BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Thursday, 13 June 2013

>> FYI : Hukum scan bayi dalam kandungan


Assalamualaikum wbt.



Berikut merupakan info tentang hukum SCAN bayi dalam kandungan oleh Ustaz Azhar Idrus.


Soalan : Adakah dibolehkan membuat scan kandungan ibu untuk mengetahui jantina bayi yang akan dilahirkan? Adakah dibulehkan ke dalam islam?

Jawapan : Oleh Ustaz Azhar. Tidak menjadi kesalahan melakukan scan kepada ibu-ibu yg sedang hamil dengan tujuan ingin mengetahui jantina bayi yang sedang berada di dalam kandungan dengan syarat amalan tersebut tidak memudaratkan kesihatan ibu dan bayi tersebut dan mestilah di lakukan oleh doktor wanita. Tidak harus dilakukan oleh doktor lelaki yang bukan mahram sekalipun suami ada bersama ketika scan dilakukan kerana scan ini tidak termasuk perkara dharurah.

Apabila keputusan scan telah di putuskan hendaklah kita faham bahawa keputusan tersebut tidak semestinya betul 100% kerana hanya Allah swt yang bersifat dengan amat mengetahui segala perkara yang ghaib.

Firman Allah swt yang bermaksud :
“Sesungguhnya hanya Allah swt yang amat mengetahui segala yang ghaib pada langit dan pada bumi”.
Artinya keputusan scan tersebut boleh jadi salah dan boleh jadi betul. Ada beberapa kes yang telah di laporkan berlaku kesalahan berkenaan keputusan jantina yang akan lahir ini. Apabila telah diketahui jantina bayi pula, kita mestilah redha dengan apa jua jantina yang dikandung itu kerana anak adalah merupakan nikmat yang sangat besar dan suatu amanah yang sangat berat. Amalan berduka apabila mengetahui jantina anak tidak sebagaimana yang diingini adalah salah disisi syara’ dan ini merupakan amalan jahiliyyah sebagaimana umat-umat musyrikin arab yang tidak suka apabila melahirkan anak perempuan sebagai contoh.

p/s: Jadi yang haramnya bukan terletak pada scan tersebut tetapi pada tindakan kita apabila mengetahui jantina anak samada masih didalam kandungan atau setelah dilahirkan.


Wallahua’lam



Sumber: sini 


Perkongsian bersama, Blurpl3

Thursday, 9 May 2013

>> FYI : Kemuliaan Ibu Mengandung Dalam Islam

 Assalamualaikum wbt

  Gambar hiasan


1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.

Sumber : sini 


Buat wanita, Blurpl3
 

Wednesday, 13 March 2013

>> Review : Buat Pasangan Yang Bakal Menimang Anak


KAEDAH MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI DALAM ISLAM.

Kaedah ini bertujuan memberitahu kepada suami akan beratnya kesakitan yang dihadapi oleh isteri ketika hendak melahirkan anak dan menuntut suami supaya sentiasa berada disamping isterinya agar beban kesakitan dapat dikurangkan. Kaedah ini juga bagi membimbing suami supaya dapat menyambut kelahiran anak mengikut cara yang digarispandukan oleh Islam.

1. Suami Berada Di Samping Isteri Ketika Saat-Saat Isteri Hendak Bersalin. Alangkah gelisah dan kritikalnya saat-saat akan melahirkan anak lebih-lebih lagi bagi ibu yang pertama kalinya akan melahirkan anak. Suami perlu memberikan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan sabar, di samping suami harus banyak berdoa kepada Allah serta banyak beristighfar dan berselawat disamping membanyakkan bacaan surah Al-Insyiqa’ dan surah Al-Hasyr.

Firman Allah Taal dalam surah Luqman ayat 14, Maksudnya: “Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

2. Azan Di Telinga Kanan Dan Iqamah Di Telinga Kiri. Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru lahir dan diiqamahkan di telinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi anaknya dari gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat didengar oleh bayi ialah kalimah Allah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rafi’ r.a. Rasulullah bersabda: Maksudnya: “Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazankan Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a. Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.

3. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas.
Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

4. Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan.
Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian mencelupkan jari manis ke dalam manisan (madu) dan ditekankan (ditahnikkan) di langit-langit bayi tersebut dengan membaca ayat 36, surah Ali-Imran: Maksudnya : “Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)”.

Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya”.

5. Melaksanakan Tuntutan Sempena Hari Ketujuh. Memberikan nama yang baik. Bapa dikehendaki menamakan anaknya dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kerana nama itu sendiri adalah merupakan doa kepada anaknya.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: “Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka indahkanlah nama kamu”. - Riwayat Abu Daud.

Membaca Doa ketika memberikan nama anak. Maksudnya : “Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikan ia pemimpin di waktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih.

Mengaqiqahkan anak. Bapa hendaklah mengaqiqahkan anaknya kerana hukumnya adalah sunat mu’akad iaitu dengan mengadakan kenduri kesyukuran. Menyembelih 2 ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan. Sebaik-baiknya dilakukan pada hari ketujuh.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: “Setiap anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”. Riwayat Abu Daud.

Ketika menyembelih aqiqah disuruh juga menyebut nama anak. Maksudnya: “Dengan nama Allah, Ya Allah untukMu dan bagiMu akikah ini dari (sebut nama anak).

Gesaan Aqiqah: Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: “Kerjakanlah aqiqah bagi anak lelaki yang baru lahir, kerana itu hendaklah kamu menyembelih aqiqah dan jauhkanlah gangguan dari anak itu”.

Muttafaqun A’laih
Antara hikmah aqiqah adalah: Membiasakan berkorban bagi orang tua demi kepentingan bayi yang baru lahir di dunia. Melindungi diri dari gangguan syaitan.

Bercukur rambut. Adalah menjadi tanggungjawab bapa untuk mencukur rambut anaknya pada hari ke tujuh (dibotakkan) sama ada dilakukan olehnya sendiri atau orang lain. Antara hikmah bercukur rambut adalah: Hikmah kesihatan. Dengan membuang, mencukur rambut anak yang baru lahir akan terbuka semua lubang rambutnya yang mungkin akan mengukuhkan pancaindera penglihatan, pernafasan dan pendengaran.

Hikmah kemasyarakatan. Dapat bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambutnya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.s. ia berkata: Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh supaya mencukur rambut cucunya Saidina Hassan dan Hussin r.a. pada hari ketujuh dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak”. - Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud.

Khurafat yang perlu ditinggalkan. Mencukur bahagian-bahagian tertentu daripada kepala sebagaimana yang banyak dilakukan sekarang, kerana ini termasuk dalam perkara yang dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana maksud hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam dan bunga kerana amalan ini diambil dari budaya Hindu.

Rasulullah bersabda: Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai (meniru apa sahaja perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam) dengan sesuatu kaum (yang bukan Islam) maka ia tergolong daripada mereka”.

Mengkhatankan anak. Bapa bertanggungjawab untuk mengkhatankan anak lelakinya. Dalam sebuah hadis disebutkan: Maksudnya: “Berkhatan itu sunat bagi lelaki, mulia bagi wanita”.- Riwayat Abu Daud. Walaupun demikian, amalan masyarakat kita mengkhatankan anak pada umur sebelas tahun atau dua belas tahun tidaklah menyalahi syarak. Adalah menjadi suatu yang baik sekiranya anak-anak sebelum dikhatankan terlebih dahulu diaturkan majlis khatam Al-Quran untuknya.

Antara faedah berkhatan adalah: Melindungi daripada berbagai-bagai penyakit. Membersihkan diri dari kekotoran.

6. Menyusukan Anak. Demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah ayat 233: Maksudnya: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu”. Imam As-Syafie berkata: “Sihat atau tidak anak itu adalah bergantung sama ada anak disusui oleh susu ibu atau tidak walaupun sekali susuan”.

Kelebihan menyusukan anak: Setiap tegukan dari susu ibu, Allah S.W.T. memberi pahala satu kebaikan. Bila ibunya semalaman tidak dapat tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.


Anak-anak Amanah Allah, Blurpl3



Tuesday, 12 March 2013

>> Review : Amalan Terbaik Untuk Mama Hamil

Assalamualaikum wbt. 

Amalan Terbaik Untuk Mama Hamil



Sikap dan tingkah laku si ibu boleh diwarisi oleh si anak di dalam kandungan? Sejauh mana kebenarannya? Dan apa yang harus saya lakukan agar dikurniakan cahaya mata yang cerdik, cantik dan berakhlak mulia?

1. Didikan Di Alam Rahim
Para pakar perubatan sependapat bahawa anak-anak boleh dididik menjadi cerdik dan berakhlak mulia sejak ia berada di alam rahim lagi. Apabila janin meningkat usia empat bulan, si ibu mestilah mengawasi setiap tindak tanduknya kerana pada tempoh tersebut Allah SWT telah meniupkan roh ke atas janin yang dikandunginya. Pada waktu inilah janin sudah boleh mendengar dan mengamati suasana persekitaran yang berlaku.

Dalam usaha melahirkan anak yang patuh mendengar kata ibu dan ayah, si ibu perlulah menunjukkan contoh yang baik ini sejak dari awal lagi. Patuh mentaati perintah Allah swt dan taat pada suami dan Insya-Allah, anak yang lahir nanti akan turut mewarisi sifat tersebut.

2. Jaga Tingkah Laku
Ketika hamil emosi si ibu memang tidak stabil dan mudah marah. Namun si ibu perlu bijak mengawal emosi dengan menjaga tutur kata dan tingkah laku agar tidak menunjukkan akhlak yang buruk. Anak di dalam kandungan sentiasa mendengar suara persekitarannya. Jadi, tuturkan dan dengarkanlah perkara-perkara kebaikan sepanjang kehamilan anda. Tujuannya, agar si anak dapat mendengarinya sekali gus mewarisi sifat-sifat kebaikan itu.

3. Beribadah
Apabila si ibu dan ayah rajin beribadah, insya-Allah si anak juga akan mewarisi sifat itu. Si anak yang dilahirkan dalam suasana tetap beribadah akan menunjukkan kesungguhannya untuk bersembahyang dan sensitif dengan kalimah Tuhan apabila usianya menginjak dua tahun. Malah ada yang sudah pandai mengucapkan kalimah memuji Allah swt dalam usia semuda itu.

4. Komunikasi
Selain solat, ibu hamil juga disarankan untuk mengucapkan kalimah-kalimah yang baik. Berbisiklah pada bayi di dalam kandungan dengan kalimah-kalimah suci memuji Tuhan. Yakinlah si anak mendengar dan mendoakan yang terbaik buat ibunya.

5. Membaca Al-Quran
Banyakkan membaca Al-Quran, bertahlil, berzanji, marhaban, berzikir, berselawat, berdoa dan amalan sunat yang lain agar zuriat yang lahir menjadi anak yang soleh dan solehah.

Surah Amalan Terbaik Ketika Mengandung
Ketika hamil, para ibu digalakkan membaca surah-surah dalam Al-Quran dan menjadikannya sebagai amalan harian. Antara surah-surah yang digalakkan untuk diamalkan sepanjang tempoh kehamilan ialah :
1. Surah Al-Fatihah
2. Surah Ayatul Kursi
3. Surah Yaasin
4. Surah Yusuf
5. Surah Maryam
6. Surah Luqman

Ibu Sihat, Anak Cerdas
Selain menjaga tingkah laku dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat, ibu hamil juga digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat sepanjang tempoh kehamilan. Antaranya :

Telur – Kaya protein.
Ikan Salmon – Kaya sumber Omega-3
Kekacang – Tinggi serat dan protein.
Keledek – Sumber vitamin A, C, folat dan serat.
Bertih jagung atau sebarang biji-bijian – Tinggi nutrien dan serat, vitamin E, selenium serta phytonutrient.
Kacang walnuts – Kaya sumber Omega-3 (sebagai pengganti bagi yang tidak menggemari ikan atau telur.
Yogurt – Sumber kalsium.
Sayuran Berdaun Hijau – Kaya dengan sumber vitamin serta nutrien termasuklah vitamin A, C, K dan folat.


 Sharing is Loving, Blurpl3

Sunday, 10 March 2013

>> Review : 10 Tanda Hamil

Assalamualaikum wbt.

Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.

Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!

 1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekeliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...

...Tahniah!

Sumber: sini

Kami, Blurpl3

Friday, 9 November 2012

>> Review : Good News Checkup Hari Ini


Assalamualaikum wbt buat kawan-kawan blogger dan juga silent reader. Apa khabar? Hari ni Mrs Purpl3 rasa sangat bersyukur dan seronok sekali untuk update blog kali ni. Jarang-jarang sebelum ni Mrs Purpl3 update tentang hasil check up di Klinik Kesihatan Puchong. Tetapi hari ni Mrs Purpl3 rasa terpanggil untuk berkongsi bersama pengalaman yang Mrs Purpl3 lalui dan hadapi.

Al-kisahnya begini.. sepanjang tempoh preggy, kini yang sudah menjangkau 35 weeks.. Mrs Purpl3 telah dikehendaki melalukan MGTT (atau lebih dikenali sebagai minum air gula) sebanyak 3 kali. Aduyai.. azabnya la rasanya kena minum air gula (yang teramat manis ni kan.). Sudah la kena berpuasa dari malam sebelum tu, dalam keadaan perut kosong ni la kena minum air gula. huhuhu... Kepada mereka yang pernah melaluinya mesti tahu macam mana rasanya kan... Sebab utama yang secara tak langsung menyebabkan Mrs Purpl3 kena minum air gula sebanyak 3 kali ialah kerana 1) pertambahan berat secara mendadak 2) ada family history dengan diabetes mellitus.

Alhamdulillah, syukur sangat rasanya, hasil results daripada check up baru-baru ni Doktor telah mengsesahkan bahawa Mrs Purpl3 bebas daripada Diabetes Mellitus atau kencing manis semasa preggy dan perkembangan 'our little caliph' normal dan aktif. Jangan terkejut tau.. sesiapa yang dalam keadaan normal tidak pernah mengalami penyakit kencing manis pun boleh mendapat penyakit kencing manis semasa preggy.  Tambahan pula, jika ada history family yang ada kencing manis. Kebarangkalian untuk dapat lebih tinggi dan berisiko kepada baby dalam kandungan dan berkemungkinan perlu melahirkan baby dalam tempoh yang lebih awal daripada EDD.

Namun, alhamdulillah dengan izinNya juga berkat pengambilan supplemen DR-XENIJI dari mula preggy sampai sekarang. Mrs Purpl3 free from Diabetes Mellitus. Hanya 3 sudu kecil diambil setiap hari pada waktu pagi dan malam ketika sebelum makan. Rasanya pun sedap, masam-masam manis gitu.. Dr-Xeniji ni berada dalam bentuk paste (lebih kurang macam rojak). Alhamdulillah, ini juga merupakan salah satu ikhtiar atau usaha yang boleh dilakukan untuk mengelakkan dan yang menentukan hanya Allah SWT.

So, kawan-kawan preggy digalakkan untuk amalkan DR-XENIJI demi kesihatan ibu & anak. " DR-Xeniji is specially developed for pregnant women, it is suitable and completely safe for anyone, including pregnant mothers, babies, the elderly and the infirm". IT'S REALLY GOOD FOR PREGGY WOMAN :)

p/s: mama Mrs Purpl3 pun turut amalkan DR-XENIJI ni untuk mengawal paras glukosa dalam darahnya, memandangkan beliau menghidapi kencing manis. 

Untuk maklumat lanjut tentang Dr-Xeniji ni boleh la contact Blurpl3 (sharulhanisah@gmail.com). Benda yang baik, tak salah untuk dikongsi demi kebaikan bersama :-)


Mencegah lebih baik daripada merawat, Blurpl3








Tuesday, 6 November 2012

>> Rewind : Kelas Antenatal ... part 2#

Assalamualaikum Semua...

Last post sini Mrs. Purpl3 ada ceritakan mengenai info yang Mrs. Purpl3 dapat ketika mengikuti Kelas Antenatal di hospital serdang. Walaupun hanya 2 jam, banyak info yang Mrs. Purpl3 dapat untuk rujukan waktu bersalin nanti. Jom kita tengok macamana Blurpl3 survey tempat untuk ke Kelas Antenatal.


Chatting bersama mengenai List yang Mrs. Purpl3 dapat mengenai kelas Antenatal

Jadi, kepada mom-to-be sekalian jom kita pergi ke Kelas Antenatal pilihan kalbu. Bolehlah cuba contact dan tanya bila kelas ini diadakan dan berapa harga untuk per couple. Blurpl3 senarai-ringkaskan kelas-kelas yang diadakan di sekitar selangor dan Kuala Lumpur untuk rujukan korang semua.

Hospital Universiti dan Kerajaan

1) PPUM - Dah pergi !!!
    Tel No. : 03-7949 2713 (inclusive of 1 meal)
    Bayaran : RM50/couple
    Masa : 8.30am - 1.00pm
    Jadual : Boleh call tanya sendiri =P

2) PPUKM
    Tel No. : 03-9145 5739, 03-9145 7000
    Bayaran : RM100/couple
    Masa : 8.30am - 5.00pm
    Jadual : terkini 24 Nov 2012 & 22 Dec 2012
    
3) Hospital Serdang - Dah pergi !!!
    Tel No. : 03-8947 5555 (minta sambung ke bah. O&G)
    Bayaran : Percuma
    Masa : 11-1 pm
    Jadual : Setiap Isnin atau Khamis

4) Hospital Ampang.
    Tel No. : 03-4289 6000
    Bayaran : tiada info
    Masa : tiada info
    Jadual : Tiada info

5) Hospital Putrajaya.
    Tel No. : 03-8312 4200
    Bayaran : tiada info
    Masa : tiada info
    Jadual : Tiada info

Hospital dan Klinik Swasta

1) Al Islam Specialist Hospital, Kampung Baru.
    Tel No. : 03-2693 1007
    Bayaran : tiada info
    Masa : tiada info
    Jadual : Tiada info

2) DEMC, Shah Alam. Rujuk Sini
    Tel No. : 013-322 9370 (Lydea), 013-675 2809 / 03-5515 1882 (Raihan)
    Bayaran : RM120/couple (inclusive of 4 meals)
    Masa : 8.30am - 5.00pm
    Jadual : terkini 25 Nov 2012, 2 Dec 2012 & 16 Dec 2012

3) Az-Zahrah Islamic Medical Centre.
    Tel No. : 03-8921 2525
    Bayaran : tiada info
    Masa : tiada info
    Jadual : Tiada info

4) Hospital Pantai, Cheras.
    Tel No. : 03-9132 2022
    Bayaran : tiada info
    Masa : tiada info
    Jadual : Tiada info

5) KPJ, Damansara.
    Tel No. : 03-7722 2692, ext : 1145/1143
    Bayaran : tiada info
    Masa : tiada info
    Jadual : Tiada info

6) Pusrawi, Jalan Tun Razak.
    Tel No. : 03-2689 5000, ext : 2145/1145/1143
    Bayaran : tiada info
    Masa : tiada info
    Jadual : Tiada info

7) An-Nur, Bangi
    Tel No. : 03-8925 0020
    Bayaran : RM60/couple
    Masa : tiada info
    Jadual : Tiada info

So yang dekat johor ada lah Blurpl3 jumpa satu. boleh tengok di sini.
Sekali lagi Blurpl3 mengajak rakan-rakan sekalian terutama bakal-bakal ibu dan ayah yang baru untuk mengikuti kelas Antenatal ini mengikut bajet, tempat dan kemampuan masing-masing. Memang berbaloi-baloi kerana banyak ilmu baru yang akan digunakan dan diaplikasi untuk masa akan datang. Peek review untuk Kelas Antenatal yang Blurpl3 pergi di PPUM.


Fokus mendengar penerangan yang diberi

Pencari ilmu, Blurpl3

Rujukan :
http://kisahniezarawi.blogspot.com/2011/02/kelas-ante-natal.html
http://www.demc.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=10&Itemid=44
http://hananighani.blogspot.com/2010/10/kelas-antenatalhospital-serdang.html
http://iskqil.blogspot.com/2011/10/antenatal-class-hukm.html



Friday, 2 November 2012

>> Rewind : Kelas Antenatal ... part 1#


Assalamualaikum dan apa khabar semua kawan-kawan. Semoga sentiasa sihat hendaknya ya. Pejam celik - pejam celik, kini Mrs Purpl3 dah berada dalam trimester 3 iaitu 34 weeks. Few weeks to go to be a mommy. (excited bercampur nervous. hehehe...)

Kali ni, Blurpl3 nak share info tentang Kelas Antenatal yang pertama Mrs Purpl3 pernah hadiri sewaktu berada dalam minggu ke 29. Kelas Antenatal ini disediakan oleh Unit Fisioterapi, Jabatan Rehabiliti, Hospital Serdang. Tiada yuran kemasukan dikenakan. Free of charge. Kelas ini diadakan pada setiap hari Khamis selama 2 jam. Boleh call bahagian O&G untuk booking tarikh kelas.

Bagi pendapat Mrs Purpl3, semua bakal ibu yang first timer patut pergi ke Kelas Antenatal ni. Macam-macam info boleh diperolehi. Nak harapkan baca buku, macam tak sempat je kan.. Lagipun, pencemarah yang mengendalikan kelas ni pun peramah dan open minded. Senang nak tanya apapun.. tak perlu segan-segan pun =)

Berikut merupakan antara input-input yang boleh dikongsi untuk kebaikan bersama ... 

Antara faedah program :-

1) Memberi maklumat dan pengetahuan mengenai proses kehamilan dan melahirkan anak

2) Menyediakan wanita dari segi fizikal dan emosi semasa peringkat kehamilan, melahirkan anak dan selepas melahirkan anak

3) Dapat bertukar maklumat dan pengalaman diantara peserta semasa menghadiri program ini

Kandungan program :-
  • Memberi kefahaman mengenai proses kehamilan dan melahirkan anak
  • Memberi pengetahuan mengenai postur tubuh, senaman pernafasan dan senaman fizikal yang khusus
  • Menyediakan wanita peringkat selepas melahirkan anak


 A) Postur semasa berdiri

- Berdiri dengan kaki terbuka sedikit
- Lutut tegak
- Berat badan jatuh samarata di antara dua kaki
- Tegangkan otot-otot abdomen (perut) dan punggung
- 'Buka' dada dan bahu rehat
- Leher dan kepala tegak



B) Postur berjalan

- Mulakan dengan postur berdiri yang betul
- Cara berjalan: hayunan kaki ke hadapan dari sendi pinggul dan lutut
- Letak tapak kaki dengan tetap dan tegak




C) Postur duduk yang betul

- Duduk rapat dengan tempat bersandar
- Punggung rapat kebahagian belakang kerusi
- Keseluruhan bahagian paha disokong dengan tempat duduk/kusyen


atau 



D) Posisi tidur


atau



E) Senaman Pernafasan

Faedah: -

i) Memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk ibu dan bayi yang dikandung

ii) Membantu untuk mendapatkan kerehatan yang optimum dengan kombinasi senaman pernafasan dalam posisi yang bersesuaian

iii) Membantu bakal ibu supaya mahir dengan senaman pernafasan yang akan digunakan semasa proses melahirkan anak

F) Senaman

Faedah:-

i) Mengelokkan perjalanan darah keseluruh anggota badan

ii) Mengekal atau menambah kekuatan otot-otot yang terlibat dalam proses kehamilan

iii) Mengatasi sesetengah masalah yang dihadapi semasa peringkat kehamilan seperti rasa mengantuk, malas dan juga sakit pinggang.










Nasihat mengenai senaman:

- Lakukan senaman secara tetap
- Pilih satu kedudukan/posisi asas pada satu masa
- Sesi pendek tetapi kerap
- Senaman meliputi komponen berikut iaitu senaman pernafasan, relaksasi, postur, senaman lantai pelvik, senaman khusus
- Senaman boleh dimulakan semasa kehamilan berusia 4 bulan (16 minggu)


Setakat ini dahulu info tentang kelas antenatal untuk ibu-ibu yang preggy. Selamat mencuba!


# to be continue in the next part 


Jom bersenam, Blurpl3




Friday, 19 October 2012

>> FYI : Jom Terjah " Pureen Stock Clearance Promotion"


Assalamualaikum Reader and Blogger sekalian...
Jom ramai-ramai kita shopping sakan barangan bayi Pureen. Mana-mana blogger yang nak pergi, jom kita set pergi sama-sama. Boleh buat Blogger gathering sekali.hehe...


"Pureen Stock Clearance Promotion" is back ....


Date: 24 - 25 November 2012 (Saturday & Sunday)
Time: 10.00am - 6.00pm
Venue: Summit Company (M) Sdn Bhd

Lot 6, Jalan 19/1, 46300 Petaling Jaya, Selangor.


Click here for the map



P/s ; Sempat ke Blurpl3 nak bershopping ni. Dah dekat tarikh due tu. Takut our little caliph terkeluar awal plak...hehehe =)


Yang tak habis shopping barang baby lagi, Blurpl3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...