BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 24 July 2014

>> In-out : Salam Perantauan 2014 Drpd Kami Sekeluarga

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua?

Hanya tinggal beberapa hari saja lagi umat Islam akan menyambut hari 'kemenangan' yang amat dinanti-nantikan. Betul-betul sudah menangkah kita?

Tepuk dada tanyalah iman.

Jawapannya ada dalam diri masing-masing :-)

Aidilfitri 1435H 2014. Tiada persiapan semeriah tahun lepas. Tiada ahli keluarga tersayang disisi. Tiada sanak saudara disekeliling. Tiada suasana meriah raya dirasai. Tiada baju raya baru. (Recycle baju tahun lepas...namun, syukur!)

Hanya ada famili kecil kami, sahabat seperjuang, sedikit juadah raya yang cuba disediakan semampu mungkin, dan juga ditemani timbunan kerja dan assignment serta examination. Mungkin begitulah lumrah hidup dan beraya diperantauan.

Kami redha!

Apabila melihat rakan seperjuangan balik beraya di Malaysia, terasa alangkah seronok dan bahagianya dapat bersama insan-insan tersayang di hari mulia. Mungkin inilah pengorbanan yang perlu dilakukan demi meneruskan 'perjuangan yang belum selesai'. Mungkin menjadi pengalaman berharga kami di sini untuk dikenang setelah pulang ke Malaysia nanti, In shaa Allah :)

Namun, jauh di sudut hati kecil ini rasa tak sabar dan rindunya untuk mendengar takbir di malam raya!

Rindu nak bersalaman dengan mama, abah, mak, ayah, adik-beradik, sanak-saudara dan sahabat handai.Sungguh. Hanya Allah yang tahu..

Pada kesempatan ni, Blurpl3 ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun maaf serta kekhilafan diri sepanjang menulis di blog picisan ni. 0-0 ya! :)




Last but not least, jangan lupa jom kita sama-sama doakan yang terbaik utk umat Islam di GAZA.

From Copenhagen with love,
Blurp3







Wednesday 16 July 2014

>> Review : Top 10 Bazar Ramadhan

Assalamualaikum wbt

Selamat  menjalani ibadah puasa untuk semua. Macam mana Ramadhan kali ni? Masak-masak di rumah ke atau membeli di Bazar Ramadhan je?hehe..

Apapun, yang penting kita bersederhana saja. Jangan membazir kerana membazir amalan syaitan.
Ketika berbuka puasa pun, jangan makan berlebihan, nantidah tak larat nak bangun.. tak dapat bersolat terawih pula kan. Makan sekadar perlu saja.. dan jangan ikut nafsu.

Berikut, Blurpl3 share info antara Bazar Ramadhan yang boleh dikunjungi untuk membeli juadah berbuka. Pilihlah yang mana berkenan dihati :)


1) Stadium Shah Alam


Kelebihan: Terbesar di Selangor.
Makanan Terkenal: Papa John Kambing, Ayam Golek, Nasi Khabsa, Jus Mango "Oshin", Kebab Cucuk dan Kambing Golek



 2) SS18, Subang Jaya



Kelebihan: Mula 3 petang, boleh beli awal untuk mengelakkan kesesakan jalan raya dan masalah tempat letak kereta.
Makanan Terkenal: Ayam Golek dan Kambing Golek Grill



3) Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR)


Kelebihan: Di tengah-tengah KL. Air murah harganya.
Makanan Terkenal: Cendol dan Air Mata Kuching (RM2 sahaja)



4)  Kampung Baru



Kelebihan: Bubur Lambuk percuma di masjid. Terdapat kira-kira 150 gerai.
Makanan Terkenal: Bubur Lambuk, Roti John, Putu Bamboo dan Air Tebu.



5) Taman Melawati



Kelebihan: Peluang untuk berjumpa dengan artis tempatan yang suka membuka gerai di sini.
Makanan Terkenal: Ikan Bakar, Roti Boom, Dim Sum, Air Kelapa dah Kuih-Muih.


6) Pantai Dalam



Kelebihan: Dekat stesen LRT "University".
Makanan Terkenal: Roti Jala, Kuih Cara, Ayam Percik dan Air Keladi.



7) Kelana Jaya



Kelebihan: Terletak di seberang Mini Market Giant di Jalan SS6/1, Kelana Jaya.
Makanan Terkenal: Nasi Kukus, Air Kelapa dan Tebu tanpa tambahan, Nasi Goreng dan Sotong Bakar.



8) Taman Tun Dr Ismail (TTDI)



Kelebihan: Perniagaan bermula awal untuk menarik pelanggan dari semua kaum dan agama. Bagi yang tidak berpuasa boleh dapatkan makanan tengah hari dan minum petang di sini. Sesuai untuk penghuni di Damansara dan Bandar Utama sebab bazaar ini terletak di Jalan Tun Mohd Fuad 3.
Makanan Terkenal: Tepung Pelita, Nasi Tomato dengan Ayam Masak Merah dan Popiah.



9) Bangsar



Kelebihan: Di depan Masjid Bangsar dan Food Court.
Makanan Terkenal: Ikan Bakar Portugis, Raja Murtabak, Rojak, Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Ayam Percik, Rojala.



10) Bandar Baru Bangi



Kelebihan: Jauh daripada bandar KL di Seksyen 16 Bandar Baru Bangi.
Makanan Terkenal: Ayam Golek, Nasi Ambang, Nasi Lemak Kukus dan Burger Bakar.



Selamat mencuba!


See you then, Blurpl3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...