BlurpL3 FOLLOWERS

Monday, 16 September 2013

>> Resepi : Aiskrim Oreo Ala McD

Assalamualaikum wbt.

Suka makan aiskrim tak? Haaa.. kalau suka, Blurpl3 nak share resepi aiskrim oreo ala McD. hehe..
Blurpl3 sangat suka makan aiskrim.
Kalau boleh hari-hari nak makan aiskrim.

Apabila jumpa resepi mudah ni, Blurpl3 terus je cuba. Alhamdulillah menjadi. Tepuk tangan kuat-kuat.

Nanti dah pandai buat sendiri, dah tak payah beli. Boleh lah berjimat kan.. hehe
Boleh makan hari-hari lagi sampailah jemu.. Senyum lebar-lebar :-)

Resepi: AISKRIM OREO ALA McD
Sumber: Kak Nana

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan freshmilk (tak kisah jenama apa)
1/2 tin susu pekat manis
2 sudu besar ovalete (yang halal je tau)
Biskut oreo (asingkan filling dalamnya & pecah-pecahkan biskut tu)
2 sudu kecil perasa vanila

Cara-cara:

1) Blendkan kesemua bahan-bahan seperti freshmilk, susu pekat manis, ovalete, perasa vanila hingga sebati
2) Masukkan oreo dan blend sekejap saja (jangan terlalu hancur)
3) Tuangkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk beku

p/s: Boleh gantikan oreo dengan perisa yang lain. Ikut kesukaan masing-masing.


 Inilah bahan-bahannya. Mudah je..


Tadaa..! Inilah aiskrim yang dah siap. Jemput makan ya!


Mudah je kan? Sedap hingga menjilat sudu. hahaha ;p


Jemput-jemputlah singgah dan cuba resepi lain daripada Blurpl3. Mudah-mudah belaka tau ! :)



A must-try recipe, Blurpl3

Thursday, 5 September 2013

>> FYI : Penggunaan ‘Walker’ untuk bayi / Should my baby use a walker ?

Assalamualaikum wbt.

Agak lama tidak meng'update' blog. Kesuntukan masa melibatkan hal-hal lain. Kalut serba-serbi. Alahai...

Tapi Blurpl3 masih juga nak berkongsi isu penggunaan walker ni. Berdasarkan pengalaman Blurpl3 sendiri, banyak juga orang asyik bertanyakan..

"Dah bagi baby naik walker ke?", " Kalau bagi baby guna walker, lagi senang", "Tak yah susah-susah pun jaga baby ni, masuk je dalam walker, senang cerita", "Bagi la baby masuk walker,  biar dia belajar berjalan".


Blurpl3 sendiri rasa keliru, perlu ke sebenarnya guna walker ni untuk baby yang baru nak belajar. Patut ke beli? Pendapat mana yang betul ni?

Ermm.. sejak dari situ la Blurpl3 mula search dan google info walker ni..

Alhamdulillah, terjumpa dengan blog doktorbudak.com. Dan yang penting, pendapat-pendapat yang diberikan adalah daripada pakar kanak-kanak dan para doktor yang bukan sembarangan. So, boleh dipercayai la jawabnya,...

Jom, sama-sama kita ikuti artikel 'Penggunaan walker untuk bayi' :)

**********



Q: Hi doktor, saya nak bertanya apa pendapat doktor tentang penggunaan ‘walker’ untuk bayi yang belum berjalan (umur kurang setahun)? (Sheem.md)

Doc, can you explain why walker is not encouraged? I don’t quite see what harm it can do to babies if they are supervised. (Nad)

A: Hi Sheem dan Nad,

Terima kasih di atas soalan kalian. Ramai ibu bapa yang bertanyakan soalan ini kerana ‘walker’ dilihat sebagai salah satu cara yang dapat membantu bayi belajar berjalan . Ada juga komen dari ibu bapa yang mengatakan penggunaan ‘walker’ memudahkan penjagaan bayi kerana bayi menjadi seronok di dalam walker dan kurang meragam malah ada yang berpendapat mereka lebih mudah diawasi.
Sebenarnya penggunaan  ‘walker’ tidak digalakkan untuk bayi. Di Canada, ‘walker’ telah pun diharamkan penjualannya. Di Amerika Syarikat, American Academy of Paediatrics (AAP) telah berkali-kali menyatakan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan penggunaan ‘walker’ malah menggesa agar penjualannya dihentikan.

Mengapa ?

Salah satu daripada sebabnya adalah ia tidak membantu bayi untuk berjalan dengan lebih cepat malah ia mengganggu dan melambatkan proses belajar berjalan. Ramai yang menyangka dengan penggunaan ‘walker’, otot kaki akan menjadi lebih kuat dan seterusnya membantu bayi berjalan lebih cepat. Akan tetapi, sangkaan ini sebenarnya tidak benar.  Apabila bayi berada dalam ‘walker’, otot kaki yang dikuatkan adalah otot kaki bawah tetapi ia melemahkan otot belakang pinggul dan peha yang penting dalam proses belajar berjalan. Walaupun , bayi yang menggunakan ‘walker’ juga boleh berjalan tetapi disebabkan otot pinggul dan peha yang tidak kuat, masalah koordinasi boleh berlaku dan menyebabkan bayi tersebut lebih cenderung untuk jatuh.

Malah, dalam satu artikel yang disiarkan dalam ‘Journal Development & Behavioural Paediatrics’  pada tahun 1999, kajian menunjukkan bahawa bayi yang menggunakan ‘walker’ merangkak dan berjalan lebih lewat daripada yang tidak menggunakan ‘walker’. Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan ‘walker’ melambatkan perkembangan intelek dan psikologi kanak-kanak kerana ia mengganggu proses perkembangan semulajadi bayi.

Mengapakah AAP sangat tegas membantah penggunaan ‘walker’?

Selain dari sebab yang telah saya sebutkan, banyak kemalangan rumah dilaporkan berlaku apabila kanak-kanak dibiarkan dalam ‘walker’. Ini termasuk kecederaan kepala yang serius akibat terjatuh dari tangga. Bayi yang berada dalam ‘walker’ bergerak dalam kelajuan 3 kaki per saat. Ini jauh lebih laju daripada bayi yang dibiarkan bergerak sendiri. Selain daripada itu , terdapat banyak juga laporan kecedaraan pada jari kaki yang tersepit dengan roda ‘walker’.

Kesimpulannya, penggunaan ‘walker’ tidak memberi manfaat kepada bayi. Diharapkan Sheem dan Nad dapat berkongsi maklumat ini dengan ahli keluarga atau kawan-kawan yang merancang untuk menggunakan ‘walker’ untuk anak-anak mereka.

Sekiranya ada yang tetap mahukan ‘walker’ untuk kemudahan penjagaan bayi, alternatif terbaik adalah untuk menggunakan ‘walker tidak beroda’ atau lebih dikenali sebagai  ‘stationary activity center’.
stationary activity centre.

(answered by Dr Zahilah Filzah Zulkifli )


***********


Sumber : sini

 So, macam mana? Berpuas hati? Bagi Blurpl3, alhamdulillah... dah terjawab isu ini untuk Blurpl3. Setiap orang ada pendapat masing-masing dan mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Untuk setiap ibu bapa, tepuk dada tanyalah iman. hehe..

Sekian.

Blurpl3

Wednesday, 4 September 2013

>> Wordless : 7 Perkataan Mulia

Assalamualaikum wbt.

Jom kita amalkan bersama :)



Sharing is caring! Blurpl3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...