KAJIAN WARNA TERHADAP WAKTU SOLAT
SUBUH
Kajian Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti
Malaya (UM) mengenai kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang.
Kajian awalnya mendapati bahawa pergerakan yang dilakukan di dalam sembahyang
yang memberikan kesan bermanfaat ke atas jantung, tulang belakang dan keupayaan
ingatan serta perhatian seseorang.
SUBUH
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam
spektrum warna BIRU MUDA yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang
mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh
mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang
kerap tertinggal waktu subuh ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama
kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam
iaitu BIRU MUDA tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam
keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata
lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia
diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada
waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh
melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi, mereka yang terlewat
Subuhnya sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
ZOHOR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau
(isyrak & dhuha) dan kemudian warna KUNING menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang
berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang
berkaitan dengan keceriaan. Jadi, mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat
Zohornya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut
dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
ASAR
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna OREN,
iaitu masuknya waktu Asar di mana spectrum warna pada waktu ini bersamaan
dengan frekuensi prostat, uterus, ovari, dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal waktu Asar akan
hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad
dan roh ini terpisah (tidur la tu..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu asar
ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
MAGHRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam akan berubah ke warna
MERAH dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak
berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri
frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu
ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam
perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib la
dulu…) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh
mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan,
pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
ISYAK
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna
INDIGO dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia
ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan system kawalan
otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam
kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya,inilah waktu
tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana
keseluruhan system tubuh berada dalm kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula
bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu, dan seterusnya ungu di mana
ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus, dan
hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam
ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan
warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam
ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta
seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap
tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana
telah di’kurnia’kan syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan
bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan
kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambaNya atas sifat Pengasih
dan PenyanyangNya sebagai pencipta kerana Dia tahu hambaNya ini amat-amat
memerlukanNya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai
dalam menjaga solatnya tapi cuba mengenengahkan amalan-amalan lain yang difikirkan
baik untuk kesihatan, sedangkan solatnya entah ke mana…???
Wallahualam
Berkongsi bersama, Blurpl3