Assalamualaikum wbt
Selamat menjalani ibadah puasa untuk semua. Macam mana Ramadhan kali ni? Masak-masak di rumah ke atau membeli di Bazar Ramadhan je?hehe..
Apapun, yang penting kita bersederhana saja. Jangan membazir kerana membazir amalan syaitan.
Ketika berbuka puasa pun, jangan makan berlebihan, nantidah tak larat nak bangun.. tak dapat bersolat terawih pula kan. Makan sekadar perlu saja.. dan jangan ikut nafsu.
Ketika berbuka puasa pun, jangan makan berlebihan, nantidah tak larat nak bangun.. tak dapat bersolat terawih pula kan. Makan sekadar perlu saja.. dan jangan ikut nafsu.
Berikut, Blurpl3 share info antara Bazar Ramadhan yang boleh dikunjungi untuk membeli juadah berbuka. Pilihlah yang mana berkenan dihati :)
1) Stadium Shah Alam
Kelebihan: Terbesar di Selangor.
Makanan
Terkenal: Papa John Kambing, Ayam Golek, Nasi
Khabsa, Jus Mango "Oshin", Kebab Cucuk dan Kambing Golek
2) SS18, Subang Jaya
Kelebihan: Mula 3 petang, boleh beli awal untuk mengelakkan kesesakan
jalan raya dan masalah tempat letak kereta.
Makanan
Terkenal: Ayam Golek dan Kambing Golek Grill
3) Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR)
Kelebihan: Di tengah-tengah KL. Air murah harganya.
Makanan
Terkenal: Cendol dan Air Mata Kuching (RM2
sahaja)
4) Kampung Baru
Kelebihan: Bubur Lambuk percuma di masjid. Terdapat kira-kira 150
gerai.
Makanan
Terkenal: Bubur Lambuk, Roti John, Putu
Bamboo dan Air Tebu.
5) Taman Melawati
Kelebihan: Peluang untuk berjumpa dengan artis tempatan yang suka
membuka gerai di sini.
Makanan
Terkenal: Ikan Bakar, Roti Boom, Dim Sum, Air
Kelapa dah Kuih-Muih.
6) Pantai Dalam
Kelebihan: Dekat stesen LRT "University".
Makanan
Terkenal: Roti Jala, Kuih Cara, Ayam Percik
dan Air Keladi.
7) Kelana Jaya
Kelebihan: Terletak di seberang Mini Market Giant di Jalan SS6/1,
Kelana Jaya.
Makanan
Terkenal: Nasi Kukus, Air Kelapa dan Tebu
tanpa tambahan, Nasi Goreng dan Sotong Bakar.
8) Taman Tun Dr Ismail (TTDI)
Kelebihan: Perniagaan bermula awal untuk menarik pelanggan dari semua
kaum dan agama. Bagi yang tidak berpuasa boleh dapatkan makanan tengah hari dan
minum petang di sini. Sesuai untuk penghuni di Damansara dan Bandar Utama sebab
bazaar ini terletak di Jalan Tun Mohd Fuad 3.
Makanan
Terkenal: Tepung Pelita, Nasi Tomato dengan
Ayam Masak Merah dan Popiah.
9) Bangsar
Kelebihan: Di depan Masjid Bangsar dan Food Court.
Makanan
Terkenal: Ikan Bakar Portugis, Raja Murtabak,
Rojak, Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Ayam Percik, Rojala.
10) Bandar Baru Bangi
Kelebihan: Jauh daripada bandar KL di Seksyen 16 Bandar Baru Bangi.
Makanan
Terkenal: Ayam Golek, Nasi Ambang, Nasi Lemak
Kukus dan Burger Bakar.
Selamat mencuba!
See you then, Blurpl3
4 comments:
besnyaaa. sy suka g pasar ramadan tp sedeh taun ni skali pn xdpt pegi sbb asben suh msk T_T
NORHAZRINA ABDUL HAMID: takpe..masak dan air tangan isteri lebih berkat , in shaa Allah :) saya pun suka jugak ke pasar Ramadhan tapi tahun ni tak dpt la nak sebab nun kejauhan di perantauan. huhuhu... masak juga la kita :)
rindu pulak nak gi bazaar ramadhan.. semoga kita masih sempat dipertemukan ramadhan seterusnya..
ZILA ZAINAL: in shaa Allah, mudah-mudahan begitulah hendaknya.. rindu masakan Malaysia! Oh!:)
Post a Comment