BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 6 June 2013

>> Review : Tips Bagaimana Menulis Blog Boleh Membawa Anda ke Syurga (dan Neraka) ?

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar? Blurpl3 nak kongsikan bersama tips ni, hasil tulisan saudara Sahabudeen Jalil dengan kawan-kawan blogger yang lain. Supaya kita semua beroleh manfaat di dunia dan akhirat. In shaa Allah

Terima kasih buat saudara Shahabudeen yang menulis artikel ni. Sangat berguna dan boleh dijadikan peringatan bersama.

 ####################################################################

Pada awal tahun 2000, menulis blog adalah sesuatu yang sangat cool. Pada waktu itu belum ada teknologi yang mudah seperti hari ini. Anda perlu mempunyai pengetahuan mengenai coding dan programming yang anda tidak lagi perlukan pada hari ini.
Ini sebenarnya adalah satu peluang bagi kita semua. Sebagai orang Muslim pula, kita mempunyai tanggungjawab tambahan sewaktu menulis blog. Kita perlu sedar, blog yang kita tulis ini akan dibaca oleh ramai orang dan kita bertanggunjawab atas apa saja yang kita tulis dalam blog tersebut. Bukan bertanggungjawab dari segi undang-undang dunia sahaja malah akhirat juga.
Blog boleh digunakan sebagai alat untuk anda ke Syurga, dan blog juga boleh menjadikan anda dihumban dalam Neraka.
Hari ini saya kita akan berbicara mengenai bagaimana blog dan tanggungjawab anda sebagai seorang blogger muslim untuk mencapai objektif anda di dunia dan akhirat.
1. Niat yang betul
“Sesungguhnya, setiap amalan itu bermula dengan niat”
Anda perlu pastikan bahawa anda berblog dengan niat dan tujuan yang betul.
Apa niat anda untuk berblog ? Adakah kerana ingin kelihatan cool ? Adakah kerana anda ingin berkongsi ilmu dan pengalaman anda dengan orang lain ? Atau anda ingin menjatuhkan maruah orang lain ?
Anda perlu berblog dengan niat yang betul. Niat yang sejajar dengan kehendak agama.
Jika anda tidak mempunyai niat dan tujuan yang betul, anda akan menjadikan pembaca anda keliru dan tidak akan memberi manfaat kepada mereka. Juga tidak bermanfaat kepada anda. Anda mungkin tidak dapat kekal lama berblog dengan cara sebegini.
2. Buat Perancangan Untuk Menulis Blog
Sebagai orang yang sibuk yang mempunyai pekerjaan dan perniagaan. Adalah sangat baik untuk anda membuat perancangan untuk menulis blog.
Saya secara peribadi suka membaca di internet. Setiap apa yang saya faham dari situ saya akan ceritakan kepada orang lain samada kepada keluarga atau rakan-rakan. Ini cara saya berkongsi dengan mereka. Ini juga apa yang saya lakukan dengan berblog. Saya baca pelbagai website, ilmu dan maklumat yang saya dapat dari situ akan saya olah untuk tatapan pembaca saya iaitu anda.
3. Konsisten
Terdapat banyak hadith yang disebutkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. mengenai istiqamah. Salah satu daripadanya yang saya ingin pelik di sini adalah.
Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik amal di sisi Allah ialah yang istiqamah, sekalipun sedikit.” (HR Bukhari dan Muslim).
Sebagai blogger muslim, menulis blog adalah satu amalan jadi kita seharuskan konsisten dalam menulis blog walaupun sedikit. Jangan hampakan pembaca anda yang sedang menanti tulisan anda.
4. Pastikan Kesahihan Maklumat Yang Anda Ingin Sampaikan
Kenapa saya menulis mengenai keusahawanan dan bukan politik ? Saya minat keduanya, namun saya sedar bahawa dengan saya menulis mengenai keusahawanan saya akan mengelak diri daripada menulis sesuatu yang tidak betul atau tidak tepat.
Sebagai blogger yang akan disoal di Akhirat kelak, anda perlu pastikan berita dan isu yang anda perolehi dari sumber yang betul. Elakkan mengulas isu yang anda tidak pasti. Walaupun anda sekadar copy paste dari mana-mana blog. Anda juga bersalah menyebarkannya.
Semua ini diterangkan dengan terperinci dan direct dalam Al-Quran
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.[al-Hujurat 49:6]
Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar.[al-Baqarah 2:111]
Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu. Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya. [an-Nur 24:14-15]
Jika anda tidak pasti sesuatu fakta. Lebih baik tidak menulis mengenainya. Anda yang membuat berita dusta dan menyebarkannya akan mendapat dosa yang besar juga. 
5. Gunakan Bahasa Yang Baik
“Orang mukmin laksana cermin bagi mukmin yang lain (untuk membetulkan diri).” (Hadis riwayat Al-Imam Abu Daud).
Jika dilihat pada blog politik hari ini, kita dapat lihat segala perkataan buruk dan lucah digunakan untuk menghina dan menjatuhkan maruah orang lain. Blog seperti ini mendapat tempat yang tinggi dalam masyarakat kita. Mungkin masyarakat kita suka melihat orang memaki hamun dan menabur fitnah.
Sebagai blogger Muslim anda seharusnya menggunakan bahasa yang bersopan jika hendak menegur. Teguran yang berhikmah adalah jauh lebih baik berbanding dengan memaki hamun lawan anda. Jika anda menerima komen yang negatif, anda boleh delete komen itu atau jawab dengan bahasa yang baik.
Berita Baik dan Berita Buruk Buat Anda
Lima point yang diterangkan ini wajar dititikberatkan untuk anda yang ingin memulakan blog atau yang sudah sedia berblog.
Ada satu berita gembira dan berita buruk di sini. Saya mulakan dengan berita buruk dahulu.
Setiap fitnah dan benda buruk yang anda tulis di blog anda, anda akan dipertanggunjawabkan walaupun anda hanya orang yang menyebarkannya. Jadi berhati-hatilah.
Berita baiknya pula adalah, apabila anda mati kelak, segala tulisan baik yang anda tulis dalam blog akan membawa anda pahala berlipat kali ganda. Jadi menulis blog dengan tulisan yang baik adalah pelaburan dunia yang terbaik buat anda pada hari ini.
Jom berblog untuk kebahagiaan di Alam Barzakh. he he he
Terima kasih
Shahabudeen Jalil

#####################################################

Sumber: sini
Wallahua'alam

So, apa pendapat korang? Blurpl3 setuju sangat dengan apa yang diperkatakan oleh saudara Shahabudeen Jalil. Semoga menjadi pedoman untuk kita semua wahai blogger-blogger sekalian :-)

Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan, Blurpl3

3 comments:

oshinz said...

gud info.. mari sama-sama kita kumpul pahala. hehehe.

Maria Firdz said...

setuju3... apa yg kita buat semuany dalm perhitungan Allah.. nice sharing... :)

salam perkenlan.. :)

BLuRpL3 said...

OSHINZ: Terima kasih.. pesanan untuk diri sendiri jugak ni. Jom tambah pahala utk pencen kubur :)

MARIA FIRDZ: blurpl3 pun setuju sangat!hehehe.. salam perkenalan juga ya. thanks sudi visit blog kami & sudi-sudilah jadi follower :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...