BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 9 July 2013

>> FYI : Madu Bahaya Untuk Bayi Anda

Assalamualaikum wbt.

Blurpl3 ingin kongsikan artikel ni dengan kawan-kawan semua. Mana yang baik jadikan panduan, 
mana yang kurang baik jadikan sempadan. Semoga kita mendapat keredhaan Allah SWT.


#####

Setelah membaca beberapa artikel dan mendapatkan keterangan lanjut dari seorang kawan saya; Pakar Nutrisi Pemakanan Kanak-kanak, barulah saya sedar bahawa madu sebenarnya tidak selamat diberikan kepada kanak-kanak di bawah 1 tahun. Semoga artikel yang ingin dikongsikan bersama ini dapat menukar pandangan kawan-kawan saya yang sama seperti saya sebelum ini bahawa madu tidak sesuai untuk bayi yang di bawah usia 1 tahun.

Kenapa?

Ini kerana madu mengandungi spora dari jenis bakteria bernama ''Clostridium botulinum" yang akan menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu "Botulism Bayi".

Spora ini sukar dibunuh, tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan.

Apa itu Botulism Bayi?

Botulism bayi itu akan menyerang sistem saraf dan akan menyebabkan bayi tersebut kabur pandangannya, kelopak mata tertutup sedikit (droopy eyelid) dan mengalami kesulitan semasa bernafas dan menelan air liur. Ia juga akan menyebabkan muntah-muntah, cirit-birit dan sakit badan.

Kenapa bayi tidak boleh diberikan madu?

Usus bayi merupakan persekitaran yang sesuai untuk spora ini membiak. Apabila madu ini dimakan, ia akan membiak dan akan menghasilkan sejenis toksin. Toksin ini akan diserap masuk ke dalam susu bayi yang masih tidak matang dan menyebabkan "botulism".

Terdapat sesetangah kes botulism bersifat 'sederhana' dan sesetengah lagi bersifat 'merbahaya' sehingga menyebabkan kematian. Kemuncak umur untuk penyakit ini ialah 2 hingga 4 bulan. Tetapi risiko tetap ada pada umur 1 minggu hingga 11 bulan.

Secara kesimpulannya, madu tidak digalakkan diberi bawah umur 1 tahun.

Apakah simptom-simptom botulism?

1. Simptom perut yang berbeza dari kebiasaan (unusual gastrointestinal symptom), berkemungkinan disebabkan oleh sebarang keracunan makanan atau makanan tercemar.

2. Kepenatan (lethargy, weakness)

3. Kesusahan untuk mengawal kepala (loss of head control)

4. Pertukaran nada nangis (altered cry)



 











Kebiasaannya, simptom akan muncul dalam jangka masa 18 hingga 36 jam. Sekiraya bayi anda mempunyai simptom-simptom ini hubungi atau bawa bayi anda berjumpa dengan pakar kanak-kanak atau doktor anda. Ingat, sekiranya bayi anda tidak segera mendapatkan rawatan, simptom yang berlarutan boleh menyebabkan lumpuh tangan, kaki, badan dan otot pernafasan.

 p/s: tetapi madu selamat diamalkan oleh orang dewasa ini adalah kerana usus orang dewasa mengandungi asid yang cukup untuk menyahkan toksin yang dihasilkan oleh spora ini.

Sumber dari: http: sini dan sini 

#####

Perkongsian bersama, Blurpl3

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...