BlurpL3 FOLLOWERS

Friday, 26 April 2013

>> Review : Pengalaman Pertama Balik Kampung Menaiki Bas dengan Baby #4 bulan

 comel kan saya?hehehe ;p

Assalamualaikum wbt.

Bak kata pepatah, "Jauh perjalanan luas pemandangan". Betul kan?

Nak kata jauh tu, taklah jauh sangat. Cuma dari Shah Alam ke Alor Star je. hehehe...Perjalanan pulang ke hometown Mrs Purpl3 dengan menaiki bas bersama suami dan anak yang berusia 4 bulan lebih. Pengalaman menarik yang tidak dapat dilupakan. First time menaiki public transport dengan baby. Rasa macam tak percaya je. Pada mulanya, macam-macam terfikir dan risau tetapi Alhamdulillah.. segalanya berjalan lancar.

 wah..seronoknya naik bas.hehehe..

Mood si kecil yang comel juga amat bagus hari  berkenaan. Perjalanan dari Shah Alam ke Alor Star  mengambil masa hanpir 7 jam, bermula 11.45 malam dan tiba kira-kira pukul 6 lebih pagi. Sepanjang perjalanan, Naufal Amsyar sangat behave, minum susu, tidur, senyum-senyum dan rilex je. Apabila berbunyi suara sedikit, ummi terus bagi minum susu. hehehe.. Ummi tak nak biarkan Naufal Amsyar menangis lama-lama takut nanti mengganggu orang lain dalam bas.

Untuk perjalan kali ni juga segala barang keperluan yang dibawa Blurpl3 packing sepadat-padatnya. Yang mana boleh dikurangkan akan cuba dikurangkan. Bawa yang minimum saja. Macam mana nak bawa beg banyak-banyak dengan baby lagi kan? Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan kami.
time ni dah sampai stesen bas larkin. sejuknya, almaklumlah awal pagi.huhuhu..

Setelah sampai di Alor Star, Mama Mrs Purpl3 telah siap menanti ketibaan kami sekeluarga. Rindunya.. Baru sebulan tak balik kampung dah rasa macam lama sangat. Kalau duduk jauh-jauh mcam mana la agaknya kan? Tetapi tak risau sangat sebab sekarang ni teknologi dah canggih. Skype, Facebook, Blogspot, WeChat, Whatsapp, YM semuanya ada. Pilih lah mana satu yang berkenan dihati :)


sikit je beg Blurpl3 bawa kali ni. bawa sepadat-padatnya

Dipendekkan cerita, perjalanan pulang dari Alor Star ke Shah Alam pun begitu juga. Mudah, tak sesukar yang dijangka. Alhamdulillah syukur padaNya. 

Cuma yang berbeza ialah waktu Blurpl3 bertolak. Jika dari Shah Alam ke Alor Star, Blurpl3 bertolak 11.45malam tetapi dari Alor Star ke Shah Alam pula pada pukul 1 tengah hari. Si comel Naufal Amsyar juga behave seperti biasa. Bagus sungguh anak Ummi dan Abi ni. Lain kali boleh bawa pergi jalan-jalan ke tempat yang jauh pula ye :D
Haa.. seriousnya muka Naufal Amsyar. hihihi


 
 Kesian anak Ummi, sampai tertidur (-_-)


 
3 of us


Till Then, Blurpl3





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...