BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 18 September 2012

>> FYI : Jom Shopping!!!

Nota kaki untuk Blurpl3

Assalamualaikum semua..

Just short entry for Blurpl3 reminder and info untuk anda semua..
Mrs.Purpl3 dan melangkau 28 weeks tapi barang baby baru je beli sikit. So plan untuk grab sebanyak-banyaknya dalam minggu ni untuk barang-barang our little caliph di SOGO. (kalau murah la...=P) . Kalu tak plan nak grab di Kedai barangan baby di Bangi (tak tau nama apa..huhuhu)..

Yang excited, Blurpl3

Thursday, 13 September 2012

>> Rewind : Anniversary Celebration of Our Meeting

 1 kg delicious ice cream cake ;)


Assalamualaikum wbt untuk kawan-kawan blogger and silent reader. Apa khabar?  Petang-petang ni kalau share bab-bab makanan mesti seronok kan.hehehe.... Blurpl3 nak share tentang ICE CREAM CAKE yang telah diredeem melalui GROUPON dari HEAVEN PREMIUM ICE CREAM CAKE.


Sangat sedap! Jujur dikatakan, ini kali pertama Mrs Purpl3 makan ais krim kek. Yummy sangat =). Ais krimnya tidak terlalu manis dan tak terlalu tawar. Just nice flavour! Ditambah pula dengan right combination between vanilla & chocolate chip. Recommended by my dearest hubby, Mr Blu3.


Ais krimnya sangat banyak. Just bahagian bawahnya saja yang kek. Bahagian tengah sampai ke atas, kesemuanya ais krim. Marvellous tau!

Kebetulan pula, ais krim kek ni diredeem bersempena dengan celebration our anniversary of meeting .. lebih kurang 2 tahun perkenalan kami.  Moga kekal bahagia dunia akhirat :)

one slice of yummy ice cream cake :)


Selepas ini, boleh la..kalau kawan-kawan nak try beli ais krim kek ni dengan HEAVEN PREMIUM ICE CREAM CAKE. Voucher ni Blurpl3 beli dengan harga RM69.90. Sangat worth it =)


Kami yang suka makan, Blurpl3

Tuesday, 11 September 2012

>> Rewind : Baby Bag



[Up to 69% OFF] RM52 for Baby Bag (7 different designs) worth RM169.90 from Sparky Net Enterprise

Assalamualaikum wbt, kawan-kawan blogger dan juga silent reader. Semoga semuanya sihat-sihat selalu ye. Kali ni Blurpl3 nak update tentang salah satu barang kelengkapan 'our little khalifah' iaitu BABY BAG. Sehingga sekarang, jujur dikatakan.. masih banyak yang perlu disediakan oleh ummi dan abi ni. Baru sempat beli sedikit-sedikit. Kawan-kawan Mrs Purpl3 juga pesan "baik kau beli sikit supaya tidak terasa berapa banyak yang kita dah spend untuk beli barang". "Oh macam tu ke?hehe.." Almaklum lah..first timer mom-to-be and papa-to-be ni..banyak lagi ilmu yang dipelajari dan dilengkapi dari segi fizikal dan juga mental. 

Dalam senggang masa waktu rehat dekat office, Mrs Purpl3 sempat lagi browse tentang BABY BAG.. terbuka la website MILKADEAL. Suka beli barang dekat sini sebab ada diskaun.hehehe.. Kualiti pun not bad la. Sejak dari masa untuk wedding lagi Blurpl3 suka jer beli voucher dekat MILKADEAL, GROUPON, MYDEAL dan angkatan dengannya. Kalau pandai cari boleh berjimat juga la..

Finally, lepas tenung punya tenung. Mrs Purpl3 decide untuk beli BABY BAG yang ni. Apa pendapat kawan-kawan? Rasanya worth it kan.. Warna boleh pilih ikut yang mana kita suka. Ada 7 warna kesemuanya iaitu pink, merah, coklat, biru, black with dots, white with dots atau strawberry pattern. Free delivery pula tu ke semenanjung Malaysia. Blurpl3 or course la pilih biru.hehehe...

Yang ni pula details mengenai produknya:

Highlights:

  • Zip top opening
  • Two exterior side pockets for bottles
  • One zipper compartment at the back of the bag for small items
  • Inner compartments for handphone and keys
  • Additional interior compartment for small items
  • Two side hooks for attaching the sling strap
  • Comes with detachable, adjustable cross body sling strap
  • Material: 420d ployester oxford fabric
  • Size: 50cm x 29cm x 15cm
  • Look fashionable while carrying items for your baby
  • 7 Different Designs!
pelbagai gaya untuk bawa baby bag ni. hehehe...
 
  ukuran saiz baby bag

 compartment dalam baby bag

 compartment bahagian tepi



So, ok kan? Blurpl3 try juga survey dekat kedai-kedai baby yang lain.. harganya boleh tahan la. Yang murah ada, yang mahal pun ada. Kalau boleh belilah mengikut bajet masing-masing ye. Jangan membazir. Tak elok tau, amalan syaitan...reminder untuk diri sendiri juga :-)


p/s: baby bag yang diorder belum sampai lagi...semalam diorang start pos. InsyaAllah, harap diterima dalam keadaan yang baik. Nanti dah dapat barangnya, kita share dalam next entry ye =)


mom-to-be & papa-to-be, Blurpl3

Thursday, 6 September 2012

>> Resepi: Juadah For Iftar...PART #2


Assalamualaikum wbt dan apa khabar kawan-kawan blogger dan juga silent reader? Semoga semuanya sihat selalu ye =)

Kali ni Blurpl3 nak update juadah berbuka puasa sunat semalam..simple jer. Bolehlah try..


Resepi: MAKARONI GORENG ALA MELAYU
Sumber: Blurpl3

Bahan-bahannya:

Bahan A:
sedikit cili kering
bawang putih
bawang besar 
2 sudu besar minyak masak


optional: cili boh - tapi Blurpl3 tak suka rasanya

Bahan B:
2 batang sosej (dipotong kecil-kecil)
50 gram daging cincang

1/2 batang lobak merah (dipotong batonnet), bole refer kat sini

Bahan C:
150 gram makaroni (rebus dan toskan)
1 biji tomato (dipotong wedges)

1/2 ikat sayur sawi (asingkan daun dan batangnya)
1 kiub pati ayam knorr

Bahan D:
1 biji telur (digoreng dan dihancurkan halus)

Bahan E:
Sos cili
Sos tomato
Kicap        - semua ni ikut citarasa
Garam
Gula


Cara-cara:

1. Rebuskan cili kering, kupas bawang putih dan bawang besar. Kemudian, blend ketiga-tiga bahan A ni dan tumiskan dengan minyak. Setelah naik bau, boleh letakkan bersama sedikit sos cili, sos tomato, kicap, garam dan gula. Ikut citarasa masing-masing. Kalau nak pedas letaklah sos cili banyak-banyak. Atau boleh juga guna cili boh untuk menggantikan bahan yang dikisar seperti cili kering, bawang putih dan bawang besar. Tetapi rasanya kurang enak dan Blurpl3 tak gemar dan kurang recomend pada kawan-kawan.

2. Masukkan bahan B iaitu daging cincang, sosej, lobak merah dan batang sawi yang telah dipotong. Gaulkan sebati hingga daging masak.

3. Kemudian, masukkan bahan C iaitu makaroni, daun sawi, tomato dan kiub pati ayam (dihancurkan).

4. Gorengkan kesemua bahan hingga sebati.

5. Selepas itu, gorengkan 1 biji telur dalam kuali yang berasingan dan hancurkan halus. Guna untuk garnishing (taburkan diatas makaroni).


Siap!!!

Sedia untuk dihidangkan untuk berbuka puasa =)


Selamat mencuba ya! :)



Jemput-jemputlah singgah dan cuba resepi lain daripada Blurpl3. Mudah-mudah belaka tau ! :)


Ikhlas, Blurpl3





Monday, 3 September 2012

>> Rewind : Salam Kemerdekaan ke-55

Bapa Kemerdekaan Negara (Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj)


logo rasmi kemerdekaan yang ke-55


Assalamualaikum dan apa khabar semua kawan-kawan blogger dan juga silent reader. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55. Sekejap je kan..pejam celik, pejam celik sudah pun 55 tahun.

Apa yang penting, sama-samalah kita menjaga dan memelihari keamanan negara kita, yang mana pejuang masa lampau bersusah payah, bermandikan darah berjuang menuntut kemerdekaan untuk negara. Oleh itu, kita sebagai generasi zaman sekarang ni perlulah memelihara dengan baik. Jangan bergaduh tak tentu pasal, dan jangan sampai orang luar ambil kesempatan pada negara kita sendiri. Seperti mana yang telah berlaku pada kebanyakan negara Islam yang lain..rakyatnya perlu merempat di negara sendiri, hidup pun tak aman lagi. Amat menyedihkan.. :-(

Hanya DOA yang mampu dikirimkan supaya mereka bebas daripada belenggu yang dialami sekarang.


Allahuakbar!


Negara kita, tanggungjawab kita, Blurpl3


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...