BlurpL3 FOLLOWERS

Friday, 30 March 2012

>> Rewind : Wedding Album from OP

Assalamualaikum wahai kawan-kawan blogger sekalian, silent reader dan sewaktu dengannya. hehehe..apa khabar? semoga sentiasa ceria ye =)

BlurpL3 nak share tentang Wedding Album yang agak baru sampai daripada Official Photographer iaitu Amiralias Photography. Alhamdulillah, beliau tak ambil masa yang lama untuk menghantar gambar perkahwinan BlurpL3.


 
siap berbalut berlapis-lapis.hehehe..



 
dapat sekali beg simpan album & dvd




 tadaaaa!


 
inilah albumnya. Sticky album je..


Next entry, BluRpL3 akan review tentang gambar wedding. tunggu ya!


Jumpa lagi, BluRpL3

Thursday, 29 March 2012

>> Wordless : Ujian & Dugaan

Orang kata , semakin banyak kau beriman..
''Kau akn diuji terus bertubi-tubi..''
Orang kata , semakin banyak kau berbuat baik..
''Kau akn terus berdepan dgn masalah..''
Ini semua benar.. Menjadi org yg baik bukan senang..
Sebab itu.. ia terus..
Diuji supaya menjadi baik.."





Bersabarlah, Blurpl3
 

Tuesday, 27 March 2012

>> In-out : Muslimah Itu



Aku lihat muslimah itu.
Dari kejauhan pandanganku.

Aku lihat muslimah itu.
Pandangannya tunduk memaku.

Aku lihat muslimah itu.
Bibirnya sentiasa bergerak laju memuji Tuhan Yang Satu.

Aku lihat muslimah itu.
Sentiasa tunduk membaca kalimah-kalimah Tuhanku.

Aku lihat muslimah itu,
Mengeluarkan suara hanya apabila perlu.

Aku lihat muslimah itu,
Dan benar aku cemburu.

Kerana yang aku mahu,
Muslimah yang aku lihat itu,
Adalah diriku.

Kerana yang aku mahu,
Muslimah yang tunduk pada yang satu itu,
Adalah diriku.

Kerana yang aku mahu,
Muslimah yang bergetar rasa takut kepada Tuhan itu,
Adalah diriku.
Aku mahu menjadi muslimah itu.
Sangat mahu.

Tuhan,
Bantu aku.
Bantu hamba-Mu.
Untuk sentiasa mengejar cinta teragung-Mu.
Untuk sentiasa menjaga setiap saat kehidupanku.
Untuk syurga-Mu.



Bantulan aku, Mrs PurpL3

Monday, 26 March 2012

>> Rewind : Our Wedding Anniversary



Assalamualaikum & apa khabar semuanya :D Semoga semuanya ceria-ceria selalu.. 


I just want to write a simple entry for today. Alhamdulillah, it's already 1 month & 1 day. Eh, terspeaking pulak dah..hehehe


Happy Anniversary Abang. I love u so much ^_^. May Allah blessed all we do. Semoga rumah tangga dibina dilimpahkan sakinah, mawaddah & rahmah..InsyaAllah. Semoga perkahwinan & percintaan kekal hingga ke syurga...Amin Ya Rabb :)



from the bottom of my heart, Mrs PurpL3

Friday, 16 March 2012

>> FYI: 10 Perkara Yang Merosakkan Otak


Assalamualaikum semuanya. Apa khabar? Harap semuanya sihat dan ceria di pagi Jumaat yang indah ini. Dipendekkan cerita, kali ni Mrs PurpL3 nak share info tentang 10 perkara yang merosakkan otak. Info ni Mrs PurpL3 perolehi daripada FB kawan.

Jom lihat apakah 10 perkara yang boleh merosakkan otak kita. Lepas ni boleh la berwaspada kan..bukan apa, perkara yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan..boleh? hehehe...



1. Tidak Mengambil Sarapan Pagi
Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.

2. Terlebih Makan
Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan, menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.

3. Merokok
Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.

4. Mengambil Gula Berlebihan
Gula yang berlebihan dalam badan boleh mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Menghidu Udara Yang Tercemar
Otak merupakan pengguna oksigen yang terbesar dalam badan manusia. menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak.

   
6. Tidur Yang Berlebihan
Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun, tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.

7. Tidur Dengan Menutup Muka
Tidur sambil meniarap dan menutup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.

8. Kurang Berimaginasi
Berfikir merupakan satu cara yang baik. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.

9. Jarang Berfikir
Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif. Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.

10. Tidak Membaca Al-Quran
Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah SWT. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.




Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan, Mrs PurpL3

Thursday, 15 March 2012

>> Rewind : Jalan-jalan Cari Makan...SYIOKKK....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua B2B, Bloger-bloger dan reader-reader sekalian. Lama betul blog ni bersawang. Liat betul nak mengupdate. Walhal banyak bendak nak diupdate. Maklumlah dah kawin ni, tak menyempat-nyempat (tanyalah Ex-B2B yang lain..hehehe). Banyak tanggungjawab perlu dilunaskan.

Kali ni nak cerita pasal makanan. Sebab apa? Blurpl3 dah jatuh hati dengan Nasi Kukus yang sedap, enak dan lazat sampai menjilat jari sampai termimpi-mimpi (puji melambung-lambung pulak =P).

Banyak benda nak story pasal engagement, majlis perkahwinan dan seangkatan dengannya, tapi gambar tak dapat lagi dari OP dan semua gambar bersepah (nak kena kumpul balik baru boleh upload). Now  Blurpl3 present to you...

NASI KUKUS TERHANGAT DI PASARAN !!!!

nasi Kukus Terhangit di pasaran...
Nasi Kukus 3 please!!!!
Sedap tak? Nampak menyelerakan...betul tak? Apa yang special sangat pasal nasi kukus ni? Kalau korang semua nak tahu, Kuah dia yang jadikan kita tidur termimpi-mimpikan Nasi kukus. Kuah dia ada mix dua jenis kuah iaitu GULAI KAWAH dan KUAH KERUTUP. Kuah kerutup tu yang jadikan Nasi Kukus ni lain dari nasi kukus di tempat lain. Check it out....

Resepi kesedapan : Gulai kawah mix dengan Kuah Kerutup...AROIii...
Hah...macam mana? Dah tengok Nasi kukus yang menggiurkan ini. Mari tengok kami beraksi pula.

Terbaik!!!..Speechless (Masa bertunang dulu. Lama gila baru post dekat blog..huhuhu)

Adik Mr.Blu3 terlebih excited...hahaha
Last but not least......

Licin Miss Purpl3 makan. kalau tulang tu boleh telan pun dia telan ( Miss Ke  Madam..hehehe)
Itu sahaja coretam makan-makan kali ni...opppss..

Sebelum terlupa, gerai makan nasi kukus ni terletak di Puchong Perdana dekat dengan Mc Donald. Santai-santai dan harga pun berbaloi dengan kesedapannya. Cuba jangan tak cuba.Confirm terbawa-bawa di dalam mimpi.hehehe...

Yang Kelaparan, Mr. Blu3

Wednesday, 7 March 2012

>> Rewind : It's Spa Time..part 2#


Kunjugan ke EmbunSeri Spa ini merupakan kali pertama buat Mrs PurpL3 sebagai persiapan sebelum menjelang hari bahagia. Macam biasa la kan..mula-mula tu tersasar jalan ke spa ni sedikit tetapi jumpa juga akhirnya..Voucher EmbunSeri Spa ni, Mrs PurpL3 beli melalui MyDEAL.com.my. Hanya RM49.90 instead of RM272 (81% off) for Full Body Aromatherapy Massage + Full Body Yogurt Mask + Eye Relaxing Therapy Treatment + Face Acupressure Treatment + FREE Skin Analysis (90 minutes) @ EmbunSeri Beauty & Spa, Laman Seri Business Park.
 
Pengalaman ke Spa sememangnya best kan. hehehe...Staff services dan environment juga not bad. So, Mrs PurpL3 bagi 3.5* :)



Klik sini dan sini untuk maklumat lanjut

Peta lokasi

InsyaAllah, nanti jika Mrs PurpL3 ke Spa yang lain..akan diupdatekan juga ye :D


Till then, Mrs PurpL3

Tuesday, 6 March 2012

>> Rewind : Pre-wedding Photoshoot


Setelah sekian lama, baru Blurple nak update kan gambar Pre-Wed Photoshoot. hehe..Bukan apa kekangan masa yang tak mengizinkan. Kalau entry yang lepas ada Blurple ceritakan tentang Props. Kali ni tentang Pre-Wed Photoshoot pula ye :)

Gambar-gambar ni diambil sekitar Taman Botani Putrajaya. Blurple redeem voucher milkadeal anjuran DMZ Design. Temanya suka hati..hehehe. Pengalaman bergambar sebenarnya memang best..posing je la kan. Cuma disebabkan ni first time berphotoshoot, so agak kaku  juga la..malu-malu kucing pun ada..hahahaha :D

Yang penting kena ada persefahaman antara subjek dengan photographer, baru senang kerja, betul tak? Dari segi kualiti gambar sebenarnya, apa yang Blurple faham..lighting, skill dan style seseorang  photographer tu memang memainkan peranan untuk hasilkan gambar yang cantik, menarik dan tertarik.hehehe...just give my 2 cent =)

okies la, have a look ya!

 Boleh pandang-pandang je, jangan pegang-pegang. hehehe..

 Miss PurpL3 + Mr BLu3 (sebelum bertukar status..haha:D)

  Duduk renggang-renggang bertambah sayang :)



Ok tak? Nak upload semua macam banyak je..tak cukup kerajinan la. hehehe


be happy always, Blurple

Friday, 2 March 2012

>> In-out : Penghargaan :D


 gambar hiasan

Assalamualaikum semua..apa khabar? Dah lama Blurple menyepi rasaya. Ni baru ada kesempatan nak mengupdate apa yang patut.hehehe.. 

FEBRUARI dah berlalu, kini tiba pula MAC. Terlalu banyak event penting dalam bulan FEBRUARI. 

Alhamdulillah, Mrs PurpL3 dah selamat bergelar isteri yang sah pada Mr BLu3 :-) Dah bertukar status daripada Miss kepada Mrs. 

Tanggungjawab juga sudah bertambah. Moga rumah tangga yang bakal dilalui akan dilimpahkan dengan SAKINAH, MAWADDAH & RAHMAH.

 Terlalu banyak yang ingin diupdatekan tentang majlis sampai tak tahu nak mula yang mana dahulu. InsyaAllah, akan cuba di updatekan sedaya mampu. 

Alhamdulillah, bersyukur tak terhingga juga majlis penyatuan dua hati berjalan lancar dengan izinNya. Blurple nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada semua yg mendoakan/ membantu/ menjayakan/ sudi hadir pada majlis penyatuan hati kami secara langsung atau tidak langsung.

 Sebarang kekurangan harap dimaafkan ye. Jasa-jasa kalian hanya Allah yang mampu membalasnya. Doakan kebahagiaan kami dunia akhirat dan anda juga. 

May Allah blessed all we do ;-)


with love, Blurple
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...