BlurpL3 FOLLOWERS

Wednesday, 20 February 2013

>> Review : Perkembangan Naufal Amsyar #3 bulan

Assalamualaikum semua,
Apa khabar?
Sedar tak sedar, rupanya sudah 3 bulan usia Naufal Amsyar.
Makin chubby, bersemangat dan bijak sekarang anak Ummi dan Abi ni..
Semoga terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh ya.. Ameen Ya Rabb
Ummi pun sudah mula masuk kerja, walaupun kerja fikiran ni sentiasa teringat apalah yang anak Ummi tengah buat sekarang ni.
Kalau lah boleh bawa baby sekali duduk kat sebelah ni, kan best.hehehe.. =p

Seperti biasa Ummi dan Abi perlu membawa Naufal Amsyar ke Klinik Kesihatan untuk check up 3 bulan,  

Hasilnya seperti berikut:

  • Berat: 6.2 kg
  • Panjang: 62 cm
  • BMI: 16.1
  • Lilitan kepala: 38 cm
  • Tindak balas: aktif
  • Warna bayi: normal
  • Jaundis: Nil
  • Penilaian penyusuan: breastfeeding on demand
  • Imunisasi: Diap / HIB / IPV - Dos2
Notes:
  •  Leher bayi tegak apabila didukung
  • Bayi menggerakkan semua anggotanya dengan baik (terutamanya kaki, tangan)
  • Bayi berkukur atau mengekek (terutamanya apabila bersembang dengan Ummi dan Abi, sewaktu belajar Alif Ba Ta)
  • Bayi terkejut pada bunyi kuat (ketika bersin pun Naufal Amsyar terkejut)
  • Bayi membalas senyuman (terutamanya ketika namanya dipanggil)
  • Bayi memandang muka anda (terutamanya ketika breastfeeding)
Bimbingan awal:
  • Luangkan masa untuk bermain dan bercakap dengan bayi anda
  • Pilih alat permainan yang selamat dan sesuai untuk bayi anda

 saya sudah 3 bulan sekarang :-)


 Ummi dan Abi, Blurpl3
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...