BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 8 November 2011

>> FYI : Ada Apa Dengan Blurpl3 ?

Mesti ramai yang tertanya-tanya. Kenapa blog ni dinamakan Blurpl3diary?

Blurpl3 = sila baca sampai habis
Diary = untuk coretan kami mengenai apa-sahaja terutama persediaan hari bahagia

First of all, Miss Purpl3 favourite colour is blue turquoise. Dia memang minat gila. Nasib baik tak gila. He...he...he...Kalau boleh semua berkaitan wedding nak warna tu. Tapi pada masa yang sama Mr. Blu3 minat jugak warna ni. Memang serasikan kami ni.(Masuk lif tekan butang). Itu yang sampai berebut-rebut nak guna warna ni untuk decoration hantaran. Last-last, dua-dua tak guna.He...he...he...






Contoh warna kegemaran - Biru turquoise

Jadi, Kami decide nak guna warna biru turquoise untuk kenduri sebelah perempuan. Last-last tak jadi juga. 

One day, kami pergilah kenduri client Mr.Blu3 dekat Serdang, tengok tema dia guna warna biru dan ungu. Very nice...Sebenarnya kenduri tu guna dua warna sebab ada dua pengantin. Yang abang warna ungu dan yang adik warna biru. Kami jatuh cinta pada kombinasi warna ni bila tengok kad kahwin yang sangat cantik walaupun simple dengan kombinasi warna ni digunakan. Jadi kami sama-sama bersetuju nak menggunakan kombinasi warna ni untuk kenduri sebelah perempuan.

Mana dapat perkataan blurpl3 tu?

Sah-sahla kan dari kombinasi perkataan Blue + purple. Jadilah blurpl3. Sebenarnya dapat idea ni waktu Mr.Blu3 tengok rancangan Martha Stewart. waktu tu Martha tengah terangkan mengenai tumbuh-tumbuhan yang boleh di tanam untuk mengelakkan Rusa daripada menceroboh rumah. Ada jenis-jenis tumbuhan yang Rusa alergi. Tiba-tiba dia ada tunjuk pokok Blurpl3. Yup, nama pokok tu BLURPLE. So dapat la idea daripada situ.

Cantikkan kombinasi biru dan unggu ( from here)

1st anniversary first meet kami pun Mr.Blu3  hadiahkan sejambak bunga dengan kombinasi warna ni kepada Miss Purpl3. Biarlah Miss Purpl3 yang cerita lebih lanjut nanti.

Yang penting.....WE LOVE BLURPL3..........


Mr.Blu3 mencoret

2 comments:

Shakina Farhan said...

hee..kita pun peminat biru!

BLuRpL3 said...

tu la. tgk kina pun ada guna warna purple untuk baju kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...