BlurpL3 FOLLOWERS

Friday, 17 February 2012

>> In-Out : Nota Hari Lahir


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan..Actually, hari ni hari lahir Miss PurpL3. hehehe. .

Terima kasih abah & mama kerana telah membesarkan, menjaga & memberi kasih sayang tak terhingga dari dulu sampai sekarang. Sesunggahnya, hanya Allah yang mampu jasa-jasa kalian terhadapku..

Terima kasih juga buat adik-adikku yang semuanya hero belaka, kerana memahami & take care each other..

Terima kasih juga buat insan pilihanku, Mr Blu3..Thanks 4 always be by myside. Semoga dipermudahkan Allah segala urusan kita..

Terima kasih juga buat semua kawan-kawan yang dekat atau jauh, ex-skjht (2), ex-skptd, ex-sktr, ex-smksb, ex-kmpp, ex-umt, ex-fmbiosis, upm (still), semua blogger atau sesiapa yang kenal Miss Purpl3..Thanks for all your wishes.


Bersyukur sangat dikelilingi dengan kalian semua..Moga ukhwah kita berpanjangan dan dalam redha Allah =)


coretan hati, Miss PurpL3

Thursday, 16 February 2012

>> Save The Date 25.02.12


Assalamualaikum semua.. Apa khabar? Semoga sentiasa dalam rahmat dan 
perlindungan Nya..InsyaAllah

Bertepatan dengan tajuk di atas, dengan penuh rasa kesyukuran dan rendah diri, Blurple ingin menjemput anda semua ke majlis perkahwinan kami pada 25 Februari 2012 (Sabtu). Details adalah seperti berikut:

Tempat:
WNS HOMESTAY, 
2175-A, Jalan Mahkota Off Lebuhraya Darul Aman, 
05250 Alor Star, Kedah

Aturcara Majlis: 
Jamuan Makan 12 Tgh - 5 Ptg
Turut Mengundang: Seisi Keluarga


map ke lokasi majlis perkahwinan



Semoga kehadiran dan doa restu kalian dapat memeriahkan lagi majlis serta diberkati Allah :-)

Jemput ye semua, Blurple

Wednesday, 15 February 2012

>> FYI : 6 Sebab Beruntungnya Jadi Perempuan





Renungan untuk B2b, Ex-B2B dan reader sekalian. Kadang-kadang sebagai perempuan kita merungut dan mengeluh kenapa perlu mengandung 9 bulan, kenapa bla...bla...Jadi mari renung-renungkan hikmah disebalik semua ini......


1.) Dia bekerja dengan Allah jadi 'kilang'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya Lahir saja bayi, seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid. Allah izinkan terus masuk Syurga.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami : Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami, dia tak tanggung.


5.) Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.


SUMBER DARI MYLOVELY-FIDA


Redha itu ikhlas, Pasrah itu menyerah..
Blurpl3...

Tuesday, 14 February 2012

>> Review: Cuti Kahwin



Assalamualaikum semua, apa khabar? Pagi-pagi lagi dah buat entry tentang cuti kahwin. Nampak sangat nak bercuti kan..hehehe. Baru je apply semalam, harap2 dapat approval daripada Bos Besar & Bos Kecik. hehehe..Bos Besar cakap dia akan cuba datang kenduri Blurple dekat Alor Setar dengan family dia..hehehe..Cukup ke kalau apply cuti 6 hari je tak termasuk cuti weekend? Al-maklumlah cuti tak banyak. huhuhu. Kalau ikutkan hati rasa nak apply cuti lama sedikit. Boleh la relax2 dengan family semuanya..

Semoga dipermudahkan semuanya..InsyaAllah (^_^)



Ingin bercuti, Miss PurpL3

Sunday, 12 February 2012

>> Review : Dilemma Handbouquet T_T

Yang mana satu pilihan hati? huhuhu..Kekonfiusan melanda :-(

(a)

 (b)

sumber (a+b): intanorazam

(c)

sumber (c) : renee

 (d)

(e)
sumber (d+e): glory jane

(f)

sumber (f) : Q



Perlukan bantuan, Miss PurpL3

Saturday, 11 February 2012

>> Review : 2 weeks to go

Only 2 weeks left! Updated checklist is back.. Banyak checklist yang harus diupdate dari semasa ke semasa. InsyaAllah, moga dipermudahkan oleh Allah segala urusan. 

Berikut merupakan checklist terkini (sumber rujukan daripada blog b2b yang lain..TQ :-)) yang telah diupgrade daripada yang lepas

1.Tarikh:
Nikah: 24 Feb 2012
Resepsi: 25 Feb 2012
Bertandang: To be confirmed

2. Theme & Concept:
Nikah: Cream + Off white
Resepsi: Blue + Purple
Bertandang: To be confirmed

3. Legal documents:
Kursus kahwin: Done
HIV test: Done
Borang kebenaran nikah: Done

4.Venue:
Nikah: WNS Homestay - Deposit RM1k - Balance - Pending
Resepsi: WNS Homestay
Bertandang: Rumah, Felda Ulu Belitong

5.Catering:
Nikah: Sdn. Bhd - Done
Resepsi: Wafti Catering - Booked - Done
Bertandang: Pending

6.Pelamin:
Nikah & Resepsi: Seri Butik Pengantin - Deposit RM200 - Balance - Pending
Decoration: Done
Design: Done
Bertandang: Pending

7.Photographer:
Nikah & Resepsi: Amiralias Photography  - Deposit RM540 - Balance - Pending
Bertandang: Pending

8.Videographer:
Nikah & Resepsi: Wira Visuals - Deposit RM500 - Balance - Pending
Bertandang: Pending

9.Wedding outfits:
Nikah:
Dress: Mixora Collection - In progress, Deposit RM200 - Balance - Pending
Tudung, Veil, Shoe, Accessories: Mixora Collection - Done

Resepsi:
Dress: Zila Ziman - Deposit RM180 - Balance - Pending
Tudung, Veil, Shoe, Accessories: Zila Ziman - Done

Bertandang: Recycle nikah outfits - Done
Tudung, Veil, Shoe, Accessories: Recycle nikah outfits

10.Make-up:
Nikah: Seri Butik Pengantin - Done
Resepsi: Seri Butik Pengantin - Done
Bertandang: Pending

11.Doorgift:
Nikah & Resepsi: Done (TQ tag, in progress)
Bertandang: Pending

12.Bunga pahar/ Bunga manggar/Centerpiece:
Nikah & Resepsi: DIY je - In progress - Partially Done
Bertandang : Pending

13.Hantaran:
Bilangan: 7 & 9

For Miss PurpL3:
1)Cincin & mas kahwin - Pending
2)Eternal beautiful - Done
3)Chocolate - Pending
4)Perfume - Done
5)Telekung - Done
6)Cosmetics/Elysyle Body Basic - Done
7)LD Venus/LD Esteem - Pending

Decoration: DIY je - Partially done

For Mr Blu3:
1)Cincin - Pending
2)Wallet/Belt - Pending
3)Chocolate - Pending
4)Perfume - Pending
5)Baju - Pending
6)MRT Set/Guasa Set - Pending
7)Galaxy Tab - Done
8)Watch - Pending
9)Secret - Done

Decoration - Done

14.Cincin kahwin:
For Mr Blu3 & Miss Purpl3 - To be confirmed

15.Invitation card:
-1000 pcs - Kanda & Dinda Wedding Cards
- Design - Done
- Printing - Done
- Custom made rubber stamp - Blackred Art Studio - Done

16.Cake:
Nikah & Resepsi: Rizaida Home Bakery - Booked - Done
Bertandang: Pending

17.Jurunikah/Pembaca doa/Tok Imam/Kadi:
Nikah & Resepsi: (Abah's task) - Done
Bertandang: Pending

18.Handbouquet:
Nikah & Resepsi: Pending (Fresh flower/artificial flower/DIY??)
Bertandang: Pending

19.Guest list:
Nikah & Resepsi: In progress
Bertandang: To be confirmed

20.MC/Kompang/Entertainment:
MC: Included in homestay package - Done
Kompang: Included in homestay package - Done
PA System: Included in homestay package - Done
Script MC: Pending
CD of songs: In progress

21.Pengapit/Bridemais/Bestman:
Nikah & Resepsi: xy, xx
Dress: Done
Color: Dark Purple

Bertandang: Pending

22.Dresses for family:
Nikah & Resepsi:
His family - Light purple - Done
Her family - Dark Blue turquoise - Done
Corsage - Name tag or sticker - Pending

Bertandang: Pending

23.Bilik Pengantin:
Katil: Done
Decoration: DIY - In progress

24.Signage:
Nikah & Resepsi: Done
Location: Done
Design: Pending


Bertandang: Pending

25.Banner/Bunting:
Nikah & Resepsi: Cheapcheap Design
Location: Done
Design: Done
Printing: Booked

26.Facial/Spa: Redeem voucher - Partially done (1 voucher left!)
     Inai: Pending

27. Pre-Wed Photoshoot: Done
Photographer: DMZ Design
Theme: Suka hati..hehehe
Outfit: Casual
Location: Taman Botani, Putrajaya
Date: 18/12/11

28.Honeymoon: KIV - any suggestion?? hehehe

29. Guestbook Corner: DIY je - Partially done (only guestbook left!)
                                 Template - Done
                                 Guestbook Cover - Pending


Oleh itu, kena berusahalah jawabnya..hehehe

usaha tangga kejayaan :-), Blurple

Friday, 10 February 2012

>> FYI : Iktibar daripada Sebatang Pensel


Assalamualaikum semua, jom luangkan sedikit masa untuk baca dan hayati kisah ini. Semoga menjadi iktibar buat kita semua. InsyaAllah..

Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis. "Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?"

"Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu ialah pensel ini."
"Apa yang istimewa tentang pensel ini?" tanya si anak.

"Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?"

"Ya, ibu."

Pertama, pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah SWT. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

Kedua, ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

Ketiga, pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun, kita boleh memadamkan dan membetulkan tulisan ini semula. Begitulah yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

Keempat, tahukah anak ibu mana lebih penting; luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon didalamnya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

Kelima, pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain.  Ibu berharap kau akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.

Inilah antara kata-kata yang baik untuk si anak membawa prinsip yang positif. Wahai ibu bapa, jangan berputus asa. Apa sahaja kata-kata semangat yang kita ulang-ulangkan kepada anak-anak (walau nampak seperti mereka tidak mengendahkan) pasti akan memberi bekas dalam jiwa mereka.


Wallahua'lam..


Sumber: Majalah Solusi #35-31


Pedoman bersama, Blurple

Thursday, 9 February 2012

>> FYI : Muhasabah Diri Sebelum Kahwin



Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.


Wallahua'lam..


Renungan bersama, Blurple

Wednesday, 8 February 2012

>> Rewind : Hadiah Rafhanah's Giveaway


Alhamdulillah, dah selamat terima hadiah daripada Rafhanah Year End Giveaway. Thanks Rafhanah sebab anjurkan Giveaway ni. Thank you so much & Do keep in touch =)

Syukur, Blurple
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...