BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 3 April 2012

>> FYI: Karier Wanita Dalam Fiqh al-Qaradhawi


Dr Yusuf al-Qaradhawi ditanya:"Apa hukum wanita bekerja? Iaitu bekerja di luar rumah sebagaimana lelaki? Bolehkah wanita berkerjaya? Bukankah kewajipan wanita berada di  dalam rumahnya?"

Syeikh al-Qaradhawi menjawab: Allah Memberi Tanggung Jawab Kepada Manusia dengan Kerja (Amal). Wanita adalah manusia sebagaimana lelaki. Lelaki sebahagian daripada wanita dan wanita sebahagian daripada lelaki.


Sebagaimana firman Allah SWT, "Sebahagian kamu adalah keturunan daripada  sebahagian yang lain." (Ali Imran: 195).             

Allah menciptakan manusia untuk bekerja, bahkan Dia ingin tahu siapa yang membuat kerja (amal) secara terbaik.


"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) " (Surah al-Mulk, ayat 2).


Keperluan Ummah dan Dunia Kepada Tenaga Wanita

Wanita sebagaimana lelaki dibebani untuk bekerja (amal). Dan kerja yang dilakukan dengan terbaik akan memperolehi hasil terbaik. Firman Allah SWT, "Rab (Tuhan) mereka memperkenankan (permohonan) mereka.

Allah berfirman):"Aku (Allah) tidak akan mempersiakan amalan orang yang beramal di kalangan kamu, baik lelaki mahupun perempuan; sebahagian kamu berasal daripada sebahagian yang lain."   

Wanita sebagaimana yang dikatakan selalu adalah sebahagian daripada komuniti manusia. Tidak boleh dibayangkan bagaimana Islam kehilangan sebahagian dari komunitinya (jika semua wanita tidak berkerja), lalu dinyatakan sebagai agama yang jumud dan stagnan ('down', terhenti, membosankan), yang hanya mengambil dari kehidupan tetapi tidak memberi kepada kehidupan, hanya mengkomsumsi (menjadi pengguna) akan tetapi tidak berproduksi (menjadi pengeluar).

Fiqh Prioriti: Mendidik Generasi Adalah Kerja Utama Wanita

Pekerjaan wanita yang pertama dan utama adalah mendidik para generasi. Allah SWT telah menyiapkan jiwa dan fizikal wanita untuk melakukan tugas ini. Kerana itu, sebaik-baiknya kita hendaklah tidak menyibukkan wanita dengan kesibukan lain, sehingga memalingkan wanita dari tugas mulia ini. Tidak seorang pun mampu menggantikan kedudukan wanita dalam tugas mulia ini. Di tangannyalah bergantung kehidupan umat manusia.

Moga rahmat Allah tercurah kepada al-Hafiz Ibrahim yang telah bersyair:I bu adalah madrasah (sekolah), jika engkau mempersiapkannya. Beerti engkau telah mempersiapkan bangsa yang hebat dan kuat.         
       
Pekerjaan utama tersebut ialah tugasnya menguruskan rumah tangga, membantu suaminya, membentuk keluarga bahagia yang tegak di atas kedamaian, kasih sayang dan rahmat. Disebutkan dalam ssatu riwayat bahawa pekerjaan terbaik wanita adalah menyiapkan keperluan suaminya untuk pergi berjihad.

Hukum Mengharuskan Wanita Keluar Berkerja. Huraian di atas tidak bermakna haram bagi wanita berkerja di luar rumah. Hukum haram hanya boleh ditetapkan dengan nas sahih dan jelas maknanya. Sebagaimana diketahui bahawa, setiap perkara adalah boleh hukumnya kecuali ada dalil yang mengharamkannya.              

Sumber: iluvislam.com


Sekadar berkongsi, Mrs PurpL3

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...