BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Friday 16 March 2012

>> FYI: 10 Perkara Yang Merosakkan Otak


Assalamualaikum semuanya. Apa khabar? Harap semuanya sihat dan ceria di pagi Jumaat yang indah ini. Dipendekkan cerita, kali ni Mrs PurpL3 nak share info tentang 10 perkara yang merosakkan otak. Info ni Mrs PurpL3 perolehi daripada FB kawan.

Jom lihat apakah 10 perkara yang boleh merosakkan otak kita. Lepas ni boleh la berwaspada kan..bukan apa, perkara yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan..boleh? hehehe...



1. Tidak Mengambil Sarapan Pagi
Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.

2. Terlebih Makan
Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan, menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.

3. Merokok
Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.

4. Mengambil Gula Berlebihan
Gula yang berlebihan dalam badan boleh mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Menghidu Udara Yang Tercemar
Otak merupakan pengguna oksigen yang terbesar dalam badan manusia. menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak.

   
6. Tidur Yang Berlebihan
Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun, tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.

7. Tidur Dengan Menutup Muka
Tidur sambil meniarap dan menutup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.

8. Kurang Berimaginasi
Berfikir merupakan satu cara yang baik. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.

9. Jarang Berfikir
Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif. Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.

10. Tidak Membaca Al-Quran
Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah SWT. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.




Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan, Mrs PurpL3

4 comments:

MAY said...

tido mmg tak tekup muke..tak selesa.. =)

BLuRpL3 said...

CIK MAY: yup, betul tu.. :)

Qiela said...

hai, come over and take a look!

** DIY Project, sesuai untuk bride to be!! :)

FREE PRINTABLES... JUST FOR YOU!

http://everybodylies3.blogspot.com/2012/03/diy-how-to-make-paper-bow_19.html

BLuRpL3 said...

QIELA: okies, tQ ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...