Assalamualaikum wbt.
kali ni Blurpl3 nak share info Kelebihan Minum Air Kosong yang diperoleh dari salah satu laman muka buku.hehe.. Tapi pastikan air kosong atau air putih yang diminum tu betul-betul bersih, selamat, suci lagi murni tau..
Nak tau samaada air kosong atau putih yang korang minum tu selamat ke tak? nantikan update entry seterusnya ye :-)
Jom, baca bersama-sama:
1.
Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.
2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon
estrogen pada kaum Hawa.
3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem
pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran
kalori juga akan berjalan dengan efisien.
4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga
dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.
5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk
menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.
6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai
zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan
beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini
kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.
7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat
ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air
putih.
8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun
sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu
memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran
darah dan sistem pernafasan.
Sumber: sini
powerful knowledge, Blurpl3
No comments:
Post a Comment