kurma..buah kegemaranku
Assalamualaikum wbt untuk semua kawan-kawan blogger dan juga silent reader. Dah lunch ke? Harap semuanya sihat walafiat. Kali ni Blurpl3 nak share info berkenaan dengan buah kurma. Sejak mula preggy sehingga ke bulan puasa sehinggalah ke sekarang, Mrs Purpl3 amat suka makan buah kurma. Sewaktu preggy ni lah rasa nak mengunyah saja. Itu yang sediakan buah kurma siap-siap, dalam beg, dekat office, dekat rumah. So, apabila rasa nak mengunyah terus capai je buah kurma ni. hehehe... Disamping banyak khasiat yan boleh diperolehi daripadanya kan...
jenis-jenis buah kurma
Rupa-rupanya, buah kurma ni terdiri daripada pelbagai jenis, saiz dan bentuk. Rasa buah kurma juga agak berlainan antara satu dengan yang lain. Blurpl3 suka buah kurma yang rasanya tidak terlalu manis dan kering. Kebiasaannya, buah kurma yang jenis basah agak manis rasanya. Betul tak??
pokok kurma
Ini pula, pokok buah kurma.. dapat tengok dalam gambar je la. Kalau diberi kesempatan nak tengok secara realiti. Baru best kan? InsyaAllah, semoga dimakbulkan Allah niat dihati ni =)
kurma yang Blurp3 pernah jual sewaktu bulan Ramadhan yang lalu :)
Bersempena bulan Ramadhan, yang lepas Blurpl3 ada juga buat bisnes buah kurma ni.hehehehe.. Buah kurma Arab. Rasanya tidak manis dan tidak tawar. Just nice! Yang specialnya buah kurma ni tiada lemak trans, tiada pengawet, tiada pewarna, tiada kolesterol & tiada perisa tiruan. Alhamdulillah, rezeki di bulan Ramadhan .. laris juga la ;)
Khasiat Kurma:
1- Sabda Rasulullah SAW:
"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya"
Mengamalkan makan buah kurma ketika mengandung adalah amat baik sekali kerana ini akan memudahkan ketika melahirkan nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.
Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.
2- Penemuan kajian
sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium
telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an
dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang
semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah
ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia
antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan
berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
3- Unsur zat besi
dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi
bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu,
maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya
juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan
sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma
antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma
tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain
dan otak.
4- Hadis juga menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
5- Jadi bagi
orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga
dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan
harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian.
Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.
6- Ruthab (kurma basah) mencegah terjadinya pendarahan bagi
perempuan-perempuan ketika melahirkan dan mempercepat proses pengembalian
posisi rahim seperti sedia kala sebelum waktu hamil yang berikutnya. Hal ini
kerana dalam kurma segar terkandung hormon yang menyerupai hormon oxytocine
yang dapat membantu proses kalahiran.
7- Kurma diangkat tinggi
oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.
Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0
hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini
menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi.
Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah
serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai
fruktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak
boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim
sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
8- Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang Maghrib atau terawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu.
9- Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi. Selain itu, ia mengandungi pelbagai zat galian dan yang paling banyak ialah potassium. potassium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf. Kurma adalah sumber terbaik potassium.
http://permai1.tripod.com/kurma2.html
http://myibrah.com/khasiat-kurma-pada-ibu-mengandun
Sharing is loving, Blurpl3
No comments:
Post a Comment