BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 31 July 2012

>> Review : Sneak peek of Parenthood Expo 2012 at Mid Valley

Dari jauh. Ramainya orang berpusu masuk ke MVEC Exhibition Hall
Assalamualaikum semua. nak peek review je untuk Parenthood expo ni. Blurpl3 pergi hari ahad yang lalu 29 Julai 2012. Nanti cerita panjang lebar.

Dari dekat. Jom terjah...........

Freegift. Berbaloi-baloi
Datang tak beli apa pun. Ada la beli sikit je. Nanti cerita lain. Tapi memang berbaloi sebab dapat hadiah free. Yang penting dapat susu free harga RM45 tu....=) Yahooooo....

Maaf short entry. nama pun peek je kan. nanti kita cerita lanjut sebab ni pun sambil-sambil buat kerja. banyak gambar nak publish....

p/s : try buat watermark yang tak berapa nak jadi. jangan gelak tau...

yang teruja,
Blurpl3

Sunday 29 July 2012

>> FYI: ‎10 Info Tentang Bayi yang anda tidak tahu


Perkembangan janin (ehsan pakcik google)

Alhamdulillah. Mrs. Purpl3 sudah menjangkau 5 bulan mengandung. So Blurpl3 nak kongsi sedikit info untuk Bakal Ibu dan Ibu-ibu sekalian termasuklah bapak-bapaknya. Info menarik yang kadang kala kita tidak tahu:


1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

Blurpl3 : Dia nak belajar mengaji la tu...hehehehe =) 

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan

Blurpl3 : Mrs Purp3 pun tak terasa pergerakan baby dalam 4 bulan.Sekarang baru dapat rasa dan bezakan samada pergerakan baby ataupun lapar =P sebab dah menjangkau 5 bulan

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut. 

Blurpl3 : Mrs Purpl3 x rasa lagi or ke  Mrs Purpl3 yang tak perasan

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

Blurpl3 : Waktu ni lah penting dan kena selalu berkomunikasi dengan bayi anda


Apa la baby kita mimpi kan?
7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.
Blurpl3 : Apalah yang anak ummi dan abi mimpi nanti...=)

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

Blurpl3 : Kesian dia. Ummi kena jaga-jaga dan lebih berhati-hati lepas ni...

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

Blurpl3 : Ummi kena makan yang sedap-sedap ke? Apa makanan yang Ummi makan makanan ada yang rasa pelik ke? So wondering...


So cute....

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel
Blurpl3 : Mesti comelkan.. Korang rasa comel macam ummi dia ke or abi dia? Gambar tu credit dekat ety and ambil dekat sini. Dia cakap nak anak mata bolat kena makan telur banyak-banyak. Betul ke?

Hope dapat menjadi panduan dan menambah info bagi semua reader-reader terutama mom-to-be dan mommy yang gorgeous sekalian....

P/s : All pictures credit to uncle google bukan uncle seekers ye.Korang rasa baby Blurpl3 boy ke girl? nanti kita bincang dalm post lain.

Yang berinformasi,
Blurpl3

Thursday 26 July 2012

>> In-out : Gara-gara Benda Ini



Assalamualaikum wbt kawan-kawan blogger dan juga silent reader :) Apa khabar? Macam mana puasa hari ni? Semoga diberi kekuatan untuk bertahan sepanjang bulan Ramadhan ye.

Alhamdulillah, sepanjang tempoh Mrs Purpl3 preggy ni tiada masalah morning sickness yang teruk. Syukur padaNya..hanya sekadar pening-pening, mengantuk dan kadang-kadang rasa letih dan juga jerawat naik di muka dengan meriah sekali.hehehe..Sewaktu anak dara, tiada pula jerawat.huhuhu..Mungkin perubahan hormon melanda. Simptom-simptom lain  seperti pitam, pengsan dan muntah, alhamdulillah tiada. Selera makan sentiasa ada..bagilah apa pun, ada je selera. nasib baik juga la tak mengidam yang pelik-pelik, kesian Mr Blu3 nak mencari nanti. Mrs purpl3 ada dengar ceramah Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood menurut al-Quran part 1-6 [boleh refer kat sini], menyatakan tak elok mengidam yang bukan-bukan sewaktu mengandung...bla..bla..bla. (ada lagi sambungannya, boleh dengar kat youtube). Prof Muhaya pun ada cakap dalam ceramah dekat ikim.fm, kalau waktu mengandung mengidam yang bukan-bukan maknanya isteri tu perlukan prihatian daripada suami.hehehe..Iyer la agaknya kan.. Bagi Mrs Purpl3, kalau mengidam apapun berpada-pada lah, jangan ikutkan sangat nafsu..banyakkan beristigfar pada Allah. 

Berbalik kepada topik untuk kali..Gara-gara benda ini la Mrs Purpl3 muntah sepanjang tempoh preggy setakat ni. Disebabkan saiz OBIMIN PLUZ ni terlalu besar dalam 3 cm panjangnya. Rasa macam tak berapa lepas je tekak nak telan. huhuhu..Mrs Purpl3 ni jenis tak kisah kalau nak makan ubat atau supplemen tapi biarlah saiznya kecil. Kebiasaannya, saiz food supplemen seperti spirulina, plasma hidup (Kington), (Dr Xeniji), cuci usus (Lactose S), vitamic C (EsterC), minyak ikan (EPA DHA), calcium (Calmax) dan susu kolostrum (Ig6) masih boleh diterima dan mudah untuk ditelan bagi Mrs Purpl3. Inilah antara food supplemen yang Mrs Purpl3 amalkan sejak awal preggy lagi di samping asid folik yang klinik bekalkan. Next, next entry Mrs Purpl3 akan ceritakan details fungsi-fungsinya ye untuk memudahkan kawan-kawan mom-to-be membuat rujukan. Cuma OBIMIN PLUZ ni je yang membuatkan Mrs Purpl3 rasa berat hati nak makan. huhuhu..tapi demi baby, ummi gagahkan juga ;-)

Gara-gara benda ni lah, Mrs Purpl3 termuntah..buat pertama kalinya. Sakitnya rasa perut, hanya Tuhan yang mengetahui..serious rasa serik sangat lepas tu nak makan OBIMIN PLUZ ni.huhuhu.. Sejak lepas tu, terlintas difikiran Mrs Purpl3 macam mana lah kalau yang mengalami simptom morning sickness teruk seperti muntah-muntah dan ada juga yang kena tahan di wad untuk masuk air dalam badan. Pada saat itu, rasa bersyukur sangat..tidak pernah muntah-muntah. Biarlah muka berjerawat pun.huhuhu... Setiap yang berlaku ada hikmahnya kan..


Bersyukur atas apa yang ada...

Mrs Purpl3



Friday 6 July 2012

>> Rewind : Durian Oh Durian


Assalamualaikum semua, apa khabar? Sekarang ni musim buah kan. Buah-buahan tempatan. Kalau dapat balik kampung makan buah-buahan dekat dusun kan besstt.! Boleh makan sepuas-puasnya. Kawan suka makan buah apa? Mrs Purpl3 suka buah rambutan dan manggis. Mr Blu3 suka buah durian. So, kali ni nak review sedikit la pasal buah durian ye.

Dah lama dah sebenarnya Mr Blu3 duk asyik sebut nak makan buah durian. Asal terpandang je buah durian, mesti sebut "sedapkan yang, kalau dapat makan buah durian tu..", "mesti la sedap tetapi dibuat produk daripada buah durian lagi sedap.hehehe.." jawan Mrs Purpl3. Mr Blu3 suka buah durian yang fresh manakala Mrs Purpl3 suka kalau buah durian tu dijadikan produk lain seperti bubur kacang durian, aiskrim durian, kek durian, tempoyak, lempuk durian, donut berinti durian dan apa saja yang berasaskan durian. Berbeza sikit la..bukan tak gemar yang fresh cuma kalau produk sampingan durian rasa macam lagi menarik. Tetapi terpulang kepada individu sebenarnya kan..

Disebabkan rasa ingin makan durian tu terlalu tinggi, Blurpl3 sempat singgah di kawasan Puchong untuk membeli durian. Ada yang 3 biji RM10, ada juga yang 5 biji RM20. Baunya sangat semerbak.hehehe... Akhirnya, 5 biji RM20 yang menjadi pilihan Blurpl3. Mulalah, bau durian yang semerbak itu memenuhi ruang kereta. Bau sedikit jadi wangi, bila banyak sangat bau naik pening pula. hehehe...


Inilah dia satu plastik durian

Tengok pandangan atas je dulu

Lebih kurang saiz ini je durian yang dijual

Setelah dibuka, rupa-rupanya setiap biji buah durian ni ada macam-macam rasa yang berbeza. Ada yang manis, ada yang kurang manis, ada yang tawar. Boleh la kan, nak melepaskan rasa teringin sangat nak makan durian ni. Nak puas-puas kena balik kampung, makan dekat dusun kan..Lagi best! :-)


Kawan-kawan suka makan buah apa? Share la. Kalau-kalau tahu ada tempat yang jual lagi best, boleh la roger Blurpl3.




Jom makan durian, Blurpl3

>> Review : Which One Is The Best Maternal Milk?




Assalamualaikum wbt dan Salam Tengah hari untuk kawan-kawan blogger, mom-to-be dan juga silent reader. Apa khabar semua? Dah makan ke? hehehe..

Hari ni Mrs Purpl3 nak minta pendapat kawan-kawan blogger atau mom-to-be berkaitan susu ibu yang mana paling terbaik untuk diminum. Maklum la, banyak jenama kat luar kan..rasanya pun berbeza-beza. Setakat ini, hanya 4 jenis susu ibu yang Mrs Purpl3 pernah minum. Antaranya ialah Anmum Materna, Nestle Mom & Me, Mamil Mama dan juga Friso Mum Gold. Kesemuanya mempunyai rasa, kandungan kalsium dan kesedapan yang berbeza :-)

Mrs Purpl3 nak review sikit la tentang susu-susu yang pernah diminum ini. Jika, kawan-kawan lain ada informasi terkini boleh juga update Mrs Purpl3 ye:-


Anmum Materna

1) Anmum Materna:-
Rasa susu ini sedap, tahap kemanisan juga boleh diterima. Terdapat dua perisa iaitu vanila dan coklat. Dua-dua jenis perisa ni pun Mrs Purpl3 suka :) Harganya pun reasonable dan senang untuk dicari dekat pasaran. Susu Anmum ni, Mrs Purpl3 dapat free sewaktu check-up di Klinik Panel. So, boleh la testing. hehehe...


Nestle Mom & Me

2) Nestle Mom & Me:-
Rasa susu ini manis sangat. Mrs Purpl3 kurang gemar sikit. Harganya pun reasonable dan senang untuk dicari di pasaran. Susu ni, Mrs Purpl3 dapat free, officemate yang berikan, diam juga preggy. hehehe..Rezeki untuk baby ummi kan, minum je la. Thanks kak Siti :-) 


Mamil Mama


3) Mamil Mama:-
Dari segi rasa, susu ini rasa tawar berbanding Anmum Materna, Nestle Mom & Me dan Friso Mum Gold. Yang ni beli sendiri sebab tertarik dengan free gift (bantal yang merah tu.hehehe...). Harga dia boleh tahan la dan senang juga nak cari dekat pasaran.



Friso Mum Gold

4) Friso Mum Gold:-
Ermm..susu ni sangat sedap! Bertambah sedap apabila susu ni diberikan oleh kawan Mrs Purpl3, Leeya. hehehe..Rezeki baby ummi lagi, minum jer. Thanks Leeya :-) Dari segi harga, Mrs Purpl3 kurang pasti la. InsyaAllah mesti ada kat pasaran kan..


Kalau kawan-kawan lain ada informasi terkini tentang susu untuk ibu preggy ni. Boleh la share dengan Mrs Purpl3. Mrs Purpl3 ni jenis suka minum susu. Bagilah perisa apapun..bole jer minum :-)



Sharing is Caring,
Caring is Loving,
Loving is Forgiving, Blurpl3

Wednesday 4 July 2012

>> Rewind : 17 Weeks - Oral Glucose Tolerance Test

Gambar hiasan (17 weeks of pregnancy)

Assalamualaikum wbt & apa khabar semua.. semoga sentiasa dalam keadaan yang sihat walafiat. Hari ni dah genap 17 minggu 2 hari usia kandungan Mrs Purpl3. Hari ni juga ada appointment dekat Klinik Kesihatan Puchong, untuk Oral Glucose Tolerance Test (OGTT).

Nak dijadikan cerita, terlewat lah pula nak ke klinik pagi ni. So, kenalah beratur lama untuk menunggu giliran. Adoyai.. Nasib baik juga la, masih diterima untuk melakukan OGTT ni. Kalau tak, balik je la jawabnya..

Setelah tunggu punya tunggu.. akhirnya Mrs Purpl3 dipanggil oleh nurse untuk mengambil darah, dan kemudiannya disuruh meminum satu gelas air glucose yang teramat manis. Rasa macam tak boleh nak telan je tetapi terpaksa minum juga.huhu..

Kemudian, nurse berpesan lagi.."saya akan panggil kamu selepas 2 jam, jangan makan tau, minum air pun sedikit-sedikit je yang boleh". Mrs Purple menjawab "Baiklah, saya ikut jer". 

Masa 2 jam yang ada Mrs Purpl3 habiskan dengan mengupdate blog dan juga berFB. Itu je yang boleh buat, nak tengok cerita tv yang dipasang kurang menarik pula. Satu lagi, hanya tengok muka baby-baby yang comel datang ke situ sambil berbual dengan puan-puan yang berada di situ. hehehe..

*********************************************************************************

Jom ikut Mrs Purpl3 sharing info berkaitan OGTT:-

The oral glucose tolerance test (OGTT) measures the body's ability to use a type of sugar, called glucose, that is the body's main source of energy. An OGTT can be used to diagnose prediabetes and diabetes. An OGTT is most commonly done to check for diabetes that occurs with pregnancy (gestational diabetes).

Why It Is Done

The oral glucose tolerance test (OGTT) is done to:

  • Check pregnant women for gestational diabetes. You have an increased chance of developing gestational diabetes if you:
  1. Have had gestational diabetes during a previous pregnancy
  2. Have previously given birth to a baby who weighed more than 9 lb (4.1kg)
  3. Are younger than age 25 and were overweight before getting pregnant.


How To Prepare

Glucose tolerance diagnostic test

To prepare for the glucose tolerance diagnostic test:

  • Eat a balanced diet that contains at least 150 grams (g) of carbohydrate per day for 3 days before the test. Fruits, breads, cereals, grains, rice, crackers and starchy vegetables such as potatoes, beans and corn are good source of carbohydrate.
  • Do not eat, drink, smoke, or exercise strenuously for at least 8 hours before your first blood sample is taken.
  • Tell your doctor about all prescription and nonprescription medicines you are taking. You may be instructed to stop taking certain medicines before test.
The glucose tolerance diagnostic test may take up to 4 hours. Since activity can interfere with test results, you will be asked to sit quitely during the entire test. Do not eat during the test. You may drink only water during this time.

Talk to your doctor about any concerns you have regarding the need for the test, its risks, or how it will be done. To help you understand the importance of this test, fill out the medical test information form.

 


How It Is Done

Glucose tolerance diagnostic test

On the day of testing, the following steps will be done:
  • A blood sample will be collected when you arrive. This is fasting blood glucose value. It provides a baseline for comparing other glucose values.
  • You will be asked to drink a sweet liquid containing a measured amount of glucose. It is best to drink the liquid quickly. For the standard glucose tolerance test, you will drink 75 grams or 100 grams. Pregnant women drink  75 grams of glucose.
  • Blood samples will be collected at timed intervals of 1, 2, and sometimes 3 hours after you drink the glucose. Blood samples may also be taked as soon as 30 minutes to more than 3 hours after you drink the glucose.


Blood Test


The health professional taking a sample of your blood will:
  • Wrap an elastic band around your arm to stop the flow of blood. This makes the wins below the band larger so it is easier to put a needle into vein.
  • Clean the needle site with alcohol.
  • Put the needle into the vein. More than one needle stick may be needed.
  • Attach a tube to the needle to fill it with blood.
  • Remove the band from your arm when enough blood is collected.
  • Apply a gauze pad or cotton ball over the needle site as the needle is removed.
  • Apply pressure to the site and then a bandage.


Sumber: sini

*********************************************************************************

Alhamdulillah, setelah hampir 2 jam menunggu..Kini, Mrs Purpl3 dipanggil semula untuk mengambil darah. Kata nurse "Ada muntah-muntah tak?", Mrs Purpl3 menjawab "Takde nurse, cuma rasa pening-pening skit". Nurse berkata lagi "Okla, kalau minum glukos memang macam tu. Result tak boleh dapat hari ni, kena tunggu beberapa hari. Kalau tiada panggilan dari Klinik anggap puan ni normal ye. Kalau tak normal (maksudnya ada diabetes), pihak Klinik akan call bagi tau ye". Kata Mrs Purpl3 "Okies, dah boleh balik la ye, tq nurse". Dalam hati, Mrs Purpl3 berharap agar dijauhkan la diabetes ni. huhu.. Memandangkan mama Mrs Purpl3 ada diabetes, Mrs Purpl3 pun disarankan menjalani OGTT ni.

InsyaAllah, diharapkan agar pihak Klinik tak call Mrs Purpl3 la ye.. doakan ye :)


Jote down, Mrs Purpl3  


Tuesday 3 July 2012

>> Rewind : Burger Bakar Abang Burn

Beef Burger Single Burn Cheese

Assalamualaikum w.b.t, apa khabar kawan-kawan blogger dan juga silent reader. Salam 12 Syaaban 1433H. Dah lunch ke? Makan apa tengah hari ni? Blurpl3 berpuasa sunat hari ni tetapi nak review tentang makanan sikit boleh? hehehe.. Nak berkongsi cerita makanan yang sedap iaitu Burger Bakar Abang Burn. Sebelum ni ada juga dengar orang bercerita tentang burger bakar, kata mereka sedap, lain daripada yang lain. Blurpl3 dengar gitu-gitu je la..Tidak ambil peduli sangat. Siap ada kawan-kawan post gambar kat FB lagi. Ermm..sangat membuatkan Mrs Purpl3 terliur tetapi boleh bersabar lagi tau. hehehe...

Setelah Mrs Purpl3 2-3 kali mimpi makan burger bakar sambil berebut-rebut dengan Mr Blu3, itu yang membuatkan Mrs Purpl3 terpaksa mencari burger bakar yang sebenar. Walaupun, tak tahu dekat mana sebenanrnya. Ada officemate Mrs Purpl3 mencadangkan Burger Bakar Abang Burn, katanya sangat sedap! Beberapa malam yang lalu, sempat dia singgah makan dengan familinya kat sana. Apa lagi, bertambah-tambah la rasa yang membuatkan Mrs Purpl3 nak makan burger bakar ni.huhuhu.. Nekad dah, walau macam mana pun, nak cari juga burger bakar ni.huhu

Alhamdulillah, setelah mendapat izin Mr Blu3, Mrs Purpl3 dapatlah pergi mencari burger bakar ni walaupun jalan agak jem waktu tu.. Biasalah kan, waktu orang keluar dari office. Akhirnya, dalam 15-20 minit Mrs Purpl3 berjaya sampai ke tempat yang ingin dituju.hehehe.. Tak sabar rasanya! =)) First time, mencari sendiri makanan yang teringin sangat. Alhamdulillah, jumpa :-)



Ni dia pandangan hadapan kedai (sumber: FB Burger Bakar Abang Burn)

Pada kawan-kawan, yang ingin singgah ke kedai ni, boleh la refer kepada map ni ye..InsyaAllah sampai. Kedai ini mula beroperasi pukul 5 pm-12.30 malam.


Ni lah map nyer.hehehe.. (sumber: FB Burger Bakar Abang Burn)

Hari tu, Blurpl3 berkesempatan makan Beef Burger Single Burn dan juga Beef Burger Single Burn Cheese. Sedap hingga menjilat jari tau!hehehe =D Jika ada kesempatan lagi, Blurpl3 nak cuba Burger Bakar Supremo pula. Katanya lagi sedap. Oh Burger Bakar Supremo, we're coming to eat u. hahaha :-)

Menu burger bakar (sumber: FB Burger Bakar Abang Burn)

Menu-menu yang ada boleh tahan jugak la..rasa macam try semua. Yang paling best, masa menunggu tak lama. Dalam 5-15 minit dah boleh dapat. It is recommended to try. Last words, semoga Burger Bakar Abang Burn terus maju dan sukses =))



It's all about food, Blurpl3


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...