BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Monday 30 December 2013

>> Rewind : Episod Penghijrahan Kami

Assalamualaikum wbt..

Salam Perantauan buat semua,

Sajalah sekadar nak kongsi cerita, kami sekeluarga kini telah berada di perantauan, di bumi Scandinavia. Secara tepatnya Denmark.

Ketika anda semua membaca tulisan blog ni, Blurpl3 telah pun sebulan beberapa hari berada di negara orang. Masih dalam proses menyesuaikan diri dengan keadaan, cuaca, makanan, cara hidup etc. Namun, penghijrahan ni bukanlah bersifat kekal, hanya 3 tahun in shaa Allah. Mudah-mudahan berjalan lancarlah hendaknya.

Alhamdulillah, safely arrrived. 1130am (pukul 5 waktu m'sia), November 23, 2012

Pada November, 22 2013 yang lalu, Blurp3 sekeluarga telah pun berangkat ke Copenhagen, Denmark dengan menaiki Malaysia Airlines boeing 737, connecting flight di Amsterdam selama 3 jam kemudian fly ke Copenhagen dengan menaiki KLM Royal Dutch. Alhamdulillah, selamat tiba di sana dan disambut oleh rakan yang telah beberapa bulan tiba sebelum Blurpl3. Thanks Ben :)

Sebelum berangkat, hampir kesemua ahli keluarga Blurpl3 turut menghantar kami di KLIA. Sayu dan pilu apabila mengenangkan ali keluaga yang bakal berpisah untuk seketika, namun apabila mengenangkan AMANAH yang dipikul daripada Universiti dan Negara kami harungi jua. Doakan kami dipermudahkan segala urusan diperantauan ni! :)


dari kiri : adik ijam, adik biha, mak, mama, wani, hubby

abah, adik haziq, adik hanis, mama, adik yaya

dalam proses wrapping luggage dan box. harap selamat sampai la...

tu dia barang (3 luggage, 4 box), hehehe.. 

dalam proses check-in di KLIA

 kenangan di KLIA
 
Terima kasih buat ahli keluarga kami : mama, mak, abah, ayah, adik hanis, adik ijam, adik yaya, adik hazmi, adik biha, adik haziq serta kawan-kawan : hazwani, fizah & pasangan, poji, kak murni & qisya  yang sudi turun padang menghantar kami hari tu. Going to miss all of you. Jangan lupa mai melawat kami nanti (cepat book bila ada promosi tiket tau. hehehehe...).

we´re going to miss all of you.. sob..sob..sob

 seluruh ahli keluarga yang hadir bersama

 take turn amik gmbar.hehehe..

Thanks abah, ayah, mama, mak. We love u all!

poji, kak murni dan wani.. thanks sudi hantar kami di KLIA :)


Sempat jugalah ada drama tangis menangis masing-masing. hehehe.. tapi jangan risau sekarang dunia dah canggih. Internet dihujung jari.. Ada facebook, skype, whatssapp bagai.. Bak kata pepatah sendiri, 

" Biar jauh dimata tapi dekat dihujung jari "

Alhamdulillah, setibanya kami di bumi Denmark ni, kami disambut dengan USRAH oleh Pelajar Malaysia Denmark. Bertuah rasanya dapat mengenali antara satu sama lain disamping hidangan yang enak-enak belaka. Dapatlah melepaskan rindu pada masakan Malaysia buat sementara :)

 Steamboat

Kuih-muih tradisional melayu

Kami anak beranak ketika di USRAH, masih ber´bau´ Malaysia. hehehehe...

Waktu solat dekat sini pun berlainan. Jarak masa antara satu waktu dengan waktu beriktnya sangat dekat. Mungkin disebabkan sekarang dah musim sejuk (winter). Waktu malam lebih panjang daripada waktu siang.
Kami rujuk .::Det Islamiske Trossamfund I Danmark::. untuk mengetahui waktu solat berdasarkan maklumat pemberian senior-senior di sini. Waktu solat seperti berikut: Subuh (6.40), Zohor (12.14), Asar (13.33), Maghrib (15.48), Isyak (17.39). Untuk mengelakkan daripada terlepas waktu solat, kami ambil inisiatif untuk set alarm pada handphone masing-masing. Kalau tak mesti terlepas kan.. Dekat sini masjid pun ada, cuma kena pandai google dan explore. Almaklumlah, kami ni kan baru lagi. Macam-macam yang perlu diterokai.

nenek, atuk, tok, wan, pakcik, makcik will miss you naufal amsyar 

In shaa Allah jumpa dilain entry.



From Copenhagen with love,
Blurpl3


Tuesday 3 December 2013

>> Rewind : Naufal Amsyar is 1!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua?

Agak lama baru nak update blog ni. hehe.. Almaklum la tengah sibuk untuk preparation penghijrahan sementara kami ke bumi Scandinavia.

In shaa Allah, Blurpl3 akan kongsikan di sini.

Pejam celik, pejam celik.. putera kesayangan kami, Naufal Amsyar telah berumur 1 tahun pada 17 November 2013 yang lalu. Tiada sebarang celebration pun untuk anak Ummi dan Abi ni. Barang-barang rumah pun semua dalam storage box dah untuk disimpan. In shaa Allah panjang umur 3 tahun akan datang baru boleh bukak semua storage box ni.  hehehehe...

 Pantang dapat stereng kereta, asyik nak pusing je. hehehe..

Seperti biasa Ummi dan Abi perlu membawa Naufal Amsyar ke Klinik Kesihatan untuk dating dengan nurse (check up 1 tahun).


Hasilnya seperti berikut:
  • Berat: 8.7 kg
  • Panjang: 79 cm
  • BMI: 14.0
  • Lilitan kepala: 44.5 cm
  • Tindak balas: aktif
  • Warna bayi: normal
  • Jaundis: Nil
  • Penilaian penyusuan: breastfeeding on demand
  • Imunisasi: MMR, Pneumokokal (Done dos 1 & 2)
Notes:
  • Bayi berdiri tanpa bantuan
  • Bayi mengambil benda kecil dengan menggunakan ibu jari dan telunjuk (thumb & index finger grasp)
  • Bayi mengetuk 2 objek satu sama lain
  • Bayi menyebut da-da / ma-ma tanpa makna
  • Bayi boleh bermain tepuk amai-amai atau melambai tangan
Bimbingan awal:

Kebersihan diri
  • Cuci tangan anak sebelum makan dan selepas ke tandas
  • Memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida sekurang-kurangnya 2 kali sehari terutamanya sebelum tidur malam.
  • Biasakan periksa gigi anak dengan mengangkat bibir
  • Pastikan anak mendapat pemeriksaan gigi di klinik
Pemakanan
  • Galakkan penyusuan susu ibu sehingga bayi berumur 2 tahun
  • Perkenalkan makanan keluarga kepada anak secara beransur-ansur
Keselamatan dan pencegahan kecederaan
  • Jangan tinggalkan bayi anda di tempat takungan air (baldi, besen, bilik air dll) tanpa pengawasan kerana ia boleh menyebabkan lemas.
  • Jangan biarkan bayi anda bermain beg plastik kerana ia boleh mengakibatkan lemas
  • Semua ubatan dan racun perlu disimpan di tempat yang selamat dan tidak dapat diambil atau disimpan di dalam bekas yang tidak boleh dibuka oleh kanak-kanak.
  • Jangan beri anak anda kacang dan bahagian permainan yang kecil kerana boleh menyebabkan tercekik.
  • Gunakan tempat duduk anak (Baby Car Seat) di dalam kereta semasa memandu.
 Kemahiran keibubapaan
  •  Amalkan kemahiran keibubapaan yang baik
  • Memukul dan menengking tidak boleh membantu dalam mendisiplinkan kanak-kanak.
Nasihat berkaitan pemilihan pusat penjagaan anak
  • Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Persekitaran yang selamat dan bersih
  • Mempunyai penjaga yang terlatih
  • Anda dinarkan melawat anak pada bila-bila masa.

 
our bundle of joy 

Hasil pemerhatian Ummi & Abi pada Naufal Amsyar:
  1. Dah mula berjalan laju. Cumanya kalau nak lalu di bendul pintu mesti merangkak, lepas tu berjalan semula.
  2. Perkataan favourite yang disebut ialah 'car', 'car-car' 
  3. Favourite toys pula semestinya car, dan bola. Siap buat bunyi kereta lagi. (Ngeng..ngeng..ngeng). Kalau bagi teddy bear, tak layan la dia. hehehe..
  4. Sudah pandai menendang bola (walaupun tak jauh).
  5. Sangat manja, kadang-kadang tak nak berenggang dengan Ummi mahupun Abi. Nak buat kerja lain pun tak boleh. huhu
  6. Sudah faham dan pandai tepuk tangan. Apabila Ummi atau Abi nyanyikan lagu 'tepuk amai-amai'.. automatik Naufal Amsyar tepuk tangah.
  7. Bila sebut doa, terus Naufal Amsyar angkat menadah tangan. Mungkin sebab selalu lihat Ummi & Abi berdoa selepas solat :-)
  8. Apabila sebut 'Bye', 'Bye-bye'.. automatik melambai-lambai tangan yang comel tu. 
  9. Kalau bab makan..segala macam yang orang dewasa makan, dia nak makan. Padahal, kalau makanan dia tu belum tentu nak makan.
  10. Ikut mood jugak. Kadang-kadang sambil senyum datang ke arah Ummi dan buat 'Sloppy kisses' :-)
  11. Naufal Amsyar ni kalau duduk dengan orang ramai, OK je.. tetapi kalau sorang-sorang dekat umah asyik nak melekat je dengan Ummi & Abi. aduhai...:-(

Ermm, no birthday celebration first year untuk anak Ummi & Abi.. takpe2, no worries.. next year Ummi & Abi gandakan celebration utk 2 years old di negara org. hehehe... In shaa Allah :)


Ikhlas dari jauh, Blurpl3



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...