BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Friday 6 July 2012

>> Review : Which One Is The Best Maternal Milk?




Assalamualaikum wbt dan Salam Tengah hari untuk kawan-kawan blogger, mom-to-be dan juga silent reader. Apa khabar semua? Dah makan ke? hehehe..

Hari ni Mrs Purpl3 nak minta pendapat kawan-kawan blogger atau mom-to-be berkaitan susu ibu yang mana paling terbaik untuk diminum. Maklum la, banyak jenama kat luar kan..rasanya pun berbeza-beza. Setakat ini, hanya 4 jenis susu ibu yang Mrs Purpl3 pernah minum. Antaranya ialah Anmum Materna, Nestle Mom & Me, Mamil Mama dan juga Friso Mum Gold. Kesemuanya mempunyai rasa, kandungan kalsium dan kesedapan yang berbeza :-)

Mrs Purpl3 nak review sikit la tentang susu-susu yang pernah diminum ini. Jika, kawan-kawan lain ada informasi terkini boleh juga update Mrs Purpl3 ye:-


Anmum Materna

1) Anmum Materna:-
Rasa susu ini sedap, tahap kemanisan juga boleh diterima. Terdapat dua perisa iaitu vanila dan coklat. Dua-dua jenis perisa ni pun Mrs Purpl3 suka :) Harganya pun reasonable dan senang untuk dicari dekat pasaran. Susu Anmum ni, Mrs Purpl3 dapat free sewaktu check-up di Klinik Panel. So, boleh la testing. hehehe...


Nestle Mom & Me

2) Nestle Mom & Me:-
Rasa susu ini manis sangat. Mrs Purpl3 kurang gemar sikit. Harganya pun reasonable dan senang untuk dicari di pasaran. Susu ni, Mrs Purpl3 dapat free, officemate yang berikan, diam juga preggy. hehehe..Rezeki untuk baby ummi kan, minum je la. Thanks kak Siti :-) 


Mamil Mama


3) Mamil Mama:-
Dari segi rasa, susu ini rasa tawar berbanding Anmum Materna, Nestle Mom & Me dan Friso Mum Gold. Yang ni beli sendiri sebab tertarik dengan free gift (bantal yang merah tu.hehehe...). Harga dia boleh tahan la dan senang juga nak cari dekat pasaran.



Friso Mum Gold

4) Friso Mum Gold:-
Ermm..susu ni sangat sedap! Bertambah sedap apabila susu ni diberikan oleh kawan Mrs Purpl3, Leeya. hehehe..Rezeki baby ummi lagi, minum jer. Thanks Leeya :-) Dari segi harga, Mrs Purpl3 kurang pasti la. InsyaAllah mesti ada kat pasaran kan..


Kalau kawan-kawan lain ada informasi terkini tentang susu untuk ibu preggy ni. Boleh la share dengan Mrs Purpl3. Mrs Purpl3 ni jenis suka minum susu. Bagilah perisa apapun..bole jer minum :-)



Sharing is Caring,
Caring is Loving,
Loving is Forgiving, Blurpl3

7 comments:

Honey Sakura @ eiMyLiciOus said...

cer try Dumil Mama lak....then sambung review nie...so far eimy minum utk rasa yummy gak....compare than annum tu...tp tak tau la sbb lain org lain rasanya kan... :)

http://www.dumex.com.my/our_products/dumil_mama

BLuRpL3 said...

HONEY SAKURA @ eiMyLiciOus: okies dear, nnt mrs purpl3 try dumil mama & then review skit. Hehe..anyway, thanks ye bagi suggestion :)

Shakina Farhan said...

kina minum enfamama..rsenye semua ok kot cuma bergantung kepada individu..ade rse anmum sedap ade rasa yg ni sedap..yg penting kite minum duluuu..

BLuRpL3 said...

SHAKINA FARHAN: Betul jugak tu..okies, next time boleh la Mrs purpl3 cuba enfamama pulak. Kita minum dulu ye:-)

Nur Hatiku..... said...

enfamama manissss bau xsdp mcm air akuarium ikan..huhu...

Unknown said...

Kat mana nak cari susu nestle mom & me tu.. tak pnh nmpk di pasaraya pun..

BLuRpL3 said...

NUR HATIKU: OOH yeke.. mungkin pandangan setiap individu berbeza kan.. pilih la yang mana berkenan dan sesuai dgn kita :)

HAS SERAMA: Maybe bole try cari kat giant ke tesco.. alamak tak ingat dah la kat mana ada byk jual.. skrg ni Blurpe dah berada di 'luar kawasan' dari Malaysia. huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...