

Thursday, 21 March 2013

>> FYI : Petua Tidur Nabi SAW

 Assalamualaikum wbt.

Kali ni Blurpl3 nak share info berkaitan dengan tidur yang diperoleh daripada laman muka buku. hehehe..





SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun(doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barang siapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.... 


INSYA ALLAH AMAL DAN SAMPAIKAN

Sumber : sini

Jom amalkan bersama, Blurpl3

Thursday, 14 March 2013

>> FYI : Kelebihan Minum Air Kosong



 Assalamualaikum wbt.

kali ni Blurpl3 nak share info Kelebihan Minum Air Kosong yang diperoleh dari salah satu laman muka buku.hehe.. Tapi pastikan air kosong atau air putih yang diminum tu betul-betul bersih, selamat, suci lagi murni tau.. 

Nak tau samaada air kosong atau putih yang korang minum tu selamat ke tak? nantikan update entry seterusnya ye :-)

Jom, baca bersama-sama:

1. Menguruskan badan 
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita. 

2. Meningkatkan kesuburan  
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.  

3. Melancarkan sistem pencernaan  
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.  

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser  
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.  

5. Perawatan kecantikan  
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.  

6. Tubuh lebih segar dan sihat  
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.  

7. Menyihatkan jantung  
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.  

8. Ubat kepada penyakit strok  
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.



Sumber: sini

powerful knowledge, Blurpl3

Thursday, 7 March 2013

>> FYI : Petua 8p


Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah


Siti Nur Bahyah berkata,
1) P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2) Katanya, P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3) P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4) ‘Perhatian’ adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau – Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.
5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman’
6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7) Beliau berkata, satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
8) Katanya, P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitumembaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.
“sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat”


Sumber: http://fabulousnana.com/blog/?p=881

Thursday, 18 October 2012

>> Review : Khasiat KURMA



kurma..buah kegemaranku

Assalamualaikum wbt untuk semua kawan-kawan blogger dan juga silent reader. Dah lunch ke? Harap semuanya sihat walafiat. Kali ni Blurpl3 nak share info berkenaan dengan buah kurma. Sejak mula preggy sehingga ke bulan puasa sehinggalah ke sekarang, Mrs Purpl3 amat suka makan buah kurma. Sewaktu preggy ni lah rasa nak mengunyah saja. Itu yang sediakan buah kurma siap-siap, dalam beg, dekat office, dekat rumah. So, apabila rasa nak mengunyah terus capai je buah kurma ni. hehehe... Disamping banyak khasiat yan boleh diperolehi daripadanya kan...


jenis-jenis buah kurma

Rupa-rupanya, buah kurma ni terdiri daripada pelbagai jenis, saiz dan bentuk. Rasa buah kurma juga agak berlainan antara satu dengan yang lain. Blurpl3 suka buah kurma yang rasanya tidak terlalu manis dan kering. Kebiasaannya, buah kurma yang jenis basah agak manis rasanya. Betul tak??


pokok kurma

Ini pula, pokok buah kurma.. dapat tengok dalam gambar je la. Kalau diberi kesempatan nak tengok secara realiti. Baru best kan? InsyaAllah, semoga dimakbulkan Allah niat dihati ni =)

kurma yang Blurp3 pernah jual sewaktu bulan Ramadhan yang lalu :)

Bersempena bulan Ramadhan, yang lepas Blurpl3 ada juga buat bisnes buah kurma ni.hehehehe.. Buah kurma Arab. Rasanya tidak manis dan tidak tawar. Just nice! Yang specialnya buah kurma ni tiada lemak trans, tiada pengawet, tiada pewarna, tiada kolesterol & tiada perisa tiruan. Alhamdulillah, rezeki di bulan Ramadhan .. laris juga la ;)

Khasiat Kurma:

1- Sabda Rasulullah SAW:

     "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya"

Mengamalkan makan buah kurma ketika mengandung adalah amat baik sekali kerana ini akan memudahkan ketika melahirkan nanti.  Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW. 

2- Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

3- Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

4- Hadis juga menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka. 

5- Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

6- Ruthab (kurma basah) mencegah terjadinya pendarahan bagi perempuan-perempuan ketika melahirkan dan mempercepat proses pengembalian posisi rahim seperti sedia kala sebelum waktu hamil yang berikutnya. Hal ini kerana dalam kurma segar terkandung hormon yang menyerupai hormon oxytocine yang dapat membantu proses kalahiran.

7- Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fruktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

8- Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang Maghrib atau terawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu.

9- Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi. Selain itu, ia mengandungi pelbagai zat galian dan yang paling banyak ialah potassium. potassium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf. Kurma adalah sumber terbaik potassium.


sumber: 
http://permai1.tripod.com/kurma2.html
http://myibrah.com/khasiat-kurma-pada-ibu-mengandun


Sharing is loving, Blurpl3


Friday, 17 August 2012

>> FYI : 10 Tips For Eid

(sumber: fb)

Assalamualaikum wbt & apa khabar semua.. hari ni merupakan hari kedua terakhir kita berpuasa dalm bulan Ramadhan 1433H. Lusa sudah nak menyambut Aidilfitri kan..Macam mana? Teruja tak? hehehe...

Kali ni Blurpl3 nak share info tentang TIPS untuk berhari raya pula. Amalkan ye. Sekadar untuk perkongsian bersama. 




Ooooppss! satu lagi... jangan lupa yang ini juga ye =)




(sumber: ermm..dah tak ingat kat mana..dah lama save.hehehe..)


Ambil panduan dan iktibar ye kawan-kawan, yang baik jadikan teladan yang kurang baik jadikan sempadan.



Wallahuallam


*****
p/s: Kepada yang ingin balik ke kampung, hati-hati memandu di jalan raya, ingatlah insan tersayang. Salam Aidilfitri in advance. Ampun maaf atas salah silap atau terkasar bahasa, insyaAllah berjumpa lagi di next entry =)

*****



Ikhlas, 

Blurpl3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...