BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 30 May 2013

>> Review : Kajian Warna Terhadap Waktu Solat

Assalamualaikum wbt.




KAJIAN WARNA TERHADAP WAKTU SOLAT

Kajian Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM) mengenai kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang. Kajian awalnya mendapati bahawa pergerakan yang dilakukan di dalam sembahyang yang memberikan kesan bermanfaat ke atas jantung, tulang belakang dan keupayaan ingatan serta perhatian seseorang.

SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna BIRU MUDA yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu subuh ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu BIRU MUDA tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi, mereka yang terlewat Subuhnya sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyrak & dhuha) dan kemudian warna KUNING menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi, mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zohornya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?


ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna OREN, iaitu masuknya waktu Asar di mana spectrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari, dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal waktu Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh ini terpisah (tidur la tu..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu asar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


MAGHRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam akan berubah ke warna MERAH dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib la dulu…) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna INDIGO dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan system kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya,inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan system tubuh berada dalm kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu, dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus, dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurnia’kan syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambaNya atas sifat Pengasih dan PenyanyangNya sebagai pencipta kerana Dia tahu hambaNya ini amat-amat memerlukanNya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi cuba mengenengahkan amalan-amalan lain yang difikirkan baik untuk kesihatan, sedangkan solatnya entah ke mana…???


Wallahualam


Berkongsi bersama, Blurpl3

Wednesday 29 May 2013

>> Suka-suki : Mase Kecik2 Dulu...

Assalamualaikum wbt.

Adakah semasa kecil dulu anda pernah buat perkara perkara berikut? 



1. Buka kipas meja , cakap dengan kipas sebab nak dengar suara bertukar. 


2. Naik kereta dan tengok bulan. Ingat bulan tu ikut kita.  


3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari "handle", rasa hebat.  

4. Masa sekolah, ade orang bagi milo percuma, lepas ambil sekali menyamar jadi orang lain, ambil milo lagi sekali.  

5. Masa sekolah, ade orang dtg jual vitagen/susu/buku/barang, bawak balik list, mintak duit  nak beli kat mak bapak.

6. Lukis burung guna huruf M atau V 

7. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit 


8. Masa kecil fikir bentuk hati yang sebenar macam ni --->  

9. Tutup pintu peti ais perlahan lahan, sebab hendak tengok lampu peti ais padam.  


10. Kalau tak siap kerja sekolah , sengaja tinggalkan buku latihan di rumah. 

11. Pergi dekat peti ais tempat freezer atas tu dan bubuh muka kasi sejuk.  


12. Main game Pacman atau Mario  

13. Main lubang tikus  

14. Mintak biodata kawan2 

15. Kalau pergi shopping mesti pergi tempat TOY dulu. 

16. Buat jet kertas  


17. Tengok Power Rangers, Flashman, Maskman, etc.  

18. Lawan pemadam 

19. Penggal/Tuju selipar 

20. Main bubble wrap


21. Minum air panas dlm piring 


Indahnya zaman kanak-kanak, Blurpl3

Tuesday 28 May 2013

>> Review : Perkembangan Naufal Amsyar #6 Bulan

Assalamualaikum wbt.

Sudah berusia 6 bulan putera kesayangan Ummi dan Abi ni.
Kali ni raut wajahnya lebih serius.hehe..
Macam biasalah, rutin bulan ni, ada temujanji dengan nurse di Klinik Kesihatan Batu 13, Puchong.

Hasilnya seperti berikut:
  • Berat: 7.2 kg
  • Panjang: 69 cm
  • BMI: 15.1
  • Lilitan kepala: 41 cm
  • Tindak balas: aktif
  • Warna bayi: normal
  • Jaundis: Nil
  • Penilaian penyusuan: breastfeeding on demand
  • Imunisasi: Hepatitis - Dos 3


Notes:

  • Bayi boleh mengawal kepalanya ketika ditarik dari keadaan baring ke duduk (Naufal Amsyar sangat pandai mengawal kepalanya. Kalau boleh dari berbaring nak terus bangun sendiri. comel je..)
  • Bayi boleh meniarap dan menelentang (Sangat aktif meniarap, pantang letak berbaring, terus meniarap.. sekarang ni dalam proses nak merangkak pula, selalu buat mini exercise tekan tubi)
  • Bayi boleh menggenggam objek (Alhamdulillah, Naufal Amsyar dah pandai menggenggam objek, paling best sewaktu bf mesti nak genggam jari ummi)
  • Mata bayi mengikut pergerakan objek (Naufal Amsyar sangat tertarik ke arah warna yang terang. paling suka kalau tengok Ummi dan Abi main tab.. besar terus matanya walaupun mengantuk sangat. kihkihkih)  
  • Bayi bertindak balas dengan bunyi (Selain dengar lagu video Al-Furqan, Naufal Amsyar senyum-senyum apabila Ummi dan Abi bacakan bismillah dan surah-surah pendek. Faham la agaknya tu..)

Bimbingan awal:
  • Kebersihan diri:
  1. Penggunaan puting tiruan adalah tidak digalakkan
  2. Bersihkan bahagian dalam mulut bayi dengan kain basah sekurang-kurangnya 2x sehari terutamanya sebelum tidur malam
  3. Ibu mestilah membasuh tangan selepas menukar lampin
  • Pemakanan:
  1. Makanan pelengkap HANYA diperkenalkan semasa bayi berumur 6 bulan
  2. Galakkan anak anda minum dari cawan mulai dari umur 6 bulan kerana penggunaan botol susu yang berterusan akan meninggikan risiko kejadian kerosakan gigi
  • Pertumbuhan gigi:
  1. Pertumbuhan gigi susu pertama dijangka akan berlaku. Dapatkan pemeriksaan gigi sebaik sahaja gigi tumbuh
  • Keselamatan dan pencegahan kecederaan:
  1. Aktiviti bayi anda perlu diawasi setiap masa
  2. Jangan guna 'baby walker' kerana ia boleh menyebabkan kecederaan dalaman dan luaran yang teruk
  3. Jangan beri bayi anda kacang atau alat mainan yang kecil yang boleh menyebabkan tercekik
  4. Pilih alat permainan yang selamat dan sesuai untuk bayi anda 

Hasil Pemerhatian ke atas Naufal Amsyar:
  1. Suka mengeluarkan lidah dan ingin merasa apa saja yang dipegang.
  2. Suka menghisap ibu jari. Pada mulanya yang sebelah kanan je tapi kadang-kadang dua-dua ibu jari kiri dan kanan sekaligus.
  3. Dalam proses nak merangkak, selalu practice angkat punggung.
  4. Kali pertama demam ketika umur 6 bulan.
  5. Sejak sembuh daripada demam, selalu nak didukung.. Alahai manjanya anak Ummi ni. hehehe..
  6. Naufal Amsyar senang dibawa travel ke mana-mana, tak banyak songeh dan jarang buat perangai. Bagus, good boy! Nanti bole jalan-jalan lagi :)
  7. Sudah mengenal huruf hijaiyah (Alif, Ba, Ta etc.)


Semoga menjadi anak yang soleh, Blurpl3

Tuesday 21 May 2013

>> Review : Apply Malaysia Airlines GRADS Card to Enjoy Discounted Airfares

Assalamualaikum wbt.

Blurpl3 just nak share info berkaitan dengan GRADS Card. Kepada sesiapa yang ingin ke oversea especially students sangatlah berguna untuk ada kad ni. 

Untuk isi borang atau form boleh klik (sini). Lepas isi, boleh terus submit on the spot, beserta bayaran RM30. Bayaran untuk kad ni di charge RM30 annually. Boleh walk-in dekat kaunter enrich di KL Sentral. (Tak ingat tingkat berapa..yang pasti dekat-dekat dengan area maybank).

Setelah difikirkan, kiranya berbaloi juga la dengan hanya RM30 kita dapat extra 10kg. Kalau tak nanti kena bayar beratus-ratus kalau terlebih muatan. Maklumlah, sekarang ni semua strict dekat airport. So, be careful ya! Bukan itu saja, nak beli tiket pun boleh dapat diskaun. hehe..

Ni Blurpl3 kongsikan info daripada mr google:

***


This is a very good news for all students who currently studying in Malaysia or abroad. Malaysia Airlines is introducing Student GRADS card to all eligible full time student to enjoy special discount airfares and free 10 KG baggage allowance.
mas grads card for student

Benefits and Privileges of GRADS
1) 50% discount on domestic economy class airfares
2) Free 10 KG baggage allowance. Just present a valid GRADS card at the check in counter to enjoy the privileges.
3) 5% off for purchase of MASholidays packages
4) Airport coach tickets at discounted rates

From KLIA to KL Sentral terminal or vice versaOne-wayReturn
Normal priceRM 10RM 18
GRADS priceRM 8RM 16
From KLIA to a hotel at the city centre via KL Sentral terminal
Normal priceRM 18
GRADS priceRM 16
From any hotel at KL City Centre to KLIA via KL Sentral Terminal
Normal priceRM 25
GRADS priceRM 23

5) KL Hop-On Hop-off coach tickets at discounted rates. The regular price is RM 19 but GRADS price will be only RM 14.
6) Discount for Aquaria KLCC tickets.


Visitors above 18 years oldVisitors below 18 years old
Normal priceRM 35RM 35
GRADS priceRM 23RM 18

To enjoy the discount, please bring your GRADS card upon purchase the ticket at Aquaria KLCC ticketing counter.

How to Apply MAS GRADS Card?

Please be informed that MAS GRADS Card is only open for full-time students above 12 years old with minimum balance of 6 months from date of application. No matter you are studying in local or oversea, you can apply for GRADS card provided your attended school or institution of higher learning is recognized by Malaysia Government.
Now, proceed to download MAS GRADS enrolment form here. After filling the enrolment form, prepare a copy of Identity Card or Passport/Copy of Student ID/Matric Card or Acceptance Letter from eligible higher education institutions during registration at MAS counters.

The enrolment fee is just RM 30 in Malaysia or USD 20 for application outside Malaysia. The validity of GRADS membership is on yearly renewal basis and you can pay with cash, credit card, money order, bank draft payable to “MALAYSIA AIRLINES”. The duly completed application form can be mailed or hands deliver to any of the Malaysia Airlines GRADS customer Services centers. Should you have any enquiries about GRADS, you can contact MAS 24-hour call center as follows:

1)      Within Malaysia – 1 300 88 3000
2)      Outside Malaysia – +6 03 7843 3000

Conclusion:

I was an eligible MAS GRADS card holder many years ago when I was studying in university and I really saved a lot of money using MAS GRADS card to purchase air ticket. Therefore, I recommend all students to apply for GRADS card in order to enjoy discounted airfares if using Mas Airlines or Maswings to fly.

 ***

Tadaaa! Mr Pupl3 punya card dah siap.hehe... 



Buat persiapan, Blurpl3
 

Monday 20 May 2013

>> FYI : 12 Pahala Yang Eksklusif Hanya Untuk Wanita Sahaja


Assalamualaikum wbt

12 Pahala Yang Eksklusif Hanya Untuk Wanita Sahaja


ADA dua perkara yang melekat pada diri wanita. Kemuliaan dan kehormatan 
yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka, bila diterapkan secara berkesan 
oleh kaum wanita, akan semakin membuat mereka dihormati oleh kaum Adam. 
Berikut ini beberapa kemuliaan kaum wanita yang diberikan Allah.

Pertama
Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada 70 orang wali atau lelaki 
soleh, tetapi seorang wanita yang buruk akhlaknya lebih buruk daripada 
1000 lelaki yang buruk akhlaknya.

Kedua
Seorang isteri yang pandai menghibur suaminya yang sedang dalam keadaan 
gelisah, ia akan mendapatkan pahala separuh dari pahala jihad.

Ketiga
Seorang wanita yang sedang hamil, lalu dia menunaikan solat 2 rakaat maka 
kebaikan yang diterimanya lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak 
hamil.

Keempat
Seorang wanita yang meninggal dunia dalam tempoh waktu 40 hari setelah 
melahirkan anak, maka ia akan mendapat pahala seperti halnya seorang 
lelaki gugur syahid.

Kelima
Jika seorang anak menangis pada malam hari dan ibunya tidak memarahinya, 
bahkan memujuknya, ibu itu akan mendapat pahala ibadah.

Keenam
Jika pada malam hari seorang wanita tidak dapat tidur kerana mengurus 
anaknya yang sakit, Allah akan memberinya ganjaran setimpal dengan usaha 
memerdekakan 20 orang budak.

Ketujuh
Seorang wanita yang bangun pada malam hari untuk menyusukan 
anaknya, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan ia akan diberi 
pahala seperti pahala orang yang mengerjakan ibadah selama 12 tahun.

Kelapan
Apabila seorang wanita menyapu rumahnya sambil berdzikir, Allah akan 
memberikan kepadanya pahala seperti menyapu halaman di sekitar Kaabah.

Kesembilan
Seorang isteri yang memotivasi suaminya untuk berjuang di jalan Allah, 
dan ia ikhlas untuk menanggung penderitaan kerana ditinggalkan suaminya, 
maka Allah akan memasukkannya ke syurga 500 tahun lebih awal sebelum 
suaminya, dan wanita itu menanti di pintu surga.

Kesepuluh
Seorang wanita yang memerah susu lembu dan diawali dengan kalimat “Bismillahirrahmanirrahim”, maka Allah akan memberikan keberkatan rezeki 
bagi penduduk rumah tersebut.

Kesebelas
Seorang isteri yang mengerjakan solat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan 
menjaga amanah suaminya, maka Allah akan memasukkannya ke syurga 
dari pintu mana saja yang ia sukai.

Keduabelas
Ketika nanti di syurga, semua penghuni syurga akan menemui Allah tergantung 
dengan kuantiti dan kualiti amalnya di dunia. Tapi, bagi seorang wanita yang 
memelihara dirinya dari pandangan lelaki yang bukan mahramnya, Allah sendiri 
yang akan menemuinya. Namun jika wanita itu memandang lelaki yang bukan
mahramnya dengan pandangan yang mengundang syahwat, Allah akan mengutuk 
wanita itu.

wallahualam.

Khas buat wanita, Blurpl3

Friday 17 May 2013

>> FYI : Rugiiiiiiiii Tak Baca Al Quran

Assalamualaikum wbt.

Video ni, Blurpl3 dapat di laman muka buku..
Yang di post oleh kawan-kawan.
Sekali dengar, rasa terkena pada batang hidung sendiri..

Tak mengapa,
demi kebaikan, Blurpl3 redha.
"Berkatalah benar, walaupun ia pahit"

Pesanan untuk diri sendiri juga buat seluruh umat Islam yang dikasihi

Dengarkan ye (dengan hati yang terbuka) :-)




Wednesday 15 May 2013

>> Wordless : British vs American English

Assalamualaikum wbt.

Erm, patutlah bunyi yang berbeza tapi membawa maksud yang sama. hehehe..

Ini rupanya..

Take a a look everyone!


Baru tahu, Blurpl3

Monday 13 May 2013

>> In-out : Happy Mother's Day vs Happy Nurse Day

Assalamualaikum wbt.

Selamat Hari Ibu buat Mama, Mak dan saya. hehehe... juga para ibu di seluruh dunia.
Selamat Hari Jururawat buat Mak dan adik Mira.

Kebetulan, hari yang sama untuk 2 jenis event ni semalam, 12 Mei 2013. Ni kali pertama Mrs Purpl3 sambut Hari Ibu.

Bukan hari ni saja malah tiap-tiap hari merupakan HARI IBU.
Kena hargai jasa-jasa dan pengorbanan insan bernama ibu. Tanpa mereka yang melahirkan kita, siapalah kita..

"Syurga isteri terletak pada seorang suami, Syurga suami terletak pada seorang ibu"

Perlu sentiasa kita ingat tau..



Tak lupa juga, hari ni hari jururawat. Kita juga perlu ingat jasa-jasa mereka membantu kita apabila diperlukan sewaktu di hospital atau klinik atau pusat perubatan dan sewaktu dengannya.

Indahnya hidup ini, jika kita saling hormat-menghormati antara satu sama lain..

p/s:

" Terima kasih mama, telah melahirkan, menjaga dan mendidik kakak hingga sekarang. Terima kasih juga buat Mak kerana melahirkan, menjaga dan mendidik abang, dan kini telah bergelar suamiku dan abi buat anakku. Jasa kalian tidak terhingga. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian berdua wahai insan hebat bernama Mama dan Mak. "



Lots of LOVE, Mrs Purpl3

Friday 10 May 2013

>> Rewind : Tekan Tubi Mini Exercise

Assalamualaikum wbt.

Hari ni Blurpl3 nak update simple post je.
Tentang our genius aulad, Naufal Amsyar.
Ketika ni, usianya 5 bulan lebih.

Presenting...

Tekan Tubi Mini Exercise sambil mendengar lagu favourite iaitu VCD Al-Furqan. hehehe :D


Untuk tatapan bersama ummi, abi, pak sedara, mak sedara, atuk, nenek, tok, wan etc. yang kejauhan di kampung. (macam la jauh sangat kan.hehehe..). 

Rindunya la dekat sikecil comel ni. Ummi baru je lepas called Mama Yus (babysitter Naufal Amsyar), katanya Naufal Amsyar tengah tidur, baru lepas minum susu. :-)

Tak sabar rasanya nak balik jumpa sicomel ni..

*** Semoga Naufal Amsyar membesar dengan sihat, beriman dan beramal soleh, in shaa Allah *** 


Yang kerinduan anak, Blurpl3 


Thursday 9 May 2013

>> FYI : Kemuliaan Ibu Mengandung Dalam Islam

 Assalamualaikum wbt

  Gambar hiasan


1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.

Sumber : sini 


Buat wanita, Blurpl3
 

Wednesday 8 May 2013

>> Rewind : PRU 13

Assalamualaikum wbt.

Kini, berakhir sudah PRU13 (05.05.2013). Yang merupakan sebahagian daripada cerita panas dekat media massa. Terutama sekali dalam tv, radio, media sosial seperti FB dan sebagainya.

Kadang-kadang naik pening kepala dan stress pun ada dek macam-macam status dan juga 'page share'yang dikeluarkan oleh kawan-kawan sekalian. Blurpl3 just ignore je la.. tak boleh nak komen lebih-lebih sebab diorang pun post pun dekat timeline masing-masing. huhuhu..(jangan memandai post dekat timeline atau tag dekat Blurpl3 sudah la, i don't like!). 

Masing-masing punya persepsi yang berbeza. Yang mana betul, yang mana salah.. Hanya Allah yang lebih mengetahui. Kita persoal banyak-banyak pun, takde jawapan yang tepat dan akhirnya terbalik pada diri sendiri kan.. 

Dunia politikus sangatlah unpredicted. Malas nak berbicara tentangnya.

Tahun ni tahun ke-2 Blurpl3 layak mengundi. Tahun pertama pada ialah 2008. Ada juga yang kata hari mengundi ni hari inai dijari (EH! hari dakwat dijari la.hahaha :D)

Apapun menjelang PRU13, bumi Malaysia dihujani pelbagai bendera parti yang kelihatan berwarna-warni. Menarik juga! hehehe... Siap ada yang buat replika lagi macam kereta kebal, wau bulan, meriam, kapal selam etc. (dah tak teringat sebab banyak sangat diorang display kat tepi jalan). Kreatif sungguh rakyat Malaysia. Malaysia BOLEH! Korang setuju tak? hehe..

Untuk next PRU14, kenalah tunggu 5 tahun lagi. In shaa Allah, panjang umur bolehlah mengundi tapi tak tau lah dekat mana masa tu.





Blurp3 suka dengan status Farah Lee di FB:

Macam ni bunyinya...

'' Tahniah kepada semua calon yang menang PRU-13. Selamat berkerjasama memikul tanggungjawab sebagai pemimpin. Amanat besar dari Allah, harapan besar pada rakyat.

Begitu juga kepada calon yang tidak berjaya, tiada alasan untuk anda berhenti berbakti kepada nusa dan bangsa. Termasuk kita rakyat jelata. Tanggungjawab kita juga memakmurkan negara.

Jom kita jadi rakyat yang sama-sama berusaha dan tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan serta keharmonian Malaysia.

p/s: kepada yang nak meluahkan pendapat, mohon komen dgn rasional, takut terbuka kejahilan dan aib sendiri. Be 'matang' :)
''

Jom, kita sama-sama doakan Malaysia terus maju, aman, makmur, sejahtera sampai bila-bila. Peace no war (^______^)


Yang masih belajar dan terus belajar, Blurpl3


Friday 3 May 2013

>> FYI : 50 Perkara Dari Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


Assalamualaikum wbt.

Blurpl3 just nak share dekat sini 'hadiah istimewa Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary untuk orang Melayu muslim'..

untuk KITA semua =)




1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .

30. Kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Sumber: sini

Inspirasi, Blurpl3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...