BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 31 July 2012

>> Review : Sneak peek of Parenthood Expo 2012 at Mid Valley

Dari jauh. Ramainya orang berpusu masuk ke MVEC Exhibition Hall
Assalamualaikum semua. nak peek review je untuk Parenthood expo ni. Blurpl3 pergi hari ahad yang lalu 29 Julai 2012. Nanti cerita panjang lebar.

Dari dekat. Jom terjah...........

Freegift. Berbaloi-baloi
Datang tak beli apa pun. Ada la beli sikit je. Nanti cerita lain. Tapi memang berbaloi sebab dapat hadiah free. Yang penting dapat susu free harga RM45 tu....=) Yahooooo....

Maaf short entry. nama pun peek je kan. nanti kita cerita lanjut sebab ni pun sambil-sambil buat kerja. banyak gambar nak publish....

p/s : try buat watermark yang tak berapa nak jadi. jangan gelak tau...

yang teruja,
Blurpl3

Sunday, 29 July 2012

>> FYI: ‎10 Info Tentang Bayi yang anda tidak tahu


Perkembangan janin (ehsan pakcik google)

Alhamdulillah. Mrs. Purpl3 sudah menjangkau 5 bulan mengandung. So Blurpl3 nak kongsi sedikit info untuk Bakal Ibu dan Ibu-ibu sekalian termasuklah bapak-bapaknya. Info menarik yang kadang kala kita tidak tahu:


1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya. 

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

Blurpl3 : Dia nak belajar mengaji la tu...hehehehe =) 

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan. 

Blurpl3 : Mrs Purp3 pun tak terasa pergerakan baby dalam 4 bulan.Sekarang baru dapat rasa dan bezakan samada pergerakan baby ataupun lapar =P sebab dah menjangkau 5 bulan

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut. 

Blurpl3 : Mrs Purpl3 x rasa lagi or ke  Mrs Purpl3 yang tak perasan

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

Blurpl3 : Waktu ni lah penting dan kena selalu berkomunikasi dengan bayi anda


Apa la baby kita mimpi kan?
7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.
Blurpl3 : Apalah yang anak ummi dan abi mimpi nanti...=)

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

Blurpl3 : Kesian dia. Ummi kena jaga-jaga dan lebih berhati-hati lepas ni...

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

Blurpl3 : Ummi kena makan yang sedap-sedap ke? Apa makanan yang Ummi makan makanan ada yang rasa pelik ke? So wondering...


So cute....

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel
Blurpl3 : Mesti comelkan.. Korang rasa comel macam ummi dia ke or abi dia? Gambar tu credit dekat ety and ambil dekat sini. Dia cakap nak anak mata bolat kena makan telur banyak-banyak. Betul ke?

Hope dapat menjadi panduan dan menambah info bagi semua reader-reader terutama mom-to-be dan mommy yang gorgeous sekalian....

P/s : All pictures credit to uncle google bukan uncle seekers ye.Korang rasa baby Blurpl3 boy ke girl? nanti kita bincang dalm post lain.

Yang berinformasi,
Blurpl3

Thursday, 26 July 2012

>> In-out : Gara-gara Benda Ini



Assalamualaikum wbt kawan-kawan blogger dan juga silent reader :) Apa khabar? Macam mana puasa hari ni? Semoga diberi kekuatan untuk bertahan sepanjang bulan Ramadhan ye.

Alhamdulillah, sepanjang tempoh Mrs Purpl3 preggy ni tiada masalah morning sickness yang teruk. Syukur padaNya..hanya sekadar pening-pening, mengantuk dan kadang-kadang rasa letih dan juga jerawat naik di muka dengan meriah sekali.hehehe..Sewaktu anak dara, tiada pula jerawat.huhuhu..Mungkin perubahan hormon melanda. Simptom-simptom lain  seperti pitam, pengsan dan muntah, alhamdulillah tiada. Selera makan sentiasa ada..bagilah apa pun, ada je selera. nasib baik juga la tak mengidam yang pelik-pelik, kesian Mr Blu3 nak mencari nanti. Mrs purpl3 ada dengar ceramah Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood menurut al-Quran part 1-6 [boleh refer kat sini], menyatakan tak elok mengidam yang bukan-bukan sewaktu mengandung...bla..bla..bla. (ada lagi sambungannya, boleh dengar kat youtube). Prof Muhaya pun ada cakap dalam ceramah dekat ikim.fm, kalau waktu mengandung mengidam yang bukan-bukan maknanya isteri tu perlukan prihatian daripada suami.hehehe..Iyer la agaknya kan.. Bagi Mrs Purpl3, kalau mengidam apapun berpada-pada lah, jangan ikutkan sangat nafsu..banyakkan beristigfar pada Allah. 

Berbalik kepada topik untuk kali..Gara-gara benda ini la Mrs Purpl3 muntah sepanjang tempoh preggy setakat ni. Disebabkan saiz OBIMIN PLUZ ni terlalu besar dalam 3 cm panjangnya. Rasa macam tak berapa lepas je tekak nak telan. huhuhu..Mrs Purpl3 ni jenis tak kisah kalau nak makan ubat atau supplemen tapi biarlah saiznya kecil. Kebiasaannya, saiz food supplemen seperti spirulina, plasma hidup (Kington), (Dr Xeniji), cuci usus (Lactose S), vitamic C (EsterC), minyak ikan (EPA DHA), calcium (Calmax) dan susu kolostrum (Ig6) masih boleh diterima dan mudah untuk ditelan bagi Mrs Purpl3. Inilah antara food supplemen yang Mrs Purpl3 amalkan sejak awal preggy lagi di samping asid folik yang klinik bekalkan. Next, next entry Mrs Purpl3 akan ceritakan details fungsi-fungsinya ye untuk memudahkan kawan-kawan mom-to-be membuat rujukan. Cuma OBIMIN PLUZ ni je yang membuatkan Mrs Purpl3 rasa berat hati nak makan. huhuhu..tapi demi baby, ummi gagahkan juga ;-)

Gara-gara benda ni lah, Mrs Purpl3 termuntah..buat pertama kalinya. Sakitnya rasa perut, hanya Tuhan yang mengetahui..serious rasa serik sangat lepas tu nak makan OBIMIN PLUZ ni.huhuhu.. Sejak lepas tu, terlintas difikiran Mrs Purpl3 macam mana lah kalau yang mengalami simptom morning sickness teruk seperti muntah-muntah dan ada juga yang kena tahan di wad untuk masuk air dalam badan. Pada saat itu, rasa bersyukur sangat..tidak pernah muntah-muntah. Biarlah muka berjerawat pun.huhuhu... Setiap yang berlaku ada hikmahnya kan..


Bersyukur atas apa yang ada...

Mrs Purpl3



Friday, 6 July 2012

>> Rewind : Durian Oh Durian


Assalamualaikum semua, apa khabar? Sekarang ni musim buah kan. Buah-buahan tempatan. Kalau dapat balik kampung makan buah-buahan dekat dusun kan besstt.! Boleh makan sepuas-puasnya. Kawan suka makan buah apa? Mrs Purpl3 suka buah rambutan dan manggis. Mr Blu3 suka buah durian. So, kali ni nak review sedikit la pasal buah durian ye.

Dah lama dah sebenarnya Mr Blu3 duk asyik sebut nak makan buah durian. Asal terpandang je buah durian, mesti sebut "sedapkan yang, kalau dapat makan buah durian tu..", "mesti la sedap tetapi dibuat produk daripada buah durian lagi sedap.hehehe.." jawan Mrs Purpl3. Mr Blu3 suka buah durian yang fresh manakala Mrs Purpl3 suka kalau buah durian tu dijadikan produk lain seperti bubur kacang durian, aiskrim durian, kek durian, tempoyak, lempuk durian, donut berinti durian dan apa saja yang berasaskan durian. Berbeza sikit la..bukan tak gemar yang fresh cuma kalau produk sampingan durian rasa macam lagi menarik. Tetapi terpulang kepada individu sebenarnya kan..

Disebabkan rasa ingin makan durian tu terlalu tinggi, Blurpl3 sempat singgah di kawasan Puchong untuk membeli durian. Ada yang 3 biji RM10, ada juga yang 5 biji RM20. Baunya sangat semerbak.hehehe... Akhirnya, 5 biji RM20 yang menjadi pilihan Blurpl3. Mulalah, bau durian yang semerbak itu memenuhi ruang kereta. Bau sedikit jadi wangi, bila banyak sangat bau naik pening pula. hehehe...


Inilah dia satu plastik durian

Tengok pandangan atas je dulu

Lebih kurang saiz ini je durian yang dijual

Setelah dibuka, rupa-rupanya setiap biji buah durian ni ada macam-macam rasa yang berbeza. Ada yang manis, ada yang kurang manis, ada yang tawar. Boleh la kan, nak melepaskan rasa teringin sangat nak makan durian ni. Nak puas-puas kena balik kampung, makan dekat dusun kan..Lagi best! :-)


Kawan-kawan suka makan buah apa? Share la. Kalau-kalau tahu ada tempat yang jual lagi best, boleh la roger Blurpl3.




Jom makan durian, Blurpl3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...