BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 30 August 2012

>> Review : Baby Boy ke Baby Girl?


sekadar gambar hiasan...comel kan :)


TANDA HAMIL BAYI LELAKI


anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung.
• degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit
anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh
perut anda kelihatan bulat sempurna
• bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap
• bentuk perut condong ke arah bawah
• sukakan makanan yang masam dan masin
• suka makan daging dan keju
• tapak kaki selalu berasa sejuk
• tangan selalu kekeringan
• suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur
bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya.
• anda kelihatan lebih berseri semasa hamil
• hidung tampak lebih mekar
• selalu sakit kepala

TANDA HAMIL BAYI PEREMPUAN

• mengalami morning sickness di awal kehamilan
• merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung
• payudara kiri lebih besar berbanding kanan
• rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya
• bentuk perut condong ke arah atas
• perut tampak agak lonjong
• mengidam makanan yang manis
sukakan buah-buahan
• suka minum air atau jus yang bersifat masam
anda lebih cerewet semasa hamil
mudah moody berbanding sebelumnya
kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil
• tidak suka makan roti bersama kulitnya
• payudara kelihatan mengembang
• suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur

**Yang ada highlight tu, apa yang Mrs Purpl3 turut alami ...


BERIKUT MERUPAKAN SIMPTOM YANG MRS PURPL3 RASA SEHINGGA SETAKAT INI:

  • Suka makan makanan yang sejuk atau berais seperti ABC, ice blended, cendol, ais krim
  • Demam panas dan sakit kepala pada awal kehamilan (minggu pertama 1st trimester)
  • Kerap rasa lapar (dalam 1st trimester)
  • Tak pernah muntah-muntah (cuma sekali jer..sewaktu telan OBIMIN tak lepas.huhu)
  • Rasa mengantuk yang amat sangat terutama sewaktu memandu kereta (kalau boleh setiap masa nak tidur.hehehe..)
  • Selera makan yang sentiasa ada, alhamdulillah..(bagi la apa saja..semuanya sedap).
  • Kaki mula rasa kejang pada 2nd trimester, especially semasa tidur
  • Berat badan tak pernah turun, menaik je setiap bulan
  • Badan kerap rasa panas (walaupun orang sekeliling dah kesejukan)

So, agak-agaknya..'our little khalifah' ni baby boy ke baby girl? Cuba teka? :)

Sebenarnya, Blurpl3 tidak kisah baby boy ke baby girl. Yang penting 'our little khalifah' selamat, sihat, sempurna, jadi anak yang soleh dan solehah serta beriman & patuh pada ajaran Allah.. insyaAllah =)


Mom & Dad -to-be, Blurpl3

Friday 24 August 2012

>>In-out : Salam Aidilfitri dari Blurpl3


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Semoga Syawal ini mengeratkan lagi ukhwah sesama kita. Ameen.. 
Jemputlah datang beraya di rumah.... 

Ikhlas daripada SHARUL HANISAH sekeluarga :-)

Friday 17 August 2012

>> FYI : 10 Tips For Eid

(sumber: fb)

Assalamualaikum wbt & apa khabar semua.. hari ni merupakan hari kedua terakhir kita berpuasa dalm bulan Ramadhan 1433H. Lusa sudah nak menyambut Aidilfitri kan..Macam mana? Teruja tak? hehehe...

Kali ni Blurpl3 nak share info tentang TIPS untuk berhari raya pula. Amalkan ye. Sekadar untuk perkongsian bersama. 




Ooooppss! satu lagi... jangan lupa yang ini juga ye =)




(sumber: ermm..dah tak ingat kat mana..dah lama save.hehehe..)


Ambil panduan dan iktibar ye kawan-kawan, yang baik jadikan teladan yang kurang baik jadikan sempadan.



Wallahuallam


*****
p/s: Kepada yang ingin balik ke kampung, hati-hati memandu di jalan raya, ingatlah insan tersayang. Salam Aidilfitri in advance. Ampun maaf atas salah silap atau terkasar bahasa, insyaAllah berjumpa lagi di next entry =)

*****



Ikhlas, 

Blurpl3

Thursday 16 August 2012

>> FYI: Petua Islam Untuk Anak Menjadi Bijak





Assalamualaikum wbt utk semua kawan-kawan blogger dan juga silent reader. Apa khabar? Sedar tak sedar kita semua dalam fasa terakhir bulan Ramadhan kan...Perbanyakkan amal ibadat, sedekah jariah semampu yang mungkin. Kali ni Blurpl3 nak share info yang didapati daripada wall kawan-kawan di fb. Sesungguhnya, setiap ibubapa mahukan anak-anak mereka bijak, cerdik juga pandai.. Justeru, pelbagai langkah dan kaedah perlu dilakukan. 

Jom, sama-sama kita tengok petuanya:

****

1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun-umbun kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali.

2. Membaca surah Al Fatehah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali.

3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.


****

InsyaAllah, lepas ni boleh la Blurpl3 aplikasikan pada 'our little khalifah' selepas dilahirkan nanti. Doakan supaya dipermudahkan segalanya ya :)


Ikhlas,

Blurpl3

Friday 10 August 2012

>> In-out: Ulang Tahun Kelahiran Hubby

kek blueberry (mak yg belikan.hehehe..)

Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan untuk semua rakan-rakan blogger dan juga silent reader.  Apa khabar? Sekejap jer kan..pejam celik, pejam celik kita dah berada di fasa terakhir Ramadhan, fasa yang penting kerana terdapat malam Lailatul Qadar. InsyaAllah, semoga diberi kesempatan untuk bertemu dengannya. Ameen Ya Rabb..

Pada bulan Ramadhan ini juga terdapat hari istimewa bagi Blurpl3, iaitu Ulang Tahun Kelahiran my beloved hubby, Mr Blu3 yang ke 27.hehehe..

******
Abang, semoga panjang umur, murah rezeki, bahagia & sukses dunia akhirat serta dipermudahkan segala urusan. Juga didoakan agar kita bahagia, berkekalan hingga syurga serta dikurniakan zuriat yang soleh & solehah. Ameen Ya Rabb (^_^)
                                                                                                                                                  ******

Sekian..



Lots of love,

Mrs Purpl3

Saturday 4 August 2012

>> Wordless : Anak lelaki Senang Nak Jaga?

Ehsan : facebook
Korang setuju ke tidak? Cer citer...cer citer...
Komen sikit.........

Yang mencari keredhaan Allah,
Blurpl3

Wednesday 1 August 2012

>> FYI: Petua Melayan Suami Supaya Dia Tak Teringin Kahwin Lain




sekadar gambar hiasan :)



Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan untuk kawan-kawan blogger serta silent reader ye :) Apa khabar? Macam mana berpuasa hari ni? InsyaAllah semoga diberi kekuatan sepanjang bulan Ramadhan.


Mrs Purpl3 nak share info yang menarik juga dengan kawan-kawan. Tengoklah tajuk kat atas. Mantapkan? hehehe...ACtually, infor ni Mr Blu3 yang tag pada FB Mrs Purpl3. (Tq so much abang ...). Menarik juga kan..selain itu, boleh mengingatkan tanggungjawab kita sebagai seorang isteri. Betul tak?

Berikut merupakan petua-petuanya. Sila amalkan dengan seikhlas hati :)

1. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau bolehsediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.



2. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

3. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya.

4. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bergurau senda. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.



Wallahuallam



Haa.. macam mana dah abis baca, nanti bolehlah praktikkan.. Selamat mencuba !




Teringin sangat untuk merehatkan mata & minda, 

Mrs Purpl3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...