Agak lama tidak meng'update' blog. Kesuntukan masa melibatkan hal-hal lain. Kalut serba-serbi. Alahai...
Tapi Blurpl3 masih juga nak berkongsi isu penggunaan walker ni. Berdasarkan pengalaman Blurpl3 sendiri, banyak juga orang asyik bertanyakan..
"Dah bagi baby naik walker ke?", " Kalau bagi baby guna walker, lagi senang", "Tak yah susah-susah pun jaga baby ni, masuk je dalam walker, senang cerita", "Bagi la baby masuk walker, biar dia belajar berjalan".
Blurpl3 sendiri rasa keliru, perlu ke sebenarnya guna walker ni untuk baby yang baru nak belajar. Patut ke beli? Pendapat mana yang betul ni?
Ermm.. sejak dari situ la Blurpl3 mula search dan google info walker ni..
Alhamdulillah, terjumpa dengan blog doktorbudak.com. Dan yang penting, pendapat-pendapat yang diberikan adalah daripada pakar kanak-kanak dan para doktor yang bukan sembarangan. So, boleh dipercayai la jawabnya,...
Jom, sama-sama kita ikuti artikel 'Penggunaan walker untuk bayi' :)
**********
Q:
Hi doktor, saya nak bertanya apa pendapat doktor tentang penggunaan ‘walker’
untuk bayi yang belum berjalan (umur kurang setahun)? (Sheem.md)
Doc, can you explain why walker is
not encouraged? I don’t quite see what harm it can do to babies if they are
supervised. (Nad)
A: Hi
Sheem dan Nad,
Terima kasih di atas soalan kalian.
Ramai ibu bapa yang bertanyakan soalan ini kerana ‘walker’ dilihat sebagai
salah satu cara yang dapat membantu bayi belajar berjalan . Ada juga komen dari
ibu bapa yang mengatakan penggunaan ‘walker’ memudahkan penjagaan bayi kerana
bayi menjadi seronok di dalam walker dan kurang meragam malah ada yang
berpendapat mereka lebih mudah diawasi.
Sebenarnya penggunaan ‘walker’
tidak digalakkan untuk bayi. Di Canada, ‘walker’ telah pun diharamkan
penjualannya. Di Amerika Syarikat, American Academy of Paediatrics (AAP) telah berkali-kali menyatakan pendiriannya yang tidak bersetuju
dengan penggunaan ‘walker’ malah menggesa agar penjualannya dihentikan.
Mengapa ?
Salah satu daripada sebabnya adalah
ia tidak membantu bayi untuk berjalan dengan lebih cepat malah ia mengganggu
dan melambatkan proses belajar berjalan. Ramai yang menyangka dengan penggunaan
‘walker’, otot kaki akan menjadi lebih kuat dan seterusnya membantu bayi
berjalan lebih cepat. Akan tetapi, sangkaan ini sebenarnya tidak benar.
Apabila bayi berada dalam ‘walker’, otot kaki yang dikuatkan adalah otot kaki
bawah tetapi ia melemahkan otot belakang pinggul dan peha yang penting dalam
proses belajar berjalan. Walaupun , bayi yang menggunakan ‘walker’ juga boleh
berjalan tetapi disebabkan otot pinggul dan peha yang tidak kuat, masalah
koordinasi boleh berlaku dan menyebabkan bayi tersebut lebih cenderung untuk
jatuh.
Malah, dalam satu artikel yang
disiarkan dalam ‘Journal Development & Behavioural Paediatrics’ pada
tahun 1999, kajian menunjukkan bahawa bayi yang menggunakan ‘walker’ merangkak
dan berjalan lebih lewat daripada yang tidak menggunakan ‘walker’. Selain
itu, kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan ‘walker’ melambatkan
perkembangan intelek dan psikologi kanak-kanak kerana ia mengganggu proses
perkembangan semulajadi bayi.
Mengapakah AAP sangat tegas membantah
penggunaan ‘walker’?
Selain dari sebab yang telah saya
sebutkan, banyak kemalangan rumah dilaporkan berlaku apabila kanak-kanak
dibiarkan dalam ‘walker’. Ini termasuk kecederaan kepala yang serius
akibat terjatuh dari tangga. Bayi yang berada dalam ‘walker’ bergerak dalam
kelajuan 3 kaki per saat. Ini jauh lebih laju daripada bayi yang dibiarkan
bergerak sendiri. Selain daripada itu , terdapat banyak juga laporan kecedaraan
pada jari kaki yang tersepit dengan roda ‘walker’.
Kesimpulannya, penggunaan ‘walker’
tidak memberi manfaat kepada bayi. Diharapkan Sheem dan Nad dapat berkongsi
maklumat ini dengan ahli keluarga atau kawan-kawan yang merancang untuk
menggunakan ‘walker’ untuk anak-anak mereka.
Sekiranya ada yang tetap mahukan
‘walker’ untuk kemudahan penjagaan bayi, alternatif terbaik adalah untuk
menggunakan ‘walker tidak beroda’ atau lebih dikenali sebagai ‘stationary
activity center’.
stationary activity centre.
(answered by Dr Zahilah Filzah
Zulkifli )
***********
Sumber : sini
So, macam mana? Berpuas hati? Bagi Blurpl3, alhamdulillah... dah terjawab isu ini untuk Blurpl3. Setiap orang ada pendapat masing-masing dan mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Untuk setiap ibu bapa, tepuk dada tanyalah iman. hehe..
Sekian.
Blurpl3
2 comments:
As Salam Blurpl3's....hehhe what a nice blog i've been visit....hehhe best2...Umi Qi dh baca entry ttg walker...btol tuh semua ikut pendapat masing2...
But pendapat Umi Qi...yg baru ada anak nama Qi baru setahun 6 hari ini, masa dia umur 5-8 bulan guna walker dan movement utk berjalan sendiri 2 minggu awal sebelum cecah umur setahun, so pendapat umi Qi...walker bukan lah penyumbang utama kepada rendahnya perkembangan anak2, malah ia boleh buat anak2 kita belajar berdikari utk tegakkan badan dan kuatkan kaki...tp awas, senantiasa duduk bersamanya ketika baby dlm walker ye...itu penting
umi Qi dh follow...keep in touch ye
UMI QI: waalaikumussalam... maaf ya lambat reply komen.. terima kasih sudi visit, banyak yang nak ditulis sebenarnya cuma tak tertulis. hehe..
berul tu, setiap individu ada pendapat masing2, yang penting keselamatan baby menjadi keutamaan kan..
take care, do keep in touch :)
Post a Comment