BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Saturday, 17 May 2014

>> Resepi : Zainab's Finger (Arabic Snack)

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? Semua sihat-sihat belaka hendaknya.

Dah lama rasanya tak update tentang resepi atau masakan. Atas permintaan rakan baik, Wina Blurpl3 buatkan entry resepi ni. Gara-gara meng'upload' gambar makanan di instagram baru-baru ni. Seronok ambil gambar makanan ni sebenarnya. Berangan seolah-olah food photographer sekejap walaupun tiada kamera canggih bagai. Namun, kekangan masa membataskan penulisan blog Blurpl3, in shaa Allah akan cuba menghidupkan blog ni daripada semasa ke semasa. 

Blurpl3 dapat resepi Zainab's Finger ni daripada rakan baik juga di FB, Farah. Blurpl3 tergoda tengok gambar makanan. Terus terasa nak mencuba. hahahaha. Boleh refer link ni :-). Thanks sis, resepi menarik!

Al-maklum sajalah, apabila berada diperantauan teringin nak makan macam-macam. Nak beli takde dijual, kalau ada pun mahal dan tak sama rasanya, tekak Melayu la katakan..

OK. Berbalik kepada resepi kali ialah berkaitan dengan Arabic Snack (Usbu El-Zainab) atau lebih senang dipanggil ZAINAB'S FINGER, merupakan makanan orang Oman.

Sekali pandang tak ubah seperti popia goreng biasa TETAPI Zainab's Finger ni, intinya ialah cream cheese dan bersalut air gula diluarnya. Rasanya totally different dengan popia gorang yang selalu kita makan tu tau. hihihi... Kalau nak tahu bagaimana rasanya, haruslah cuba resepi yang telah diubahsuai ni. Mudah ya amat! :D

Blurpl3 tuliskan resepi ni untuk tujuan rekod dan rujukan diri sendiri ataupun berkongsi dengan sesiapa yang berminat :-)


Resepi: ZAINAB'S FINGER
Sumber: Shahirah Elaiza

Bahan-bahan:

Sebungkus kulit popia
1 ketul cream cheese (preferably philadelphia)
Sedikit tepung gandum + Air (bancuhan untuk dijadikan pelekat)
Gula +Air (untuk dijadikan air gula)
1/2 biji buah lemon


Cara-cara:

1. Asingkan kulit popia satu per satu.
2. Potong cream cheese ikut saiz masing-masing (PERHATIAN: elakkan cream cheese berada terlalu lama diluar kerana mudah cair. Setelah siap potong, masukkan kembali ke dalam peti sejuk).
3. Aturkan cream cheese ke atas kulit popia & lipat kemas-kemas (seperti buat kuih popia)
4. Lekatkan kulit popia tu dengan bancuhan tepung.
5. Setelah siap, bolehlah goreng.
6. Setelah siap menggoreng kesemuanya, bolehlah tuangkan air gula ke atas Zainab's finger ataupun celup satu per satu ke dalam air gula. (Ikut pilihan masing-masing)

Air gula

1. Panaskan gula sehingga mendidih
2. Perlahan-lahan masukkan sedikit air (amaran: sila BERHATI-HATI)
3. Masukkan perahan air lemon

*
*
*
*

Inilah hasilnya! (^_____^)

Zainab's Finger a.k.a Arabic Snack

p/s: Sebelum makan, jangan lupa baca Bismillahirrahmanirrahim dan doa makan sekali :)



*** Jemput-jemputlah singgah dan mencuba resepi lain. Mudah-mudah belaka :-)***


Dari dapur Copenhagenku,
Blurpl3


Friday, 8 November 2013

>> Resepi : Cucur Jawa Pilihan Hati

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua. Harap sihat walafiat. Hari ni Blurpl3 nak share resepi CUCUR JAWA. Pernah dengar tak? May be lain tempat lain namanya.. Mrs Purpl3 sangat suka makan kuih ni,. Apabila sekali makan rasa sedap terus teringat nak ambil resepi untuk buat lain kali. Hehehe

Resepi pun tak susah, simple jer.  Blurpl3 dapat daripada Mak Pah (mak sedara Mrs Purpl3 yang terror bab-bab masak ni. Tak percaya? Betul tau =) )

OK, macam ni resepinya:

Resepi: CUCUR JAWA PILIHAN HATI
Sumber: Mak Pah

Bahan-bahan:                          

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras (cap ros)
1 cawan gula (1/2 gula perang + 1/2 gula pasir)
1 cawan air


Cara-cara:                                

1) Campurkan gula + air. Masak hingga larut kesemuanya (tak perlu mendidih). [Boleh rujuk gambar]
2) Biarkan seketika air gula yang dimasak tadi hingga menjadi suam.
3) Tuangkan air gula ke dalam tepung gandum + tepung beras. Gaul sebati. [Boleh rujuk gambar]
4) Biarkan seketika (at least 4 jam). Lagi lama lagi bagus. Hehehe… [Boleh rujuk gambar]
5) Selepas 4 jam, cuba kacau adunan tadi. Jika terlalu likat, tambahkan sedikit air suam dan gaul sebati.[Boleh rujuk gambar]
6) Panas minyak dalam kuali dengan api perlahan (maintain guna api perlahan, jangan api kejap besar kejap kecil tau).
7) Tuangkan adunan tadi di bahagian tengah minyak. (Ia akan masak dari luar ke dalam untuk bahagian bawahnya). [Boleh rujuk gambar]
8) Setelah ke semuanya bahagian bawahnya masak, terbalikkan cucur tersebut dan ketuk sedikit bahagian atas (untuk bentuk lengkungan bunga. [Boleh rujuk gambar]
9) Siap, sedia untuk dihidangkan 

Inilah hasil yang berjaya dibuat.  
(p/s: abaikan rupa yang tak berapa nak cun ni tapi rasanya sedap gak. hehe)


Senangkan? Selamat mencuba!

Kalau rajin, boleh jugak cuba resepi lain daripada Blurpl3. Mudah-mudah belaka tau ! :)
- Ais krim Oreo Ala McD
- Roti Jala Mudah
- Makaroni Goreng Ala Melayu
- Zainab's Finger (Arabic Snack)


Blurpl3

Monday, 16 September 2013

>> Resepi : Aiskrim Oreo Ala McD

Assalamualaikum wbt.

Suka makan aiskrim tak? Haaa.. kalau suka, Blurpl3 nak share resepi aiskrim oreo ala McD. hehe..
Blurpl3 sangat suka makan aiskrim.
Kalau boleh hari-hari nak makan aiskrim.

Apabila jumpa resepi mudah ni, Blurpl3 terus je cuba. Alhamdulillah menjadi. Tepuk tangan kuat-kuat.

Nanti dah pandai buat sendiri, dah tak payah beli. Boleh lah berjimat kan.. hehe
Boleh makan hari-hari lagi sampailah jemu.. Senyum lebar-lebar :-)

Resepi: AISKRIM OREO ALA McD
Sumber: Kak Nana

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan freshmilk (tak kisah jenama apa)
1/2 tin susu pekat manis
2 sudu besar ovalete (yang halal je tau)
Biskut oreo (asingkan filling dalamnya & pecah-pecahkan biskut tu)
2 sudu kecil perasa vanila

Cara-cara:

1) Blendkan kesemua bahan-bahan seperti freshmilk, susu pekat manis, ovalete, perasa vanila hingga sebati
2) Masukkan oreo dan blend sekejap saja (jangan terlalu hancur)
3) Tuangkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk beku

p/s: Boleh gantikan oreo dengan perisa yang lain. Ikut kesukaan masing-masing.


 Inilah bahan-bahannya. Mudah je..


Tadaa..! Inilah aiskrim yang dah siap. Jemput makan ya!


Mudah je kan? Sedap hingga menjilat sudu. hahaha ;p


Jemput-jemputlah singgah dan cuba resepi lain daripada Blurpl3. Mudah-mudah belaka tau ! :)



A must-try recipe, Blurpl3

Friday, 2 August 2013

>> Resepi: Cara Mudah Membuat Roti Jala Tanpa Acuan

Assalamualaikum wbt.

apa khabar semua.. dah 2 minggu agak sepi tak berupdate blog ni. bz dengan sesuatu...

jom layan video ni.. daripada Khairul Abdullah. I likeee!! :D



i'm loving it..and i i'm sure uols will love it too! Awesome & applicable esoecially for those in perantauan.

Blurpl3 turut juga mencuba resepi bro ni. Alhamdulillah! menjadi :-) Siap buat dan bawa ke department lagi untuk jamu sat saleh - mat saleh kat school tu makan. Sebab kebetulan turn Blurpl3 prepare something untuk Breakfast Thursday (event mingguan yang diadakan untuk mengeratkan silaturrahim sesama staf dan student kat Universiti ni).

Gigih Blurpl3 menjala di pagi hari weh, sambil tu nak tengok apa respon mat saleh ni makan Malaysian food. hihihi.. So far, diorang suka try Malaysian food. Katanya DELICOUS.

My version of roti jala. 1st trial ni. Alhamdulillah menjadi ! :D


Kalau rajin, boleh jugak cuba resepi lain daripada Blurpl3. Mudah-mudah belaka tau ! :)
- Ais krim Oreo Ala McD
- Cucur Jawa Pilihan Hati
- Makaroni Goreng Ala Melayu
- Zainab's Finger (Arabic Snack)

check it out ya!

Blurpl3

Thursday, 6 September 2012

>> Resepi: Juadah For Iftar...PART #2


Assalamualaikum wbt dan apa khabar kawan-kawan blogger dan juga silent reader? Semoga semuanya sihat selalu ye =)

Kali ni Blurpl3 nak update juadah berbuka puasa sunat semalam..simple jer. Bolehlah try..


Resepi: MAKARONI GORENG ALA MELAYU
Sumber: Blurpl3

Bahan-bahannya:

Bahan A:
sedikit cili kering
bawang putih
bawang besar 
2 sudu besar minyak masak


optional: cili boh - tapi Blurpl3 tak suka rasanya

Bahan B:
2 batang sosej (dipotong kecil-kecil)
50 gram daging cincang

1/2 batang lobak merah (dipotong batonnet), bole refer kat sini

Bahan C:
150 gram makaroni (rebus dan toskan)
1 biji tomato (dipotong wedges)

1/2 ikat sayur sawi (asingkan daun dan batangnya)
1 kiub pati ayam knorr

Bahan D:
1 biji telur (digoreng dan dihancurkan halus)

Bahan E:
Sos cili
Sos tomato
Kicap        - semua ni ikut citarasa
Garam
Gula


Cara-cara:

1. Rebuskan cili kering, kupas bawang putih dan bawang besar. Kemudian, blend ketiga-tiga bahan A ni dan tumiskan dengan minyak. Setelah naik bau, boleh letakkan bersama sedikit sos cili, sos tomato, kicap, garam dan gula. Ikut citarasa masing-masing. Kalau nak pedas letaklah sos cili banyak-banyak. Atau boleh juga guna cili boh untuk menggantikan bahan yang dikisar seperti cili kering, bawang putih dan bawang besar. Tetapi rasanya kurang enak dan Blurpl3 tak gemar dan kurang recomend pada kawan-kawan.

2. Masukkan bahan B iaitu daging cincang, sosej, lobak merah dan batang sawi yang telah dipotong. Gaulkan sebati hingga daging masak.

3. Kemudian, masukkan bahan C iaitu makaroni, daun sawi, tomato dan kiub pati ayam (dihancurkan).

4. Gorengkan kesemua bahan hingga sebati.

5. Selepas itu, gorengkan 1 biji telur dalam kuali yang berasingan dan hancurkan halus. Guna untuk garnishing (taburkan diatas makaroni).


Siap!!!

Sedia untuk dihidangkan untuk berbuka puasa =)


Selamat mencuba ya! :)



Jemput-jemputlah singgah dan cuba resepi lain daripada Blurpl3. Mudah-mudah belaka tau ! :)


Ikhlas, Blurpl3





Tuesday, 15 May 2012

>> Resepi : Menu Berbuka Puasa Dengan Hubby Tercinta...#part1


Assalamualaikum kawan-kawan semua..semoga semuanya sihat-sihat selalu. Kali ni Mrs PurpL3 nak share menu berbuka puasa dengan Mr Blu3 semalam. Waktu dekat office lagi dah excited nak balik masak.hehehe.. Tak sabar nak berbuka sebenanrnya. Alhamdulillah, berjaya juga habiskan puasa sunat semalam dalam keadaan yang special ni sebabnya sebelum-sebelum ni asyik cepat lapar je...(simptom orang berbadan dua kot).


Menunya ialah:

Ikan cencaru bakar cicah sambal kicap (favourite johorian)
Sayur bendi masak kicap
Kentang + tempe goreng berempah



Menu yang Mrs PurpL3 masak, kalau boleh yang cepat dan simple je..Kalau google resepi yang ada guna bahan-bahannya panjang berjela..Confirm kena reject awal-awal. hehehe..


Kalau boleh sewaktu sediakan makanan biarlah seimbang..ada karbohidrat, protein, sayur dsb. Baru dapat zat yang seimbang ye =)


Main masak-masak, Mrs PurpL3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...