BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Thursday, 24 July 2014

>> In-out : Salam Perantauan 2014 Drpd Kami Sekeluarga

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua?

Hanya tinggal beberapa hari saja lagi umat Islam akan menyambut hari 'kemenangan' yang amat dinanti-nantikan. Betul-betul sudah menangkah kita?

Tepuk dada tanyalah iman.

Jawapannya ada dalam diri masing-masing :-)

Aidilfitri 1435H 2014. Tiada persiapan semeriah tahun lepas. Tiada ahli keluarga tersayang disisi. Tiada sanak saudara disekeliling. Tiada suasana meriah raya dirasai. Tiada baju raya baru. (Recycle baju tahun lepas...namun, syukur!)

Hanya ada famili kecil kami, sahabat seperjuang, sedikit juadah raya yang cuba disediakan semampu mungkin, dan juga ditemani timbunan kerja dan assignment serta examination. Mungkin begitulah lumrah hidup dan beraya diperantauan.

Kami redha!

Apabila melihat rakan seperjuangan balik beraya di Malaysia, terasa alangkah seronok dan bahagianya dapat bersama insan-insan tersayang di hari mulia. Mungkin inilah pengorbanan yang perlu dilakukan demi meneruskan 'perjuangan yang belum selesai'. Mungkin menjadi pengalaman berharga kami di sini untuk dikenang setelah pulang ke Malaysia nanti, In shaa Allah :)

Namun, jauh di sudut hati kecil ini rasa tak sabar dan rindunya untuk mendengar takbir di malam raya!

Rindu nak bersalaman dengan mama, abah, mak, ayah, adik-beradik, sanak-saudara dan sahabat handai.Sungguh. Hanya Allah yang tahu..

Pada kesempatan ni, Blurpl3 ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun maaf serta kekhilafan diri sepanjang menulis di blog picisan ni. 0-0 ya! :)




Last but not least, jangan lupa jom kita sama-sama doakan yang terbaik utk umat Islam di GAZA.

From Copenhagen with love,
Blurp3







Monday, 13 January 2014

>> Review: Naufal Amsyar Sudah kenal Alif Ba Ta

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? Semoga sihat selalu hendaknya..

Blurpl3 nak share video si kecil comel, Naufal Amsyar
Yang sudah mula mengenal Alif Ba Ta, pada usia 5 bulan ++
Sekarang Naufal Amsyar dah berusia 1 tahun 2 bulan :-)

Alhamdulillah, sejuk mata hati tengok video ni..
Blurpl3 pun tengah berusaha keras memberi pendedahan awal kepada Naufal Amsyar mengenai huruf hijaiyah ni.
"Pintar al-quran, pintar semuanya". In shaa Allah

Rutin harian, setiap malam sekitar 1/2 jam atau 1 jam, Blurpl3 akan mengajar Alif Ba Ta kepada Naufal Amsyar. Menggunakan VCD AL-Furqan. Menarik! Sebabnya ada lagu-lagu dan huruf yang berwarna-warni bergerak-gerak. In shaa Allah, budak-budak akan suka. hehe.. Blurpl3 mula dedahkan VCD Al-Furqan ni seawal usia lepas pantang, kira-kira dalam 2 bulan juga la.

Alhamdulillah, seawal 5 bulan ++ Naufal Amsyar sudah pun  menunjukkan hasilnya. Semoga Allah berikan Ummi dan Abi kekuatan secara berterusan untuk mendidik anak-anak menjadi "Hafiz/Hafizah". Ameen Ya Rabb.

Bukan sekadar Alif Ba Ta saja, kadang-kadang Blurpl3 ajarkan ABC, 123, warna, haiwan dan bahagian anggota badan yang basic kepada Naufal Amsyar. Biarpun pada mulanya, tiada respon yang dberikan oleh anak kecil ni. Jangan kita sangka diorang tak faham.(Tetapi sebenarnya mereka simpan maklumat-maklumat tu dalam memori mereka). Ajarlah sebanyak mungkin perkara yang baik. Mudah-mudahan, mendapat keberkatan Allah.

Bak kata pepatah,
 "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya"  dan "anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa merekalah yang akan mencorakkannya samada menjadi nasrani, yahudi atau majusi"

sekali tengok macam tido tapi mata tak tutup rapat.hehehe.. (tido sambil dengar alif ba ta)

Let's take a look at this video :)






Ooppss..sorry, video ni terbalik skit (tak tahu nak alter mcm mana. hehehe...)


Bila tengok semula entry lepas.. teringat kembali kenangan bersalin, perkembangan dari kecil sampai la sekarang. Betapa cepat masa berlalu... :-)

- Saat bergelar Ummi dan Abi
-  Kronologi Kelahiran Anakku 
- Rentetan Jaundis
- 1 bulan
- 2 bulan
- 3 bulan 
- Meniarap
- 4 bulan
- 5 bulan
- Tekan Tubi Mini Exercise
- 6 bulan 
- Merangkak
- Berjalan
 - 1 tahun 


LOve from Copenhagen,
Blurpl3

Monday, 30 December 2013

>> Rewind : Episod Penghijrahan Kami

Assalamualaikum wbt..

Salam Perantauan buat semua,

Sajalah sekadar nak kongsi cerita, kami sekeluarga kini telah berada di perantauan, di bumi Scandinavia. Secara tepatnya Denmark.

Ketika anda semua membaca tulisan blog ni, Blurpl3 telah pun sebulan beberapa hari berada di negara orang. Masih dalam proses menyesuaikan diri dengan keadaan, cuaca, makanan, cara hidup etc. Namun, penghijrahan ni bukanlah bersifat kekal, hanya 3 tahun in shaa Allah. Mudah-mudahan berjalan lancarlah hendaknya.

Alhamdulillah, safely arrrived. 1130am (pukul 5 waktu m'sia), November 23, 2012

Pada November, 22 2013 yang lalu, Blurp3 sekeluarga telah pun berangkat ke Copenhagen, Denmark dengan menaiki Malaysia Airlines boeing 737, connecting flight di Amsterdam selama 3 jam kemudian fly ke Copenhagen dengan menaiki KLM Royal Dutch. Alhamdulillah, selamat tiba di sana dan disambut oleh rakan yang telah beberapa bulan tiba sebelum Blurpl3. Thanks Ben :)

Sebelum berangkat, hampir kesemua ahli keluarga Blurpl3 turut menghantar kami di KLIA. Sayu dan pilu apabila mengenangkan ali keluaga yang bakal berpisah untuk seketika, namun apabila mengenangkan AMANAH yang dipikul daripada Universiti dan Negara kami harungi jua. Doakan kami dipermudahkan segala urusan diperantauan ni! :)


dari kiri : adik ijam, adik biha, mak, mama, wani, hubby

abah, adik haziq, adik hanis, mama, adik yaya

dalam proses wrapping luggage dan box. harap selamat sampai la...

tu dia barang (3 luggage, 4 box), hehehe.. 

dalam proses check-in di KLIA

 kenangan di KLIA
 
Terima kasih buat ahli keluarga kami : mama, mak, abah, ayah, adik hanis, adik ijam, adik yaya, adik hazmi, adik biha, adik haziq serta kawan-kawan : hazwani, fizah & pasangan, poji, kak murni & qisya  yang sudi turun padang menghantar kami hari tu. Going to miss all of you. Jangan lupa mai melawat kami nanti (cepat book bila ada promosi tiket tau. hehehehe...).

we´re going to miss all of you.. sob..sob..sob

 seluruh ahli keluarga yang hadir bersama

 take turn amik gmbar.hehehe..

Thanks abah, ayah, mama, mak. We love u all!

poji, kak murni dan wani.. thanks sudi hantar kami di KLIA :)


Sempat jugalah ada drama tangis menangis masing-masing. hehehe.. tapi jangan risau sekarang dunia dah canggih. Internet dihujung jari.. Ada facebook, skype, whatssapp bagai.. Bak kata pepatah sendiri, 

" Biar jauh dimata tapi dekat dihujung jari "

Alhamdulillah, setibanya kami di bumi Denmark ni, kami disambut dengan USRAH oleh Pelajar Malaysia Denmark. Bertuah rasanya dapat mengenali antara satu sama lain disamping hidangan yang enak-enak belaka. Dapatlah melepaskan rindu pada masakan Malaysia buat sementara :)

 Steamboat

Kuih-muih tradisional melayu

Kami anak beranak ketika di USRAH, masih ber´bau´ Malaysia. hehehehe...

Waktu solat dekat sini pun berlainan. Jarak masa antara satu waktu dengan waktu beriktnya sangat dekat. Mungkin disebabkan sekarang dah musim sejuk (winter). Waktu malam lebih panjang daripada waktu siang.
Kami rujuk .::Det Islamiske Trossamfund I Danmark::. untuk mengetahui waktu solat berdasarkan maklumat pemberian senior-senior di sini. Waktu solat seperti berikut: Subuh (6.40), Zohor (12.14), Asar (13.33), Maghrib (15.48), Isyak (17.39). Untuk mengelakkan daripada terlepas waktu solat, kami ambil inisiatif untuk set alarm pada handphone masing-masing. Kalau tak mesti terlepas kan.. Dekat sini masjid pun ada, cuma kena pandai google dan explore. Almaklumlah, kami ni kan baru lagi. Macam-macam yang perlu diterokai.

nenek, atuk, tok, wan, pakcik, makcik will miss you naufal amsyar 

In shaa Allah jumpa dilain entry.



From Copenhagen with love,
Blurpl3


Tuesday, 3 December 2013

>> Rewind : Naufal Amsyar is 1!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua?

Agak lama baru nak update blog ni. hehe.. Almaklum la tengah sibuk untuk preparation penghijrahan sementara kami ke bumi Scandinavia.

In shaa Allah, Blurpl3 akan kongsikan di sini.

Pejam celik, pejam celik.. putera kesayangan kami, Naufal Amsyar telah berumur 1 tahun pada 17 November 2013 yang lalu. Tiada sebarang celebration pun untuk anak Ummi dan Abi ni. Barang-barang rumah pun semua dalam storage box dah untuk disimpan. In shaa Allah panjang umur 3 tahun akan datang baru boleh bukak semua storage box ni.  hehehehe...

 Pantang dapat stereng kereta, asyik nak pusing je. hehehe..

Seperti biasa Ummi dan Abi perlu membawa Naufal Amsyar ke Klinik Kesihatan untuk dating dengan nurse (check up 1 tahun).


Hasilnya seperti berikut:
  • Berat: 8.7 kg
  • Panjang: 79 cm
  • BMI: 14.0
  • Lilitan kepala: 44.5 cm
  • Tindak balas: aktif
  • Warna bayi: normal
  • Jaundis: Nil
  • Penilaian penyusuan: breastfeeding on demand
  • Imunisasi: MMR, Pneumokokal (Done dos 1 & 2)
Notes:
  • Bayi berdiri tanpa bantuan
  • Bayi mengambil benda kecil dengan menggunakan ibu jari dan telunjuk (thumb & index finger grasp)
  • Bayi mengetuk 2 objek satu sama lain
  • Bayi menyebut da-da / ma-ma tanpa makna
  • Bayi boleh bermain tepuk amai-amai atau melambai tangan
Bimbingan awal:

Kebersihan diri
  • Cuci tangan anak sebelum makan dan selepas ke tandas
  • Memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida sekurang-kurangnya 2 kali sehari terutamanya sebelum tidur malam.
  • Biasakan periksa gigi anak dengan mengangkat bibir
  • Pastikan anak mendapat pemeriksaan gigi di klinik
Pemakanan
  • Galakkan penyusuan susu ibu sehingga bayi berumur 2 tahun
  • Perkenalkan makanan keluarga kepada anak secara beransur-ansur
Keselamatan dan pencegahan kecederaan
  • Jangan tinggalkan bayi anda di tempat takungan air (baldi, besen, bilik air dll) tanpa pengawasan kerana ia boleh menyebabkan lemas.
  • Jangan biarkan bayi anda bermain beg plastik kerana ia boleh mengakibatkan lemas
  • Semua ubatan dan racun perlu disimpan di tempat yang selamat dan tidak dapat diambil atau disimpan di dalam bekas yang tidak boleh dibuka oleh kanak-kanak.
  • Jangan beri anak anda kacang dan bahagian permainan yang kecil kerana boleh menyebabkan tercekik.
  • Gunakan tempat duduk anak (Baby Car Seat) di dalam kereta semasa memandu.
 Kemahiran keibubapaan
  •  Amalkan kemahiran keibubapaan yang baik
  • Memukul dan menengking tidak boleh membantu dalam mendisiplinkan kanak-kanak.
Nasihat berkaitan pemilihan pusat penjagaan anak
  • Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Persekitaran yang selamat dan bersih
  • Mempunyai penjaga yang terlatih
  • Anda dinarkan melawat anak pada bila-bila masa.

 
our bundle of joy 

Hasil pemerhatian Ummi & Abi pada Naufal Amsyar:
  1. Dah mula berjalan laju. Cumanya kalau nak lalu di bendul pintu mesti merangkak, lepas tu berjalan semula.
  2. Perkataan favourite yang disebut ialah 'car', 'car-car' 
  3. Favourite toys pula semestinya car, dan bola. Siap buat bunyi kereta lagi. (Ngeng..ngeng..ngeng). Kalau bagi teddy bear, tak layan la dia. hehehe..
  4. Sudah pandai menendang bola (walaupun tak jauh).
  5. Sangat manja, kadang-kadang tak nak berenggang dengan Ummi mahupun Abi. Nak buat kerja lain pun tak boleh. huhu
  6. Sudah faham dan pandai tepuk tangan. Apabila Ummi atau Abi nyanyikan lagu 'tepuk amai-amai'.. automatik Naufal Amsyar tepuk tangah.
  7. Bila sebut doa, terus Naufal Amsyar angkat menadah tangan. Mungkin sebab selalu lihat Ummi & Abi berdoa selepas solat :-)
  8. Apabila sebut 'Bye', 'Bye-bye'.. automatik melambai-lambai tangan yang comel tu. 
  9. Kalau bab makan..segala macam yang orang dewasa makan, dia nak makan. Padahal, kalau makanan dia tu belum tentu nak makan.
  10. Ikut mood jugak. Kadang-kadang sambil senyum datang ke arah Ummi dan buat 'Sloppy kisses' :-)
  11. Naufal Amsyar ni kalau duduk dengan orang ramai, OK je.. tetapi kalau sorang-sorang dekat umah asyik nak melekat je dengan Ummi & Abi. aduhai...:-(

Ermm, no birthday celebration first year untuk anak Ummi & Abi.. takpe2, no worries.. next year Ummi & Abi gandakan celebration utk 2 years old di negara org. hehehe... In shaa Allah :)


Ikhlas dari jauh, Blurpl3



Friday, 25 October 2013

>> Rewind : Taman Tasik Perdana, KL

Assalamualaikum wbt.

 K.A.M.I

Apa khabar? Lama tak menulis blog ni rasanya. Macam-macam nak ditulis cuma masa amat mencemburui dengan hal-hal baru akan ditempuhi tak lama lagi.

In shaa Allah, akan cuba untuk menghidupkan blog ni selagi berupaya. Maaf sangat sehingga ada yang tertunggu entry yang berikutnya. Kisah perkembangan putera Naufal Amsyar pun Ummi tak sempat nak update. huhuhu.. Maaf sekali lagi.

OK. Berbalik tajuk di atas, keluarga Blurpl3 pergi ke Taman Tasik Perdana, KL ni secara unplanned pada asalnya. Tup.. tup my beloved hubby, Mr Blu3 ada plan nak ke sana, memandangkan pada masa yang sama nak bawa adik ipar jalan-jalan. Akhirnya, sampai juga kami ke sini. hehehe..seronok jugak. 

Pada kawan-kawan lain, jika ada plan nak datang ke sini disarankan agar datang awal pagi sekitar 8 atau 9 pagi. Sebabnya masa tu udara segar, parking pun banyak (dapat parking bawah pokok), orang pun tak ramai. So, rilex la sikit kan.

Dekat tasik ni, aman damai je. Pendek kata sesuai la untuk family outing, sambil tu main bersama-sama dengan anak-anak dan dapat merangsang perkembangan minda dan fizikal anak dengan cepat. Chewah! hahaha :D

Nak beroutdoor photoshoot pun boleh jugak. Sepanjang Blurpl3 berada dengan di sini, ada juga terserempak dengan beberapa orang photographer untuk event masing-masing. Seperti Pre-Wedding, Wedding, Santai, Family Potraiture, Kids Potraiture etc.

Blurpl3 pun turut berphotoshoot dengan family, model-modelnya adalah kami anak-beranak manakala photographer pula ialah our becoming successful photographer a.k.a suami tercinta Mr Blu3. Kreatif sungguh beliau mengambil gambar. Doakan kejayaan suamiku! =)

Di dalam Taman Tasik Perdana ini juga terdapat pelbagai taman-taman lain. Antaranya Taman Herba, Taman Botani, Rumah Sampan, etc.  Di sekitar Taman Tasik Perdana pula terdapat taman-taman lain seperti Taman Burung, Taman Rama-rama, Muzium Kesenian Islam, etc.

 Berposing je la keje nye. hehehe..

Rehat sebentar.. layan ais krim dulu :-)

 Layan video sikecik comel naufal asmyar ni sekali tau. hahaha :D


Sekian.

Jumpa lagi, Blurpl3








Saturday, 19 October 2013

>> Review : Naufal Amsyar Berjalan #10m17d

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, akhirnya anakanda kesayangan, Naufal Amsyar telah mula boleh berjalan dengan sendirinya.
Pada 4 Oktober 2013.
Sebelum ni, hanya bertatih dan berjalan sambil tangannya berpaut dengan Ummi, Abi ataupun di tepi-tepi dinding. Sofa takde dekat rumah ni. hehehe..

Hajat tok dan nenek nak tengok cucu boleh berjalan sebelum fly telah diizinkan olehNya. Ameen Ya Rabb









p/s: doakan segala urusan kami dipermudahkan olehNya

Syukur, Blurpl3

Thursday, 5 September 2013

>> FYI : Penggunaan ‘Walker’ untuk bayi / Should my baby use a walker ?

Assalamualaikum wbt.

Agak lama tidak meng'update' blog. Kesuntukan masa melibatkan hal-hal lain. Kalut serba-serbi. Alahai...

Tapi Blurpl3 masih juga nak berkongsi isu penggunaan walker ni. Berdasarkan pengalaman Blurpl3 sendiri, banyak juga orang asyik bertanyakan..

"Dah bagi baby naik walker ke?", " Kalau bagi baby guna walker, lagi senang", "Tak yah susah-susah pun jaga baby ni, masuk je dalam walker, senang cerita", "Bagi la baby masuk walker,  biar dia belajar berjalan".


Blurpl3 sendiri rasa keliru, perlu ke sebenarnya guna walker ni untuk baby yang baru nak belajar. Patut ke beli? Pendapat mana yang betul ni?

Ermm.. sejak dari situ la Blurpl3 mula search dan google info walker ni..

Alhamdulillah, terjumpa dengan blog doktorbudak.com. Dan yang penting, pendapat-pendapat yang diberikan adalah daripada pakar kanak-kanak dan para doktor yang bukan sembarangan. So, boleh dipercayai la jawabnya,...

Jom, sama-sama kita ikuti artikel 'Penggunaan walker untuk bayi' :)

**********



Q: Hi doktor, saya nak bertanya apa pendapat doktor tentang penggunaan ‘walker’ untuk bayi yang belum berjalan (umur kurang setahun)? (Sheem.md)

Doc, can you explain why walker is not encouraged? I don’t quite see what harm it can do to babies if they are supervised. (Nad)

A: Hi Sheem dan Nad,

Terima kasih di atas soalan kalian. Ramai ibu bapa yang bertanyakan soalan ini kerana ‘walker’ dilihat sebagai salah satu cara yang dapat membantu bayi belajar berjalan . Ada juga komen dari ibu bapa yang mengatakan penggunaan ‘walker’ memudahkan penjagaan bayi kerana bayi menjadi seronok di dalam walker dan kurang meragam malah ada yang berpendapat mereka lebih mudah diawasi.
Sebenarnya penggunaan  ‘walker’ tidak digalakkan untuk bayi. Di Canada, ‘walker’ telah pun diharamkan penjualannya. Di Amerika Syarikat, American Academy of Paediatrics (AAP) telah berkali-kali menyatakan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan penggunaan ‘walker’ malah menggesa agar penjualannya dihentikan.

Mengapa ?

Salah satu daripada sebabnya adalah ia tidak membantu bayi untuk berjalan dengan lebih cepat malah ia mengganggu dan melambatkan proses belajar berjalan. Ramai yang menyangka dengan penggunaan ‘walker’, otot kaki akan menjadi lebih kuat dan seterusnya membantu bayi berjalan lebih cepat. Akan tetapi, sangkaan ini sebenarnya tidak benar.  Apabila bayi berada dalam ‘walker’, otot kaki yang dikuatkan adalah otot kaki bawah tetapi ia melemahkan otot belakang pinggul dan peha yang penting dalam proses belajar berjalan. Walaupun , bayi yang menggunakan ‘walker’ juga boleh berjalan tetapi disebabkan otot pinggul dan peha yang tidak kuat, masalah koordinasi boleh berlaku dan menyebabkan bayi tersebut lebih cenderung untuk jatuh.

Malah, dalam satu artikel yang disiarkan dalam ‘Journal Development & Behavioural Paediatrics’  pada tahun 1999, kajian menunjukkan bahawa bayi yang menggunakan ‘walker’ merangkak dan berjalan lebih lewat daripada yang tidak menggunakan ‘walker’. Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan ‘walker’ melambatkan perkembangan intelek dan psikologi kanak-kanak kerana ia mengganggu proses perkembangan semulajadi bayi.

Mengapakah AAP sangat tegas membantah penggunaan ‘walker’?

Selain dari sebab yang telah saya sebutkan, banyak kemalangan rumah dilaporkan berlaku apabila kanak-kanak dibiarkan dalam ‘walker’. Ini termasuk kecederaan kepala yang serius akibat terjatuh dari tangga. Bayi yang berada dalam ‘walker’ bergerak dalam kelajuan 3 kaki per saat. Ini jauh lebih laju daripada bayi yang dibiarkan bergerak sendiri. Selain daripada itu , terdapat banyak juga laporan kecedaraan pada jari kaki yang tersepit dengan roda ‘walker’.

Kesimpulannya, penggunaan ‘walker’ tidak memberi manfaat kepada bayi. Diharapkan Sheem dan Nad dapat berkongsi maklumat ini dengan ahli keluarga atau kawan-kawan yang merancang untuk menggunakan ‘walker’ untuk anak-anak mereka.

Sekiranya ada yang tetap mahukan ‘walker’ untuk kemudahan penjagaan bayi, alternatif terbaik adalah untuk menggunakan ‘walker tidak beroda’ atau lebih dikenali sebagai  ‘stationary activity center’.
stationary activity centre.

(answered by Dr Zahilah Filzah Zulkifli )


***********


Sumber : sini

 So, macam mana? Berpuas hati? Bagi Blurpl3, alhamdulillah... dah terjawab isu ini untuk Blurpl3. Setiap orang ada pendapat masing-masing dan mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Untuk setiap ibu bapa, tepuk dada tanyalah iman. hehe..

Sekian.

Blurpl3

Wednesday, 17 July 2013

>> Wordless : Tips Bercakap dengan Anak

Assalamualaikum wbt.


Semoga info ini dapat membantu kita untuk berkomukasi secara berkesan dengan anak-anak.

Ikhlas, Blurpl3

Monday, 15 July 2013

>> Review : Gaya Tidur Yang Membuatkan Kita Pun Nak Tidur

Assalamualaikum wbt.

Kiut je kan.. apabila tengok gambar baby sedang tidur. Automatik, kita sendiri pun rasa nak tidur sama dengan diorang. Gambar-gambar tidur Naufal Amsyar ni Ummi snap sejak lahir hingga sekarang (dah hampir 8 bulan).

Macam-macam gayanya..hehe :D Yang pasti mesti posisi mengiring. Ada juga yang hisap jari.



 Sewaktu berusia 2 minggu

 Sewaktu berusia 2 minggu

Sewaktu berusia 2 bulan

 
Sewaktu berusia 3 bulan

 Sewaktu berusia 4 bulan

 Sewaktu berusia 5 bulan
  
Sewaktu berusia 5 bulan

  
Sewaktu berusia 5 bulan

  
Sewaktu berusia 5 bulan

  
Sewaktu berusia 6 bulan

  
Sewaktu berusia 6 bulan

 
 Sewaktu berusia 7 bulan


Comel je anak Ummi & Abi ni, Blurpl3










Friday, 12 July 2013

>> In-out : Kompilasi Hadiah Buat Anakku

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, syukur diatas nikmatNya.

Jutaan terima kasih tidak terhingga Blurpl3 ucapkan kepada semua kawan-kawan juga saudara-mara yang telah bermurah hati memberikan si comel Naufal Amsyar hadiah sejak hari kelahirannya sehinggalah sekarang.

Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa baik kalian semua. Didoakan agar segala urusan kalian dipermudahkan di dunia mahupun akhirat. Ameen Ya Rabb.

























A gift from Aussie. sila abaikan cokelat-cokelat ni. (Untuk ummi & abi je tau..hehe)





Terima kasih daun keladi,
Lain kali ada rezeki boleh bagi lagi. hehehe..


Thanks with love, Blurpl3



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...