BlurpL3 FOLLOWERS

Thursday, 24 July 2014

>> In-out : Salam Perantauan 2014 Drpd Kami Sekeluarga

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua?

Hanya tinggal beberapa hari saja lagi umat Islam akan menyambut hari 'kemenangan' yang amat dinanti-nantikan. Betul-betul sudah menangkah kita?

Tepuk dada tanyalah iman.

Jawapannya ada dalam diri masing-masing :-)

Aidilfitri 1435H 2014. Tiada persiapan semeriah tahun lepas. Tiada ahli keluarga tersayang disisi. Tiada sanak saudara disekeliling. Tiada suasana meriah raya dirasai. Tiada baju raya baru. (Recycle baju tahun lepas...namun, syukur!)

Hanya ada famili kecil kami, sahabat seperjuang, sedikit juadah raya yang cuba disediakan semampu mungkin, dan juga ditemani timbunan kerja dan assignment serta examination. Mungkin begitulah lumrah hidup dan beraya diperantauan.

Kami redha!

Apabila melihat rakan seperjuangan balik beraya di Malaysia, terasa alangkah seronok dan bahagianya dapat bersama insan-insan tersayang di hari mulia. Mungkin inilah pengorbanan yang perlu dilakukan demi meneruskan 'perjuangan yang belum selesai'. Mungkin menjadi pengalaman berharga kami di sini untuk dikenang setelah pulang ke Malaysia nanti, In shaa Allah :)

Namun, jauh di sudut hati kecil ini rasa tak sabar dan rindunya untuk mendengar takbir di malam raya!

Rindu nak bersalaman dengan mama, abah, mak, ayah, adik-beradik, sanak-saudara dan sahabat handai.Sungguh. Hanya Allah yang tahu..

Pada kesempatan ni, Blurpl3 ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun maaf serta kekhilafan diri sepanjang menulis di blog picisan ni. 0-0 ya! :)




Last but not least, jangan lupa jom kita sama-sama doakan yang terbaik utk umat Islam di GAZA.

From Copenhagen with love,
Blurp3







27 comments:

SUHAILAH RAMLI said...

selamat hari raya buat awak sekeluarga..jangan bersedih2 di perantauan yea..semoga tahun hadapan dapat menyambut raya dengan keluarga tercinta....

aznor ibrahim said...

slamat ari raya nisa..0-0 ye :)

BLuRpL3 said...

SUHAILAH RAMLI: salam aidilfitri jugak utk awak sekeluarga. berusaha menguatkan diri utk tidak bersedih. hehe.. in shaa Allah, doakan dapat beraya di Mesia tahun depan :)

BLuRpL3 said...

AZNOR IBRAHIM: thanks nur. selamat hari raya .. yes! 0-0 :)))

Aty_Fared said...

jauh...sayu baca.. tapi.. tu pengalaman beharga yang tak semua orang dapat rasa..kalau saja2 tu memang tak lah kan..takper lah.. menuntut ilmu.. :) saya tringin gak nak merasa beraya negara orang...sebagai pengalaman...[tapi nanti mesti meraung2 bagai nak ghak.. heheh] neway.. selamat hari raya...

Ryehanna said...

Salam.. Thanks sudi drop komen kt blog saya. Yer, saya la owner mamapanda hehehe... Selamat Hari Raya.. Xpe di perantauan pun, saya xmerasa pn lg nk ke sana hehehe...

Take care!

BLuRpL3 said...

ATY_FARED: betul jugak tu..kalau saja2 memang tak la kan, masih cuba bertenang walaupun dalam hati terkenangkan kampung halaman :)

BLuRpL3 said...

RYEHANNA: Waalaikumussalam. Thanks sis, kami suka sgt baby carrier yg beli dgn sis tu. tak sangka. hehe.. pakai smpai skrg ni tau. slmt hari raya too! bersyukur juga walaupun dpt beraya di perantauan :)

muis ismail said...

Selamat berhari raya di perantauan..moga gembira sambut raya dengan keluarga kecil sis tu, in sha Allah... :)

eila fazdli said...

slmt hari raye sis... jgn sedih2 k..hari raye kne happy wlpn jauh dr family......

eila fazdli said...

slmt hari raya sis... jgn sedih2 yerk..raye kne happy2 wlpn jauh dr family....

merahitujambu said...

salam perantauan dear..thn ni pon raya tanpa adik..dia belajar dkt university of york UK...

selamat hari raya dear

~~Masha~~ said...

Selamat Hari Raya to Family Puan Blurpl3's..Take Care diperantauan..
0-0 ye..

zulhilmi tempoyak said...

Salam Aidilfitri

babYpose said...

salam aidil fitri, bertambah rindu pula kat adik saya di usa bila terbaca entri ni, bersyukurkan ada teknolgi pengubat rindu, moga BlurPl3 bergembira diperantauan. take care.

mama ila said...

SELAMAT HARI RAYA ^__^

BLuRpL3 said...

MUIS ISMAIL: selamat hari raya jugak utk awak sekeluarg :-)

BLuRpL3 said...

EILA FADZLI: Selamat hari raya jugak utk sis.. in shaa Allah tak sedih cuma sayu skit jer. huhu... mengenangkan famili di kejauhan :)

BLuRpL3 said...

MERAHITUJAMBU: ohyeke..sama la nasib adik awak dgn kita.. doakan semoga urusan adik dipermudahkan semuanya. selamat hari raya too! :-)

BLuRpL3 said...

MASHA: thank you. take care too dear. 0-0 jugak :)

BLuRpL3 said...

ZULHILMI TEMPOYAK: salam aidilfitri minal aidil wal faizin..

BLuRpL3 said...

BABYPOSE: betul tu, teknologi dah canggih skrg..biar jauh dimata tapi dekat di hujung jari.. take care too sis :-)

BLuRpL3 said...

MAMA ILA: selamat hari raya too! ('',)

Zila Zainal said...

wahh.. awak tak balik raya? bestnya copenhagen.. nak gi sana tapi tabung tak cukup lagi hehehe

BLuRpL3 said...

ZILA ZAINAL: iyer saya sekeluarga tak balik raya tahun ni.. tak cukup duit tambang. huhu.. bebila datang la sini, alhamdulillah best jugak :)

CRAFTY VIDEOS TIPS said...

wonderful picture..great works.. very lovely great colors.. your gallery is just very nice .graphics are very nice . your website it just super. best of luck . do come visit me some time. that goes to everybody who see this. WE.HOBBIESANDCRAFTS.NET. and please sign my guestbook at the bottom of my webpage to let me know you came to see me do send your very good friends ( thank you ) it good to meet new friends. love a beautiful thing.can you visit me i want to know if my website is up and running ( AND I THANK YOU VERY MUCH )

BLuRpL3 said...

CRAFTY VIDEOS TIPS: Thank you.. please come again :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...