BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 16 August 2012

>> FYI: Petua Islam Untuk Anak Menjadi Bijak





Assalamualaikum wbt utk semua kawan-kawan blogger dan juga silent reader. Apa khabar? Sedar tak sedar kita semua dalam fasa terakhir bulan Ramadhan kan...Perbanyakkan amal ibadat, sedekah jariah semampu yang mungkin. Kali ni Blurpl3 nak share info yang didapati daripada wall kawan-kawan di fb. Sesungguhnya, setiap ibubapa mahukan anak-anak mereka bijak, cerdik juga pandai.. Justeru, pelbagai langkah dan kaedah perlu dilakukan. 

Jom, sama-sama kita tengok petuanya:

****

1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun-umbun kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali.

2. Membaca surah Al Fatehah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali.

3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.


****

InsyaAllah, lepas ni boleh la Blurpl3 aplikasikan pada 'our little khalifah' selepas dilahirkan nanti. Doakan supaya dipermudahkan segalanya ya :)


Ikhlas,

Blurpl3

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...