BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, 22 October 2011

>> Promosi & Diskaun. Jimat & Berbaloi-baloi!!!


Semakin dekat hari yang bersejarah ni semakin gemuruh pula. Bukan apa, semakin banyak perkara yang perlu diselesaikan. Kalau tidak, kelam-kabut pulak jika buat disaat-saat akhir. Kos pula kena ambil kira. Mesti la nak dapatkan perkhidmatan yang bagus dan murah. Jadi, kena la pandai cari. Satu kredit kalau dapat perkhidmatan yang top, kelas lagi murah. Kalau orang tengok mesti cakap barang atau perkhidmatan ni mahal walhal sebenarnya murah lagi berkualiti.

Nak cari bukan senang dan tidak susah juga. Kalau kena caranya dapatlah apa yang kita inginkan yang kelihatan gah dan mahal tapi murah sebenarnya. jadi Mr.Blu3 pun cari-carilah di internet ni. Sebenarnya banyak perkhidmatan di luar sana yang memberikan promosi dan diskaun. banyak Mr.Blu3 tengok web-web yang menyediakan perkhidmatan ni contohnya;
Satu perkhidmatan ni telah Miss pUrpl3 booking (TQ Sayang..). Photoshoot untuk Pre-Wedding. Memang berbaloi-baloi. Dapat diskaun sampai 67%. Harga asal RM450 dan selepas promosi dapat la harga RM150. Murah bukan? Selain tu gambar-gambar yang di shot oleh photographer ni pun cantik-cantik. boleh tengok di sini. Itu yang tak fikir dua tiga kali. Terus saja sambar.hehehe.... Biasanya untuk Pre-Wedding photoshoot ni jika harga pasaran dalam lingkungan RM300 ke RM500. Jadi disini kami dah jimat. Tinggal nak tebus sahaja Kupon ni. Ini pun satu hal, banyak benda nak kena fikir untuk Pre-wedding photoshoot ni antaranya;
  1. Apa tema nak guna.Mr.Blu3 kaji macam-macam tema orang pakai sampai tidak tahu nak guna tema apa. Jadi Mr.Blu3 serah kan sahaja pada Miss pUrpl3. Hehehe...
  2. Dimana nak buat photoshoot. Memandangkan Photographer ni di kawasan Seri Kembangan dan Miss pUrpl3 pun tinggal di kawasan Serdang, rasanya mungkin buat berdekatan situ. Mungkin dalam UPM ataupun di Putrajaya.
  3.  Apa prop nak guna. Ni satu lagi yang memeningkan. Apa-pun nanti bincang dengan Miss pUrpl3 la. Dah tentukan tema, boleh la tentukan prop apa nak guna. Betul tak?
  4. Bila nak buat. Entah la? Kupon ni ada due date untuk tebus. Harap-harap sempat la sebab sejak akhir-akhir ni sibuk dan banyak benda nak kena settlekan.
Selain tu web-web di atas tu banyak buat promosi lain. untuk melancong (kalau dapat murah pergi honeymoon pun boleh ;p) Spa & kecantikan ( Miss pUrpl3 boleh la manjakan diri sebelum hari bersejarah) hiburan dan servis-servis lain.



Jadi kalau pandai mencari, perkhidmatan yang tip top kita boleh dapat dengan harga yang jauh lebih murah dan berbaloi-baloi...

Yang sibuk bebenar, Mr.Blu3
p/s : kadang-kadang tu cemburu tengok blogger-blogger lain dapat percuma sebab masuk peraduan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...