BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 16 May 2012

>> Rewind : Nota Buat Cikgu!



16 Mei - Tarikh yang amat dinanti oleh para guru. Tarikh untuk meraikan dan mengenang jasa-jasa guru. Pada kesempatan ini, BlurpL3 nak mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua guru yang telah bersusah payah, bertungkus - lumus mengajar bermula daripada tadika hinggalah ke peringkat sekarang. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian semua. Buat kawan-kawan yang juga bergelar guru. Selamat hari guru juga ye dan selamat mendidik anak bangsa kita supaya cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia & akhirat. InsyaAllah... 




Khas buatmu guru:

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Karya: Usman Awang, 1979


Cikgu, selamat hari guru!, BlurpL3

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...