kek blueberry (mak yg belikan.hehehe..)
Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan untuk semua rakan-rakan blogger dan juga silent reader. Apa khabar? Sekejap jer kan..pejam celik, pejam celik kita dah berada di fasa terakhir Ramadhan, fasa yang penting kerana terdapat malam Lailatul Qadar. InsyaAllah, semoga diberi kesempatan untuk bertemu dengannya. Ameen Ya Rabb..
Pada bulan Ramadhan ini juga terdapat hari istimewa bagi Blurpl3, iaitu Ulang Tahun Kelahiran my beloved hubby, Mr Blu3 yang ke 27.hehehe..
******
Abang, semoga panjang umur, murah rezeki, bahagia & sukses dunia akhirat serta dipermudahkan segala urusan. Juga didoakan agar kita bahagia, berkekalan hingga syurga serta dikurniakan zuriat yang soleh & solehah. Ameen Ya Rabb (^_^)
******
Sekian..
Lots of love,
Mrs Purpl3
No comments:
Post a Comment