Assalamualaikum dan apa khabar semua kawan-kawan? Macam mana kehidupan di bulan Rejab ni. Sekarang ni dah 7 Rejab. Sekejap saja masa berlalu.. Kali ni, BlurpL3 nak share sedikit tentang kelebihan bulan Rejab berdasarkan apa yang dibaca.
***
Kalimah Rejab
Kalimah Rejab berasal daripada perkataan "al-Rujub" yang bermakna "al-Ta'zim" (memuliakan). Mudahan inilah hikmah dinamakan bulan ini dengan Rejab kerana orang Arab mengkhususkan pada bulan ini dengan kemuliaan dan penghormatan.
Dinamakan juga bulan "Rejab al-Haram" kerana bulan Rejab adalah di antara bulan-bulan haram "al-Asyr al-Haram" yang diharamkan untuk berperang pada bulan-bulan tersebut. Al-Quran telah menyebutkan tentang bulan-bulan haram pada firman Allah Taala dalam surah at-Taubah, ayat ke-36 :-

Maksudnya :- “Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan Ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa”. [at-Taubah : 36]
Bulan-bulan Haram (asyharul hurum) semuanya empat iaitu bulan Zul-Qaedah, Zul-Hijjah, Muharram dan Rejab. Oleh demikian, disebutkan dalam sabda Rasulullah s.a.w :-
Bulan-bulan Haram (asyharul hurum) semuanya empat iaitu bulan Zul-Qaedah, Zul-Hijjah, Muharram dan Rejab. Oleh demikian, disebutkan dalam sabda Rasulullah s.a.w :-
Ertinya :- “Bukankah, sesungguhnya masa itu berputar seperti keadaan hari Allah menciptakan langit dan bumi, dalam setahun 12 bulan, di antaranya 4 bulan haram, 3 daripadanya berturut-turut : Zul-Qaedah, Zul-Hijjah, dan Muharam. Manakala Rejab ‘Mudhar’ di antara Jamadil Akhir dan Syaban”.
Dinamakan juga “Rejab al-Fard” kerana ia berpisah daripada 3 bulan Haram yang lain. Bulan Zul-Qaedah, Zul-Hijjah dan Muharram datang berturut-turut manakala Rejab tiba selepas 5 bulan berikutnya (selepas bulan Muharram).
Dinamakan juga “Rejab Mudhar”. Datang dalam sebahagian hadis :-

Ertinya :- “Sesungguhnya disandarkan nama bulan ini kepada Qabilah Mudhar kerana mereka begitu memuliakan bulan ini dan memelihara kehomatannya. Maka seolah-olah bulan ini dikhususkan kepada mereka”.
Peristiwa
Pada bulan Rejab, berlakunya peristiwa al-Isra’ wal Mikraj yang merupakan mukjizat yang besar yang dikhususkan oleh Allah Taala kepada Baginda Nabi s.a.w. Al-Quran telah menyebut berkenaan peristiwa Isra’ pada firman Allah Taala dalam surah al-Isra’, ayat 1 :-

Maksudnya :- “Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui. [al-Isra' : 1]
Sepertimana juga menyebutkan berkenaan al-Mikraj dalam surah an-Najm, ayat ke-7 hingga ke-18. Firman Allah Taala :-
Sepertimana juga menyebutkan berkenaan al-Mikraj dalam surah an-Najm, ayat ke-7 hingga ke-18. Firman Allah Taala :-
Maksudnya :-
7.Sedang dia berada di ufuk yang tinggi.
8.Kemudian dia mendekat, lalu bertambah dekat lagi.
9.Maka jadilah dia dekat (pada Muhammad sejarak) dua ujung busur panah atau lebih dekat (lagi).
10.Lalu dia menyampaikan kepada hambaNya (Muhammad) apa yang telah Allah wahyukan.
11.Hatinya tidak mendustakan apa yang telah dilihatnya.
12.Maka apakah kaum (musyrik Mekah) hendak membantahnya tentang apa yang telah dilihatnya?
13.Dan Sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril itu (dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain,
14.(Yaitu) di Sidratil Muntaha.
15.Di dekatnya ada syurga tempat tinggal,
16.(Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya.
17.Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling dari yang dilihatnya itu dan tidak (pula) melampauinya.
18.Sesungguhnya dia Telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) Tuhannya yang paling besar.
Mukjizat al-Isra’ menunjukkan kemuliaan yang tinggi kepada Rasulullah s.a.w dan peristiwa yang mengukuhkan jiwa Baginda di mana Baginda saw dilihatkan kepada kerajaan langit dan bumi. Peristiwa Isra’ juga merupakan berita gembira buat Baginda selepas kehilangan 2 orang penting dalam hidupnya iaitu kewafatan bapa saudaranya, Abu Talib dan isteri tercinta, Khadijah pada tahun yang dinamakan “Tahun Kesedihan” serta selepas perjalanan dakwah Baginda saw ke Thaif yang disambut dengan penentangan dan penganiayaan kepadanya.
Peristiwa Isra’ juga mengingatkan kita kepada Palestin yang terletak padanya Baitul Maqdis dan Masjidil Aqsa yang dijajah serta dirampas daripada ummat Islam oleh Yahudi laknatullah. Juga mengingatkan kita berkenaan tanggungjawab dalam memerdekakan bumi serta membebaskan negara dan manusia daripada kekejaman dan kezaliman. Mengingatkan kita kepada sabda Baginda s.a.w :-

KELEBIHAN BULAN REJAB
Sabda Nabi s.a.w.:
Hendaklah kamu
memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di
hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya’aban bulanku & bulan
Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya’aban dengan malam NISFUnya
Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
Malam awal Rejab
mustajab do’anya. (Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
* Puasa sehari pada
bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari
dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada
bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka
(panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari
pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang
besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
* Puasa lima hari pada
bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada
bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari
pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari
pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari
pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak
ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada
bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim
pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari
pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang
pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari
pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah
Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada
bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal
barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari
seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari
seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari
seperti puasa seratus ribu tahun.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur’an
atas segala Qalam.
Puasa sehari pada bulan
Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
Puasa 10 hari pada
bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi
Sirotalmustaqim di hari kiamat.
Puasa sehari pada
bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
Puasa pada awal Rejab,
pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
Bulan Rejab Syahrullah
(Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat
kepada Allah.
Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
* Diampunkan dosanya
yang lalu.
* Dipeliharakan Allah
umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga
di hari kiamat.
Orang yang lemah dari
berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari
sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti
sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya
seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribukejahatan.
Tiap sehari puasanya
pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan
Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada
atahari seribu kali.
Bulan Rejab bulan
Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana
kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar
bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun
pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah
aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi
dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya
daripada api neraka.
Sesiapa berpuasa
sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
“Telah wajib hakmu
atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak
Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu
daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu.
Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau”.(dari
kitabRaudatul Ifkar)
Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika
disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari
ISRAK-MIKRAJ.
Siapa melapangkan
kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan
Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada
malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.
Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat
ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70
hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur’an dinaik ketika berlalu di Titi
Sirotalmustaqim.
Rejab ertinya ta’zim
(kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana
kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan
rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal
solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada
malamnya.
Demikianlah peri
keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.
REJAB bulan menabur benih.
SYA’ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA’ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA’ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
***
Mari amalkan bersama, BlurpL3
No comments:
Post a Comment