Assalamualaikum wbt.
Begitu cepat masa berlalu.
Dalam sedar tak sedar dah 5 bulan si comel Naufal Amsyar.
Dah macam-macam telatahnya sekarang ni. Terhibur rasa Ummi dan Abi.
Seperti biasa Ummi dan Abi perlu membawa Naufal Amsyar ke Klinik Kesihatan untuk check up 5 bulan.
Hasilnya seperti berikut:
- Berat: 6.9 kg
- Panjang: 66 cm
- BMI: 15.8
- Lilitan kepala: 41 cm
- Tindak balas: aktif
- Warna bayi: normal
- Jaundis: Nil
- Penilaian penyusuan: breastfeeding on demand
- Imunisasi: Diap / HIB / IPV - Dos 3
- Bayi boleh mengawal kepalanya ketika ditarik dari keadaan baring ke duduk (Naufal Amsyar sangat pandai mengawal kepalanya. Tegak je..hehe)
- Bayi boleh meniarap dan menelentang (Sangat aktif meniarap, pantang letak berbaring, terus meniarap)
- Bayi boleh menggenggam objek (Sekarang ni, Naufal Amsyar dah pandai menggenggam objek, antaranya teether, bantal kecil, tarik baju ummi, tarik rambut ummi)
- Mata bayi mengikut pergerakan objek (Saja je Ummi alihkan flash card, Naufal Amsyar ikut je ke mana flash card tu pergi)
- Bayi bertindakbalas dengan bunyi (Apabila dengar lagu video alif ba ta, terus Naufal Amsyar senyum-senyum. Dah tau lagu favourite dia la tu.hehehe..)
Bimbingan awal:
- Kebersihan diri
- Pemakanan
- Pertumbuhan gigi
- Keselamatan dan pencegahan kecederaan
Hasil Pemerhatian ke atas Naufal Amsyar:
- Amat cekap meniarap. Pantang diletak berbaring, terus meniarap.hehe..
- Tangan pun dah mula kuat. Boleh mengangkat badan sendiri sewaktu meniarap.
- Punggung dan kaki asyik bergerak-gerak sewaktu meniarap walaupun tidak beralih ke kiri atau ke kanan.
- Suka menghisap ibu jari.
- Tangan dan jari sudah mula boleh menggenggam objek.Kalau pegang jari sesiapa pun mesti nak bawa masuk mulut. hehe..
- Sudah mula belajar nak bercakap. Macam-macam bunyi ada. Pandai memberi respon ketika Ummi dan Abi bercakap dengannya.
- Lebih suka duduk atau berdiri berbanding berbaring atas tilam.
- Sentiasa tersenyum apabila nama dipanggil. Pandai sungguh Naufal Amsyar...
- Kuantiti susu yang diminum pun dah bertambah daripada 15 oz ke 24 oz sekarang (8am-6pm)
- Lebih suka breastfeeding berbanding botol, jika Ummi di rumah (walaupun Ummi mahukan anak Ummi ni belajar guna botol)
- Dah mula pandai guna taktik terbaru nak bagi tau Ummi yang dia lapar (tarik & selak baju Ummi.heheh..)
- Dah mulai kenal Ummi dan Abi sendiri (mula menangis apabila tahu bila dia nak kena tinggal. huhuhu..sad)
Inilah saya, sekarang dah 5 bulan :-)
Jumpa lagi, Blurpl3
No comments:
Post a Comment