BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 11 September 2012

>> Rewind : Baby Bag



[Up to 69% OFF] RM52 for Baby Bag (7 different designs) worth RM169.90 from Sparky Net Enterprise

Assalamualaikum wbt, kawan-kawan blogger dan juga silent reader. Semoga semuanya sihat-sihat selalu ye. Kali ni Blurpl3 nak update tentang salah satu barang kelengkapan 'our little khalifah' iaitu BABY BAG. Sehingga sekarang, jujur dikatakan.. masih banyak yang perlu disediakan oleh ummi dan abi ni. Baru sempat beli sedikit-sedikit. Kawan-kawan Mrs Purpl3 juga pesan "baik kau beli sikit supaya tidak terasa berapa banyak yang kita dah spend untuk beli barang". "Oh macam tu ke?hehe.." Almaklum lah..first timer mom-to-be and papa-to-be ni..banyak lagi ilmu yang dipelajari dan dilengkapi dari segi fizikal dan juga mental. 

Dalam senggang masa waktu rehat dekat office, Mrs Purpl3 sempat lagi browse tentang BABY BAG.. terbuka la website MILKADEAL. Suka beli barang dekat sini sebab ada diskaun.hehehe.. Kualiti pun not bad la. Sejak dari masa untuk wedding lagi Blurpl3 suka jer beli voucher dekat MILKADEAL, GROUPON, MYDEAL dan angkatan dengannya. Kalau pandai cari boleh berjimat juga la..

Finally, lepas tenung punya tenung. Mrs Purpl3 decide untuk beli BABY BAG yang ni. Apa pendapat kawan-kawan? Rasanya worth it kan.. Warna boleh pilih ikut yang mana kita suka. Ada 7 warna kesemuanya iaitu pink, merah, coklat, biru, black with dots, white with dots atau strawberry pattern. Free delivery pula tu ke semenanjung Malaysia. Blurpl3 or course la pilih biru.hehehe...

Yang ni pula details mengenai produknya:

Highlights:

  • Zip top opening
  • Two exterior side pockets for bottles
  • One zipper compartment at the back of the bag for small items
  • Inner compartments for handphone and keys
  • Additional interior compartment for small items
  • Two side hooks for attaching the sling strap
  • Comes with detachable, adjustable cross body sling strap
  • Material: 420d ployester oxford fabric
  • Size: 50cm x 29cm x 15cm
  • Look fashionable while carrying items for your baby
  • 7 Different Designs!
pelbagai gaya untuk bawa baby bag ni. hehehe...
 
  ukuran saiz baby bag

 compartment dalam baby bag

 compartment bahagian tepi



So, ok kan? Blurpl3 try juga survey dekat kedai-kedai baby yang lain.. harganya boleh tahan la. Yang murah ada, yang mahal pun ada. Kalau boleh belilah mengikut bajet masing-masing ye. Jangan membazir. Tak elok tau, amalan syaitan...reminder untuk diri sendiri juga :-)


p/s: baby bag yang diorder belum sampai lagi...semalam diorang start pos. InsyaAllah, harap diterima dalam keadaan yang baik. Nanti dah dapat barangnya, kita share dalam next entry ye =)


mom-to-be & papa-to-be, Blurpl3

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...