BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Thursday, 11 July 2013

>> FYI : Bahaya Air kosong

Assalamualaikum wbt.



Sila baca dengan teliti..

#####

By Ainazatulirqinazidah Rainbow Cake Marsmallow, Nurulhuda Md Sariff and 7 others in Kump. Ibu2 Menyusukan

Informasi bermanfaat utk di war-warkan kpd mommies. Mungkin masih ramai mommies yang kurang pasti tentang bahaya dan keburukan memberi AIR MASAK kepada bayi yg berusia di bawah 6-bulan. Antara keburukannya adalah:

MERENCATKAN

Amalan memberikan air kepada bayi boleh merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa dan menyebabkan sawan tarik. Tumbesaran bayi akan terencat jika selalu diberi air kerana perutnya yang masih kecil dan belum matang sepatutnya diisi dengan susu ibu yang penuh khasiat dan nutrisi penting utk tumbesaran bayi seawal 6-bulan yang pertama.*Air masak tidak mengandungi apa khasiat. Ia adalah semata-mata air KOSONG*...kadang kala ibu-ibu  risau bayi akan sembelit..akan tetapi tidak kita ketahui susu ibu itu sempurna..ia akan mencair ketika cuaca panas untuk menghilangkan dahaga bayi (akan lebih air dari lemak) dan akan memekat ketika cuaca sejuk untuk mengenyangkan bayi (lebih lemak dari air).

PENCEMARAN

Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat samada dari sumber air itu sendiri atau dari bekas yang digunakan untuk mengisi air. Ini akan mendedahkan bayi kpd cirit-birit.*Susu ibu diberi kpd bayi secara direct dari breast dan tidak ada possibility ianya dicemari DAN susu ibu yg diperah mempunyai anti-bacterial properties dan bakteria tidak akan mudah membiak di dalam susu ibu. CONFIRM selamat untuk bayi!*

MENGHAKIS

Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang terhasil daripada susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.*Susu ibu build ups protection in baby’s stomach. That’s why bayi yang menyusu badan mempunyai imuniti yg kuat*

JAUNDIS/DEMAM KUNING

Bayi jaundis yg diberikan air masak yang banyak (konon-kononnye untuk meredakan jaundis) boleh merencatkan AKAL bayi tersebut. Untuk bayi yg berusia 5-minggu ke bawah, jika diberikan air masak yg banyak akan menyebabkan kandungan garam di dalam badannya cair. Apabila kandungan garam di dalam badan cair, suhu badan akan menjadi rendah dan ini akan mengakibatkan bayi kembung atau sawan tarik.*Ramai yg bagi petua kat saya semasa preggy dulu, kalau nak avoid anak kena jaundis, bagi baby minum air masak banyak2. Teori ini adalah SALAH sama sekali.



**********Ubat jaundis ada DUA sahaja –> SUSU IBU & PHOTOTHERAPY! Susukan bayi sekerap mungkin supaya bayi dapat menyingkirkan bilirubin dari tubuhnya melalui najis*

Semoga kita semua menjadi parents yg prihatin! =)

Sumber dari : Buku “Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya”

====================================================

Bayi tidak perlu makanan, minuman selain susu ibu

APABILA memperkatakan khasiat dan kebaikan penyusuan susu ibu, ramai yang sudah mengetahui dan mengakui kebaikannya. Malah, beberapa kajian yang dibuat di seluruh dunia mendapati, kandungan khasiat susu ibu tidak setanding dengan mana-mana susu yang ada di pasaran.

Walaupun syarikat pengeluar susu formula dari semasa ke semasa cuba menambahkan pelbagai rumusan dalam susu yang dihasilkan, khasiatnya masih tidak dapat mengatasi susu ibu. Kandungan semula jadi antibodi dalam susu ibu yang boleh mencegah penyakit seperti selesema, batuk, lelah dan cirit- birit pada bayi ternyata, tidak mampu dicipta hingga ke hari ini.

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Bersalin, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Wan Hamilton Wan Hasan, berkata wanita yang baru bersalin jangan terpengaruh dengan kata-kata bahawa susu ibu tidak mencukupi untuk bayi. Jika seseorang wanita itu berupaya melahirkan seorang bayi ke dunia ini sudah pasti ibu berkenaan mampu memberikannya susu terbaik, iaitu susu badan sendiri yang dianugerahkan semula jadi kepada ibu baru bersalin.

Dr Wan Hamilton berkata, sebaik-baiknya jangan berikan bayi susu botol tambahan atau air masak. Bayi tidak perlu diberikan makanan atau minuman lain kecuali susu ibu hingga berusia di antara empat hingga enam bulan.

Katanya, selain mengandungi antibodi, susu ibu juga banyak kelebihan lain. Antaranya ialah mengurangkan risiko barah payudara dan ovari, membantu mengecutkan rahim serta mempercepatkan pemulihan selepas bersalin. Di samping, mengurangkan risiko pendarahan yang berlebihan.

Kata Dr Wan Hamilton, amalan penyusuan susu pada bayi juga satu kaedah terbaik untuk merancang keluarga. Penyusuan susu ibu sepenuhnya dalam tempoh empat hingga enam bulan pertama akan melewatkan kedatangan haid dan sekali gus boleh menjarakkan kehamilan.

"Malah, penyusuan susu ibu paling baik bagi membantu wanita melangsingkan badan semula selepas bersalin. Kebanyakan wanita sukar mengembalikan potongan badan bentuk asal selepas bersalin kerana ketika mengandung, berat badan akan naik sedikit. Tetapi, selepas bersalin kandungan lemak yang tertinggal di antara 200 gram hingga 300 gram akan dibakar dengan cara menyusukan anak," katanya ketika berceramah pada forum awam sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Forum awam itu anjuran Persatuan Penasihat dan Pakar Laktasi Malaysia dengan kerjasama Puspanita HKL dan Persatuan Wanita Taman Jaya, Bandar Tun Razak, Cheras.

Dr Wan Hamilton yang membincangkan mengenai Faedah Susu Ibu dan Kehidupan Kanak-Kanak, berkata selain itu penyusuan susu ibu adalah mudah. Ia boleh dilakukan di mana-mana saja, pada bila-bila masa dan tidak memerlukan penyediaan. Di samping, menjimatkan kerana keluarga tidak perlu membeli susu formula dan peralatan penyusuan.

Katanya, dakapan hari pertama menyusukan anak adalah waktu yang amat penting. Payudara mungkin belum dipenuhi susu tetapi susu awal ibu yang pekat dan berwarna kekuningan ini sangat elok diberikan kepada bayi. Walaupun tidak banyak, kandungan zat yang tinggi dalam susu awal ibu sudah cukup untuk bayi yang kali pertama menikmati hisapan payudara ibunya.

"Susu ini dinamakan kolestrum dan kaya dengan protein serta antibodi yang boleh melindungi bayi daripada penyakit. Kolestrum ini sudah cukup untuk mengenyangkan bayi," terang beliau.

Jelasnya lagi, proses pembentukan dan pengeluaran susu ibu adalah hasil tindak balas otak yang mengeluarkan hormon prolactin dan oxytocin apabila hisapan dikenakan pada puting dan tampuk susu (areola).

Kata Dr Wan Hamilton, pengeluaran susu dikawal secara semula jadi oleh hormon itu dan ia bergantung kepada keperluan bayi. Semakin galak bayi menghisap, makin banyak hormon dibebaskan dan lebih hormon bermakna lebih banyak susu terhasil.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, bagi memastikan penyusuan susu ibu berkesan beberapa perkara perlu diberi perhatian antaranya:

* Memastikan kesihatan baik.

* Membuka minda dan sentiasa meningkatkan pengetahuan.

* Pemeriksaan kesihatan ditingkatkan ketika kehamilan.

* Mendapat sokongan suami dan ahli keluarga yang lain.

Katanya, kurang sokongan ahli keluarga menyebabkan ibu muda terutamanya, kurang yakin akan kebolehannya untuk terus menyusukan bayi. Ini antaranya membabitkan kes suami kurang bersetuju kerana berasa seolah-olah terabai apabila isteri memberi tumpuan kepada si kecil. Malah ada juga yang bergantung kepada isteri untuk melakukan tugas rumah.

* Kurang sokongan keluarga akan melunturkan semangat ibu untuk terus menyusukan bayi dan ia berpanjangan kepada anak seterusnya," kata Dr Wan Hamilton.

Selain itu, katanya, bagi pasangan yang kurang mendapat sokongan mentua, penjelasan mengenai kebaikan susu ibu perlu bagi mengelakkan perbalahan dan salah faham.

"Keadaan tegang seumpama itu boleh mempengaruhi kadar pengeluaran susu ibu kerana penyusuan susu ibu berkait rapat dengan aspek emosi. Jika emosi ibu terganggu, kadar pengeluaran susu dan keinginan anak untuk menyusu juga terjejas dan ini menyebabkan penyusuan susu ibu tidak dapat diteruskan," katanya.

Dr Wan Hamilton berkata, dalam keadaan tertentu ada wanita yang tidak boleh menyusukan anaknya, iaitu ibu menghidap HIV dan juga yang menghidapi penyakit barah serta sedang menjalani rawatan. Bagi ibu yang disahkan menghidapi HIV jika menyusukan anak, risikonya adalah tinggi. Bayi berisiko 50 peratus dijangkiti penyakit bahaya itu jika ibu menyusukannya.

Sementara itu, wanita yang menghidapi barah tidak boleh menyusukan anak ketika dalam rawatan kerana dibimbangi bayi akan turut mengalami kesan ubat dan rawatan bagi menyembuhkan penyakit itu. Ini membahayakan kesihatan bayi itu.

Turut berceramah, Mohd Zainuddin Abu Bakar yang membicarakan topik Penyusuan Susu Ibu Dari Sudut Islam, berkata, kemajuan gaya hidup yang dicapai hari ini menyebabkan ada segelintir ibu bapa menafikan hak penyusuan anak mereka.

"Ada ibu bapa beranggapan, amalan penyusuan susu ibu kononnya, tidak moden dan tidak glamour. Justeru, untuk menyesuaikan dengan kemajuan hari ini, mereka memilih susu formula menjadi pengganti susu ibu. Apabila ibu bapa bermain dengan perasaan seumpama itu, ia sekali gus menafikan hak anak itu," tegas Mohd Zainuddin.

Katanya, amalan penyusuan ibu dilihat sesuatu yang penting dalam kehidupan bayi dan ini dibuktikan sejarah zaman Rasulullah. Sebaik saja seseorang bayi itu dilahirkan ke dunia, keluarga atau waris akan mencari ibu susuan untuk bayi berkenaan.

"Keluarga atau waris akan memilih wanita keturunan baik-baik untuk menyusukan bayi yang baru dilahirkan itu. Ini menunjukkan, betapa penting susu semula jadi yang dihasilkan oleh manusia lebih baik daripada haiwan untuk diberikan kepada anak," ujarnya.

Kata Mohd Zainuddin, dalam Islam persoalan memberi susu kepada anak ialah tugas ibu tetapi ia tidak bermakna bapa harus melepaskan semua bebanan itu kepada isteri. Sebaliknya, bapa juga turut bertanggungjawab memberikan makanan yang baik kepada anak baru dilahirkan itu.

"Dalam Islam adalah hak ibu untuk menuntut bayaran daripada ayah (suami) jika diminta menyusukan anak. Bagaimanapun, arahan itu bukan sesuatu yang mutlak dan sebaik-baiknya dipenuhi mengikut kemampuan suami. Dalam hal ini, amat baik jika bapa bertanggungjawab memberi nafkah yang cukup dan memastikan isteri mendapat makanan berkhasiat supaya amalan penyusuan secara semula jadi dapat dilakukan tanpa halangan dan masalah," jelas beliau.

Katanya, jika bapa (suami) meninggal, hilang atau tidak dapat dikesan ketika bayi itu dilahirkan, adalah menjadi tanggungjawab waris memberikan nafkah kepada wanita itu bagi memastikan hak penyusuan anak dapat dilaksanakan.

Mohd Zainuddin menambah, sekiranya suami atau isteri hendak memutuskan susu ibu, kedua-duanya mesti berbincang sehingga mencapai persetujuan yang sama.

"Si isteri atau si suami tidak boleh membuat keputusan melulu jika hendak memutuskan susu ibu pada bayi. Sebaliknya, mereka perlu berbincang dan membuat keputusan bersama kerana ia membabitkan masa depan dan kesihatan bayi itu," katanya.

Sumber: Berita Harian - Wed, Aug 28, 2002

By Nor Affizar Ibrahim (sini)

#####


Be the best mom, Blurpl3

Tuesday, 9 July 2013

>> FYI : Madu Bahaya Untuk Bayi Anda

Assalamualaikum wbt.

Blurpl3 ingin kongsikan artikel ni dengan kawan-kawan semua. Mana yang baik jadikan panduan, 
mana yang kurang baik jadikan sempadan. Semoga kita mendapat keredhaan Allah SWT.


#####

Setelah membaca beberapa artikel dan mendapatkan keterangan lanjut dari seorang kawan saya; Pakar Nutrisi Pemakanan Kanak-kanak, barulah saya sedar bahawa madu sebenarnya tidak selamat diberikan kepada kanak-kanak di bawah 1 tahun. Semoga artikel yang ingin dikongsikan bersama ini dapat menukar pandangan kawan-kawan saya yang sama seperti saya sebelum ini bahawa madu tidak sesuai untuk bayi yang di bawah usia 1 tahun.

Kenapa?

Ini kerana madu mengandungi spora dari jenis bakteria bernama ''Clostridium botulinum" yang akan menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu "Botulism Bayi".

Spora ini sukar dibunuh, tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan.

Apa itu Botulism Bayi?

Botulism bayi itu akan menyerang sistem saraf dan akan menyebabkan bayi tersebut kabur pandangannya, kelopak mata tertutup sedikit (droopy eyelid) dan mengalami kesulitan semasa bernafas dan menelan air liur. Ia juga akan menyebabkan muntah-muntah, cirit-birit dan sakit badan.

Kenapa bayi tidak boleh diberikan madu?

Usus bayi merupakan persekitaran yang sesuai untuk spora ini membiak. Apabila madu ini dimakan, ia akan membiak dan akan menghasilkan sejenis toksin. Toksin ini akan diserap masuk ke dalam susu bayi yang masih tidak matang dan menyebabkan "botulism".

Terdapat sesetangah kes botulism bersifat 'sederhana' dan sesetengah lagi bersifat 'merbahaya' sehingga menyebabkan kematian. Kemuncak umur untuk penyakit ini ialah 2 hingga 4 bulan. Tetapi risiko tetap ada pada umur 1 minggu hingga 11 bulan.

Secara kesimpulannya, madu tidak digalakkan diberi bawah umur 1 tahun.

Apakah simptom-simptom botulism?

1. Simptom perut yang berbeza dari kebiasaan (unusual gastrointestinal symptom), berkemungkinan disebabkan oleh sebarang keracunan makanan atau makanan tercemar.

2. Kepenatan (lethargy, weakness)

3. Kesusahan untuk mengawal kepala (loss of head control)

4. Pertukaran nada nangis (altered cry)



 











Kebiasaannya, simptom akan muncul dalam jangka masa 18 hingga 36 jam. Sekiraya bayi anda mempunyai simptom-simptom ini hubungi atau bawa bayi anda berjumpa dengan pakar kanak-kanak atau doktor anda. Ingat, sekiranya bayi anda tidak segera mendapatkan rawatan, simptom yang berlarutan boleh menyebabkan lumpuh tangan, kaki, badan dan otot pernafasan.

 p/s: tetapi madu selamat diamalkan oleh orang dewasa ini adalah kerana usus orang dewasa mengandungi asid yang cukup untuk menyahkan toksin yang dihasilkan oleh spora ini.

Sumber dari: http: sini dan sini 

#####

Perkongsian bersama, Blurpl3

Thursday, 30 May 2013

>> Review : Kajian Warna Terhadap Waktu Solat

Assalamualaikum wbt.




KAJIAN WARNA TERHADAP WAKTU SOLAT

Kajian Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM) mengenai kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang. Kajian awalnya mendapati bahawa pergerakan yang dilakukan di dalam sembahyang yang memberikan kesan bermanfaat ke atas jantung, tulang belakang dan keupayaan ingatan serta perhatian seseorang.

SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna BIRU MUDA yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu subuh ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu BIRU MUDA tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi, mereka yang terlewat Subuhnya sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyrak & dhuha) dan kemudian warna KUNING menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi, mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zohornya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?


ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna OREN, iaitu masuknya waktu Asar di mana spectrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari, dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal waktu Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh ini terpisah (tidur la tu..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu asar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


MAGHRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam akan berubah ke warna MERAH dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib la dulu…) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna INDIGO dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan system kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya,inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan system tubuh berada dalm kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu, dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus, dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurnia’kan syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambaNya atas sifat Pengasih dan PenyanyangNya sebagai pencipta kerana Dia tahu hambaNya ini amat-amat memerlukanNya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi cuba mengenengahkan amalan-amalan lain yang difikirkan baik untuk kesihatan, sedangkan solatnya entah ke mana…???


Wallahualam


Berkongsi bersama, Blurpl3

Thursday, 14 March 2013

>> FYI : Kelebihan Minum Air Kosong



 Assalamualaikum wbt.

kali ni Blurpl3 nak share info Kelebihan Minum Air Kosong yang diperoleh dari salah satu laman muka buku.hehe.. Tapi pastikan air kosong atau air putih yang diminum tu betul-betul bersih, selamat, suci lagi murni tau.. 

Nak tau samaada air kosong atau putih yang korang minum tu selamat ke tak? nantikan update entry seterusnya ye :-)

Jom, baca bersama-sama:

1. Menguruskan badan 
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita. 

2. Meningkatkan kesuburan  
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.  

3. Melancarkan sistem pencernaan  
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.  

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser  
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.  

5. Perawatan kecantikan  
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.  

6. Tubuh lebih segar dan sihat  
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.  

7. Menyihatkan jantung  
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.  

8. Ubat kepada penyakit strok  
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.



Sumber: sini

powerful knowledge, Blurpl3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...