BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label In-out. Show all posts
Showing posts with label In-out. Show all posts

Saturday, 20 June 2015

In-Out >> Puasa 21 jam?

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? Sudah agak lama blog ni bersawang tanpa sebarang update terkini. Hampir setahun rasanya. Mr&Mrs Blurpl3 agak sibuk sejak kebelakangan ni ditambah pula dengan kehadiran insan baru, kekangan masa sebagai seorang ummi kepada 2 org anak, sebagai doctoral student, sebagai isteri etc.

Namun, jauh di sudut hati masih teringin untuk menulis blog lagi. Thesis pun kena tulis. Publication pun kena tulis juga. Oh idea! Silalah datang mencurah-curah :) Doakan ya!

Berbalik kepada topik kita kali ni; PUASA 21 JAM? 

Eh! Iya ke? Biar betul? Boleh tahan ke? Lamanya, Masya Allah! Kesian... 

Mungkin ini yang akan terlintas di fikiran kita apabila ternampak statement ni. 




Macam mana terjadinya puasa 21 jam ni? Menurut kajian seorang sahabat, fenomena puasa lebih 20 jam ni berlaku dalam tempoh setiap 33 tahun. Tahun ni merupakan tahun ke-30. 


Alhamdulillah, kami diberi peluang untuk merasa berpuasa dalam tempoh terpanjang ni. Tahun ni merupakan tahun ke-2 kami sekeluarga berpuasa dan in shaa Allah beraya di negara Scandinavia. Tempoh berpuasa agak panjang disebabkan oleh sekarang ialah musim panas (summer), yang mana waktu siang lebih panjang dan waktu malam lebih singkat. Waktu berbuka pada pukul 10 malam dan waktu subuh 2.26 pagi. Hanya ada lebih kurang 3-4 jam saja untuk makan dan minum, solat maghrib, bertadarus, berterawih, solat tahajjud dan bersahur, etc. Namun masa yang ada dimanfaatkan sebaik mungkin secara istiqomah dalam mencari keredhaanNya, in shaa Allah.

Itulah cabaran hidup di sini. Masuk waktu berbuka dalam pukul 10.00malam dan seterusnya perlu bersahur walaupun perut masih kenyang sebelum masuk waktu subuh pada pukul 2.30pagi ke 3.00pagi bagi memastikan badan cukup tenaga untuk meneruskan puasa keesokkan harinya.

Teringat tahun lepas kali pertama berpuasa disini. Hari pertama berpuasasangat memeritkan untuk menunggu waktu berbuka. Kerana dek waktu puasa yang panjang, pening kepala yang teruk datang tanpa diduga. Ini mungkin perkara biasa jika kali pertama berpuasa untuk jangka masa yang panjang kerana sahabat kami di sini juga pernah mengalami perkara yang sama. Terpaksa digagahi juga berpuasa.

Alhamdulillah setelah seminggu berpuasa, badan dapat membiasakan diri berpuasa dalam keadaan masa yang panjang. Bak kata pepatah. Ala bisa tegal biasa.

Cabaran lain berpuasa disini ialah bulan puasa jatuh pada musim panas. Cabaranya bukanlah suhu kerana suhu disini ketika musim panas hanyalah sekitar 16 ke 20 deg celcius sahaja semacam suhu penghawa dingin di Malaysia. Cabaran sebenar ialah kebanyakkan penduduk negara ini mula memakai pakaian yang senteng dan kurang kain. Mereka juga suka berjemur di tengah-tengah kawasan lapang seperti di taman-taman bunga, hadapan atau belakang perumahan yang lapang hanya dengan memakai coli dan seluar dalam. Kadang-kadang coli pun tidak dipakainya.

Disebabkan waktu yang pendek selepas berbuka, tiada masa untuk kami tidur. Kalau tidur pun hanya sekadar tidur-tidur ayam. Takut terlepas sahur dan solat subuh. Kami hanya akan tidur samada sebelum berbuka dan/atau selepas bersahur. Waktu isyak masuk menghampiri pukul 12.00 tengah malam. Selepas itu kami akan mengerjakan terawih. Selepas terawih sahaja sudah kena bersedia untuk bersahur.

Satu pengalaman yang berharga menunaikan terawih disini terutamanya di masjid. Pengalaman tahun lepas berkayuh basikal ke masjid merupakan pengalaman yang sangat berharga. Di dalam kegelapan malam berkayuh seorang diri, tiada sedikitpun rasa takut menyelubungi diri. Itulah kelebihan tinggal antara negara yang paling aman dan selamat di dunia.

Sangat mengujakan solat terawih di masjid kerana walaupun kami bersolat hampir ditengah-tengah keheningan malam, amat mengejutkan kerana kedatangan ke masjid hampir penuh seperti solat jumaat dengan dihadiri umat islam yang datang dari pelbagai pelusuk dunia yang sudah lama menetap di sini.

Pengalaman yang sangat menarik berpuasa di bumi asing ini menjadikan kami mengenal erti berpuasa yang sebenar. Semoga dengan berpuasanya kami dalam jangka waktu yang panjang tidak mengurangkan produktiviti dalam beribadah dan bekerja. Amin...


Salam Ramadhan buat semua. Minta maaf atas segala salah silap sebelum ni, sengaja atau tidak.. Semoga Ramadhan kali ni lebih baik drpd sebelumnya, in shaa Allah. Harap ini bukan Ramadhan terakhir.

p/s: Rindu untuk bersahur dan berbuka dengan ahli keluarga. Makan masakan mak, memang terbaik!!


Ramadhan Kareem 1436H/2015,
Mr&Mrs Blurpl3











Thursday, 24 July 2014

>> In-out : Salam Perantauan 2014 Drpd Kami Sekeluarga

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua?

Hanya tinggal beberapa hari saja lagi umat Islam akan menyambut hari 'kemenangan' yang amat dinanti-nantikan. Betul-betul sudah menangkah kita?

Tepuk dada tanyalah iman.

Jawapannya ada dalam diri masing-masing :-)

Aidilfitri 1435H 2014. Tiada persiapan semeriah tahun lepas. Tiada ahli keluarga tersayang disisi. Tiada sanak saudara disekeliling. Tiada suasana meriah raya dirasai. Tiada baju raya baru. (Recycle baju tahun lepas...namun, syukur!)

Hanya ada famili kecil kami, sahabat seperjuang, sedikit juadah raya yang cuba disediakan semampu mungkin, dan juga ditemani timbunan kerja dan assignment serta examination. Mungkin begitulah lumrah hidup dan beraya diperantauan.

Kami redha!

Apabila melihat rakan seperjuangan balik beraya di Malaysia, terasa alangkah seronok dan bahagianya dapat bersama insan-insan tersayang di hari mulia. Mungkin inilah pengorbanan yang perlu dilakukan demi meneruskan 'perjuangan yang belum selesai'. Mungkin menjadi pengalaman berharga kami di sini untuk dikenang setelah pulang ke Malaysia nanti, In shaa Allah :)

Namun, jauh di sudut hati kecil ini rasa tak sabar dan rindunya untuk mendengar takbir di malam raya!

Rindu nak bersalaman dengan mama, abah, mak, ayah, adik-beradik, sanak-saudara dan sahabat handai.Sungguh. Hanya Allah yang tahu..

Pada kesempatan ni, Blurpl3 ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun maaf serta kekhilafan diri sepanjang menulis di blog picisan ni. 0-0 ya! :)




Last but not least, jangan lupa jom kita sama-sama doakan yang terbaik utk umat Islam di GAZA.

From Copenhagen with love,
Blurp3







Sunday, 13 July 2014

>> In-out : Ramadhan 2014 di Perantauan

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? Macam mana puasa hari ni?

Alhamdulillah, syukur masih dipanjangkan umur kita untuk bertemu dengan Ramadhan Kareem 2014-1435H. So, kena buat sebaik dan sebanyak mungkin amalan serta mencari keredhaanNya di bulan mulia ni kerana tahun depan belum tentu lagi.. Apapun doakan agar semuanya baik-baik belaka, in shaa Allah.

Syukur juga masih diberi kesempatan untuk meng'update'kan blog yang hampir tidak berupdate ini..

Tahun 2014 ni merupakan tahun pertama Blurpl3 menyambut Ramadhan di perantauan. Jauh dengan ahli keluarga, sanak saudara, kaum kerabat, sahabat handai yang rapat. Namun, perjalan hidup harus diteruskan demi meneruskan perjuangan yang belum selesai (yang bakal bermula sebenarnya). Perjuangan menuntut ilmu. Juga merupakan salah satu jihad di jalan Allah.

Suasana Ramadhan di perantauan umumnya sangat berbeza dengan Malaysia. Memang takde la bazaar Ramadhan bagai. Juadah berbuka pula semuanya dimasak sendiri. Selalu juga la menggunakan khidmat Mr Google untuk mencari resepi untuk masak juadah berbuka.  Alhamdulillah, teknologi pun dah canggih sekarang.

Untuk sahur pula, kebiasaannya hanya selang masa beberapa jam sahaja selepas berbuka. Hampir 4 jam. Kami di Eropah berpuasa kira-kira 19 jam kerana puasa jatuh dalam musim summer atau musim panas. Yang mana siang hari lebih panjang berbanding malam hari. Subuh 0230am manakala maghrib 2201pm. So, bertabahlah.. dugaan you. Pahala berlipat kali ganda, in shaa Allah.


Minggu pertama puasa juga Blurpl3 sekeluarga didatangi dengan ujian dan dugaan. Kena sakit mata dan demam. Allahurabbi, hanya Allah yang tahu bagaimana keadaan kami sekeluarga. Boleh dikatakan tidak terurus semua. Bermula dengan sikecil Naufal Amsyar, Abi dan seterusnya Ummi. Lengkap kesemuanya.

Alhamdulillah, keadaan beransur pulih. Allah takkan uji hambaNya sesuai dengan kemampuan hambanNya. Setiap ujian yang diturunkan menunjukkan Allah sayang pada kita.

'' Kadangkala Allah sembunyikan matahari,
  Dia datangkan petir dan kilat,
  Kita menangis dan tertanya-tanya, ke mana menghilangnya sinar.
  Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.. ''

Bersyukurlah.

Solat terawih pula diadakan di masjid. Baru-baru ni juga telah dibuka masjid pertama di Denmark iaitu Hamad bin Khalifa Civilisation Centre. Solat sunat raya pun boleh didirikan sekali menjelang Syawal nanti di sini.

Alhamdulillah, juga dalam musim summer ni, takde course yang diadakan kerana mat saleh semuanya pakat pi bercuti. Summer vacation. Hanya e-learning part saja yang ada. Ini pun belajar sendiri dari rumah.

Layan lagu ni dulu ye! (Maher Zain-Ramadan)

Akhir sekali, Blurpl3 ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Kareem dan juga Salam Aidilfitri buat ahli keluarga di Alor Star dan Kluang, sanak saudara, sahabat handai dan juga mereka yang mengenali kami. In shaa Allah, dipanjangkan usia bertemu lagi kita :D


Salam Rindu dari kami,
Blurpl3 

Friday, 9 August 2013

>> In-out : Salam Aidilfitri 2013_1434H


Assalamualaikum wbt.

Salam aidilfitri  2013/1434H. Minal aidil walfaizin buat semua daripada kami sekeluarga.
hati-hati ketika memandu walapunke mana saja.
jangan makan terlalu banyak, nanti sakit perut.hehe..
mohon maaf atas segala salahsilap yg ada..

Blurpl3

Friday, 12 July 2013

>> In-out : Kompilasi Hadiah Buat Anakku

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, syukur diatas nikmatNya.

Jutaan terima kasih tidak terhingga Blurpl3 ucapkan kepada semua kawan-kawan juga saudara-mara yang telah bermurah hati memberikan si comel Naufal Amsyar hadiah sejak hari kelahirannya sehinggalah sekarang.

Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa baik kalian semua. Didoakan agar segala urusan kalian dipermudahkan di dunia mahupun akhirat. Ameen Ya Rabb.

























A gift from Aussie. sila abaikan cokelat-cokelat ni. (Untuk ummi & abi je tau..hehe)





Terima kasih daun keladi,
Lain kali ada rezeki boleh bagi lagi. hehehe..


Thanks with love, Blurpl3



Wednesday, 10 July 2013

>> In-out : Ramadhan Kareem 1434H

Assalamualaikum wbt.

Selamat berpuasa buat seluruh umat Islam di seluruh dunia.

Hari ni, 1 Ramadhan 1434H bersamaan 10 Julai 2013. Pertama kali juga berpuasa sebagai seorang Ummi bersama Abi dan Naufal Amsyar. Alhamdulillah.. Syukur padaNya kerana masih dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh dengan barakah serta magfirah.

Puasa kali ni juga merupakan puasa pertama bagiku yang fully breastfeed anak. Semoga Allah meringankan setiap urusan ibu-ibu yang breastfeed, ibu-ibu yang hamil dan para suami sekalian.

In shaa Allah, mudah-mudahan  kita semua diberi kekuatan & iltizam yang kuat untuk menambah saham akhirat. Jom sama-sama kita audit diri dan kejar nikmat bulan Ramadhan ni.

Marilah, kita sama-sama target untuk khatam Al-Quran dalam bulan puasa ni. In shaa Allah, mudah-mudahan terlaksana hajat ni. Ameen Ya Rabb

p/s: Tanyalah ustaz :
Perempuan hamil atau menyusukan anak jika berbuka kerana anak kena qada & membayar fidyah..jika berbuka kerana diri sendiri tak larat sangat atau dikhuatiri susu kering kena qada sahaja..







Ramadhan Kareem, Blurpl3

Tuesday, 2 July 2013

>> In-out : Perkongsian Pengalaman Mereka


Assalamualaikum wbt.

Buat pasangann yang ingin mendirikan masjid. Boleh juga jadikan maklumat berikut sebagai panduan untuk kebaikan bersama...



Pictures credit to  Nadia Zahari Photography dan Artmosphere Photography 

Perkongsian pengalaman dari krew Nadia Zahari Photography dan Artmosphere Photography mengenai Majlis perkahwinan ustaz don daniyal


1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.

2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.

3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.

4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.

6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.

7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.

Credit to Sijehan.com


Yang baik jadikan ikutan, yang buruk eloklah ditinggalkan, Blurp3

Monday, 13 May 2013

>> In-out : Happy Mother's Day vs Happy Nurse Day

Assalamualaikum wbt.

Selamat Hari Ibu buat Mama, Mak dan saya. hehehe... juga para ibu di seluruh dunia.
Selamat Hari Jururawat buat Mak dan adik Mira.

Kebetulan, hari yang sama untuk 2 jenis event ni semalam, 12 Mei 2013. Ni kali pertama Mrs Purpl3 sambut Hari Ibu.

Bukan hari ni saja malah tiap-tiap hari merupakan HARI IBU.
Kena hargai jasa-jasa dan pengorbanan insan bernama ibu. Tanpa mereka yang melahirkan kita, siapalah kita..

"Syurga isteri terletak pada seorang suami, Syurga suami terletak pada seorang ibu"

Perlu sentiasa kita ingat tau..



Tak lupa juga, hari ni hari jururawat. Kita juga perlu ingat jasa-jasa mereka membantu kita apabila diperlukan sewaktu di hospital atau klinik atau pusat perubatan dan sewaktu dengannya.

Indahnya hidup ini, jika kita saling hormat-menghormati antara satu sama lain..

p/s:

" Terima kasih mama, telah melahirkan, menjaga dan mendidik kakak hingga sekarang. Terima kasih juga buat Mak kerana melahirkan, menjaga dan mendidik abang, dan kini telah bergelar suamiku dan abi buat anakku. Jasa kalian tidak terhingga. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian berdua wahai insan hebat bernama Mama dan Mak. "



Lots of LOVE, Mrs Purpl3

Friday, 15 March 2013

>> In-out : Menulis Bukan Kerna Nama

Assalamualaikum wbt.


"  Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan "


begitulah lirik lagu Ramli Sarip, jika anda semua pernah dengar.

Setiap individu itu berbeza, begitu jugalah berbezanya setiap pendapat. Ada yang menulis sebagai salah satu punca pendapatan, ada pula yang menulis hanya untuk berkongsi pengetahuan dan ada juga yang menulis untuk meluahkan isi hati atau perasaan dan ada juga yang menulis sebagai diari atau catatan perjalanan hidup.

Apa yang penting, kita senang melakukannya dan  juga dapat menyebarkan pengetahuan yang bermanfaat serta dapat diaplikasikan oleh yang lain. Ilmu yang bermanfaat jika disebarkan akan beroleh pahala. Secara tak langsung, boleh la kita jadikan sebagai pencen kubur nanti. In shaa Allah..

Jika nak dibandingkan dengan rakan-rakan blogger yang lain, blog Blurpl3 ni tiada lah ramai sangat pun followernya dan tidaklah famous-amous pun. Terima kasih kepada yang sudi membaca entry Blurpl3 yang tak seberapa ni. Mana yang baik dan bermanfaat boleh lah dijadikan ikutan, yang kurang baik jadikan sempadan ya!

gambar hiasan (sumber: sini)

Blog ni merupakan satu terapi minda bagi Blurpl3, dapat hilangkan tekanan ketika stress bekerja. Kadang-kadang segala info baru yang Blurp3 fikirkan penting atau menarik, juga Blurpl3 'up'kan sebagai entry. Bukan apa, tak semua orang tahu. Lagipun, apbila diletakkan dalam blog lebih senang untuk dicari pada masa depan kelak. Boleh dibaca berulang-ulang kali, betul kan? Instead of nak save dan create banyak-banyak folder dalam PC ni.. macam leceh jer.

Blog Blurpl3 ni macam-macam cerita ada, daripada info-info sebelum berkahwin sehinggalah dikurniakan cahaya mata, nak kata blog B2B ex-B2B pun ye, blog  mak-mak pun ye juga, blog makan-makan pun boleh juga. kiranya all-in-one la. Nama blog pun Blurpl3's journey, so anything yang berkaitan dengan perjalanan hidup Blurpl3 ada disini. Tak kisah la apa orang nak kata, yang penting kita happy :D


Enjoy blogwalking everyone!


Best in me, Blurpl3


Friday, 8 March 2013

>> In-out: Happy Women's Day



Attention to all women!

Wishing you a day that's just like really special :D



with love, Blurp3

Thursday, 28 February 2013

>> Review : Goodbye Fabulous February

 There are so many important events happened in this February:

*
*
*
*
*
  1. Engangement Day - February, 5 
  2. Mrs Purpl3 birthday - February, 17
  3. Bersunat Naufal Amsyar - February, 23
  4. Ijab Qabul - February, 24
  5. Solemnization Day, 25   
*
*
*
 * 
*


May all this events can be remembered by Blurpl3.hehehe..


kek birthday yang dihadiahkan oleh officemate


A day to remember, Blurpl3

Wednesday, 27 February 2013

>> In-out : Birthday as a First Time Mommy



HAPPY BIRTHDAY TO ME!


 
 a gift from dearest hubby
 


February, 17 2013:
Alhamdulillah, masih diberikan nafas oleh Allah untuk melihat segala nikmatNYA. Kini, telah 28 tahun, makin bertambah juga tanggungjawab yang diberikan sebagai seorang hambaNya, anak perempuan, kakak, isteri, ummi, sahabat, pelajar, pekerja, jiran dan lain-lain. Semoga terus diberi kekuatan, kesihatan, kebahagiaan, kejayaan, kesabaran dan keberkatan dalam menunaikan segala tanggungjawab. In shaa Allah

Terima kasih buat semua yang sudi wish my birthday. Sayang semua ♥

Doakan yang terbaik & dipermudahkan segala urusan (^_^)


Walaupun hanya sederhana tetapi sempurna. Ditambah pula dengan kehadiran insan tersayang, dearest hubby & cutest Naufal Amsyar in my life. Thanks Allah SWT.



 Birthday mommy, Mrs Purpl3
 

Monday, 25 February 2013

>> In-out : 1st wedding Anniversary

Assalamualaikum wbt & apa khabar?
Nothing much to say..

Dahulu...
February, 25 2012
Majlis perkahwinan Blurpl3

Kini..
February, 25 2013
Our 1st wedding anniversary + kehadiran anak syurga Blurpl3: Naufal Amsyar bin Ab Sharul.
He almost 3 month ++

selepas majlis akad nikah

*
*
*
*
*

Abang,
Selamat ulang tahun perkahwinan yang pertama..
Semoga rumah tangga yang akan kita lalui dilimpahkan dengan sakinah, mawaddah dan rahmah..
Semoga dengan kehadiran si comel, Naufal Amsyar akan terus menyerikan dan mematangkan kehidupan kita..
Semoga rumah tangga kita sentiasa dalam redha Allah dan memperoleh keberkatan & kebahagiaan sehingga ke Jannah..

Terima kasih kerana menjadi sahabat suka duka serta suami yang terbaik!

"You`re my hubby and my friend and my strength  
And I pray we`re together in Jannah"

Love u much!

Your zaujah,
 Mrs Purpl3


Tuesday, 1 January 2013

>> In-out : Selamat Tahun Baru 2013


Assalamualaikum semua.. sedar tak sedar dah masuk tahun 2013 sekaranng ni. Kebiasaannya, pada awal-awal ni, ramai yang mempunyai azam baru. Jangan azam tinggal azam saja tau. Pastikan tercapai dan terlaksana ye. hehehe.. Blurpl3 pun turut mempunyai azam untuk dilaksanakan. In shaa Allah, semoga dipermudahkan segala urusan :)


Alhamdulillah,  tahun 2012 melabuhkan tirai dengan jayanya. Pada tahun 2012, Blurpl3 mendirikan rumah tangga, dikurniakan cahaya mata, memperoleh ijazah master & manuskrip telah 'accepted to published'. Syukur pada allah atas nikmat yang dikurniakan.


Inilah hasilnya setelah 3 tahun berhempas pulas


Selamat tahun baru untuk semua, moga tahun ni lebih diberkati + success + dirahmati + tercapai segala impian ... In shaa Allah.


Yang berharapan besar, Blurpl3

Monday, 31 December 2012

>> In-out : Happy Birthday Mama

 Assalamualaikum semua dan salam ceria. 

Semalam merupakan hari lahir mama Mrs Purpl3 yang ke -53. Nothing much celebration had been done. Al-maklumlah, Mrs Purpl3 masih dalam tempoh berpantang. Nak makan yang bukan-bukan pun tak boleh lagi. huhuhu ..

So, ini saja la yang Mrs Purpl3 boleh sediakan. Order kek besday dgn kak Rizaida. ni link website nya.



" Selamat Hari Lahir Mama yang ke-53. Semoga panjang umur + sentiasa diberikan kesihatan yang baik + berbahagia dunia akhirat + sentiasa dalam rahmat & lindungan Allah SWT "

We all love you, Blurpl3

Friday, 26 October 2012

>> In-out : Salam Aidiladha 1433H



Assalamualaikum wbt kepada semua kawan-kawan blogger dan juga silent reader. Sihat hari ni? First and foremost, Blurpl3 nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban 1433H. Beraya dekat mana anda semua? InsyaAllah, kali ni Blurpl3 beraya di Selatan tanah air, kampung hubby. hehe.. Buat famili tersayang yang berada di Utara, insyaAllah kita jumpa nanti ya. Selamat Hari Raya Aidiladha buat kalian =)


Apa pengorbanan anda tahun ni? Ingat, apa saja yang dikorbankan mestilah Lillahi Taala. 


Apapun, bagi yang pulang ke kampung halaman tu berhati-hati ketika memandu di jalan raya. Ingatlah insan tersayang. Berpada-padalah makan lembu atau daging semasa perayaan tu ye. Makan kena selalu beringat tau. hehehe..




Salam Aidiladha, Blurpl3



Friday, 24 August 2012

>>In-out : Salam Aidilfitri dari Blurpl3


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Semoga Syawal ini mengeratkan lagi ukhwah sesama kita. Ameen.. 
Jemputlah datang beraya di rumah.... 

Ikhlas daripada SHARUL & HANISAH sekeluarga :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...