BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Spa. Show all posts
Showing posts with label Spa. Show all posts

Wednesday, 7 March 2012

>> Rewind : It's Spa Time..part 2#


Kunjugan ke EmbunSeri Spa ini merupakan kali pertama buat Mrs PurpL3 sebagai persiapan sebelum menjelang hari bahagia. Macam biasa la kan..mula-mula tu tersasar jalan ke spa ni sedikit tetapi jumpa juga akhirnya..Voucher EmbunSeri Spa ni, Mrs PurpL3 beli melalui MyDEAL.com.my. Hanya RM49.90 instead of RM272 (81% off) for Full Body Aromatherapy Massage + Full Body Yogurt Mask + Eye Relaxing Therapy Treatment + Face Acupressure Treatment + FREE Skin Analysis (90 minutes) @ EmbunSeri Beauty & Spa, Laman Seri Business Park.
 
Pengalaman ke Spa sememangnya best kan. hehehe...Staff services dan environment juga not bad. So, Mrs PurpL3 bagi 3.5* :)



Klik sini dan sini untuk maklumat lanjut

Peta lokasi

InsyaAllah, nanti jika Mrs PurpL3 ke Spa yang lain..akan diupdatekan juga ye :D


Till then, Mrs PurpL3

Friday, 16 December 2011

>> Rewind : It's Spa Time..part 1#


Kunjungan ke Zense Spa ini adalah kali pertaman buat Miss PurpL3. Walaupun setelah hampir lebih 5 kali cancel booking disebabkan jadual harian yang terlalu pack. Akhirnya, berjaya juga datang ke Zense Spa ini sambil ditemankan oleh my labmate. hehehe..Mula-mula tu, jenuh berpusing-pusing jugak la untuk mencari lokasi Zense Spa ini. Alhamdulillah, jumpa jugak akhirnya. Voucher Zense Spa ini, Miss PurpL3 beli melalui Milkadeal. Memang berbaloi-baloi. Hanya RM38 instead of RM191 (80% off) for Full Body Scrub + Full Body Massage + Back Hot Compress at Zense Face & Body Treatment, Kuchai Enterpreneur's Park.

(spa voucher)

Staff services juga amat memuaskan + friendly.   Di samping itu, Miss PurpL3 juga turut diberi extra RM30 voucher untuk kunjungan kali ke-2 (valid 1/12/11 hingga 1/3/12). Berbaloi kan.hehehe....

(voucher ke-2)

Berikut merupakan servis-servis lain yang ditawarkan di sana. Antaranya ialah:
  1. Relaxing Massage RM55 (90 mins)
  2. Lulur Whitening Scrub RM45
  3. Happy hour: Mon-Fri 9.30am to2pm - Body Massage 1hr or Body Scrub (only RM30)
  4. Year End Promotion: Relaxing Facial (RM48, n/p: RM88), Catio Lift Facial Treatment (RM98, n/p: RM 280)
For reservation: 03-7987 9822 or 03-7713 3633

oooppps!! Dah macam jadi juru cakap spa ni pula.hehehe...Kalau berdasarkan pengalaman Miss PurpL3 buat spa yang lepas, spa ni boleh direcommendkan untuk mencuba. Pada b2b, ex-b2b ataupun blogger lain yang ingin mencuba spa tapi dalam masa yang sama nak jimat kos...boleh la try tengok promotion yang ditawarkan dalam milkadeal, groupon.my atau mydeal.com.


Jangan lepaskan peluang, Miss PurpL3

Saturday, 22 October 2011

>> Promosi & Diskaun. Jimat & Berbaloi-baloi!!!


Semakin dekat hari yang bersejarah ni semakin gemuruh pula. Bukan apa, semakin banyak perkara yang perlu diselesaikan. Kalau tidak, kelam-kabut pulak jika buat disaat-saat akhir. Kos pula kena ambil kira. Mesti la nak dapatkan perkhidmatan yang bagus dan murah. Jadi, kena la pandai cari. Satu kredit kalau dapat perkhidmatan yang top, kelas lagi murah. Kalau orang tengok mesti cakap barang atau perkhidmatan ni mahal walhal sebenarnya murah lagi berkualiti.

Nak cari bukan senang dan tidak susah juga. Kalau kena caranya dapatlah apa yang kita inginkan yang kelihatan gah dan mahal tapi murah sebenarnya. jadi Mr.Blu3 pun cari-carilah di internet ni. Sebenarnya banyak perkhidmatan di luar sana yang memberikan promosi dan diskaun. banyak Mr.Blu3 tengok web-web yang menyediakan perkhidmatan ni contohnya;
Satu perkhidmatan ni telah Miss pUrpl3 booking (TQ Sayang..). Photoshoot untuk Pre-Wedding. Memang berbaloi-baloi. Dapat diskaun sampai 67%. Harga asal RM450 dan selepas promosi dapat la harga RM150. Murah bukan? Selain tu gambar-gambar yang di shot oleh photographer ni pun cantik-cantik. boleh tengok di sini. Itu yang tak fikir dua tiga kali. Terus saja sambar.hehehe.... Biasanya untuk Pre-Wedding photoshoot ni jika harga pasaran dalam lingkungan RM300 ke RM500. Jadi disini kami dah jimat. Tinggal nak tebus sahaja Kupon ni. Ini pun satu hal, banyak benda nak kena fikir untuk Pre-wedding photoshoot ni antaranya;
  1. Apa tema nak guna.Mr.Blu3 kaji macam-macam tema orang pakai sampai tidak tahu nak guna tema apa. Jadi Mr.Blu3 serah kan sahaja pada Miss pUrpl3. Hehehe...
  2. Dimana nak buat photoshoot. Memandangkan Photographer ni di kawasan Seri Kembangan dan Miss pUrpl3 pun tinggal di kawasan Serdang, rasanya mungkin buat berdekatan situ. Mungkin dalam UPM ataupun di Putrajaya.
  3.  Apa prop nak guna. Ni satu lagi yang memeningkan. Apa-pun nanti bincang dengan Miss pUrpl3 la. Dah tentukan tema, boleh la tentukan prop apa nak guna. Betul tak?
  4. Bila nak buat. Entah la? Kupon ni ada due date untuk tebus. Harap-harap sempat la sebab sejak akhir-akhir ni sibuk dan banyak benda nak kena settlekan.
Selain tu web-web di atas tu banyak buat promosi lain. untuk melancong (kalau dapat murah pergi honeymoon pun boleh ;p) Spa & kecantikan ( Miss pUrpl3 boleh la manjakan diri sebelum hari bersejarah) hiburan dan servis-servis lain.



Jadi kalau pandai mencari, perkhidmatan yang tip top kita boleh dapat dengan harga yang jauh lebih murah dan berbaloi-baloi...

Yang sibuk bebenar, Mr.Blu3
p/s : kadang-kadang tu cemburu tengok blogger-blogger lain dapat percuma sebab masuk peraduan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...