BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Friday, 2 November 2012

>> Rewind : Kelas Antenatal ... part 1#


Assalamualaikum dan apa khabar semua kawan-kawan. Semoga sentiasa sihat hendaknya ya. Pejam celik - pejam celik, kini Mrs Purpl3 dah berada dalam trimester 3 iaitu 34 weeks. Few weeks to go to be a mommy. (excited bercampur nervous. hehehe...)

Kali ni, Blurpl3 nak share info tentang Kelas Antenatal yang pertama Mrs Purpl3 pernah hadiri sewaktu berada dalam minggu ke 29. Kelas Antenatal ini disediakan oleh Unit Fisioterapi, Jabatan Rehabiliti, Hospital Serdang. Tiada yuran kemasukan dikenakan. Free of charge. Kelas ini diadakan pada setiap hari Khamis selama 2 jam. Boleh call bahagian O&G untuk booking tarikh kelas.

Bagi pendapat Mrs Purpl3, semua bakal ibu yang first timer patut pergi ke Kelas Antenatal ni. Macam-macam info boleh diperolehi. Nak harapkan baca buku, macam tak sempat je kan.. Lagipun, pencemarah yang mengendalikan kelas ni pun peramah dan open minded. Senang nak tanya apapun.. tak perlu segan-segan pun =)

Berikut merupakan antara input-input yang boleh dikongsi untuk kebaikan bersama ... 

Antara faedah program :-

1) Memberi maklumat dan pengetahuan mengenai proses kehamilan dan melahirkan anak

2) Menyediakan wanita dari segi fizikal dan emosi semasa peringkat kehamilan, melahirkan anak dan selepas melahirkan anak

3) Dapat bertukar maklumat dan pengalaman diantara peserta semasa menghadiri program ini

Kandungan program :-
  • Memberi kefahaman mengenai proses kehamilan dan melahirkan anak
  • Memberi pengetahuan mengenai postur tubuh, senaman pernafasan dan senaman fizikal yang khusus
  • Menyediakan wanita peringkat selepas melahirkan anak


 A) Postur semasa berdiri

- Berdiri dengan kaki terbuka sedikit
- Lutut tegak
- Berat badan jatuh samarata di antara dua kaki
- Tegangkan otot-otot abdomen (perut) dan punggung
- 'Buka' dada dan bahu rehat
- Leher dan kepala tegak



B) Postur berjalan

- Mulakan dengan postur berdiri yang betul
- Cara berjalan: hayunan kaki ke hadapan dari sendi pinggul dan lutut
- Letak tapak kaki dengan tetap dan tegak




C) Postur duduk yang betul

- Duduk rapat dengan tempat bersandar
- Punggung rapat kebahagian belakang kerusi
- Keseluruhan bahagian paha disokong dengan tempat duduk/kusyen


atau 



D) Posisi tidur


atau



E) Senaman Pernafasan

Faedah: -

i) Memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk ibu dan bayi yang dikandung

ii) Membantu untuk mendapatkan kerehatan yang optimum dengan kombinasi senaman pernafasan dalam posisi yang bersesuaian

iii) Membantu bakal ibu supaya mahir dengan senaman pernafasan yang akan digunakan semasa proses melahirkan anak

F) Senaman

Faedah:-

i) Mengelokkan perjalanan darah keseluruh anggota badan

ii) Mengekal atau menambah kekuatan otot-otot yang terlibat dalam proses kehamilan

iii) Mengatasi sesetengah masalah yang dihadapi semasa peringkat kehamilan seperti rasa mengantuk, malas dan juga sakit pinggang.










Nasihat mengenai senaman:

- Lakukan senaman secara tetap
- Pilih satu kedudukan/posisi asas pada satu masa
- Sesi pendek tetapi kerap
- Senaman meliputi komponen berikut iaitu senaman pernafasan, relaksasi, postur, senaman lantai pelvik, senaman khusus
- Senaman boleh dimulakan semasa kehamilan berusia 4 bulan (16 minggu)


Setakat ini dahulu info tentang kelas antenatal untuk ibu-ibu yang preggy. Selamat mencuba!


# to be continue in the next part 


Jom bersenam, Blurpl3




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...