BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 25 April 2012

>> In-out : 2 months



Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi..hari ni genap 2 bulan our wedding anniversary. Semoga kekal bahagia sampai ke syurga...

Thanks abang, who always be by my side. I love you so much =)


love and to be loved, BlurpL3

Monday 23 April 2012

>> In-out : Terbaru..Terkejut



Assalamualaikum semua kawan-kawan blogger. Harap-harap semuanya sihat walafiat ye =)

Agak terkejut juga BlurpL3 apabila buka blog ni. Semua features dah lain. hehehe... Al-maklumlah, nampak sangat dah lama tak update blog kan. hehehehe...

Bukannya menyepi cuma keadaan tak mengizinkan disebabkan workload yang makin bertambah dan tak pernah habis, dan juga keadaan kesihatan yang tak menentu sejak akhir-akhir ni. Terlalu banyak yang ingin diupdate sampai tak tahu nak start yang mana dulu. InsyaAllah, akan diupdatekan sedaya mungkin =)

Salam ceria buat semua, BlurpL3.

Tuesday 10 April 2012

>> FYI : Oh Tudung Labuh


Assalamualaikum & salam ceria untuk semua. Apa khabar hari ni? Kali ni Blurple nak share artikel tentang tudung. Jom baca sama-sama =)

***

Tudung. Tudung. Tudung.
Ya, bermacam-macam rupa yang boleh kita lihat sekarang kerana semuanya mahu mengikut peredaran fesyen semasa.
Ada yang belitnya dari kiri ke kanan, ke atas ke bawah, disilangnya ke sana, ke mari. Cantik! Namun kebanyakannya tidak mengikut syariat.
Saya dahulu salah seorang dari yang gemarkan fesyen-fesyen lilit-lilit pusing-pusing itu semua. Perempuan mana yang tak mahu kelihatan cantik menarik!
Tambah lagi apabila pengalaman hidup yang saya lalui, berhadapan dengan orang tudung labuh yang berperangai sama macam yang bertudung tak mengikut syariat. Ada yang lebih teruk! Jadi? Kesimpulan awal saya ialah "Ahhh sama je orang tudung biasa dengan tudung labuh. Baik pakai macam biasa, macam kebanyakan orang lain pakai. Nanti bertudung labuh, tak boleh nak gila-gila!"
Namun jauh di sudut hati, ada satu rasa yang bergetar – ada sesuatu yang menarik tentang tudung labuh.
Allah sayang saya. Amat sayang.
Hampir setiap hari dalam hidup, Allah temukan saya dengan artikel-artikel tentang erti sebenar tudung.  Saya mula perlahan-lahan, dari tudung yang berbagai fesyen itu, saya tutupkan dada. Masih dengan tudung biasa! Dalam hati, "OK, cukup dah ni". Namun masih sentiasa bermohon pada Allah supaya dilimpahi hidayah-Nya.
Allah masing sayang saya, terlalu sayang.
Allah bukakan mata saya, untuk melihat betapa indahnya, betapa selamatnya bertudung labuh. Allah kenalkan saya dengan insan-insan bertudung labuh, yang masih lagi gila-gila, namun terbatas pergaulan mereka, yang terjaga tatasusila.
Saya seorang yang cerewet, tidak suka pada telekung-telekung di mall yang berbau, berdaki. Allah tunjuk pada saya, apabila bertudung labuh, lebih mudah, lebih selesa untuk saya solat, kerana aurat saya sudah terjaga! Tidak perlu lagi telekung-telekung berbau berdaki itu semua.
Saya seorang yang akan hilang rasa hormat pada lelaki-lelaki yang bersiul-siul pada perempuan di tepi-tepi jalan, yang lalu di hadapan mereka. Sangat tidak hormat! Tetapi Allah tunjuk pada saya, apabila bertudung labuh, lelaki-lelaki itu tidak berani buat begitu.
Saya nekad. Dengan hanya dua helai tudung berbidang 60" yang mampu saya beli, saya sarungkan. Terasa betapa Allah sayang saya. Saya rasa sangat selamat dalam dakapan tudung labuh, yang satu masa dulu saya pandang hanya sebelah mata.
Saya sekarang bertudung labuh, tetapi masih gila-gila! Bertudung labuh bukan bererti saya alim. Saya juga masih tercari-cari cahaya. Tetapi tudung labuh itu membantu saya, dalam gila-gila, saya ingat untuk menjaga batas-batas, tatasusila. Yang mendekatkan saya pada cahaya, bukan gelita. Saya malu untuk buat perkara sia-sia, malu jika saya dipandang manusia lain sepertimana saya memandang perempuan bertudung labuh yang "perangai tak serupa tudung" suatu masa dulu.
Tudung labuh itu bukan tanda seseorang itu alim, tetapi itu pelindungnya dari perkara-perkara yang tidak baik. Moga dari kerana tudung, hati saya juga terjaga, akhlak saya dipelihara, akidah saya makin teguh pada-Nya.
Moga saya istiqamah! Moga akhlak saya seindah tudung saya! Amin Ya Rabb!




***
sumber: sini 




Indahnya hidup bersyariat, Blurple

Monday 9 April 2012

>> FYI : Kuasa Cinta



Rasulullah SAW bersabda : "Cintailah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan dicintai oleh makhluk yang berada di langit " (Riwayat Tabrani)

Cinta Menyintai Atas Keimanan dan Ketaqwaan
Rasulullah SAW bersabda:Kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mereka berkata : "Kami semua pengasih" Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya bukanlah mengasihi seorang sahabatnya sahaja, akan tetapi membawa rahmat kepada manusia, mengasihi semua manusia". (Riwayat Tabrani)
"Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya nampak sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekali gus memberi kesan kepada tindakan. Sungguh, cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Cinta mampu melembutkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat hamba menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta!" (Jalaluddin Rumi).
Cinta Yang Terutama
Alangkah indahnya Islam! Di dalamnya ada syariat yang mengatur bagaimana seharusnya manusia mengelola perasaan cintanya, sehingga menghasilkan cinta yang lebih dalam, lebih murni, dan lebih abadi.Islam mengajarkan bahawa seluruh kuasa cinta manusia harus dipupuk menuju pada Allah Yang Maha Pencipta, sehingga cinta kepada-Nya jauh melebihi cinta pada sesama makhluk. Justeru, cinta pada sesama makhluk dicurahkan semata-mata karena mencintai-Nya.

Asasnya adalah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 165, 'Dan di antara manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah untuk dicintainya; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Sedangkan orang-orang yang beriman amat dalam(taat) cintanya kepada Allah.'
Islam mengajar manusia tentang pengurusan cinta, iaitu bagaimana manusia seharusnya menyusun skala prioriti cintanya. Urutan tertinggi perasaan cinta adalah kepada Allah SWT, kemudian kepada Rasul-Nya . Cinta pada sesama makhluk diuruskan sesuai dengan firman-Nya iaitu kedua orang ibu-bapa, kaum kerabat , anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, rakan sekerja, ibnu sabil dan hamba sahaya. Sedangkan harta, tempat tinggal, dan kekuasaan juga mendapat posisi untuk dicintai pada tempat yang lebih rendah . Maha Suci Allah, Allah Maha Hebat!
Perasaan cinta adalah abstrak. Namun perasaan cinta mampu diwujudkan dengan tindakan yang nampak oleh mata.
Di antara tanda-tanda cinta seseorang kepada Allah SWT adalah memperbanyakkan bermunajat, mendirikan solat sunnah,membaca al-Quran dan berzikir kerena dia ingin selalu bersama dan mencurahkan semua perasaan hanya kepada-Nya. Apabila Sang Khaliq memanggilnya melalui suara azan maka dia bersegera menuju ke tempat solat untuk berjumpa dengan-Nya. Bahkan bila malam tiba, dia ikhlas bangun tidur untuk berduaan (berkhalwat) dengan Tuhan kekasihnya melalui solat tahajjud. Betapa indahnya jalinan cinta itu!
Ini dapat dilihat daripada kata-kata di bawah:

"Seseorang tidak akan memiliki kebaikan, meraih kemenangan, merasakan kenikmatan dan kesenangan hakiki kecuali mengesakan cintanya kepada Allah SWT semata, dan Allah lebih dicintainya daripada yang lainnya" ( Ibnu Qayyim al-Jauziah)

Cinta Allah Cinta Rasululllah
Yakinlah wahai saudaraku, kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih sayang dan cinta Allah kepada hambanya yang beriman. Kesusahan yang diberi Allah adalah tarbiyah terhadap ruhiyah kita daripada Allah SWT, agar kita sedar bahwa kita sebagai makhluk adalah bersifat lemah, kita tidak mampu berbuat apa-apa pun kecuali atas izin-Nya. Akhirnya tinggal bagi kita membuktikan, dan berjuang bersungguh-sungguh untuk memperlihatkan cinta kita pada Allah, agar kita terhindar daripada cinta palsu.Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan hambanya yang betul-betul berkorban untuk-Nya.
Untuk membuktikan cinta kita pada Allah, ada beberapa perkara yang perlu kita persiapkan iaitu iman yang kuat, ikhlas dalam beramal, berusaha bersungguh sungguh untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunah, seperti qiyamullail, puasa sunnah, membaca al-Quran dan menuntut ilmu. Buah daripada ibadah yang kita lakukan pada Allah, dengan keistiqamahan mengamalkannya dalam setiap hembusan nafas dan langkah hidup ini, Insta-Allah kita akan dapat menggapai cinta dan keredhaan-Nya.Cinta dan kasih sayang membawa kepada kebahagiaan. Isteri menyayangi suami, ibu bapa menyayangi anak-anak, anak-anak menyayangi ibu bapa, jiran-jiran menyayangi jirannya, maka hasilnya masyarakat akan hidup dengan berkasih sayang dan dunia pun akan aman dan damai.
Cinta Terulung
Sungguh merugikan apabila manusia hanya diletihkan oleh cinta dunia, mengejar cinta makhluk, memburu harta dengan segala cara, dan tidak mahu membantu orang yang memerlukan pertolongan. Sedangkan nasib di akhirat nanti adalah ditentukan oleh amalannya ketika hidup di dunia, Bersungguh-sungguh mencintai Allah, atau terlena oleh dunia yang fana ini. Hanya orang yang bertakwa sahaja yang mampu membuktikan cintanya yang sejati kepada Allah SWT.
Kata-kata yang tepat untuk itu seperti di bawah:

'Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.' {Imam Nawawi)

Faktor kuasa cinta adalah KOMUNIKASI. Tidak ada lain lagi selain komunikasilah yang menentukan turun naiknya kuasa cinta. Bacalah betapa hebatnya komunikasi yang dikatakan faktor kuasa cinta di sini. Kerana itu orang yang sentiasa berkomunikasi akan lebih mesra, akan terlahirnya cinta. Allah menjadikan perasaan cinta sesama manusia agar manusia memahami cinta dan faktor kuasa cinta. Apabila manusia memahaminya, maka sudah pasti manusia akan lebih mudah untuk bercinta dengan Pemiliknya iaitu Allah.
Komunikasilah sentiasa dengan Allah kerana komunikasi merupakan faktor kuasa cinta. Lebih banyak komunikasi, lebih hangat cinta kepada Allah. Lebih hebat cinta kepada Allah. Lebih mendalam cinta kepada Allah. Dengan komunikasi, jiwa lebih tenteram kerana cinta tidak dihalang. Komunikasi dengan Allah lebih menenangkan jiwa kerana segala masalah dikongsi dan diluahkan kepada Yang Tersayang iaitu Allah.
Ingatlah bahawa TIDAK ADA SELAIN ALLAH YANG DAPAT MEMBAHAGIAKAN DIRI KITA. Komunikasilah sentiasa dengan Allah kerana segala-galanya tidak akan berlaku tanpa izin Allah. Komunikasilah dengan Allah apa saja yang difikirkan, dilihat, didengar dan dilakukan. Sentiasa Ingat dan Sebut Nama Allah.
Sumber : sini 

Friday 6 April 2012

>> Rewind : Special Nikah Playback from OV



Assalamualaikum dan salam Jumaat yang indah untuk semua :-) Apa khabar? Moga sentiasa dalam rahmatNya..insyaAllah. Hari ni, BlurpL3 nak share Special Nikah Playback daripada Official Videographer, Wira Visuals. BlurpL3 pilih Wira Visuals sebagai OV sebab berkenan sangat dengan hasil kerja beliau, kreatif kan? Beliau juga punctual & professional Ermm, takde nak tulis panjang-panjang dah..tengok je ye..hehehe =)

have a look ya!




p/s: Thanks En. Wira, happy & enjoy dealing with you, a happy-go-lucky person. En. Wira ni asyik buat lawak je sepanjang proses video recording..hehe


Dah berulang kali tengok video ni, BlurpL3

Thursday 5 April 2012

>> FYI : Cantik Semulajadi Tanpa Solekan



Assalamualaikum apa khabar semua kawan-kawan? blurpL3 ada terbaca suatu artikel menarik kat sini tentang kecantikan wanita.  Jom, kita sama-sama baca ye..
***                                                                                                                                                                                                     
Pernahkah anda melihat keadaan seorang wanita yang biasa bersolek dengan make-up tebal, ketika dia tidak berkesempatan untuk bermekap sama sekali? Atau mungkin ketika dia sedang bersantai bersendirian tanpa mengenakan sebarang solekan, seperti ketika tampil di khalayak ramai?
Bagaimanakah perbezaan wajah diantara dua keadaan itu? Adakah terlalu banyak perbezaan seolah – olah kita sedang menatap dua wajah orang yang berbeza. Bukan menatap wajah orang yang sama, tetapi dua orang yang berbeza.
Wajah yang penuh dengan solekan memang akan menampilkan kesan yang ketara sehingga tidak nampak lagi wajahnya yang asli. Bibir yang merah merona, warna mata yang berwarna – warni, dibaluti lipstik tebal sungguh mengganggu penglihatan.  Pipi yang digebu dioles pelbagai warna seperti pelangi.
Tetapi disaat dia tidak berpeluang memakai makeup, sungguh sangat jauh perbezaannya rupa wajahnya, kelihatan pucat dan tidak berseri. Alisnya tidak menyerlah, kelihatan tiada kerana selama ini hanya lukisan pensil sahaja dan sangat jauh bezanya daripada penampilannya yang sebelum ini. Tiada sedikit pun wajah cerah dan berseri – seri pada raut wajahnya. Ia sungguh berbeza. Apa yang ada cuma wajah yang kusam, pucat dan tidak menarik dilihat.
Matanya tidak lagi kelap kelip seperti neon kota. Akan tetapi disebalik kerdipan matanya, yang terserlah mungkin hanya kerdipan sepasang mata persis kerdipan mata pungguk dari celahan dahan. Malah mungkin tiada seri pada kerdipan seperti kerdipan neon kota melainkan gurun pasir yang gersang. Anak – anak mungkin lari ketakutan melihat wajah kakak atau ibunya yang menyeramkan.
Sebenarnya apa yang ingin diutarakan kali ini  adalah bahaya bahan kimia dan racun yang terdapat didalam bahan kosmetik itu sendiri.   Tentunya kesannya lebih buruk apabila wajah terpisah daripada solekan make-up. kulit menjadi rosak, putih tak putih, hitam tidak hitam. Kulitnya kebingungan mencari warna, lantaran banyaknya ubat yang menyumbat pori – porinya.
Bahan kimia itu memang menjanjikan kecantikan segera. Dalam waktu yang singkat, wajah kita akan menjadi sangat cerah. Wajah yang kusam dan tidak bermaya  akan segera berseri, menarik dan cantik. Kedutan ketuaan akan segera terhapus oleh solekan yang menyelimuti wajah. Demikian hebatnya kesan makeup. 
Apa yang lebih dahsyat adalah bahan kimia ini menjadi punca terjadinya kanser yang merosakkan sel – sel kulit. Kulit tidak lagi bercahaya seperti biasa, tidak lagi tegang dan kekal kendur tanpa boleh lagi dipulihkan.
Inilah babak baru yang menggelisahkan. Ketika bahan kosmetik menjadi igauan ngeri kerana kesan buruk yang dibawanya.Ketika ini ubat -ubatan tidak lagi mampu memulihkan, impian untuk menjadi cantik hanya tinggal mimpi.
Wajah yang asalnya sempurna dalam sederhana, kini bertukar menjadi wajah yang kita sendiri tidak sanggup untuk menatapnya. Itulah  harga yang perlu dibayar lantaran memburu kecantikan yang tidak berlandaskan aturan agama.
Kembalilah kepada kepada kecantikan semulajadi. Menjadi cantik tidak bererti kita perlu memilih risiko. Cantik adalah sihat tubuh badan dan sihat jiwa. Percayalah, kita akan kelihatan lebih cantik dengan kelakuan dan perangai yang cantik. Wajah yang dihiasi oleh cahaya keimanan, pasti akan menyerlah kecantikan semulajadi dan mampu meraih perhatian sesiapa sahaja.
Lebih utama lagi, biar sahaja kecantikan itu dapat meraih perhatian dan keredhaan Allah SWT, kerana perhatian Allah SWT lebih besar manfaatnya berbanding perhatian manusia.Mahu cantik tidak salah, tetapi biarlah bersederhana.
Pandanglah wajah anda baik – baik, dan tanyalah pada diri sendiri, adakah kita sudah bersedia untuk membuang semua kosmetik – kosmetik ini? Ini adalah sebahagian daripada cabaran hidup anda.  
Kita tidak perlu tampil berlebihan, tetapi harus menjaga kesederhanaan dalam setiap perkara. Tidak terlalu menonjol dan memukau sehingga membuat pemuda tidak berkelip. Yang kita perlu hanyalah wajah yang selau bersih. Wajah yang memancarkan kesederhaan, ketenangan dan kesabaran. Itu yang terbaik. :)
***                                                                                                                                            


Apa pendapat kalian? Setuju tak?


Sederhana + tenang + sabar, BlurpL3 

Tuesday 3 April 2012

>> FYI: Karier Wanita Dalam Fiqh al-Qaradhawi


Dr Yusuf al-Qaradhawi ditanya:"Apa hukum wanita bekerja? Iaitu bekerja di luar rumah sebagaimana lelaki? Bolehkah wanita berkerjaya? Bukankah kewajipan wanita berada di  dalam rumahnya?"

Syeikh al-Qaradhawi menjawab: Allah Memberi Tanggung Jawab Kepada Manusia dengan Kerja (Amal). Wanita adalah manusia sebagaimana lelaki. Lelaki sebahagian daripada wanita dan wanita sebahagian daripada lelaki.


Sebagaimana firman Allah SWT, "Sebahagian kamu adalah keturunan daripada  sebahagian yang lain." (Ali Imran: 195).             

Allah menciptakan manusia untuk bekerja, bahkan Dia ingin tahu siapa yang membuat kerja (amal) secara terbaik.


"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) " (Surah al-Mulk, ayat 2).


Keperluan Ummah dan Dunia Kepada Tenaga Wanita

Wanita sebagaimana lelaki dibebani untuk bekerja (amal). Dan kerja yang dilakukan dengan terbaik akan memperolehi hasil terbaik. Firman Allah SWT, "Rab (Tuhan) mereka memperkenankan (permohonan) mereka.

Allah berfirman):"Aku (Allah) tidak akan mempersiakan amalan orang yang beramal di kalangan kamu, baik lelaki mahupun perempuan; sebahagian kamu berasal daripada sebahagian yang lain."   

Wanita sebagaimana yang dikatakan selalu adalah sebahagian daripada komuniti manusia. Tidak boleh dibayangkan bagaimana Islam kehilangan sebahagian dari komunitinya (jika semua wanita tidak berkerja), lalu dinyatakan sebagai agama yang jumud dan stagnan ('down', terhenti, membosankan), yang hanya mengambil dari kehidupan tetapi tidak memberi kepada kehidupan, hanya mengkomsumsi (menjadi pengguna) akan tetapi tidak berproduksi (menjadi pengeluar).

Fiqh Prioriti: Mendidik Generasi Adalah Kerja Utama Wanita

Pekerjaan wanita yang pertama dan utama adalah mendidik para generasi. Allah SWT telah menyiapkan jiwa dan fizikal wanita untuk melakukan tugas ini. Kerana itu, sebaik-baiknya kita hendaklah tidak menyibukkan wanita dengan kesibukan lain, sehingga memalingkan wanita dari tugas mulia ini. Tidak seorang pun mampu menggantikan kedudukan wanita dalam tugas mulia ini. Di tangannyalah bergantung kehidupan umat manusia.

Moga rahmat Allah tercurah kepada al-Hafiz Ibrahim yang telah bersyair:I bu adalah madrasah (sekolah), jika engkau mempersiapkannya. Beerti engkau telah mempersiapkan bangsa yang hebat dan kuat.         
       
Pekerjaan utama tersebut ialah tugasnya menguruskan rumah tangga, membantu suaminya, membentuk keluarga bahagia yang tegak di atas kedamaian, kasih sayang dan rahmat. Disebutkan dalam ssatu riwayat bahawa pekerjaan terbaik wanita adalah menyiapkan keperluan suaminya untuk pergi berjihad.

Hukum Mengharuskan Wanita Keluar Berkerja. Huraian di atas tidak bermakna haram bagi wanita berkerja di luar rumah. Hukum haram hanya boleh ditetapkan dengan nas sahih dan jelas maknanya. Sebagaimana diketahui bahawa, setiap perkara adalah boleh hukumnya kecuali ada dalil yang mengharamkannya.              

Sumber: iluvislam.com


Sekadar berkongsi, Mrs PurpL3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...