BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Mommy. Show all posts
Showing posts with label Mommy. Show all posts

Thursday, 5 September 2013

>> FYI : Penggunaan ‘Walker’ untuk bayi / Should my baby use a walker ?

Assalamualaikum wbt.

Agak lama tidak meng'update' blog. Kesuntukan masa melibatkan hal-hal lain. Kalut serba-serbi. Alahai...

Tapi Blurpl3 masih juga nak berkongsi isu penggunaan walker ni. Berdasarkan pengalaman Blurpl3 sendiri, banyak juga orang asyik bertanyakan..

"Dah bagi baby naik walker ke?", " Kalau bagi baby guna walker, lagi senang", "Tak yah susah-susah pun jaga baby ni, masuk je dalam walker, senang cerita", "Bagi la baby masuk walker,  biar dia belajar berjalan".


Blurpl3 sendiri rasa keliru, perlu ke sebenarnya guna walker ni untuk baby yang baru nak belajar. Patut ke beli? Pendapat mana yang betul ni?

Ermm.. sejak dari situ la Blurpl3 mula search dan google info walker ni..

Alhamdulillah, terjumpa dengan blog doktorbudak.com. Dan yang penting, pendapat-pendapat yang diberikan adalah daripada pakar kanak-kanak dan para doktor yang bukan sembarangan. So, boleh dipercayai la jawabnya,...

Jom, sama-sama kita ikuti artikel 'Penggunaan walker untuk bayi' :)

**********



Q: Hi doktor, saya nak bertanya apa pendapat doktor tentang penggunaan ‘walker’ untuk bayi yang belum berjalan (umur kurang setahun)? (Sheem.md)

Doc, can you explain why walker is not encouraged? I don’t quite see what harm it can do to babies if they are supervised. (Nad)

A: Hi Sheem dan Nad,

Terima kasih di atas soalan kalian. Ramai ibu bapa yang bertanyakan soalan ini kerana ‘walker’ dilihat sebagai salah satu cara yang dapat membantu bayi belajar berjalan . Ada juga komen dari ibu bapa yang mengatakan penggunaan ‘walker’ memudahkan penjagaan bayi kerana bayi menjadi seronok di dalam walker dan kurang meragam malah ada yang berpendapat mereka lebih mudah diawasi.
Sebenarnya penggunaan  ‘walker’ tidak digalakkan untuk bayi. Di Canada, ‘walker’ telah pun diharamkan penjualannya. Di Amerika Syarikat, American Academy of Paediatrics (AAP) telah berkali-kali menyatakan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan penggunaan ‘walker’ malah menggesa agar penjualannya dihentikan.

Mengapa ?

Salah satu daripada sebabnya adalah ia tidak membantu bayi untuk berjalan dengan lebih cepat malah ia mengganggu dan melambatkan proses belajar berjalan. Ramai yang menyangka dengan penggunaan ‘walker’, otot kaki akan menjadi lebih kuat dan seterusnya membantu bayi berjalan lebih cepat. Akan tetapi, sangkaan ini sebenarnya tidak benar.  Apabila bayi berada dalam ‘walker’, otot kaki yang dikuatkan adalah otot kaki bawah tetapi ia melemahkan otot belakang pinggul dan peha yang penting dalam proses belajar berjalan. Walaupun , bayi yang menggunakan ‘walker’ juga boleh berjalan tetapi disebabkan otot pinggul dan peha yang tidak kuat, masalah koordinasi boleh berlaku dan menyebabkan bayi tersebut lebih cenderung untuk jatuh.

Malah, dalam satu artikel yang disiarkan dalam ‘Journal Development & Behavioural Paediatrics’  pada tahun 1999, kajian menunjukkan bahawa bayi yang menggunakan ‘walker’ merangkak dan berjalan lebih lewat daripada yang tidak menggunakan ‘walker’. Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan ‘walker’ melambatkan perkembangan intelek dan psikologi kanak-kanak kerana ia mengganggu proses perkembangan semulajadi bayi.

Mengapakah AAP sangat tegas membantah penggunaan ‘walker’?

Selain dari sebab yang telah saya sebutkan, banyak kemalangan rumah dilaporkan berlaku apabila kanak-kanak dibiarkan dalam ‘walker’. Ini termasuk kecederaan kepala yang serius akibat terjatuh dari tangga. Bayi yang berada dalam ‘walker’ bergerak dalam kelajuan 3 kaki per saat. Ini jauh lebih laju daripada bayi yang dibiarkan bergerak sendiri. Selain daripada itu , terdapat banyak juga laporan kecedaraan pada jari kaki yang tersepit dengan roda ‘walker’.

Kesimpulannya, penggunaan ‘walker’ tidak memberi manfaat kepada bayi. Diharapkan Sheem dan Nad dapat berkongsi maklumat ini dengan ahli keluarga atau kawan-kawan yang merancang untuk menggunakan ‘walker’ untuk anak-anak mereka.

Sekiranya ada yang tetap mahukan ‘walker’ untuk kemudahan penjagaan bayi, alternatif terbaik adalah untuk menggunakan ‘walker tidak beroda’ atau lebih dikenali sebagai  ‘stationary activity center’.
stationary activity centre.

(answered by Dr Zahilah Filzah Zulkifli )


***********


Sumber : sini

 So, macam mana? Berpuas hati? Bagi Blurpl3, alhamdulillah... dah terjawab isu ini untuk Blurpl3. Setiap orang ada pendapat masing-masing dan mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Untuk setiap ibu bapa, tepuk dada tanyalah iman. hehe..

Sekian.

Blurpl3

Wednesday, 17 July 2013

>> Wordless : Tips Bercakap dengan Anak

Assalamualaikum wbt.


Semoga info ini dapat membantu kita untuk berkomukasi secara berkesan dengan anak-anak.

Ikhlas, Blurpl3

Monday, 1 July 2013

>> FYI : Tips Beli Kasut Anak

Assalamualaikum wbt.

Sekarang Naufal Amsyar dah berumur 7 bulan lebih. So, kiranya dah boleh beli kasut. 
Rambang mata Ummi dan Abi dibuatnya. Semua kasut comel-comel. Geram tengok. hehehe

Tapi, dalam masa yang sama Blurpl3 tertanya-tanya juga kasut macam mana yang sesuai untuk si cilik ni. Dari segi bentuk, saiz, jenis, tapak, material etc. Kebetulan pula, majalah PA&MA ada kongsikan info yang berkaitan. 

So, kawan-kawan boleh lah dapatkan tips ni untuk membeli kasut anak masing-masing. Semoga dapat membantu.





Bila tengok barisan kasut budak-budak di kedai kasut, rasa macam hendak beli semuanya. Dengan rekaan cantik, warna menarik dan saiz yang comel, siapa pun melihat pasti berasa geram.

Tapi papa dan mama jangan mudah terpengaruh dengan kasut-kasut tersebut kerana bagi kanak-kanak, kasut bukan sekadar pengalas kaki sebaliknya ia membantu pembentukan otot dan tulang kakinya yang masih sensitif. Apatah lagi sekiranya anak anda masih belum pandai berjalan. Kasut yang tidak selesa akan mengurangkan keinginan anak untuk berjalan.
                                       
Kasut yang hanya cantik dipandang tetapi tidak selesa dipakai boleh mengganggu pergerakan otot-otot tubuh bahagian bawah menjadi tidak terlatih dengan baik. Akibatnya ia boleh memberi kesan di kemudian hari. Sebagai ibu bapa, anda perlulah tahu keperluan anak ketika membesar. Jangan terlalu ikutkan hati membeli kasut kerana geram dengan rekaannya yang menawan. Berikut beberapa tip yang perlu diambil berat semasa membelikan anak sepasang kasut.

1.      Fesyen
Pilih kasut yang menutup tulang mata kaki anak dan hujung kasut berbentuk bundar agar jari kaki anak mudah bergerak dan berkembang dengan baik. Elakkan kasut yang berhujung runcing kerana ia menyekat pergerakan jari jemari kaki. Kalau yang ada anak perempuan, jangan terlalu cepat membenarkan anak kecil bertumit tinggi kerana ia boleh membuatkan kaki anak cenderung ke depan.

2.      Pemilihan bahan
Pilih kasut yang diperbuat daripada bahan yang lembut dan fleksibel namun tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. Bahan kulit yang lentur, merupakan pilihan yang tepat. Elakkan kasut yang diperbuat daripada bahan keras kerana ia berisiko mengganggu perkembangan tulang kaki. Ini boleh membuatkan tulang kaki anak tidak berkembang dengan baik. Sebaiknya jangan memilih kasut yang bahagian atasnya diperbuat daripada bahan plastik kerana menghalang pengewapan. Bahagian dalam kasut cenderung lembap dan kaki anak anda mudah terkena jangkitan kulat.

3.      Ukuran
Ukuran kasut yang sesuai adalah tidak terlalu sempit dan tidak terlalu longgar. Caranya mudah, buat ukuran panjang kaki anak anda dari tumit hingga hujung jari terpanjang ditambah satu ruas jari orang dewasa. Ini penting kerana kaki kanak-kanak cepat berubah dan perlu diukur beberapa kali dalam setahun. Sebaiknya sebelum membeli kasut, cuba dahulu kasut itu di kaki anak anda dalam keadaan anak berdiri dan anak anda memakai sarung kaki. Biasanya kaki kiri dan kanan tidak semestinya sama besar. Pilihlah kasut yang sesuai dengan ukuran kaki yang lebih besar.

4.      Bahagian dalam kasut
Pilih bahagian dalam kasut yang dilapisi pengalas lembut dan selesa untuk menyerap hentakan saat si kecil berjalan atau berlari di permukaan yang keras.

5.      Tumit kasut
Pastikan tumit kasut tidak terlalu tinggi, maksimum hanya satu sentimeter. Pastikan juga bahan untuk membuat kasut ini adalah terdiri daripada bahan yang ringan dan empuk, tidak keras, sehingga anak anda mudah melangkahkan kaki dengan selesa.

Sumber : Sini

Monday, 20 May 2013

>> FYI : 12 Pahala Yang Eksklusif Hanya Untuk Wanita Sahaja


Assalamualaikum wbt

12 Pahala Yang Eksklusif Hanya Untuk Wanita Sahaja


ADA dua perkara yang melekat pada diri wanita. Kemuliaan dan kehormatan 
yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka, bila diterapkan secara berkesan 
oleh kaum wanita, akan semakin membuat mereka dihormati oleh kaum Adam. 
Berikut ini beberapa kemuliaan kaum wanita yang diberikan Allah.

Pertama
Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada 70 orang wali atau lelaki 
soleh, tetapi seorang wanita yang buruk akhlaknya lebih buruk daripada 
1000 lelaki yang buruk akhlaknya.

Kedua
Seorang isteri yang pandai menghibur suaminya yang sedang dalam keadaan 
gelisah, ia akan mendapatkan pahala separuh dari pahala jihad.

Ketiga
Seorang wanita yang sedang hamil, lalu dia menunaikan solat 2 rakaat maka 
kebaikan yang diterimanya lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak 
hamil.

Keempat
Seorang wanita yang meninggal dunia dalam tempoh waktu 40 hari setelah 
melahirkan anak, maka ia akan mendapat pahala seperti halnya seorang 
lelaki gugur syahid.

Kelima
Jika seorang anak menangis pada malam hari dan ibunya tidak memarahinya, 
bahkan memujuknya, ibu itu akan mendapat pahala ibadah.

Keenam
Jika pada malam hari seorang wanita tidak dapat tidur kerana mengurus 
anaknya yang sakit, Allah akan memberinya ganjaran setimpal dengan usaha 
memerdekakan 20 orang budak.

Ketujuh
Seorang wanita yang bangun pada malam hari untuk menyusukan 
anaknya, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan ia akan diberi 
pahala seperti pahala orang yang mengerjakan ibadah selama 12 tahun.

Kelapan
Apabila seorang wanita menyapu rumahnya sambil berdzikir, Allah akan 
memberikan kepadanya pahala seperti menyapu halaman di sekitar Kaabah.

Kesembilan
Seorang isteri yang memotivasi suaminya untuk berjuang di jalan Allah, 
dan ia ikhlas untuk menanggung penderitaan kerana ditinggalkan suaminya, 
maka Allah akan memasukkannya ke syurga 500 tahun lebih awal sebelum 
suaminya, dan wanita itu menanti di pintu surga.

Kesepuluh
Seorang wanita yang memerah susu lembu dan diawali dengan kalimat “Bismillahirrahmanirrahim”, maka Allah akan memberikan keberkatan rezeki 
bagi penduduk rumah tersebut.

Kesebelas
Seorang isteri yang mengerjakan solat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan 
menjaga amanah suaminya, maka Allah akan memasukkannya ke syurga 
dari pintu mana saja yang ia sukai.

Keduabelas
Ketika nanti di syurga, semua penghuni syurga akan menemui Allah tergantung 
dengan kuantiti dan kualiti amalnya di dunia. Tapi, bagi seorang wanita yang 
memelihara dirinya dari pandangan lelaki yang bukan mahramnya, Allah sendiri 
yang akan menemuinya. Namun jika wanita itu memandang lelaki yang bukan
mahramnya dengan pandangan yang mengundang syahwat, Allah akan mengutuk 
wanita itu.

wallahualam.

Khas buat wanita, Blurpl3

Monday, 25 March 2013

>> FYI : ♥ Beruntungnya Wanita ♥

Assalamualaikum wbt.


♥ BERUNTUNGNYA WANITA ♥


1.) Dia bekerja dengan Tuhan..jadi 'kilang' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,itu dianggap mati syahid..Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari..

Bila dia lihat suaminya termengah-mengah di titian Sirat, dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA........

Wallahu'alam


Peringatan bersama, Blurpl3

Wednesday, 20 March 2013

Sunday, 10 March 2013

>> Review : 10 Tanda Hamil

Assalamualaikum wbt.

Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.

Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!

 1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekeliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...

...Tahniah!

Sumber: sini

Kami, Blurpl3

Saturday, 2 March 2013

>> FYI : 20 Perkara Yang Berubah Selepas Memiliki Anak Sendiri

Assalamualaikum wbt.

Kehidupan seorang ibu, mama, mak, bonda, ummi, mummy atau bapa, abah, ayah, abi, daddy sedikit sebanyak akan berubah selepas mempunyai anak sendiri. Tak salah jika berlaku perubahan, tetapi biarlah perubahan yang menuju ke arah kebaikan bersama.

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita yang sedang mengandung anak pertama "Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur"....Betul ke?

Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya banyak perkara yang menarik akan berlaku.


Permata hati Blurpl3



Jom kita semak sama-sama:

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.

2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!

3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!

4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.

5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..

6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat…;-)

7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.

8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.

9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!

10- Kita akan lebih menghargai diri kita.

11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.

12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.

13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.

14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.

15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.

16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!

17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!

18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.

19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.

20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

Sumber:  sini



Betul kan? hehe..


Blurpl3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...